Dalam episod ke-9 Rasa Nostalgia Ramadan hari ini menyaksikan gelagat Ifa Raziah dan anaknya, Syakir Aqili serta Azlee Senario sebagai jemputan. Memang meriah suasana dapur dengan aksi Ifa Raziah dan Azlee. Ifa Raziah dibantu oleh Azlee dan Syakir Aqili untuk menyiapkan juadah berbuka puasa.

Asam Laksa & Pek Nga Versi Ifa Raziah. Memang Sedap & Membuka Selera

Asam Laksa & Pek Nga Versi Ifa Raziah. Memang Sedap & Membuka Selera

Asam Laksa & Pek Nga Versi Ifa Raziah. Memang Sedap & Membuka Selera

Asam Laksa yang dimasak oleh Ifa Raziah sememangnya menjadi kegemaran ramai. Bila sekali dah rasa, boleh termimpi-mimpi dibuatnya. Tak boleh buat hari-hari, nanti orang curi resipi katanya dalam nada bergurau.

Asam Laksa & Pek Nga Versi Ifa Raziah. Memang Sedap & Membuka Selera

Pek Nga pula merupakan kegemaran Syakir Aqili. Nak buat Pek Nga ni sangatlah mudah. Bahan yang digunakan juga ringkas je. Tapi anda tahu ke maksud Pek Nga? Haaa Pek Nga merupakan singkatan bagi ‘tempek-tempek atas belanga’.

Jadi, bolehlah cuba kedua-dua resipi ini untuk berbuka puasa. Selamat mencuba!

ASAM LAKSA

Asam Laksa & Pek Nga Versi Ifa Raziah. Memang Sedap & Membuka Selera

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2kg ikan sardin | direbus, dibuang tulang dan dikisar
  • 2 tin sardin (besar)
  • 4 ulas bawang putih | dikisar
  • 8 biji bawang merah |dikisar
  • ½ inci halia | dikisar
  • ½ inci lengkuas | dikisar
  • 2 batang serai | dikisar
  • Cili kering | dikisar
  • 4 batang cili besar
  • Seikat daun kesum
  • 2 batang bunga kantan
  • 2 inci belacan
  • 10 keping asam keping
  • 3 sudu makan asam jawa
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Petis otak udang

BAHAN HIASAN:

  • Mi laksa (Laksa Basah)
  • Timun
  • Bawang besar
  • Nanas
  • Salad
  • Lobak asin
  • Bunga kantan
  • Daun pudina
  • Cili padi
  • Telur rebus

CARA MEMASAK:

  1. Rebus ikan sardin di dalam periuk. Bila ikan sudah masak, buang tulang ikan dan kisar.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai dan cili kering.
  3. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk. Tambahkan segelas air. Kacau sebati hingga mendidih.
  4. Kemudian, masukkan ikan sardin yang telah dikisar tadi. Kacau hingga mendidih.
  5. Masukkan asam keping, air asam jawa, bunga kantan, daun kesum dan cili besar. Masak hingga mendidih dan kuah menjadi pekat.
  6. Tambahkan garam dan gula secukupnya mengikut citarasa anda.
  7. Masukkan ikan sardin dalam tin ke dalam periuk. Kacau lagi hingga ikan masak.
  8. Siap dan sedia untuk dimakan. Jangan lupa celur dahulu laksa sebelum makan.

PEK NGA

Asam Laksa & Pek Nga Versi Ifa Raziah. Memang Sedap & Membuka Selera

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 ½ biji kelapa parut | bahagian putih sahaja
  • ½ sudu teh garam
  • 3 sudu teh gula
  • Marjerin
  • 1 ¼ cawan air

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan tepung gandum dan kelapa parut ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga sebati mengikut kepekatan adunan yang dikehendaki.
  3. Kemudian, masukkan garam dan gula.
  4. Panaskan kuali. Sapukan marjerin pada kuali dan tuangkan adunan tadi. Saiz dan bentuk terpulang pada kreativiti masing-masing.
  5. Bila sudah masak, angkat dan sedia untuk dinikmati.

Memasak dan Menyediakan Minuman Berbuka Dari LG PuriCare™

Setiap hari menyediakan sajian berbuka mahu pun bersahur, pastikan kita menggunakan air yang benar-benar bersih. Penggunaan air yang tidak bersih sangat mudah memberi risiko kesihatan kepada keluarga apa lagi setelah seharian berpuasa.

Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD menyediakan air bersih yang segar untuk anda seisi keluarga. Jadi tidak perlu lagi tangki simpanan air di mana mikroorganisma yang berpotensi berbahaya dan dapat mengelakkan air direbus berulang-ulang bila mahu membuat minuman panas.

Asam Laksa & Pek Nga Versi Ifa Raziah. Memang Sedap & Membuka Selera

IKLAN

Saiznya yang tidak terlalu besar bukan sahaja tidak memakai ruang yang banyak, ia juga mudah dipasang. Muncungnya yang boleh bergerak ke atas dan bawah serta ke kiri dan kanan ini mempercepatkan lagi pergerakan tugas anda di dapur terutama kala mahu mudah memasak hidangan berbuka atau bersahur.

Anak-anak yang besar juga boleh diminta membantu menyediakan air minuman sejuk atau panas tanpa perlu menambah ais atau tanpa menghidupkan api gas untuk memasak air. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan. Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)

TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI

Asam Laksa & Pek Nga Versi Ifa Raziah. Memang Sedap & Membuka Selera

Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.

Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!

Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI