Murtabak daging atau ayam adalah antara makanan jalanan atau ‘street food’ yang popular bahkan tidak asing lagi bagi orang Malaysia. Makan pula dengan kuah bawang cuka, memang sedap tak terkata. Ada juga yang gemar makan dengan kuah kari. Bagi anda yang tercari-cari resipi Murtabak Daging homemade untuk cuba buat sendiri di rumah, resipi perkongsian saudari Leeina Qaliena ni boleh dicuba. Sama macam yang anda biasa beli di pasar malam tu. Jom cuba!
2 sudu makan mentega – dicairkan dan disejukkan terlebih dahulu
1 biji kuning telur – nak guna sebiji telur pun boleh
250ml air suhu biasa
CARA BUAT DOH: 1. Satukan susu, air, kuning telur dan garam. Kacau sebati. 2. Dalam mangkuk berasingan, masukkan tepung dan mentega cair tadi. Ramas tepung hingga menjadi seakan serbuk roti. 3. Tuang air sedikit demi sedikit dan uli hingga doh tidak melekat di tangan. (empunya resipi uli doh guna bread maker) 4. Bila doh sudah sebati dan tidak melekat di tangan, tutup bekas selama 10-15 minit untuk merehatkan doh sebelum proses seterusnya. 5. Ambil doh, timbang berat 50gm. (akan dapat dalam 17 biji)
6. Bulat-bulatkan doh tadi seperti bola pingpong. Sapukan marjerin atau mentega pada doh dan susu dalam bekas yang telah disapu marjerin.
7. Tutup bekas dan perap doh sekurang-kurangnya 4 jam sebelum ditebar.
8. Prosesnya sama seperti membuat roti canai. Kalau uli malam, esok pagi sudah boleh dicanai. Simpan doh di suhu bilik sahaja.
BAHAN INTI MURTABAK:
1 pek daging kisar – empunya resipi guna 3 keping daging burger saiz besar yang dihancurkan
Telur (empunya resipi guna 2 biji telur untuk sekeping murtabak)
CARA MEMASAK: 1. Panaskan 2 sudu makan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga berbau wangi. 2. Masukkan daging. Kacau dan biarkan seketika hingga daging masak.
3. Masukkan rempah dan sedikit air. Masak hingga rempah pecah minyak. Masukkan juga garam dan serbuk perasa.
4. Seterusnya masukkan kentang dan masukkan sedikit air. Tutup kuali untuk cepatkan kentang menjadi lembut.
Ads
5. Bila kentang sudah lembut, masukkan bawang besar, hirisan kobis, daun sup dan daun bawang. Kacau hingga masak. Inti siap dan sejukkan.
CARA MEMBUAT MURTABAK:
Untuk proses ini, ada 2 cara:
Cara 1: Boleh terus tuang inti di atas doh yang siap dicanai dan masak atas api seperti memasak roti telur. Cara ini sesuai jika masak guna kuali besar seperti di kedai. Tebar doh, bentang atas kuali, tuang inti, lipat dan terus dimasak.
Cara 2: Masak dulu inti di atas dapur supaya proses membuat murtabak jadi lebih senang dan inti tidak bocor semasa diangkat ke atas kuali. Cara ini lebih senang untuk kita yang buat di rumah dengan kuali yang kecil.
Ads
CARA EMPUNYA RESIPI (UNTUK 1 BIJI MURTABAK) 1. Ambil 2 sudu makan (membukit) inti dan campurkan dengan 2 biji telur. Kacau rata dan tuang atas kuali. 2. Masak inti dan bentukkan segi empat. 3. Ambil doh tadi dan canai @ tebar hingga nipis.
4. Letakkan kepingan telur dan inti yang digoreng tadi di atas doh.
5. Lipat kiri dan kanan, atas dan bawah serta kemaskan. Sedia untuk dimasak.
6. Percikkan sedikit minyak dan terbaikkan murtabak supaya masak sekata.
7. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama Jeruk Bawang.
Kalau stok daging masih banyak dalam peti sejuk tu, jom try resipi daging goreng ni. Tapi ni bukan daging goreng semata-mata tau. Yang ni daging goreng tapi dimasukkan kicap. Sedap teruk. Beza lauk yang ini dengan daging masak kicap adalah lauk ini dagingnya digoreng terlebih dahulu. Jadi rasanya lebih sedap kerana daging itu teksturnya lebih berperisa. Maklumlah digoreng terlebih dahulu, kan.
