Salah satu kudap-kudapan tradisional yang sedap adalah rempeyek. Harga rempeyek sekarang ini pun boleh tahan. Sebab hendak membuatnya menuntut kesabaran tinggi. Perlu digoreng satu demi satu.
Jom lihat resipi yang RASA kongsikan ini daripada seorang ahli group facebook Rasa Share Resipi, Samsiah Hj Mat Ali.
REMPEYEK RANGUP
Ads
BAHAN-BAHAN
1 ulas bawang putih
1 biji buah keras
1/2 sb biji ketumbar
1/2 sb jintan manis
1/2 sb jintan putih
2 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk perasa
1 biji telur ayam
1 sudu besar air kapur
330 ml santan cair
500 gram minyak masak
Ikan bilis
Kacang tanah
CARA MEMBUAT
1. Dalam lesung batu, masukkan bawang putih, buah keras, ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Tumbuk lumat. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk, masukkan tepung beras. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi, garam, telur ayam, air kapur dan santan. Gaul sebati.
3. Masukkan lagi santan. Kacau lagi. Ketepikan.
4. Dalam kuali, panaskan minyak masak.
5. Panaskan sekali acuan bulat rempeyek selama 5 minit.
6. Keluarkan acuan. Letakkan bancuhan rempeyek ke atas acuan. Letakkan juga kacang tanah dan ikan bilis ke atasnya.
7. Masukkan acuan ke dalam minyak masak yang panas.
8. Goreng sehingga rempeyek timbul dan keperangan.
9. Ulang sehingga siap semua adunan. Siap!
Ads
Untuk lebih jelas, boleh tonton video di link ini.
Sedapnya Takoyakihomemade ni! Street food dari Jepun yang kini menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Tepi-tepi jalan pun ada gerai jual snek ni. Bagi anda yang gemar makan Takoyaki, saudari Norliza Razali bermurah hati berkongsi resipi Takoyaki yang boleh anda cuba hasilkan sendiri di rumah. Ini bukan sebarang resipi tau. Ini adalah resipi yang beliau guna sepanjang 9 tahun menjual snek enak ini. Moga perkongsian ini bermanfaat buat semua.
1.Campurkan semua bahan-bahan tepung dalam bekas besar. Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama 1/2 jam. 2. Panaskan acuan takoyaki (dapatkan ACUAN TAKOYAKI disini) dan sapukan minyak masak di setiap lubang. 3. Tuang adunan tepung dalam lubang acuan hingga 3/4 penuh. 4. Letakkan inti sotong, udang, crab stick atau sosej di setiap lubang.
5. Taburkan hirisan lobak merah, daun bawang dan kubis dengan secukupnya. 6. Tuangkan lagi adunan tepung sampai agak-agak nak melimpah. 7. Pusingkan bebola Takoyaki sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan)
8. Pusing dan teruskan pusing bebola Takoyaki sampai mendapat bentuk bulat. 9. Renjiskan minyak masak di celah acuan dari semasa ke semasa. Teruskan sampai nampak garing 10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan. 11. Untuk sos, campur semua bahan dalam periuk. Kacau sebati dan panaskan atas api sederhana hingga mendidih dan pekat. 12. Angkat, tambahkan madu dan gaul rata. 13. Bila sejuk masukkan sos ke dalam botol untuk mudah diratakan atas Takoyaki nanti. 14. Picit sos, mayones di atas Takoyaki dan taburkan bonito flakes dengan secukupnya.
15. Takoyaki homemade paling sedap sedia untuk dinikmati.
Bagi anda yang gemarkan hidangan Cheesy Wedges, bolehlah cuba buat sendiri menggunakan resipi perkongsian saudari Nabilah Mamat. Sedap, senang dan jimat. 5kg ubi kentang kosnya tidak sampai RM15 pun. Wow..Memang berbaloi-baloi. Maklumlah, bila semua ada di rumah dalam satu-satu masa, asyik minta makan je. Jadi resipi ini adalah salah satu resipi ‘homemade snack’ yang tidak terlalu mahal kosnya. Jom cuba. Paling penting bila buat sendiri ni, rasanya lebih enak, boleh kawal kandungan garam dan tentunya halal. Makan pun tak rasa ragu-ragu. Betul tak?
CARA BUAT CHEESY WEDGES HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan ubi kentang dan potong ikut saiz dan bentuk yang diingini. 2. Masukkan air dalam periuk bersama kiub pati ayam dan garam. Rebus ubi kentang seketika.
3. Toskan ubi kentang dan biarkan sejuk dan kurang basah.
4. Gaul ubi kentang dalam bekas berisi tepung goreng serbaguna. Susun dalam dulang.
5. Susun ubi kentang dalam beg plastik dan sejukbekukan semalaman. Lagi lama kentang disimpan, lagi sedap rasanya.
6. Untuk menikmati, panaskan minyak dan goreng ubi kentang hingga garing.
Jika anda sukakan sandwic, resipi Sandwich Telur perkongsian saudari Roha Adrinna ini boleh anda cuba. Mudah dan ringkas sahaja cara penyediaannya. Guna dua bahan sahaja. Nak lebih sedap, kepingan roti boleh disapu dengan marjerin atau mentega. Pasti berselera makan. Anak-anak pun suka. Kalau nak buat untuk meniaga pun boleh. Selamat mencuba!
RESIPI SANDWICH TELUR MUDAH, INTINYA HANYA GUNA 2 BAHAN
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan telur dan rebus hingga masak. Kemudian kupas kulitnya. Jumlahnya bergantung banyak mana sandwich yang anda mahu buat.
2. Masukkan telur rebus tadi ke dalam bekas bersesuaian. Kemudian lenyek menggunakan garpu hingga halus.
3. Seterusnya masukkan mayones dengan secukupnya. Jenama bergantung pada selera masing-masing.
4. Jika suka, boleh juga menambah serbuk lada sulah, garam dan juga perasa. Bergantung pada selera masing-masing. 5. Gaul inti hingga sebati.
6. Ambil roti dan sapukan inti telur tadi dengan secukupnya. Lebih enak jika roti disapu dengan planta terlebih dahulu. 7. Sandwic Telur paling ringkas sedia untuk dinikmati.