Sedapnya kalau dapat menikmati semangkuk Laksam yang lembut. Ada pula kuah yang lemak serta penuh rasa ikan. Memang sempurna! Namun ramai yang gerun nak cuba masak sendiri kerana mi Laksamnya tu kadang-kadang tak menjadi. Jangan risau kerana saudari Rosni Musa kongsikan bahan-bahan yang anda perlukan untuk menyediakan Laksam yang enak. Resipi ini beliau telah gunakan untuk berniaga. Beribu-ribu pek telah dihasilkan. Pasti ‘special’ kan? Jom cuba! Bolehlah masak untuk yang tersayang.
1. Satukan semua tepung di dalam satu bekas. Gaul sebati. Kemudian tuang 3 cawan air terlebih dahulu. Kacau-kacau supaya tidak berketul. Pastikan guna cawan yang sama untuk sukat tepung dan air.
2. Kemudian tambahkan lagi 3 cawan air. Adun sekata.
3. Adunan jadi seperti di dalam gambar. Tidak berketul-ketul. Jika aduna berketul, bolehlah ditapis terlebih dahulu.
4. Panaskan pengukus. Sementara nak menunggu air mendidih, sapukan loyang laksam dengan sedikit minyak. Boleh juga menggunakan tudung periuk, pizza pan atau loyang biasa.
Ads
5. Bila air di dalam pengukus sudah mendidih, masukkan loyang ke dalam pengukus dan tuang 2 senduk bancuhan tepung tadi. Pastikan adunan tepung dikacau terlebih dahulu supaya sekata.
6. Tutup pengukus dan masak Laksam selama 3-4 minit.
7. Tip untuk tahu laksam sudah masak atau tidak, bila penutup pengukus diangkat, laksam jadi menggelembung seperti dalam gambar. Itu tandanya sudah masak. Waktu ni kena berhati-hati dengan wap panas.
8. Keluarkan laksam yang telah masak. Sejukkan sebentar. Dan ulang semula langkah mengukus sehingga habis adunan tepung.
9. Bila Laksam suam-suam kuku, boleh mula menggulung. Gulung dengan cermat supaya gulungan laksam nampak sempurna.
10. Laksam siap dan boleh diketepikan bagi menyediakan kuahnya pula.
1. Kisar bawang besar, bawang putih dan belacan. Masukkan halia, halba, lada hitam dan asam keping. Renihkan selama 15 minit.
2. Ikan yang telah diperisikan dikisar hingga halus. Kemudian masukkan ke dalam periuk yang berisi kisaran bawang tadi. Renihkan lagi hingga mendidih.
3. Kepala dan tulang-tulang ikan dikisar dan tapis airnya. Masukkan sekali ke dalam periuk. Didihkan lagi sehingga menggelegak.
4. Kemudian masukkan santan segar. Kacau sebati.
5. Perasakan dengan garam, perasa dan sedikit gula mengikut cita rasa masing-masing.
Ads
6. Akhir sekali, tuang santan kotak.
7. Didihkan sehingga kuah laksam betul-betul menggelegak. Pastikan kuah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
BAHAN SAMBAL LAKSAM:
10-13 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1 sudu makan cuka
CARA MEMASAK: 1. Kisar cili padi bersama bawang putih hingga halus.
2. Kemudian tuang ke dalam periuk. Didihkan cili dan masukkan cuka.
3. Masak cili hingga agak-agak pekat. Angkat.
4. Untuk menikmati laksam, potong laksam ke dalam mangkuk dan masukkan hirisan ulam seperti kubis, daun kesum, kacang panjang, bunga kantan atau apa-apa sayur kegemaran yang telah dihiris halus.
Ads
5. Tuang kuah dan letak sambal ikut cita rasa. Boleh juga masukkan belacan bakar.
Bebola daging ni sedap dibuat sup atau steambot. Lagi sedap kalau bebola daging ni kita buat sendiri di rumah. Boleh adun mengikut kehendak cita rasa kita sendiri.
BEBOLA DAGING MUDAH
BAHAN-BAHAN
• 200 gram daging kisar
• 3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
• Serbuk lada hitam
• Perasa dan garam secukupnya
• 2 senduk tepung ubi atau tepung jagung
• 1 biji telur ayam
• Air jika perlu
CARA MEMBUAT
1. Masukkan semua bahan dalam bekas. Gaul sebati.
2. Kemudian bulatkan ikut saiz kesukaan masing-masing.
3. Masuk dalam peti beku ½ jam atau 1 jam.
4. Keluarkan dan rebus. Pastikan rebus sehingga bebola timbul ke atas.
5. Bebola daging siap.
Nasi kukus memang enak. Teksturnya yang gebu membuatkan ia tidak puas dimakan. Lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama kuah gulai, ayam goreng berempah panas serta sambal. Bagi yang nak cuba buat nasi kukus ni, bolehlah guna teknik serta sukatan perkongsian saudari Yatie Tie. Resipi ni juga sesuai untuk berniaga. Selamat mencuba!
CARA-CARA MASAK NASI GUNA TEKNIK KUKUS
BAHAN-BAHAN:
Beras
Air
Bekas (seperti dalam gambar)
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras seperti biasa dan toskan airnya.
2. Sukat 1 bekas beras dan 1 bekas air. Guna sukatan yang sama untuk kedua-dua bahan ini.
3. Masukkan beras dan air ke dalam bekas kukusan dan kukus selama 30 minit. Jika menggunakan api yang besar, lagi cepat nasi masak.
4. Angkat dan nasi boleh dinikmati bersama ayam goreng berempah, sambal belacan dan kuah gulai/kari.
Kuah rojak buah Terengganu ini memang sedap kalau makan waktu lepas tarawih, ketika moreh. Sambil berehat dengan santai. Ada yang panggil colek buah.
Memang ada tersedia dijual kuah yang siap. Tapi, kalau buat sendiri lagi puas hati. Kita dapat ubahsuai ikut selera kita sendiri. Tak susah pun nak buat kuah rojak ni.
Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Encik Muliadi Ramliini ye.
Masukkan bahan kisar dalam kuali, Kemudian masukkan nisang. Biar mendidih dan cair.
Kemudian masukkan kicap manis, sos cili dan sos tomato serta cuka. Kacau rata.
Setelah itu, masukkan bijan dan kacang tanah. Perasakan dengan gula putih dan garam serta perasa. Kacau sebati. Untuk memekatkan kuah, masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, ikut kepekatan yang dikehendaki. Kuah rojak mesti rasa pedas-pedas, manis-manis dan sedikit masam.
Siap kuah dan ketepikan.
Untuk sediakan rojak buah ni, potong buah-buahan itu ikut suka.
Ambil buah yang dipotong, letakkan kuah rojak. Tabur kacang tanah. Siap untuk dimakan. sedap!
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...