Hujan begini sedap dapat makan ayam panggang. Menu ringkas dan mengenyangkan. Anak-anak pun pasti suka dengan menu ini. Ayam dengan campuran italian herbs, serbuk bawang putih, paprika dan perahan lemon memberikan rasa yang enak. Bolehlah cuba nanti.
Cara Buat Ayam Panggang Simple
Bahan-bahan :
170 gm ayam
1 sudu teh italian herbs
Ads
1 sudu teh serbuk bawang putih
1 sudu teh paprika
1 sudu teh perahan lemon
10 gm hirisan kulit lemon
1 sudu besar minyak zaitun
Secubit garam dan lada hitam
Cara memasak :
Campurkan bahan dalam 1 mangkuk iaitu italian herbs, serbuk bawang putih, paprika dan perahan lemon
Kemudian setelah campur sebati. Letakkan ayam bersama bahan yang digaul tadi.
Masukkan hirisan kulit lemon dan minyak zaitun.
Perab bahan perapan selama semalaman atau 30 minit.
Sediakan kuali dan masuk ayam yang telah diperap.
Masak dalam masa 7-10 minit dan setelah siap boleh dihidang bersama kentang lenyek, dan coleslaw dan sos perang
Serai yang dikisar memberi rasa lebih enak dan aroma harum pada ayam. Santan memberi rasa berlemak pada kuah dan menyedapkan kan lagi hidangan. Sesuai untuk hidangan malam untuk anak-anak dan keluarga.
AYAM SERAI BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
Ayam 1.5kg dipotong kecil
1 biji santan
7-8 batang serai* (wajib ada untuk rasa serai)
2 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
10-15 biji cili kering direndam (jika hendak guna cili hidup pun boleh)*
3 inci halia*
2 batang serai diketuk (pilihan)
1 keping asam keping
Gula secukupnya
Garam
*Jika ingin lebih rasa pedas boleh tambalean cili padi merah.
CARA-CARA:
Panaskan minyak dan gorengkan ayam. Angkat dan ketepikan.
Kisar bahan-bahan bertanda * dengan sedikit air.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan batang serai.
Masukkan gula (saya letak dalam 5-6 sudu) dan garam. Kacau rata dan seimbangkan rasa manis masinnya.
Bila agak kering baru masukkan ayam. Kacau dan biarkan seketika.
Masukkan santan dan kacau rata. Biarkan seketika. Siap!
Sebut sahaja ayam tandoori, terbayang keenakan hidangan ini. Nyum!!! Andai ke kedai mamak untuk makan roti nan, hidangan ayam ini pastinya menjadi pilihan untuk digandingkan bersama. Memang sedap lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Kena pula dengan hirisan bawang serta sedikit perahan limau nipis, perghhh..memang padu! Jika dibeli, harganya pastinya agak mahal. Oleh itu, boleh cuba buat sendiri di rumah secara homemade. Lebih bersih dan boleh makan puas-puas.
BAHAN A:
4 keping paha ayam ( whole leg) | basuh, buang kulit & kelar kasar
2 sudu makan minyak masak
BAHAN B:
1 sudu teh serbuk cili
1/4 sudu teh garam
1 sudu makan jus limau nipis atau lemon
BAHAN C:
6 sudu teh yogurt asli ( pekat)
2 sudu teh campuran pes halia bawang putih | 5 ulas bawang putih dan 3cm halia yang dikisar lumat.
2 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/4 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh pewarna merah
CARA MEMASAK:
Satukan bahan B hingga sebati dan lumurkan pada ayam. Pastikan sapu rata pada kelaran dan isi ayam keseluruhan. Perap seketika.
2. Dalam bekas berlainan, campur semua bahan C. Pastikan campuran pekat sedikit dan jangan tambah air.
3. Lumur campuran bahan C pada ayam. Masukkan 2 sudu makan minyak masak. Perap semalaman ataupun paling kurang 4 jam sebelum dibakar.
Untuk membakar Ayam Tandoori, biasanya di kedai, ia akan dibakar di dalam tandoor ( dapur khas untuk membakar yang menyerupai tempayan besar). Jika tiada, boleh gunakan ketuhar. Caranya ialah:
Susun hirisan lobak merah atau saderi di permukaan dulang pembakar. Ia bertujuan ayam yang dibakar nanti tidak melekat pada dulang dan membina ruang diantara dulang dan isi ayam kerana ayamakan mengeluarkan air yang banyak sewaktu dibakar.
Bakar ayam tandoori tadi pada suhu 230C selama 25-30 minit.
Semasa membakar, selepas 20 minit pertama, periksa ketulan ayam dan sapukan sedikit minyak di permukaannya. Masa memasak mungkin berbeza bergantung kepada saiz ayam yang digunakan juga jenis ketuhar.
Sekiranya ada pemanggang, setelah ayam masak bolehlah dipanggang seketika bagi mendapatkan kesan terbakar / hangus pada permukaan isi ayam tandoori.
Angkat, sedia untuk dinikmati mengikut citarasa masing-masing.
Info: Selain dinikmati bersama roti naan, ayam ini juga sesuai dihidangkan bersama nasi. Untuk memudahkan proses memasak, anda juga boleh hasilkan perapan lebih awal.
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.