Roti adalah sejenis hidangan sesuai dibuat sarapan. Ini kerana sajiannya mudah dan mengenyangkan.

Kali ini RASA ingin kongsikan resipi ringkas membuat roti gulung dengan inti ayam. Sesuai juga jika ingin dijadikan bekal untuk anak ke sekolah.

Resipi ini adalah daripada Noriza Awang Hamat yang berkongsi resipi ini di facebook group Rasa Share Resipi.

Jom kita lihat resipinya.

IKLAN

ROTI GULUNG INTI AYAM

Roti Gulung Inti Ayam, Sajian Sarapan Mengenyangkan

BAHAN ASAS
7 keping roti sandwic
Marjerin
7 keping keju
3 biji telur ayam
Serbuk roti
Minyak masak untuk menggoreng

BAHAN INTI
Marjerin (untuk menumis)
200 gram isi ayam (dicencang)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
Lada benggala (dipotong dadu)
Lobak merah (dipotong dadu)
Lada sulah secukupnya
Garam secukup rasa
Cili padi (pilihan)

IKLAN

CARA MEMBUAT INTI
1. Dalam kuali, panaskan marjerin. Masukkan ayam.
2. Apabila ayam sudah masak, masukkan bawang besar, lada benggala dan lobak merah.
3. Kemudian masukkan lada sulah dan garam. Jika mahu pedas, masukkan cili padi.
4. Kacau semuanya biar sebati. Matikan api.

CARA PENYEDIAAN
1. Ambil sekeping roti sandwic. Gelek roti supaya nipis.
2. Sapukan marjerin pada roti. Kemudian letakkan kepingan keju.
3. Letak sedikit inti.
4. Gulung roti kemas-kemas.
5. Pukul telur ayam sehingga kembang.
6. Celup roti yang sudah digulung tadi ke dalam bancuhan telur ayam.
7. Golekkan roti dengan serbuk roti.
8. Panaskan minyak masak. Goreng roti sehingga kekuningan.

IKLAN

Roti Gulung Inti Ayam, Sajian Sarapan Mengenyangkan

Selamat mencuba!

Sumber: Rasa Share Resipi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI