Pergggh ..kalau dapat makan lauk-pauk berempah ni, pedas memangler tapi sedapnya sampai merecik peluh pun tak perasan. Lagi pulak kalau pekena lauk daging.
Lauk pauk daging pedas berempah, hot n spicy ni lama lagi lama mereneh lagi meresap rempah ratusnya. Kalau diperhangatkan esok hari pun masih ummph lagi.
Makan dengan nasi pun best, cicah roti pun bukan main sedapnya. Nah ni 4 sajian daging berempah yang pedas berempah, hot dan spicy..
1. DAGING HITAM HALBA
BAHAN-BAHAN:
1kg daging | hiris nipis
400ml santan pekat
2 labu bawang besar | mayang halus
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan rempah kari
2 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh halba
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
10 biji bawang merah | kisar
5 ulas bawang putih | kisar
3cm halia | kisar
2 batang serai | ketuk
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, daun pandan dan serai hingga wangi. Masukkan bawang yang dimayang.
2. Masukkan rempah kari, cili kisar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, halba dan sedikit air. Tumis hingga rempah masak.
3. Masukkan daging, santan, kicap dan didihkan hingga daging empuk.
4. Tambah garam dan gula secukup rasa. Didihkan hingga kuah pekat dan kering.
Ads
Saiz hidangan: 5-6 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Aroma dan perisa halba yang wangi Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Tumis dan goreng Info chef: Boleh masukkan cili padi yang diketuk jika mahu lebih pedas.
2. DAGING GORENG KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
400gm daging lembu muda |hiris nipis
10 biji cili padi | tumbuk kasar
1 labu bawang besar | potong bulat
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk kunyit
1-2 tangkai daun bawang | potong kecil
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Gaul daging bersama lada sulah, garam secukupnya, ketumbar, serbuk lada hitam dan serbuk kunyit. Perap selama sejam.
2. Panaskan 3-4 sudu makan minyak dalam kuali. Goreng daging hingga agak garing.
3. Masukkan bawang besar. Gaul sebati.
4. Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Rasa ketumbar dan pedas lada hitam Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Goreng dan tumis Info chef: Jika suka boleh tambah daun bawang dan hirisan cili merah.
3. DAGING MASAK JINTAN
BAHAN-BAHAN:
Ads
400gm daging lembu | hiris nipis & rebus hingga empuk
8 ulas bawang putih | kisar
3cm halia |kisar
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam, lada sulah dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Bawang goreng secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sesudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan serbuk jintan manis, serbuk lada hitam, sos tiram dan daging yang telah direbus bersama air rebusannya sekali.
3. Didihkan hingga semua bahan empuk. Tambah garam, sedikit gula dan serbuk lada sulah secukup rasa.
4. Didihkan lagi hingga kuah pekat atau agak kering.
5. Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Daging empuk dan sebati dengan kuah Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Goreng dan tumis Info chef:Jika suka boleh tambah beberapa biji cili padi.
4. DAGING TETEL DAUN SALAM
Ads
BAHAN-BAHAN:
500gm daging tetel | rebus hingga empuk
2 batang serai |titik
2 helai daun salam
8 ulas bawang merah | kisar
4 ulas bawang putih |kisar
3cm halia | kisar
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN B:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sesudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B hingga wangi.
2. Masukkan serai, daun salam dan bahan-bahan kisar lalu tumis hingga beberapa minit.
3. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk lada hitam dan daging tetel yang telah direbus bersama air rebusannya sekali.
