Bukan senang nak jumpa rasa dessert yang kayangan tapi bahan-bahan yang digunakan tak banyak pun.
Malah cara nak buat pun mudah je Omlet Bbang atau Korea Dessert Sandwich ni.
Resipi yang dikongsi Umi Watie ini, rupanya macam sandwich buah yang comel dengan base yang gebu. Memang mantul. Makan seketul mesti nangis, sebab tak cukup.
Dapatkan British Polo Amira Handbag Setdengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
BAHAN FILLING:
250 g cream cheese 100 g whipping cream uht 40 g gula Buah pilihan
CARA MENYEDIAKAN:
Ads
1. Putih telur diasingkan dari kuning telur. Pastikan bekas bebas dari sebarang anasir minyak. Pastikan juga kuning telur tak pecah ye. Sebab susah nak asingkan. 2. Pukul putih telur. Nampak kan sekejap saja dah berbuih elok. Itu tanda putih telur bebas dari anasir minyak.
3. Dah berbuih tadi kan? Masukkan gula sikit demu sikit sambil pukul sampai bertanduk. 4. Pukul sampai gebu, ringan dan kaku. Senang kata sampai nampak bertanduk. 5. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul semua adunan sampai rata. Pukul dalam seminit saja tau.
6. Masukkan tepung yang sudah diayak ye. Kaup balik adunan secara perlahan.
7. Adunan dah rata. Saya tuang sesenduk dalam kualu anti lekat. Api sederhana saja.
Ads
8. Lepas 3 minit macam tu. Bila tengok adunan macam dah mula kering, terbalikkan dengan berhati-hati. Dah siap angkat dari kuali. Kena peka ya.
9. Dah siap, panas-panas tu lipat dua. Sementara itu, pukul cream cheese pada suhu bilik. Putar sampai lembut.
10. Dah lembut. Masukkan whipping cream dan gula. Pukul lagi sampai kental. 11. Pukul sekejap semua sampai rata. Kira nampak dah kental ni kira jadi la tu. Jangan over beat tau. Nanti cair tak jadi.
12. Potong buah pilihan sesuai dengan saiz Korean dessert sandwich (omlet bbang) Kita tadi ya.
13. Krim tadi saya bubuh dalam plastik tiga segi. Siapkan semua supaya senang nak dihias. 14. Letakkan krim sesedap rasa. Bubuh la sesuai dengan saiz base dia ya.
15. Lepastu susun buah. Dah siap. Simpan dalam peti sejuk. Makan sejuk-sejuk memang sedap. Makan sambil pejam mata tau.
Masakan homemade ni memang rasa dia sangat lain dari yang lain. Ia lebih segar, lebih sedap malah lebih bersih. Teringin nak buat mi sendiri? Hanya perlukan 4 bahan asas sahaja. Jom cuba resipi step by step perkongsian Chef Sue M Arukin ni.
HOMEMADE FLAT NOODLES
BAHAN-BAHAN:
400gm tepung gandum
1 biji telur
Secubit garam
Air secukupnya (kena pandai agak semasa menguli)
CARA MEMBUAT:
1. Gaul tepung bersama telur dan garam. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang boleh dibentuk.
2. Setelah doh sebati dan tidak melekat pada bekas, rehatkan selama satu jam sebelum dicanai.
3. Tabur tepung pada papan pencanai dan letak doh. Canai doh hingga nipis.
4. Kemudian potong doh mengikut saiz yang disukai dengan menggunakan pemotong piza.
5. Jika tiada pemotong piza, boleh juga guna pisau biasa atau mesin pasta.
6. Celur doh yang dipotong tadi hingga masak. Tanda doh telah masak ialah ia akan menjadi kenyal. Kemudian angkat mi, masukkan ke dalam air sejuk selama beberapa minit dan toskan.
7. Mi yang telah siap dicelur. Bolehlah dimasak mengikut citarasa dan selera masing-masing.
8. Salah satu menu yang boleh dibuat: Flat NoodlesSoup With Chicken.
9. Atau boleh juga hasilkan, Aglio Olio Flat Noodles with Prawn. Selamat mencuba!
Info chef:
Jika suka perisa tambahan, boleh tambah masa menguli doh. Contohnya: kisar daun bayam jadikan puri (dalam setengah cawan). Kemudian campurkan dalam campuran tepung tadi dan uli macam biasa. Maka jadilah spinach noodles.
