Kalau dulu-dulu buat tart nenas, mesti suka dapat makan sebab buat jem nenas sendiri. Lagi rasa sedap dan aroma dia lagi wangi.
Sekarang ni, susah nak jumpa tart yang gunakan jem nenas homemade. Kebanyakannya lagi mudah beli di kedai bakeri.
Kalau mana-mana yang nak buat jem nenas sendiri, boleh cuba resipi cara orang lama ini daripada Mamamemey Airish.
Rasa puas hati dapat jem yang kuning keemasan dan punya rasa yang disukai. Macam nostalgia sangat.
JEM NENAS CARA ORANG LAMA
BAHAN-BAHAN:
9 biji nenas moris (berat sebiji lebih kurang 1kg termasuk kulit & jambul) 700g gula pasir – beli online di sini 30 kuntum bunga cengkih (lebih kurang) – beli online di sini 1 ½ sudu teh vanillin (yang kasar, bukan yang macam tepung tu) 2-3 titik pewarna kuning telur 2-3 sudu makan jus lemon (ni untuk elakkan gula bersakar, dulu bonda tak letak pun, ni saya yang memandai-mandai sendiri)
2. Letak dalam tapisan, tekan-tekan biar keluar jus nenas tu. Jangan buang banyak sangat jus tu, nanti rasa nenas tu mcm tak ada pula dah dalam jem tu. 3. Masak dan kacau dalam kuali sampai air nenas tu betul-betul kering, baru masukkan gula. Nanti nenas tu akan berair balik. Ni macam proses nak buat kuih kasturi.
4. Jangan lupa masukkan cengkih dan pewarna kuning telur, jus lemon dan vanillin.
5. Terus kacau sampai nenas jadi jem yang pekat tapi jangan sampai mengeras pula.
6. Biarkan sejuk dulu baru simpan dalam bekas yang bertutup. Sebaiknya simpan dalam peti sejuk hingga sampai pada hari untuk digunakan.
Ads
NOTA:
18 biji nenas moris cuma dapat lebih kurang 2.7kg jem. Saya kira bertuah sebab dapat nenas percuma daripada besan. Kalau beli sebiji lebih kurang RM3x18. Gula 1.4kg. Cuba kira modal dia. Macam mana nak jual kan.
Kalau sebut nasi beriani, ramai terbayangkan lauk ayam, kambing atau daging. Tapi tahukah anda, ada versi yang ringkas, murah dan tetap sedap – iaitu Nasi Beriani Telur?
Gabungan nasi beriani yang berempah harum bersama telur rebus yang digoreng dan dimasak bersama nasi beriani. Makan tak ada kuah pun sedap. Sesuai untuk hidangan keluarga, kenduri kecil atau bila anda nak merasa beriani tapi nak jimat kos.
NASI BERIANI TELUR
Bahan-Bahan Resipi Nasi Beriani Telur
3 cawan Beras Basmathi ( basuh bersih dan toskan)
1 cawan Susu Cair
3 sekawan
2 helai Daun Salam
6 biji Telur – rebus dan gorengkan
1-2 biji Bawang Besar – potong dadu
4 ulas Bawang Putih – hiris halus
1-2 biji Tomato – potong dadu
1 inci Halia – hiris
2 biji Cili Hijau – potong kasar
1 sudu kecil Serbuk Ketumbar
1 sudu kecil Serbuk Jintan Manis
1 sudu kecil Serbuk Jintan Putih
1 sudu kecil Garam Masala
1 sudu kecil Serbuk Kunyit
1 sudu besar Serbuk Cili
1/2 cawan Air
1/2 cawan Yogurt Asli
Garam secukup rasa
3 sudu besar Marjerin
Cara Penyediaan Nasi Beriani Telur
Goreng telur rebus angkat dan toskan
Panaskan marjerin/butter. Masukkan bawang besar dan bwg putih. Masak sampai naik bau. Kemudian masukkan tomato, halia dan cili hijau. Masak sekejap.
Masukkan segala rempah dan serbuk cili. Kacau sebati.
Masukkan air dan yogurt dan garam. Kacau lagi.
Masukkan telur yang digoreng tadi. Kacau sebati.
Masukkan beras dan ratakan.
Masukkan susu cair.
Letak sedikit marjarin dan pewarna kuning di atasnya.
Masukkan daun ketumbar dan bawang goreng. (boleh masukkan gajus dan kismis jika suka)
Tutup periuk dan masak dgn api perlahan.
Agak2 nasi dah masak kacaukan nasi dengan perlahan untuk bagi warna sekata.
Akhir sekali taburkan bawang goreng dan daun ketumbar.
Biarkan nasi betul-betul masak lagi dgn api yang paling kecil
Tips Tambahan
Nasi beriani lebih harum jika guna minyak sapi, tapi minyak masak, marjerin ataupun mentega juga boleh jadi alternatif.
Mudah kan cara buat Nasi Beriani Telur simple tapi sedap berempah ni? Walaupun hanya menggunakan telur rebus, rasa rempah beriani yang wangi menjadikan hidangan ini istimewa.
Kalau dah bosan dengan lauk harian, jom cuba resepi ni untuk kelainan di meja makan. Confirm licin periuk!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Nasi lemak antara makanan wajib jika berada di Malaysia. Sedap di makan dan dibuat untuk hidangan sarapan pagi mahupun makan malam. Jika kamu merancang ingin membuat kenduri atau memulakan perniagaan kecil-kecilan disarankan untuk ikut sukatan ini, sangat membantu.
Pagi ni ada yang pm saya,tanyakan sukatan nak masak nasi lemak untuk 10 orang makan yang sebelum ni saya kongsikan sukatan untuk 30-60 orang makan.Ok…ada dah kat bawah tu.
Sukatan(10 orang makan)
1kg beras
1/2kg santan
1 liter air
1sudu garam
Sukatan(30-40 orang makan)
3 kg beras
1kg santan
3 liter air
3 sudu besar garam
Sukatan(55-60 orang makan)
5 kg beras
1 1/2 kg santan
5 liter air
5 sudu besar garam
Daun pandan jangan lupa pula.
Kredit resipi: Fazniza Razali MAHN
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ayam Sirsau adalah menu popular di kalangan masyarakat Banjar, rasa pedas dan kaya dengan aroma serai dan daun limau purut ini sangat sedap dan mudah dimembuatnya. Kalau korang ingin mencuba, tidak ada masalah, resipinya RASA ada kongsikan.
AYAM SIRSAU BAHAN-BAHAN:
6 ekor ayam | potong kecil
6 biji tomato | potong empat
30 biji cili padi merah dan hijau | buang tangkai
18 batang serai | titik
4 kiub pati ayam
1 mangkuk air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
30 tangkai cili kering | potong dan rebus kemudian tos
20 biji cili padi merah
20 biji cili padi hijau
16cm kunyit hidup
30 ulas bawang merah
24 ulas bawang putih
1 keping belacan saiz kecil
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk atau kuali besar.
Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan serai diikuti kiub pati ayam dan ayam.
Setelah ayam kecut masukkan air asam jawa dan sedikit air.
Biarkan mereneh hingga ayam empuk.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum angkat masukkan tomato, cili padi merah dan hijau.
Setelah cukup rasa dan kuah sedikit pekat. Tutup api.
Ayam Sirsau sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cuba resipi Cha Bang Ang viral dari Thailand yang sedap, segar dan sangat mudah disediakan. Dessert ais popular ini hanya perlukan bahan ringkas. Memang puas hati!