Resipi Ayam Tomato Keju ni antara menu wajib ada dalam senarai masakan anda ketika hari raya. Gabungan rasa masam manis daripada sos tomato dengan keju Perfect Italiano Mozzarella yang mencair membuatkan lauk ini lebih istimewa. Sesuai dimakan bersama nasi panas, roti atau pasta. Pasti buat anda tambah berkali-kali. Jom cuba.
AYAM TOMATO KEJU
Bahan-bahan:
½ ekor ayam | dipotong kecil, digaul bersama serbuk kunyit & garam
1 biji bawang merah | dihiris
4 ulas bawang putih | dikisar kasar
1 sudu besar sos tiram
2 batang serai | dititik
200gm pes tomato
100gm cili kisar
80gm Perfect Italiano Mozzarella
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Daun ketumbar | hiasan
Minyak masak | untuk menggoreng
Cara Memasak:
Gorengkan ayam yang telah digaul bersama serbuk kunyit dan garam hingga separuh masak. Asingkan.
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan serai hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tunggu sehingga pecah minyak.
Masukkan pes tomato, sos tiram dan keju Perfect Italiano Mozzarella lalu gaul sebati.
Masukkan ayam tadi dan perasakan. Taburkan daun ketumbar sebagai hiasan.
Resipi Sandwich Tuna Berkeju yang cukup ringkas. Intinya menggunakan tuna yang digaul bersama beberapa bahan mudah yang lain. Nampak sangat sedap dan tentunya mengenyangkan. Memang patut dicuba. Gunakan Anchor Cheddar Cheese Slices yang kaya dengan protein dan kalsium serta Anchor Spreadable untuk memberi aroma kepada sandwich kita. Enak juga dinikmati bersama Fernleaf CalciYum Cultured Milk Drink untuk kanak-kanak atau Fernleaf Minuman Susu Kultur Probiotic+ untuk dewasa.
SANDWICH TUNA BERKEJU
Bahan-bahan:
1 tin tuna | tapis amek tuna sahaja, air tak nak
Anchor Spreadable secukupnya
4 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
4 sudu mayones
1 biji bawang merah | kisar kering
2 ulas bawang putih | kisar kering
1 biji lemon jus
30gm daun sup
4 keping roti putih
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk, gaul tuna, mayones, bawang merah, bawang putih, lemon jus, daun sup. Perasakan bagi sedap.
Sapukan Anchor Spreadable di atas roti.
Kemudian, ratakan inti tuna di atas roti, letakkan Anchor Cheddar Cheese Slices dan tutup dengan roti satu lagi.
Panggangkan roti hingga perang.
Boleh dinikmati bersama Fernleaf CalciYum Cultured Milk Drink untuk kanak-kanak atau Fernleaf Probiotic+ untuk dewasa.
Sekiranya anda teringin nak makan pizza, boleh saja buat sendiridi rumah. Hanya gunakan tortilla sebagai base dan kari daging serta keju sebagai topping. Memang sedap! Pastikan kari daging yang digunakan kering dan tidak basah supaya tortilla tidak lembik. Nak lagi sedap, tambahan keju Perfect Italiano Perfect Pizza untuk regangan pizza yang sempurna. memang puas hati bila tarik tu. Rasa keju ini juga seimbang dan tidak berminyak. Jom cuba.
TORTILLA KARI DAGING BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
4-6 keping tortilla
250gram Perfect Italiano Perfect Pizza
BAHAN-BAHAN B (INTI):
300gram daging – potong kiub kecil
2 biji ubi kentang – potong dadu kecil
100gram Anchor Unsalted Butter
150ml Susu UHT Fernleaf
3 sudu makan serbuk kari daging
2 bji tomato – cincang halus
4 biji bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1 labu bawang besar – mayang halus
2 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
Garam & lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan/cairkan Anchor Unsalted Butter di dalam periuk. Tumis bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis hingga harum. Masukkan daun kari.
Masukkan bawang yang dimayang lalu tumis lagi hingga layu.
Masukkan bawang merah kisar, bawang putih kisar, serbuk kari daging dan tomato cincang. Gaul sebati dan tambah sedikit air jika terlalu kering. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan daging lalu didihkan hingga hampir empuk. Masukkan ubi kentang dan Susu UHT Fernleaf. Didihkan hingga semua bahan masak sempurna dan kuah agak pekat.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Sejukkan sebentar.
Ambil sekeping tortilla, sendukkan kari daging secukupnya lalu ratakan. Tabur Perfect Italiano Perfect Pizza Taburkan lebihan daun kari di atasnya.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 15-18 minit atau hingga pizza masak. Hidangkan panas.
JOM SERTAI PERADUAN #MYDAPURFLEX
Nak menang wang tunai RM1,000? Kalau tak pandai masak pun tak apa. Janji confident. Ha…Gitu! Jom join peraduan Flex & Menang.
Anda hanya perlu:
Kongsi GAMBAR atau VIDEO aksi memasak di Facebook dan Instagram.
Tag @majalahrasa @fonterra.my @DairyliciousMY. Sertakan juga hashtag #mydapurflex.
Tag 3 rakan anda. Pastikan akaun anda berada dalam tetapan umum.
Tak perlu masak menu hebat. Goreng telur pun boleh. Janji skill masak tu nampak power.
Mak-mak, student universiti, orang bujang, tukang masak, makcik kantin, abang jual burger atau sesiapa je, semua orang boleh join .
Hantar je penyertaan. Mana tahu duit cash RM1000 ni milik anda.
Bolehlah guna buat belanja barang sekolah anak, shopping @ pergi holiday!
Tak lama lagi Hari Raya bakal menjelma, tak lengkap rasanya kalau tak buat biskut raya kan? Jomlah buat Biskut Makmur, antara biskut yang menjadi kegemaran ramai. Menggunakan kacang tanah yang dikisar bersama gula icing menambahkan lagi rasa lemak pada biskut ini. Jangan lupa gunakan Anchor Unsalted Butter, mentega yang diperbuat 100% daripada susu berkualiti tinggi dari lembu yang diberi makan rumput segar. Tak cukup makan satu, tahu-tahu dah habis sebalang biskut.
BISKUT MAKMUR
Bahan-Bahan:
300gram tepung gandum – sangai
90gram Anchor Unsalted Butter – cairkan
50gram Fernleaf Susu Tepung
50gram gula kastor
Minyak jagung secukupnya
Gula aising secukupnya
Bahan-Bahan Inti:
200gram kacang tanah – sangai, buang kulit & kisar tidak terlalu halus)
120gram gula kastor
Mentega cair secukupnya
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk, satukan tepung gandum bersama gula kastor, Fernleaf Susu Tepung dan Anchor Unsalted Butter yang telah dicairkan. Gaul rata. Tambah sedikit minyak jagung (secukupnya) lalu gaul menjadi adunan yang boleh dibentuk. Ketepikan.
Untuk membuat inti; satukan kacang tanah yang telah disangai dan dikisar dengan gula kastor. Tambah 1-2 sudu makan (atau secukupnya) mentega cair lalu gaul sebati. Kepal-kepalkan kecil.
Untuk membuat biskut; ambil sesudu adunan doh tepung tadi, bulat-bulatkan mengikut saiz yang digemari. Tekan sedikit doh lalu masukkan inti kacang. Tutup inti dan bulat-bulatkan doh rapi.
Susun doh dalam dulang pembakar yang telah dipanaskan pada suhu 160C lalu bakar selama 20-25 minit.
Setelah biskut masak, sejukkan di redai. Setelah biskut benar-benar sejuk, salut biskut dengan gula aising.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!