Haaa kat peti sejuk tu ada ayam dan daging. Malas nak ulang resipi yang sama, jom kita try lauk Ayam Masak Cendawan Shiitake dan Kuzi Daging. Bunyi tajuk resipinya sahaja dah cukup padu kan.
Shitake memberikan ‘flavour’ cendawan yang sedap lagi menyihatkan. Bercerita pasal kuzi daging ni pulak,menurut Zulfaza Loves Cooking ZLCdalam FB nya lauk ini ada macam-macam versi. Versi Pantai Timur ada, Johor pun ada. Menariknya ada yang suka letak kerisik dan ada juga resipi menggunakan yogurt. Apa pun versinya janji sedap dan memuaskan hati.
AYAM MASAK CENDAWAN SHIITAKE @ ZLC
.
BAHAN-BAHAN :
300g ayam (potong kecil)
1 pek cendawan shitake atau cendawan butang (belah dua)
5 batang cili kering
5 butir bawang putih (ketuk jer)
halia lebih kurang sebesar ibu jari (hiris nipis)
1 biji bawang besar (potong bulat)
3 sudu sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair (saya letak kicap pekat manis jer 4 sb)
lada putih secukup rasa
Air secukupnya
sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK ; 1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga naik bau. Masukkan sos tiram dan ayam. Masukkan air (ikut citarasa nak kuah banyak ke sikit) supaya ayam lebih cepat masak. 2. Tunggu hingga ayam empuk dan kuahnya mendidih.Masukkan cendawan, kicap pekat, kicap cair dan bawang yang dipotong bulat. Kemudian, masukkan lada putih dan minyak bijan. 3. Gaul hidangan agar sekata. Sedia untuk dihidang. * Ayam masak cendawan ni empunya resipi tak letak garam sebab dah pakai sos tiram dan kicap.
Ads
KUZI DAGING
.
BAHAN-BAHAN :
2 kg daging dihiris nipis
4 tangkai daun pudina
2 pokok daun ketumbar
1/2 tin susu cair
1/2 tin tomato puri
Gajus dan kismis secukupnya
100 gm rempah kari daging
100 gm rempah briyani
garam secukup rasa
Gula melaka dan madu secukup rasa
1 ketul gula batu
Bahan Tumis
6 sudu besar minyak makan
1 sudu besar minyak sapi
6 biji bawang besar | dikisar
8 ulas bawang putih | dikisar
4 inci halia | dikisar
2 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis hingga naik baunya.
2. Masukkan rempah kari dan rempah briyani. Tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan tomato puri dan juga susu cair.
3. Masukkan daging dan masak sehingga empuk. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Bila sudah masak dan daging empuk, masukkan daun pudina, daun ketumbar, cili merah, cili hijau tan taburkan gajus goreng dan kismis.
Selain goreng bakar atau gulai, ikan juga sedap dibuat sup atau singang, sesuai sangat untuk anda yang tak ada selera makan. Namun sering menjadi masalah, ikan bila dimasak sup ada sedikit rasa hanyir jika tidak dicuci bersih. Agar sup ikan anda tidak menjadi sia-sia, cuba lima tip ini.
Ikan Yang Sesuai
Sebaiknya pilih ikan laut seperti ikan merah, kerap, tenggiri dan beberapa jenis lagi yang berisi putih dan berisi lembut.
Pastikan Ikan Segar
Yang terbaik adalah ikan segar dari pasar kerana ia akan rasa lebih sedap bila dimasak berbanding ikan yang telah difrozen. Pilih ikan yang tidak barbau hanyir, insangnya masih berwarna merah dan tekstur isinya masih kenyal.
Bersihkan Ikan
Cuci bersih ikan dari sisik, isi perut darah dan ingsang ikan di bawah air mengalir hingga betul-betul bersih hingga hilang bau hanyir. Boleh juga menggunakan perahan limau nipis, cuka atau air asam jawa untuk menghidar bau hanyir terutamanya pada ikan air tawar.
Gunakan Bahan Perapan Dan Rempah Ratus
Salah satu cara mudah menghilangkan bau adalah dengan menggunakan bahan tumisan seperti halia, lengkuas, serai, bawang putih, daun limau purut, kemangi atau salam. Fungsinya untuk mengatasi bau hanyir dari ikan.
Selepas Sup mendidih Baru Masukkan Ikan
Tekstur isi ikan sangat lembut. Oleh itu anda perlu masukkan ikan apabila sup telah mereneh. Apabila ikan sudah masak dan cukup rasa segera tutup api dan sup ikan sedia dihidangkan.
Makan tengah hari dengan lauk yang simple gerenti bertambah makan. Boleh buat menu ikan rebus goreng ni, sangat simple. Rebus ikan Selayang , tambah garam , cuka dan asam keping dan bahan-bahan ramuan lain. Kemudian digoreng dengan bawang dan cili, ermmm enaknya tak terkata.
1.Susun ikan dalam periuk dan taburkan satu sudu besar garam bukit.
𝗧𝗶𝗽: Untuk tips isi ikan pejal, masukkan satu senduk cuka dan dua keping asam. (Tak perlu tambahkan setitik air kerana ikan akan menghasilkan air rebusan tersendirinya nanti)
𝗧𝗶𝗽: Nak bagi ikan manis yang sedap patahkan satu relung kecil nisse Kelantan atau gula melaka.
2.Masukkan hirisan lengkuas, halia dan daun pandan untuk rahsia mewangikan ikan rebus. Langsung tak ada bau hanyir lagi.
3.Rebus ikan dalam api paling perlahan kira-kira 20 minit. Tutup dengan tudung periuk.
4.Buka penutup periuk dan besarkan sedikit api untuk mengeringkan air ikan yang terhasil sebelum ditutup api. Biarkan semalaman untuk rasa yang meresap dan sebati.
5.Goreng ikan dalam minyak panas. Taburkan bawang banyak-banyak bersama potongan cili padi.
6.Tutup dengan tudung periuk ketika ikan digoreng untuk elak meletup.
7.Hidangkan bersama nasi putih, budu putih campur tempoyak dan sambal jantan.
Mak-mak mesti pening kepala dan fikir menu apa waktu PKP ni, maklumlah anak tak ke sekolah, semua ahli keluarga ada di rumah. Salah satu menu kuih yang boleh anda cuba adalah Pau, resipinya ada disediakan di sini.Intinya anda boleh variasikan ikut citarasa keluarga sama ada inti kelapa, kaya, kacang merah atau kentang.
PAU KUKUS BAHAN-BAHAN: 3sudu minyak masak 2cawan tepung gandum 2sudu besar mauripan@yis 2sudu besar susu pekat 1sudu besar gula 1/2 setengah cawan air suam sedikit garam Inti | terpulang pada cita rasa Sedikit pelembut roti
CARA MEMBUAT:
Satukan yis, air suam, gula dalam mangkuk kacau dan biarkan 10minit hingga berbuih.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.