Ayam Madu Haram Pikat Selera Peminat Kepak Ayam

Ayam Madu Haram. Mendengar namanya memang agak mendatangkan kemusykilan. Yang haram bukan ayamnya tapi tagline perniagaan ayam ini iaitu Haram Kalau Tak Repeat! Kepak ayam di sini mempunyai rasa tersendiri iaitu aroma dibakar menggunakan arang, daging ayamnya lembut dan juicy serta rasanya pula sungguh berperisa. Apabila anda menikmati kepak ayam ini, tidak lengkap jika tiada kicap pedas khas. Rasanya manis, masin dan pedas. Melengkapkan hidangan.

Mula beroperasi sejak April 2019, gerai ini semakin mendapat sambutan sehingga membuka cawangan kedua mulai bulan ini. Manakan tidak, Ayam Madu Haram sangat menarik perhatian disebabkan rasanya yang enak dengan resipi olahan daripada pemiliknya sendiri.

“Sejujurnya, saya banyak merujuk resipi melalui internet dan bertanya dengan ramai peniaga yang telah menjalankan perniagaan seperti ini. Semua resipi yang digunakan oleh peniaga ini saya dapati lebih kurang sama dan saya kurang berminat. Akhirnya saya menghasilkan sendiri resipi yang saya olah daripada hasil rujukan di internet dan peniaga-peniaga ini tadi. Inilah resipi saya dengan cita rasa unik,” kata Mohd Rizwan.

Ayam Madu Haram Pikat Selera Peminat Kepak Ayam

IKLAN

SOS CILI GARLIC KAW!

Ayam Madu Haram dicecah dengan sos istimewa. Menurut Mohd Rizwan, sos ini menggunakan cili dan lada putih. Jika kebanyakan peniaga kepak ayam menggunakan sos ready made, Ayam Madu Haram pula sosnya menjadi kegilaan orang ramai. Ini kerana rasanya yang menjadi pelengkap kepada keenakan kepak ayam madu dan sos ini juga mendapat komen yang baik daripada pelanggan.

Ayam Madu Haram Pikat Selera Peminat Kepak Ayam

IKLAN

Menetap selama tiga tahun di Cyberjaya, Mohd Rizwan mengakui sukar untuk mendapatkan ayam panggang madu di lokasi itu. Justeru timbul idea untuk menjalankan perusahaam kepak ayam madu.

IKLAN

“Saya berasal dari Sarawak dan saya penggemar makanan Sarawak. Saya berfikir untuk memperkenalkan makanan yang saya gemari iaitu ayam panggang madu. Seterusnya, memenuhi permintaan pelanggan yang ada di Cyberjaya dan sekitarnya. Sekali gus menarik minat mereka yang berasal dari Sabah dan Sarawak oleh kerana mereka sememangnya umum dengan ayam panggang madu,” tambah Mohd Rizwan.

Ayam Madu Haram Pikat Selera Peminat Kepak Ayam

Mohd Rizwan turut mahu meluaskan perniagaan dengan membuka lebih banyak cawangan. Malah beliau turut bakal mengadakan pelbagai produk berasaskan ayam pada masa akan datang. Jadi, bagi anda yang mahu menikmati kelainan rasa kepak ayam madu dan sos pencecahnya, bolehlah ke gerai Ayam Madu Haram di Cyberjaya.

INFO KEDAI

NAMA KEDAI: Ayam Madu Haram
PEMILIK: Mohd Rizwan Bin Abdullah
LOKASI: Ruang Makan Abang, Cyberjaya
WAKTU OPERASI: 7 petang – 2 pagi
FB: Ayam Madu Haram
Instagram/Twitter: @ayammaduharam

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI