Comelnya Cupcake Sarang Semut ni.Walau versi mini tapi elok bersarang. Bagi anda yang rasa nak makan Kek Sarang Semut tapi tak punya banyak masa, boleh cuba resipi perkongsian saudari Maizatul Nurjannah ni. Lebih kurang 10 minit je dah siap masak. Berbaloi kan? Jom lihat cara-cara pembuatan serta bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI CUPCAKE SARANG SEMUT SEDAP & MUDAH MASAK
Ads
BAHAN-BAHAN: 1 cawan gula pasir – beli online disini 1 cawan air panas 1 cawan tepung blue key + 1/2 sudu (kfc) soda bikarbonat – beli online disini 1/4 cawan susu pekat manis – beli online disini 3 sudu makan marjerin/mentega (kalau cairkan terlebih dahulu rasa kek akan lagi lembut) – beli online disini 4 biji telur gred A 1 penutup esen vanilla – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Cairkan gula hingga warna jadi keperangan/coklat. Bila gula sudah cair, masukkan air panas dan marjerin yang telah dicairkan. Kacau sebati dan biarkan suam. 2. Masukkan telur dan esen vanilla ke dalam blender. Kisar sekejap kemudian masukkan susu pekat manis. Kisar sebentar sekali lagi. 3. Masukan tepung yang telah dicampur dengan soda bikarbonat. Kacau hingga rata. 4. Masukkan air gula yang sudah suam. Kisar lagi sekali kemudian tapis. 5. Perap adunan. Boleh pilih sama ada nak perap sebentar atau lama. (Empunya resipi pernah cuba keduanya dan dua-dua menjadi.) 6. Tuang bancuhan kek ke dalam acuan cupcake yang telah diletak dalam tray muffin. Bakar pada suhu 160C menggunakan api bawah terlebih dahulu selama 5minit. (kek akan mula nampak lubang-lubang)
7. Kemudian bakar lagi menggunakan api atas bawah selama 5 minit. Masa mungkin berbeza mengikut jenis ketuhar masing-masing.
Penggemar ayam goreng mamak boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh Kalai ni, nampak sedap. Resipi dari perkongsian ibu mertuanya yang telah tiada membuatkan terkenang dengan masakan ayam gorengnya. Untuk yang ingin mencuba Rasa kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
RESIPI AYAM KALAI
BAHAN-BAHAN:
(Untuk 2 bahagian drumstick)
Serbuk kunyit 1/2 sudu makan
Serbuk cili 1 sudu makan
Sedikit garam..
Gula lebihkan sedikit
NOTA: Janji serbuk cili dan gula lebihkan sedikit kuantitinya daripada serbuk kunyit dan garam)
CARA MEMASAK:
Lumurkan kesemua bahan dan goreng dengan api yang perlahan sebab ada gula dan ia mengambil masa menggoreng.
Kena banyak bersabar kalau nak ayam garing dan sedap!
Sambal ikan bilis sering menjadi pilihan sebagai juadah pemecah selera terutamanya bila takda selera makan. Buat sambal tumis, atau tumbuk mentah ikan bilis tetap sedap janji ada bilis dan cili padi, memang padu bila makan. Apa kata dijadikan sajian teman berbuka.
1. SAMBAL BILIS GARING
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | dikopek
1 biji bawang besar | dihiris
6 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
15-20 tangkai cili kering | dikisar
1 sudu makan sos cili
3 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARAMEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa gula secukupnya.
Kecilkan api dan terus kacau sehingga pes cili agak pekat.
Masukkan pula hirisan bawang besar.
Apabila pes telah pekat dan secukup rasa masam, masin dan manisnya tutup api.
Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata.
2. SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN
150gm ikan bilis telah dikopek | dikisar kasar
150 gm terung pipit | dibelah tengah tidak putus
6 ulas bawang merah | dikisar kasar
2 ulas bawang putih | dikisar kasar
10 tangkai cili kering | dikisasr halus
10 biji cili padi | dikisar halus
1 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng terung pipit lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar kasar hingga wangi, kemudian masukkan cili kering dan padi yang dikisar halus.
Masukkan air asam jawa dan terung pipit yang telah digoreng tadi.
Kecilkan api dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
Angkat dan hidangkan.
3. SAMBAL BILIS GESEK
BAHAN-BAHAN:
100gm ikan bilis | dikopek
10 tangkai cili padi
1/2 biji tomato | dibuang biji dadu kecil
1 biji limau nipis
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Cuci ikan bilis dan toskan.
Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar.
Keluarkan dari lensung batu dan masukkan dalam mangkuk.
Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu.
Gaul rata, dan sedia dihidangkan.
Jika terlalu masam boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.
4. SAMBAL BILIS TELUR KACAU
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis | dikopek
2 biji telur
20 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar .
Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing.
Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula.
Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis.
Masak Nasi Briani, tapi nak padankan dengan lauk apa? Jangan risau hari ni RASA ingin kongsikan menu Nasi Briani yang lengkap dengan lauk dan acarnya sekali. Padanan nasi dan lauk ini sesuai kalau anda sediakan untuk hidangan keluarga dan tetamu di hujung minggu ni. Jom cuba…
NASI BRIANI
BAHAN-BAHAN:
1kg beras Basmathi | rendam 30 minit dan tos
2 sudu makan rempah beriani | bancuh dgn sedikit air
4 biji buah tomato | potong dadu
100 gm daun pudina
100 gm daun ketumbar
1 liter air
200ml susu cair
4 sudu makan minyak sapi
1/2 cawan kismis
1/2 cawan kacang gajus | bakar
Pewarna kuning |bancuh dengan sedikit air
Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
5 ulas bawang merah | hiris
3 ulas bawang putih |hiris
2cm halia | hiris halus
2cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi dalam kuali, tumiskan bahan penumis hingga wangi.
Masukkan rempak briani yang telah dibancuh dengan sedikit air, tumis hingga pecah minyak.
Masukkan tomato yang telah dipotong dadu.
Seterusnya masukkan air dan susu cair. Biarkan mendidih sebentar.
Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi yang berisi beras yang ditoskan tadi bersama daun ketumbar dan pudina.
Masak seperti nasi biasa. Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna kuning dan biarkan nasi masak sepenuhnya.
KAMBING BRIANI
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing | potong ikut cita rasa
4 biji kentang | kupas dan belah empat
2 biji bawang besar | belah empat
2 biji cili merah | belah 2 tapi tak putus
2 biji cili hijau | belah 2 tapi tak putus
2 sudu makan bawang goreng
2 pokok daun ketumbar
1 cawan susu cair/segar
1 biji lemon
1 biji bawang besar, hiris
2 sudu makan rempah briani
2 sudu makan gula Melaka
2 sudu makan kerisi
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Air secukupnya BAHAN KISAR
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cmhalia
1 biji tomato yang masak ranum
3 biji cili hijau BAHAN TUMIS
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, kemudian campurkan dengan minyak sapi, tumis hirisan bawang besar hingga layu. Kemudian masukkan bahan tumis dan masak hingga wangi.
Masukkan rempah briani yang telah disatukan dengan bahan kisar, tumis hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan daging kambing, hirisan daun ketumbar dan bawang goreng. Biarkan mereneh hingga daging lembut.
Masukkan kentang, kerisik dan belahan bawang besar.
Perah lemon dalam susu cair, kacau sebati dan masukkan kambing briani.
Apabila kentang empuk. Perasakan dengan gula Melaka dan garam secukupnya.
Akhir sekali tambah cili merah dan cili hijau. Biarkan mereneh seketika sebelum dimatikan api.
Hias dengan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
ACAR TUMIS:
BAHAN-BAHAN:
2 batang timun, | buang biji dan potong memanjang
1batang lobak merah | hiris memanjang
2 biji cili merah | buang biji dan hiris memanjang
8ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu makan serbuk kari daging
2 cm halia hiris memanjang
2 sudu makan cuka
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh biji sawi
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN-BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan halia, kacau seketika.
Masukkan bahan kisar, rempah kari dan serbuk kunyit tumis hingga kekuningan.
Seterusnya masukkan bawang merah dan bawang putih (biarkan sebiji-sebiji), timun, lobak merah, cili merah, kacau rata.
Kemudian tambahkan cuka, garam, gula dan biji sawi secukupnya.