
Back to basic. Cara paling mudah goreng ayam rangup ala-ala kfc. Jimat dan boleh di nikmati panas-panas. Jom ikut cara Puan Noorastella masak ayam rangup . Pasti tak cukup satu nanti.
Bahan di perlukan:
Sayap ayam ( kuantiti ikut suka )
Tepung gandum ( utk salutan )
Tepung jagung
3 biji telur
Perencah gorengan serbaguna
Cara membuat:
1.Gaul sebati 4 bahan KECUALI tepung gandum.
2.Setelah sebati, salut sayap ayam dengan tepung gandum dengan rata.
3.Salut rata-rata, rapi-rapi.
4.Goreng dalam minyak panas yang banyak. Pastikan minyak betul-betul panas.
5.Angkat sayap ayam bila sudah kekuningan. Sedia untuk dimakan. Jangan lupa cicah dengan sos cili. Sedap krispy-krispy!
Selamat mencuba.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Ayam Serai Bersantan. Mudah Nak Buat, Sedap Tak Terkata!

Serai yang dikisar memberi rasa lebih enak dan aroma harum pada ayam. Santan memberi rasa berlemak pada kuah dan menyedapkan kan lagi hidangan. Sesuai untuk hidangan malam untuk anak-anak dan keluarga.
AYAM SERAI BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
- Ayam 1.5kg dipotong kecil
- 1 biji santan
- 7-8 batang serai* (wajib ada untuk rasa serai)
- 2 biji bawang besar*
- 5 ulas bawang putih*
- 10-15 biji cili kering direndam (jika hendak guna cili hidup pun boleh)*
- 3 inci halia*
- 2 batang serai diketuk (pilihan)
- 1 keping asam keping
- Gula secukupnya
- Garam
*Jika ingin lebih rasa pedas boleh tambalean cili padi merah.
CARA-CARA:
- Panaskan minyak dan gorengkan ayam. Angkat dan ketepikan.
- Kisar bahan-bahan bertanda * dengan sedikit air.
- Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan batang serai.
- Masukkan gula (saya letak dalam 5-6 sudu) dan garam. Kacau rata dan seimbangkan rasa manis masinnya.
- Bila agak kering baru masukkan ayam. Kacau dan biarkan seketika.
- Masukkan santan dan kacau rata. Biarkan seketika. Siap!
Kredit: Dapur Kecil Zaira
Menu Mudah Masak Ayam Rendang Sambal

Siapa peminat masakan rendang dan sambal, pasti suka dengan resipi ini. Menggabungkan dua sekaligus, menu ayam rendang sambal ini mudah sangat untuk dimasak.
Resipi yang dikongsi oleh saudara Kamarul Ariffin Nor Sadan ini, memang menggunakan bahan yang mudah didapati dan sekejap saja dimasak.
Resipi ini sesuai untuk 2-3 orang makan.
CARA BUAT AYAM RENDANG SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam
2 biji bawang besar – beli online di sini
4 ulas bawang putih – beli online di sini
1-2 inci halia – beli online di sini
2-3 sudu besar cili kisar/boh – beli online di sini
1 cubit belacan – beli online di sini
1 sudu besar asam jawa – beli online di sini
1-2 helai daun (apa-apa ada)
Garam dan gula secukup rasa
TONTON Projek Lockdown #GerentiJadi: Koleksi Daging
TONTON Dapur Rasa Live: Daging Kerutuk
CARA-CARA:
1. Ayam potong kecil. Tak payah goreng dulu. Ni cara saya masak zaman belajar universiti dulu. Cara masak lebih kurang antara masak sambal dan masak rendang.
2. Kisar bahan-bahan sampai halus. Masuk semua sekali, kecuali asam jawa. Dah kisar halus, tumis sampai naik bau dan pecah minyak. Resipi tak guna santan dan kerisik.
3. Masukkan bancuhan air asam jawa. Agak-agak sahajalah jumlah dia. Guna asam keping pun boleh! Lepas tu masukkan air 2-3 cawan. Letak garam dan gula siap-siap masa ni.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Masukkan ayam. Gaul sampai rata. Oleh kerana ayam ni kita akan reneh sampai kering macam kita masak rendang, maka tak perlu goreng dulu. Leceh kalau nak goreng dan kena guna banyak minyak.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Kecilkan api dan tutup. Boleh biarkan selama 5-10 minit. Buka, dan gaul. Tutup dan biar lagi 5-10 minit. Sampailah kuah dia kering ala-ala rendang. Sambil tu boleh masak sayur.
5. Dah siap! Ringkas dan senang sahaja, kan? Tak ada bahan yang susah, tak ada cara leceh. Ikut apa yang ada. Cuma kena sabar tunggu kering sahaja.
6. Oh ya, jangan lupa masukkan daun pandan. Tambah air dan biarkan kering semula. Nak letak serai, daun limau, daun kunyit pun boleh. Ikut apa yang ada.
7. Dah boleh hidang. Rasa dia macam sambal, tapi ada aroma macam rendang sedikit sebab kita masak tu sampai kuah dia kering dan garing. Makan dengan nasi, nasi impit, atau roti.
Kredit resipi: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
3 Rendang Raya Legend,Tak Pernah Jemu Makan.

Rendang tak cukup? Kena buat lagi, jangan risau ini ada tiga resipi rendang yang memang tak menyesal masak punya, sangat sedap dan memang legend. Dari dulu sampai sekarang tak pernah jemu. Tak caya cubalah ye…
AYAM RENDANG MINANG
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ayam | potong sederhana dan bersihkan
- 500ml santan pekat
- 5 sudu makan pes cili kering
- 4 batang serai | titik
- 5 helai daun limau purut | carik-carik
- 1 helai daun kunyit |carik-carik
- 2 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
- 5 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 10 ulas bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 3cm lengkuas
- 4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Panaskan miinyak, tumis bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan pes cili kering.
- Seterusnya masukkan ayam, gaul rata dengan bahan tumisan, kemudian tambah sedikit air dan tutup periuk. Biarkan mereneh atas api sederhana.
- Setelah air tumisan kering, masukkan santan, daun kunyit, daun limau purut, serai dan asam gelugor.
- Biarkan mereneh hingga kuah pekat, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api, biarkan rendang menjadi kering.
- Tutup api, dan rendang sedia dihidangkan. Enak dimakan bersama lemang atau nasi impit.
RENDANG TOK
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg daging | hiris
- 500ml santan pekat
- 4 sudu makan kerisik
- 3-4 sudu makan gula kabung/Melaka
- Sedikit hirisan kelapa
- 1 helai daun kunyit | mayang halus
- 1 batang kulit kayu manis
- Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 2 sudu makan ketumbar
- 1 sudu teh lada hitam
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh jintan manis
- 3 biji buah keras
- 3 kuntum bunga lawang
- 15 biji cili kering
- 5 batang serai
- 3cm halia
- 3cm lengkuas
- 20 biji bawang merah
CARA MEMASAK:
- Gaulkan daging yang telah dibersihkan dan tos tadi dengan bahan kisar dalam kuali.
- Tuangkan santan dan masak atas api sederhana.
- Setelah mereneh tambahkana kulit kayu manis dan kepingan kelapa.
- Biarkan mereneh hingga kuah pekat.’
- Masukkan kerisik dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga timbul minyak.
- Tutup api jika tidak mahu garing.
- Taburkan daun kunyit dan rendang sedia dihidangkan.
DAGING RENDANG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging batang pinang | hiris sederhana , cuci dan tos
- 500ml santan pekat
- 3 sudu makan kerisik
- 6 batang serai | titik
- 1 helai daun kunyit | carik-carik
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 20 biji bawang merah
- 3cm halia
- 3cm lengkuas
- 4cm kunyit hidup
- 25 biji cili padi
CARA MEMASAK:
- Masukkan daging dalam kuali bersama separuh bahan kisar berserta serai titik.
- Renehkan atas api sederhana hingga air daging kecut dan airnya kering.
- Tambahkan santan di dalamnya bersama separuh lagi bahan kisar tadi dan daun kunyit.
- Biarkan rendang mereneh atas api sederhana hingga kuah pekat.
- Setelah kuah pekat, tambahkan kerisik dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Apabila timbul minyak dan cukup rasa.
- Rendang sedia dihidangkan.