4. Didihkan hingga semua bahan empuk. Tambah garam, sedikit gula dan serbuk lada sulah secukup rasa.
5. Didihkan lagi hingga kuah pekat atau agak kering. Jika suka berkuah, tutup api setelah semua bahan masak sempurna.
Saiz hidangan: 3-4 orang Jenis hidangan : Melayu Keistimewaan : Lemak tetel yang sedap Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Rebus dan tumis Info chef: Jika tidak suka bahagian tetel, boleh gunakan bahagian daging padat
Terima kasih Chef Suwarsi M. Arukin, Taman Sri Andalas, Klang, Selangor.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bila dah selesai makan tengah hari, terasa pula nak menyicah bila tengok banyak stok buah-buahan. Stok kuah rojak pun dah habis, ha eloklah rajinkan diri buat sendiri.Kalau lulus rasa, boleh juga buat niaga nanti. Jom kita buat kuah rojak homemade
KUAH ROJAK
Bahan-bahan:
Segenggam cili kering(dipotong dan dibuang bijinya, dibasuh bersih dan direndam sekejap dengan air panas lebih kurang 5 minit kemudian toskan)
2 ketul belacan sebesar ibu kaki
1 cawan gula merah(bukan gula perang)-BELI ONLINE DI SINI
Segenggam kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dikisar kasar
Cara memasak:
1.Cili,belacan dan secawan air dikisar sampai halus(masukkan dalam kuali) 2.Gula merah dibancuh dengan secawan air dan ditapis(masukkan dalam kuali) 3.Masukkan gula pasir. 4.Masukkan kicap dan sos cili. 5.Masak dulu semua bahan-bahan tadi sampai mendidih.Jaga-jaga sebab ia cepat meruap.Selalu kacau-kacau kuah itu. 6.Bila kuah sudah mendidih,masukkan garam secukupnya supaya seimbang rasa. 7.Masukkan air bancuhan tepung jagung tadi, kacau sebati. 8.Semasa ini memang kena kacau selalu menggunakan api perlahan. 9.Masak sampai kuahnya agak pekat. 10.Barulah masukkan 2 sudu besar bijan dan 2 sudu besar kacang tanah yang dikisar.Kacang kisar yang lebih tu bila nak makan baru ditabur lagi atas rojak. 11.Masak lagi sampai pekat hitam memikat.
Selain nasi goreng, mi goreng adalah salah satu hidangan yang selalu jadi tarikan ketika sarapan. Nak cuba masak mi goreng basah yang mudah tapi sedap? Jom try.
MI GORENG BASAH
.
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
Dua ulas bawang merah | kisar
Dua ulas bawang kecil | kisar
Sedikit cili kering | kisar
Segenggam udang kering | kisar
Segenggam ikan bilis | kisar
Fishcake | potong halus
Lobak merah | potong kecil
1 kiub pati ikan bilis
Garam dan gula secukupnya
Sos cili
Sos tomato
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tiram
Dua biji telur ayam
Sepeket mi kuning
Tauge
Daun kucai | potong halus
Kobis | potong kecil
Tomato | potong kecil
Sawi | potong halus
Sedikit air jika perlu
CARA MEMBUAT
1. Tumis bahan kisar sehingga garing dan kekuningan.
2. Masukkan fishcake, lobak merah dan kiub pati ikan bilis.
3. Masukkan garam, gula, sos cili, sos tomato, kicap pekat, kicap manis dan sos tiram. Agak-agak sukatannya.
4. Masukkan telur. Kacau lagi dan masukkan mi kuning.
5. Masukkan sayur iaitu tauge, daun kucai, kobis, tomato dan sawi.
6. Masukkan sikit air kalau rasa kering sangat.
7. Kacau lagi sebelum angkat untuk hidang.
Sambal Garing ni memang sesuai sangat dibawa ke mana sahaja. Makan dengan bubur sedap, nasi panas-panas pun layan. Malah, nikmati bersama roti pun boleh. Memang serbaguna. Rasa pedas-pedas masin tu buat hidangan ini menjadi kegemaran ramai. Kalau beli, sebalang kecil pun dah harga berbelas ringgit. Jom belajar buat sendiri. Memang sedap!
1. Goreng semua bahan diatas ( kecuali pati ikan bilis & gula) satu persatu hingga garing.
2. Angkat dan tos minyak menggunakan tisu dapur.
3. Kisar cili kering yang digoreng tadi. Pastikan cili digoreng garing jika tidak ia sukar dikisar menjadi emping kerana teksturnya yang liat. Bijinya pula boleh dibuang atau dikisar bersama.
4. Panaskan kuali yang ada sedikit minyak lebihan gorengan tadi. Masukkan kiub pati ikan bilis atau cukup rasa. Goreng guna api perlahan.
5. Kacau sambil hancurkan kiub tadi. Biar ia berbuih manja.
6. Kemudian masukkan cili flakes (cili kering kisar).
7. Tambahkan semua bahan wajib yang lain. Masukkan juga 1 sudu gula. Gaul rata hingga sebati. Angkat.
8. Setelah sambal sejuk, simpan dalam balang kedap udara. Sedia dinikmati mengikut citarasa masing-masing.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...