Sedap Sup Dumpling ni. Makan panas-panas memang membuka selera dan mengenyangkan. Bagi anda yang kurang gemar makan sajian yang berat, Sup Dumpling ni pastinya pilihan terbaik. Kalau dibeli, harga semangkuk boleh tahan mahal. Jadi cubalah buat sendiri dengan mencuba resipi perkongsian saudari Wany Lifa ni. Kos sangat murah dan boleh dapat 40 biji dumpling tau. Sangat berbaloi.
RESIPI SUP DUMPLING HOMEMADE SEDAP & PASTI HALAL
Ads
BAHAN-BAHAN:
Kulit dumpling (dumpling pastry segera) secukupnya
BAHAN INTI:
300gm isi ayam cincang
1/2 batang lobak merah – sagat
1 biji bawang besar – cincang halus
4 ulas bawang putih – cincang halus
Daun sup & daun bawang – potong halus
2 sudu makan serbuk lada sulah
3 sudu makan minyak bijan
2 sudu makan serbuk cukup rasa
1 sudu teh garam dan gula
BAHAN SUP DUMPLING:
6 ulas bawang putih – ketuk & cincang
1 incin halia – ketuk & cincang
1 sudu teh minyak bijan
Sedikit serbuk lada sulah
1/2 kiub pati ayam
Garam dan gula secukup rasa
1 mangkuk air
CARA MEMASAK: 1. Untuk menyediakan dumpling, satukan semua bahan inti dan gaul sebati. Perap selama 10 minit.
2. Letak inti pada pastri dan kelim ikut kreativiti. Boleh rujuk youtube untuk tengok cara-cara kelim dumpling yang mudah dan sempurna.
3. Susun dumpling dalam pinggan atau bekas bersesuaian. Kukus selama 10 minit. Elakkan letak dumpling terus pada periuk kukusan kerana nanti akan melekat.
4. Bila dumpling siap dikukus, boleh terus dinikmati bersama sos kicap atau digoreng. 5. Bagi menyediakan supnya, tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Kemudian tuang satu mangkuk air. 6. Masukkan bahan-bahan sup yang lain. Masak hingga mendidih. 7. Masukkan dumpling yang siap dikukus tadi. Biarkan selama 2-3 minit. 8. Tabur hirisan daun bawang dan boleh padamkan api. 9. Untuk rasa lebih enak, Sup Dumpling ini boleh dinikmati bersama sos cili thai yang telah dicampur dengan sedikit daun ketumbar yang dicincang halus atau sos kicap cair.
Ads
Kredit resipi & foto: Wany Lifa
Tercari-cari ‘AIR FRYER’ yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI.
Musim PKP ini kesihatan paling utama perlu dijaga. Walaupun nak masak menggila semua nak dihadap perlu diingat berpada-padalah. Perut kita bukanlah tong sampah yang perlu dimasukkan apa sahaja. Makanlah makanan yang berkhasiat dan jaga diet anda.
Jom kita ikut menu sihat Azlina Ina ini.
HOMEMADE FISHBALL
Bahan-bahan:
6 ekor ikan sardin/ikan kembung/ikan Selayang Lada hitam Garam 2 sudu besar tepung ubi Air secukupnya Sup bunjut Daun saderi
1) Pakai ikan sardin @ ikan kembung atau ikan Selayang.Ikan yang banyak isi sesuai je. Hiris nipis ambil isinya sahaja (kisar sampai hancur). Kalau nak rebus dulu pun boleh cuma manis ikan tu kurang sikit. 2) Masukkan lada hitam sikit, garam bukit sikit.Kalau siapa suka pedas nak letak paprika pun boleh 3) Masukkan tepung ubi dan gaul rata. 4) Panaskan air kalau nak sedap letak sup bunjut dan daun saderi masa didih kan air tu. Sementara gentel bulat-bulat.Masukkan dalam air tu tadi, biar 3 minit.ok siap masak. 5) Kalau suka sayur, tambah sayur dalam adunan ikan tadi gentle-gentel jadi lah bebola ikan dan sayur.
*bebola ikan ini boleh untuk makan tengah hari atau malam sebelum pukul 7. Sedap kalau dibuat sup boleh makan macam tu je. Setiap hidangan 4 hingga 5 biji cukup yang lain boleh frozenkan nak makan tinggal terjunkan je dalam sup ke dalam sayur ke.
Kuah kacang menu wajib bila tiba hari raya. Dimakan dengan nasi impit, cucur udang, ketupat dan sate memang sedap. Tapi ramai yang akui kuah kacang yang dimasak cepat basi. Jadi macam mana nak masak kuah kacang yang tahan lama?
Kuah kacang antara masakan bersantan dan masakan jenis ini selalunya memang cepat basi. Namun kalau betul cara masaknya, boleh tahan lama dan lambat basi.
Ada pelbagai petua yang boleh anda cuba. Ini petua yang dikongsikan oleh Puan Rabiatun Adawyah.
Kuah kacang yang tahan lama
1) Kacang yang disangai perlu kena betul-betul masak.
2) Apabila tumis cili, pastikan cili ditumis betul-betul masak juga. Memang ambil masa. Hasilnya kuah kacang yang dihasilkan akan lebih tahan lama dan rasa yang sedap. Insya Allah.
3) Apabila dah masukkan santan, kena pastikan santan betul-betul masak juga. Baru boleh masukkan kacang supaya kacang tadi tak mendap dan terpisah.
4) Selepas masukkan kacang yang dikisar, kena selalu dikacau supaya kacang tadi tidak cepat hangus di bawahnya.
5) Dari segi rasa pula, kena cukup masin, manis dan masamnya. Insya-Allah kuah kacang korang akan lebih sedap apabila dipanaskan.
Kredit gambar & petua: Puan Rabiatun Adawyah Mohamed Din
Tauhu telur ni kalau dimasukkan dalam sayur campur atau sup sayur memang enak rasanya. Pastikan jika beli tauhu telur ada loga halal di paketnya. Jangan tersilap ambil pula. Nak mudah jom buat sendiri tauhu telur. Ikut langkah berikut confirm berjaya.
TAUHU TELUR HOMEMADE
Bahan-bahan:
5 biji telur gred A
225 ml air soya
1/2 sudu kecil garam
Plastik aiskrim
Cara membuat:
1.Pecahkan telur.
2.Masukkan garam.
3.Masukkan air soya (untuk air soya boleh guna apa saja brand,air soya yang tak ada gula pun boleh)
4.Kacau sebati semua bahan.
5.Tapis supaya tiada bubble.
6.Masukkan ke dalam plastik aiskrim.
7.Ikat kemas-kemas.
8.Panaskan air,tidak perlu sampai mendidih.
9.Masukkan tauhu telur,masak sehingga 30 minit dengan api yang perlahan.
10.Bila tauhu dah bertukar warna maknanya sudah masak.