Menjenguk laman sosial Hajah Sharifah Zainon di instagram seperti melihat seorang ibu sedang asyik memasak untuk anak-anak. Di samping gambar masakan yang dikongsikan, rakaman video aksi bersahajanya yang sedang memasak membuatkan sesiapa sahaja yang mengikuti IGnya akan merasa seronok.
Kali ini, beliau tampil dan beraksi di dapur rancangan Rasa Instafamous sambil berkongsi tips dan resipi menarik.
“Bermula pada tahun 2014, hanya berjinak-jinak mengambil gambar masakan dan memuat naik dalam instagram sahaja tetapi bila ramai yang direct message bertanyakan mengenai resipi, saya mula membuat rakaman video supaya senang diikuti. Hari-hari memang ada sahaja pengikut IG yang memberi feedback gembira setelah mencuba resipi yang yang saya kongsikan. Syukur alhamdulillah mereka suka, terutama pasangan muda yang beru berumahtangga”, katanya.
Ibu kepada 5 orang anak ini ternyata seorang yang penyabar, sangat peramah dan mudah mesra. Mula minat memasak selepas berkawin dengan suami tercinta Haji Mokhtar Mohamad apabila menyedari suaminya tidak minat untuk makan di luar. Dari situ beliau belajar memasak cuba untuk menawan hati suami dengan masakan kegemarannya. Beliau mencuba mempelbagaikan masakan agar suami dan keluarganya tidak jemu.
Ads
Hampir 28 tahun melayari rumah tangga, suaminya masih tidak suka makan di luar kerana percaya air tangan isterinya lebih memukau. Selama 5 tahun beliau belajar memasak sendirian berpandukan buku resipi setelah mengikuti suaminya yang ditugaskan ke Sarawak. Dari situ beliau sudah mahir memasak pelbagai jenis masakan seperti western food, chinese food dan lauk kampung yang menjadi kesukaannya. Selain menjadi suri rumah sepenuh masa beliau juga ada menjalankan bisnes kecil-kecilan untuk mengisi masa lapangnya.
Bagi anda yang ingin mencuba dan mengenali Sharifah Zainon dengan lebih dekat lagi, bolehlah ‘follow’ Instagram beliau. Berikut beliau telah kongsikan 3 resipi mudah yang boleh anda sajikan buat keluarga. Selamat mencuba!
Kepada anda yang masih belum menyaksikan rancangan memasak RASA INSTAFAMOUS ini jangan lupa menyaksikan di saluran Astro Prima dan Maya HD setiap hari Isnin, jam 12.00 tengah hari dan siaran ulangannya pada jam 9.00 malam.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Menerusi perkongsian Puan Nor Azimah Udin, resipi telur itik masin ini diperolehi dari kakak ipar beliau iaitu Puan Wan Teh Salmah. Sejak itu, beliau memang jarang sekali beli telur masin di kedai. Selain puas hati, kebersihan juga terjaga. Malah, rasa telur masin homemade ini juga lebih sedap. Bagi yang nak cuba buat telur masin homemade ni, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
TELUR MASIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
30 biji telur itik
1 cawan garam
4-5 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Telur itik dibasuh bersih dan dikeringkan.
2. Satukan garam dan air. Masak hingga mendidih dan garam larut. Sejukkan.
3. Susun telur didalam bekas yang bersesuaian. Tuang air garam yang telah sejuk ( pastikan benar-benar sejuk).
4. Biarkan pada suhu bilik selama 2-3 minggu. ( empunya resipi simpan botol berisi telur ni di dalam kabinet).
NOTA:
Air garam tidak perlu ditukar sepanjang proses pengasinan tersebut.
Setelah cukup tempoh pengasinan tu, telur boleh ditos airnya dan disimpan dalam peti sejuk. Jika biar dalam air garam terlalu lama, dibimbangi telur akan terlebih masin.
Senang je nak buat mi kugfu ni. Ini resipi untuk buat sepinggan besar mi kungfu. Memang sedap dan senang. Boleh dibuat untuk makan pada bila-bila masa. Sesuai untuk sarapan, makan tengah hari, minum petang atau makan malam.
MI KUNG FU
**media[42703]**
BAHAN MI
• Minyak masak untuk menggoreng
• 200 gram mi kuning
• 2 biji telur ayam
BAHAN HIASAN
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Limau nipis
BAHAN KUAH
• Minyak masak untuk menumis
• 3 ulas bawang putih (diketuk)
• 100 gram isi ayam (dipotong kecil)
• 5 ekor udang (dibuang kulit)
• 2 ekor sotong dipotong bulat
• 2 cawan air
• Garam dan gula secukup rasa
• 2 sudu makan sos tiram
• 3 batang baby corn (dipotong memanjang)
• Lobak merah (dipotong panjang dan halus)
• Brokoli (dihiris kecil)
• Bunga kobis (dihiris kecil)
• 3 tangkai cili padi (diketuk)
• Serbuk lada sulah
• 1 sudu makan tepung jagung (dibancuh dengan 1/2 cawan air suam)
CARA MEMBUAT MI
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan mi. Kemudian masukkan telur ayam.
2. Goreng mi sehingga kekuningan. Kemudian masukkan ke dalam pinggan dan ketepikan.
CARA MEMBUAT KUAH
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan keperangan.
2. Masukkan ayam, udang dan sotong. Kacau sehingga masak.
3. Masukkan air, garam, gula dan sos tiram. Biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan semua sayur, cili padi, lada sulah dan bancuhan tepung jagung. Kacau selama 2 minit dan angkat.
5. Tuangkan kuah ke atas mi kungfu tadi.
6. Letakkan bahan hiasan. Sedia untuk dihidang.
Brownies kedut ialah kek bantat yang di sukai ramai. Mewah dengan rasa coklat membuatkan makan banyak kali tidak jemu. Tak kurang juga yang menjana pendapatan dengan menjual brownies ni. Ikut resipi ini kejadiannya tidak mengecewakan.
Brownie Oreo
Bahan A (double boiler) 200g coklat masakan 90g butter 30g serbuk koko-BELI ONLINE DI SINI
Bahan B (pukul sebati) 2 biji telur Gred B 110g gula kastor-BELI ONLINE DI SINI 1 penutup esen vanilla-BELI ONLINE DI SINI
Bahan C 90g tepung gandum 50g biskut oreo buang krim(kisar halus) 1 sudu kecil baking powder
Cara memasak: 1.Bahan A + B.Masukkan bahan C. 2.Tuang adunan dalam loyang 8″ x 8″ yang dialas baking paper. 3.Bakar 40 minit suhu 180,bergantung pada oven masing-masing.
Jika suka makan lauk-lauk sambal, sangat memudahkan jika kita hasilkan siap-siap stok ibu sambal ini. Bila dah ada ibu sambal ini, kerja memasak memang lebih senang. Goreng ayam, ikan, udang atau lain-lain kemudian gaul dengan ibu sambal yang sudah dipanaskan. Letak perasa yang disukai. Siap lauk sambal.