Enaknya andai dapat menikmati Ayam Masak Madu. Cukup seimbang bahan perasa dan sangat mudah untuk menyediakannya. Bagi anda yang nak cuba masak sajian ini untuk keluarga, saudari Eida Hamzahada kongsikan resipinya. Pasti puas hati dapat menjamu keluarga dengan sajian enak ini. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK AYAM MASAK MADU PALING MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1 ekor ayam 4-5 biji bawang merah kecil – hiris 1 biji bawang besar – hiris 3-4 ulas bawang putih – hiris 1 inci halia – hiris 2 tangkai daun kari 2 helai daun pandan Rempah 4 sekawan Sos cili secukupnya – beli online disini 1/2 tin sup tomato – beli online disini 5 sudu makan madu – beli online disini Air secukupnya Garam, gula dan perasa secukupnya Daun sup dan daun bawang secukupnya
1.Bersihkan ayam dan potong kecil. Kemudian goreng separuh masak.
Ads
2. Tumis bawang merah kecil, bawang besar, bawang putih, halia, daun kari, daun pandan dan rempah 4 sekawan hingga wangi dan kekuningan.
3. Masukkan bahan kisar. Tumis lagi. 4. Seterusnya masukkan sos cili dan sup tomato. Masak dan kacau hingga pecah minyak.
5. Jika kuah pekat, masukkan air secukupnya diikuti garam, gula, perasa dan 3 sudu makan madu. 6. Masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata dan biarkan mendidih dalam masa yang lama. Jika kuah pekat, tambah lagi air. Pastikan kuah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. 7. Bila ayam telah masak sempurna, masukkan hirisan daun sup dan daun bawang. 8. Tutup api dan masukkan lagi 2 sudu makan madu. 9. Siap dan Ayam Masak Madu sedia untuk dihidangkan.
Sedapnya Apam Pisang gebu ni. Jika dulu di zaman sebelum merdeka, pisang dan ubi kayu adalah antara makanan popular. Cara masaknya pun sangat ringkas. Sama ada dibakar, direbus atau dimasak bersama nasi. Maklumlah, waktu itu kehidupan susah, tiada wang dan sumber terhad. Jika dibandingkan dengan sekarang, memang banyak beza.
Jadi kalau ada pisang dekat dapur tu, jangan biar gitu je. Macam-macam boleh buat tau. Salah satunya ialah Apam Pisang terlajak mudah perkongsian saudari Achik Ita Jsd Kelantan ni. Hanya guna bahan-bahan ringkas dan kukus pun hanya 5 minit.
Kalau makan nasi, memang sedap kalau ada sambal belacan. Automatik terus mengundang selera. Adakala, cukup nasi dengan ikan goreng dan sambal belacan pun dah cukup menyelerakan.
Nak tahu cara buat sambal belacan yang sedap? Ikuti perkongsian resipi oleh Farra Eira ini. Gerenti menambah-nambah nasinya. Jom buat stok banyak-banyak. Senang kalau nak makan nanti, ambil sahaja daripada peti sejuk.
Dapur Rasa Live Bersama Sis Mas mengundang chef muda dan kreatif , Amir Gani dari The 3 Dukes Restaurant, Publika Kuala Lumpur . Istimewa untuk penonton Rasa Chef Amir berkongsi resipi enak iaitu Curry mango butter chicken. Menu ini selain dimakan bersama nasi, ia boleh juga dihidangkan bersama pasta. Agar tekstur ayam kekal rangup dan tidak keras boleh gunakan tepung jagung.
Curry Mango Butter Chicken
Bahan bahan untuk Ayam:
500gm dada ayam dipotong dadu
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil serbuk cili
Sedikit tepung jagung
Bahan bahan untuk kuah curry butter mango chicken
150gm mentega
1 ulas bawang merah besar di cincang halus
5 ulas bawang putih di cincang halus
5 tangkai cili padi thai berwarna merah di hiris halus
3 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari
1 tin susu cair
6 sudu besar buah mangga yang dah dipotong dadu
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Gaul ayam bersama sedikit garam,serbuk kari, serbuk cili dan telur sehingga sebati.
2. Setelah itu gaul ayam tersebut bersama tepung jagung dan goreng sehingga masak
3. Untuk kuah, panaskan mentega.
4. Tumis bawang merah , bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga naik bau.
5. Selepas itu masukkan serbuk kari kacau sehingga sebati.
6. Masukkan susu cair dah didihkan sehingga sedikit pekat.
7. Perasakan garam dan gula
8. Masukkan ayam yang telah digoreng.
9. Akhir sekali masukkan buah mangga yg telah didadu gaul sehingga mesra.
10. Siap untuk di hidang bersama nasi putih