Andai berkunjung ke restoran Thai, sajian Ayam Pandan ni memang antara menu popular yang biasa dipesan. Sebenarnya, menu ni sangat mudah disediakan secara homemade. Bahan-bahan tak banyak malah cara memasaknya pun sangatlah mudah. Bila goreng, harum wangi semerbak. Jom cuba resipi perkongsian saudari Rosni Musa ni. Selamat mencuba!
(jumlah bahan bergantung pada ayam yang digunakan. Agak-agak sahaja)
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan tumbuk dan lumatkan guna lesung batu.
Ads
2. Masukkan semua bahan tumbuk dan bahan-bahan lain (kecuali daun pandan, lidi & minyak masak) ke dalam bekas berisi ayam. Gaul rata dan perap selama 1/2 jam.
3. Ambil daun pandan dan balut perapan tadi. Cucuk dengan lidi untuk mengemaskan balutan.
4. Panaskan minyak masak dan goreng ayam menggunakan api sederhana perlahan hingga masak.
5. Angkat, toskan ayam dan sedia untuk dinikmati.
6. Menu enak ini sedia dimakan bersama sos cili atau mengikut cita rasa masing-masing.
Anak-anak memang sukakan lauk ayam. Masaklah macam mana pun, pasti laris. Salah satu menu ayam yang boleh anda cuba ialah Ayam Teriyaki. Ha…macam best je masak menu ala Jepun hari ni kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
AYAM TERIYAKI
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam
1 sudu makan air sejuk
1/2 cawan gula
1/2 cawan kicap cair
1/4 cawan cuka
1/4 sudu teh serbuk lada hitam
1 ulas bawang putih| dicincang
1/2 sudu teh serbuk halia
Nasi jepun secukupnya
Sedikit bijan | disangai
CARA MEMASAK:
Dalam periuk kecil, campurkan kesemua bahan kecuali ayam dan biarkan mereneh dan memekat.
Lumur ayam dengan sos dan bakar dalam ketuhar pada suhu 175C selama 25 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya.
Angkat dan taburkan sedikit bijan yang telah disangai.
Ada tetamu nak datang hujung minggu ni, tetapi masih tercari-cari menu nak masak apa, jangan risau RASA kongsikan resipi set Nasi Kurma, Kuzi Ayam dengan Acar Nanas Berempah. Set ini sesuai untuk kenduri dan hidangan makan tengahari mahupun malam. Ingin mencuba resipi tak perlu tunggu tetapi datang, boleh je masak untuk hidangan keluaraga sendiri .
KUZI AYAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PERAPAN AYAM:
1kg ayam | potong sederhana, bersih dan tos
2 ulas bawang putih | kisar
2cm halia | kisar
Sedikit saffron
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
BAHAN GORENG DAN KISAR:
3 biji bawang besar | hiris
50gm badam
50gm kismis
BAHAN-BAHAN LAIN:
3 sudu makan rempah kuzi
3cm lengkuas | hiris memanjang
2cm halia | hiris memanjang
1 batang serai | hiris halus
3 ulas bawang putih | hiris
1 biji limau nipis | ambil jus
Sedikit saffron
1/2 cawan tomato puri
200ml susu cair
500ml air
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan bahan perapan, kemudian perap 15 minit.
Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak, kemudian toskan.
Kisar atau tumbuk bahan goreng dan ketepikan.
Panaskan minyak sapi bersama minyak masak, tumiskan bawang putih, halia, lengkuas dan serai hingga wangi.
Masukkan rempah kuzi yang telah dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
Seterusnya, masukkan puri tomato dan bahan goreng yang telah dikisar tadi, kacau rata dan tambahkan air.
Masukkan ayam goreng tadi, kacau rata dan tambahkan susu cair.
Perahkan jus limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Angkat dan hidangkan dengan nasi panas atau roti jala.
NASI KURMA
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi | rendam 30 minit
3 sudu makan rempah kurma
2 kiub pati ayam
1 sudu makan mentega
3 sudu makan minyak masak
1 cawan susu cair
3 1/2 cawan air
2 helai daun pandan
Sedikit daun ketumbar
Sedikit daun pudina
1 biji tomato | potong dadu
Garam secukup rasa
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 ulas buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
BAHAN HIRISAN:
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
3cm halia muda | hiris memanjang
CARA MEMASAK:
1. Panaskan periuk, tumiskan bahan hirisan, daun pandan dan rempah penumis.
2. Setelah wangi, masukkan beras yang telah ditos, gaul rata, tambahkan air dan susu.
3. Perasakan dengan serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
4. Pindahkan ke dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa.
5. Setelah separuh masak masukkan hirisan tomato, daun ketumbar dan pudina.
6. Tutup semula periuk nasi.
7. Selepas lima minit, tutup api dan nasi sedia dihidangkan.
ACAR NANAS BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1 biji nanas | buang mata dan hiris kecil
2 biji cili merah | hiris memanjang
2 biji cili merah | hiris memanjang
10 ulas merah kecil | belah dua
5 ulas bawang putih| hiris
2cm halia muda | hiris memanjang
1 sudu besar udang kering
1 sudu teh biji sawi
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan air dalam periuk, kemudian celur nanas seketika, Angkat dan tos.
Seterusnya panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga wangi.
Kemudian tambahkan udang kering, diikuti dengan rempah kari yang dibancuh bersama serbuk kunyit.
Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan biji sawi, hirisan cili merah, cili hijau dan nanas.
Gaul rata, dan perasakan dengan cuka, garam dan gula secukup rasa.
Resipi kepak ayam mudah yang anda boleh hasilkan sendiri untuk anak-anak. Kombinasi rasa manis, masin & pedas, memang sedap dan kena dengan citarasa. Boleh pakat cuba!
KEPAK AYAM SWEET & SPICY
BAHAN-BAHAN
10 kepak ayam – siang dan bersihkan
10 ulas bawang putih – ditumbuk halus
2 inci halia – ditumbuk halus
serbuk kunyit
kicap manis
sos tiram
madu
sos cili pedas
serbuk sweet paprika@serbuk cili
serbuk lada hitam
garam
gula
serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan kepak ayam. Boleh juga guna bahagian ayam yang lain mengikut citarasa anda.
2. Campurkan semua bahan secukup rasa.
3. Perap selama sejam atau lebih.
4. Panaskan minyak dalam kuali dengan sedikit minyak
5. Masukkan semua bahan dalam kuali. Gunakan api perlahan saja.
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.