Boleh pelbagaikan perisa noodles dengan bahan-bahan lain yang disukai seperti tomato, lobak dan sebagainya.
Malah mi ini juga boleh dipelbagaikan cara memasaknya. Ia boleh dijadikan noodles soup, digoreng dan bermacam-macam lagi.
Sesekali hujung minggu cari ikan darat masak dengan menu tradisi kampung pasti tidak memgecewakan. Ia bukan hanya sedap tetapi boleh mengundang nostalgia zaman dulu-dulu. Terbayang sedapnya masak pindang, pais dan asam rebus ikan. Lebih sedap kalau ikan yang dimasak dirampai dengan sayur seperti bendi dan terung. Tak percaya anda boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
IKAN LAMPAM GULAI LEMAK ATAS DAUN PISANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Lampam | lebih kurang 300gm
250ml santan pekat
1 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit | mayang halus
Daun pisang secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
1 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Ikan dibuang sisik, isi perut dan bersihkan dengan air limau nipis. Kemudian toskannya..
2. Sementara itu lapiskan kuali dengan dua atau tiga lapisan daun pisang.
3. Seterusnya tuangkan santan di atasnya dan campurkan di dalamnya dengan bahan kisar.
3. Kacau supaya bahan sebati, masukkan asam gelugor.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Masukkan ikan dan tabur daun kunyit yang telah dimayang halus di atasnya.
6. Tutup kuali kemudian masak ikan tadi menggunakan api perlahan.
7. Selepas lima minit balikkan ikan, dan biarkan mendidih hingga kuah pekat dan iakan masak sepenuhnya.
8. Tutup api, ikan sedia dihidangkan.
ASAM REBUS IKAN SUSU
BAHAN-BAHAN:
1 kg Ikan Susu | buang sisik, bersih dan toskan
3 sudu makan pes cili kering
1 biji bawang besar | hiris
2 hirisan lengkuas | titik
3 keping asam gelugor
1 batang bunga kantan | belah dua
5 tangkai daun kesum
4 biji kacang bendi
Garam, gula dan perasa secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air di dalam periuk secukupnya,masukkan asam gelugor, hirisan lengkuas dan bawang besar.
2. Kemudian masukkan pes cili kering, kacau rata.
3. Renehkan atas dapur, apabila kuah mendidih masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum.
4. Selepas dua minit perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
5. Setelah cukup rasa, masukkan kacang bendi.
6. Apabila sudah layu, tutup api dan hidangkan.
IKAN TILAPIA TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Tilapia | buang sisik, cuci bersih dan tos
3 sudu makan tempoyak
Garam dan gula secukup rasa
Daun kunyit secukupnya | untuk membalut ikan
Aluminium foil secukupnya
BAHAN HIRISAN:
Daun kunyit secukupnya
Daun kesum secukupnya
Daun pegaga secukupnya
Daun limau purut secukupnya
4 batang serai
BAHAN KISAR HALUS:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Lapkan ikan yang telah dibersihkan dengan tisu dapur. Ketepikan.
2. Campurkan tempoyak, bahan kisar, garam dan gula secukupnya.
3. Gaul rata dan sebati.
4. Kemudian campurkan dengan bahan hirisan, gaul rata sekali lagi.
5. Untuk membalutnya, bentangkan aluminium foil di atas meja, kemudian lapiskan dengan daun kunyit.
6. Ambil campuran tempoyak tadi ratakan di atas daun kunyit.
7. Seterusnya letakkan ikan di atasnya.
8. Sapukan keseluruhan ikan termasuk di bahagian dalam perut dengan bahan tempoyak tadi.
9. Balutkan ikan dengan lapisan daun kunyit dan kemaskan dengan aluminium foil di luarnya.
10. Kukus ikan hingga masak.
11. Setelah masak, pais ikan sedia dihidangkan panas-panas.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.