DAGING GORENG KICAP KERING
Memang terbaik nampak daging masak macam ni kan?
BAHAN-BAHAN
• 1/2 kg daging (potong nipis, bersihkan dan gaulkan dengan garam, kunyit serta perasa)
• Minyak masak untuk menggoreng daging
• 1 sudu makan sos tiram
• Sedikit lada sulah
• 2 biji bawang besar (hiris)
• 4 biji cili padi (hiris)
• 2 biji cili masak (hiris)
• 2 ulas bawang putih (hiris)
• 4 sudu besar kicap manis
CARA MEMBUAT
1. Panaskan kuali dengan api kecil. Masukkan daging yang siap digaul garam, kunyit tadi dalam kuali untuk keringkan airnya.
2. Bila air daging dah tak ada, masukkan minyak supaya daging masak rata.
3. Goreng sehingga daging garing.
4. Masukkan sos tiram dan lada sulah.
5. Masukkan bawang besar, cili padi, cili besar dan bawang putih. Kacau sebati.
6. Akhir sekali masukkan kicap manis.
Creampuff antara kuih yang sentiasa mendapat permintaan daripada mereka yang meminatinya. Creampuff yang sedap dimakan ialah mempunyai tekstur yang lembut dan inti yang tidak terlalu manis.
Menerusi perkongsian daripada Izz Aishah ini, dia berkongsi resipi creampuff yang berintikan filling kastard yang pernah menjadi hasil jualannya sebelum ini.
1.Masukkan air dan marjerin dalam periuk. Masak sampai marjerin tu larut dalam air dan mendidih. 2. Apabila sudah mendidih, tutup api dan masukkan tepung. Kacau laju-laju sampai tepung dah tak lekat pada periuk. 3. Biarkan sampai tepung suam. Lepas tu, masukkan telur dan esen vanilla. Pukul guna mixersampai semua sebati. 4. Sapukan loyang dengan marjerin.
5. Masukkan adunan tadi dalam piping plastik (kalau ada acuan pakai la acuan, kalau tak ada pun tak apa). Pipekan adunan dengan susunan dalam loyang jarak-jarakkan sebab nanti creampuff akan mengembang.
6. Akhir sekali, spray dengan air. Bakar dengan menggunaka suhu 180C selama 35 minit.
250 ml susu cair/susu full cream 3 sudu besar tepung kastad – beli online DI SINI 5 sudu besar gula (kalau tak nak manis sangat boleh kurangkan) – beli online DI SINI 1 sudu kecil esen vanilla
CARA-CARA:
1. Masukkan susu, gula, tepung kastard dan esen vanilla ke dalam periuk. Masak di atas dapur dengan menggunakan api perlahan. 2. Masak sampai filling tu mendidih dan kental . 3. Sejukkan sebentar dan boleh masukkan dalam creampuff. Siap.
*Nak cantik boleh taburkan snow powder atas creampuff. Kalau tak ada, tak payah letak. Itu sebagai hiasan saja. *Inti dia ni kalau korang nak buat guna style lain pun boleh tau.
Esok dah Aidil Adha, ada yang berkira-kira nak masak ada dengan daging korban? Kalau tengah mencari menu yang ringkas, sedap dan cepat dimasak, ini RASA kongsikan empat resipi bercita rasa Malaysia yang gerenti tak perlu tunggu dapur lama punya. Bagaikan terasa manis bila ditumis dan goreng ala-ala.
DAGING GORENG ALA CINA
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang | hiris nipis
2 sudu makan sos tiram
3cm halia muda | hiris nipis
6 ulas bawang putih | cincang kasar
1 biji bawang besar| hiris
1/2 biji cili benggala merah | hiris
100gm brokoli
1 sudu makan minyak bijan
3 Pokok daun bawang | hiris 3cm
1 sudu tea bijan | goreng tanpa minyak
Garam dan perasa secukupnya
3 sudu makan minyak masak
1 sudu teh minyak bijan
CARA MEMBUAT:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi.
Kemudian masukkan daging, kacau rata sehingga air daging kering. Masukkan bawang besar, cili benggala dan brokoli, kacau seketika.
Perasakan dengan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Kacau lagi 2-3 minit, kemudian tutup api.
Renjiskan minyak bijan, dan gaul sekali lagi.
Sebelum hidang taburkan bijan yang digoreng tanpa minyak tadi di atasnya.
Sedia dihidangkan panas-panas.
DAGING GORENG KAILAN
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
300gm daging | hiris nipis
1 sudu teh kicap
2 sudu teh minyak sayur
1 sudu teh tepung jagung
Sedikit garam dan gula
Bahan Sos:
2 sudu makan air
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Tumis:
3 pokok anak kailan | potong 3-4cm & celur angkat
2 sudu makan minyak
1 biji cili merah | hiris serong
2 biji bawang merah | hiris
6 ulas bawang putih | cincang kasar
3 sudu minyak masak
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan daging bersama semua bahan perapan ke dalam mangkuk. Gaul dan perap lebih kurang 30 minit.
Sambil itu sediakan sos. Di dalam mangkuk kecil campurkan semua bahan sos. Kacau rata dan ketepikan.
Panaskan air dalam periuk, kemudian celur anak kailan lebih kurang satu minit, angkat dan toskan.
Untuk menumis daging, panaskan sedikit minyak masak, Masukkan bawang putih, bawang merah hingga wangi.
Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi.
Gaul rata, sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.
Seterusnya, masukan hirisan cili dan kailan yang telah dicelur tadi, kacau seketika.
Masukkan sos yang telah disediakan tadi, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
DAGING GORENG SOS TIRAM &KACANG PIS
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
500gm daging | hiris nipis
1 sudu teh garam
1sudu teh gula
1 sudu teh kicap
1sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Sos:
1 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan air rebusan stok ayam
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan gula
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Tumis:
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang besar | dadu kecil
3cm halia | hiris halus memanjang
Bahan-Bahan Lain:
3 sudu makan minyak masak
400gm kacang pis | bersihkan
1/2 biji cili benggala
Garam gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk perapan daging, campurkan semua bahan, daging, garam, gula, kicap, tepung jagung, dan minyak bijan. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 15-20 minit.
Untuk bahan sos: Campurkan kicap, stok ayam, sos tiram dan minyak bijan dalam mangkuk kecil dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan tumis hingga wangi.
Seterusnya masukkan daging yang diperap, kacau rata sehingga keperangan ( lebih kurang 4-5 minit).
Kemudian masukkan kacang pis dan hirisan cili benggala, kacau hingga kacang layu (2-3 minit).
Tuangkan bahan sos dan kacau rata. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.
DAGING TUMIS ALA MAMAK
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
500gm daging | hiris kecil, cuci dan tos
1/2 sudu teh biji sawi
4 sudu makan minyak masak
tangkai daun kari | lurut dari tangkai
4 tangkai cili kering | hiris halus
1sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk kari
Bahan Tumis:
4 biji bawang besar | buang kulit dan cincang
4cm halia muda | hiris memanjang
6 ulas bawang putih | cincang halus
Bahan-bahan lain:
1 biji cili hijau | hiris halus
3 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 sudu makan serbuk cili
1 pokok daun ketumbar | hiris halus
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk kari daging
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan cuka makan
Garam & gula secukup rasa
Minyak secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan daging dalam periuk, gaulkannya dengan bahan perapan yang lain.
Perap daging sekurang-kurangnya 30 minit.
Masukkan 1 cawan air dalam daging yang telah diperap dan didihkan di atas api sederhana. Kacau selalu sehingga air daging kering. Angkat dan ketepikan.
Panaskan 2-3 sudu minyak masak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
Masukkan daun kari dan kacau seketika.
Seterusnya masukkan serbuk cili, serbuk kari, serbuk lada hitam dan serbuk kunyit yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau lagi.
Kemudian masukkan daging yang telah direbus hingga kering tadi.
Perasakan dengan cuka, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, masukkan hirisan daun ketumbar dan hirisan cili hijau.
Terus kacau daging supaya sebati dengan bahan tumisan.
Tutup api, dan hidangkan daging bersama nasi putih atau capati.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.