Waktu PKP, masak apa-apa pun jalan, maklumlah duduk rumah ahli keluarga asyik lapar je. Apa kata hari ini, anda boleh cuba menu ringkas yang sedap iaitu Ayam Kicap Cili Padi. Walaupun ada macam-macam menu Ayam Kicap ikut selera keluaraga masing-masing dan ramai mak-mak tau membuatnya. Tapi menu ini ringkas tapi sedapnya memang power, gerenti anak-anak suka.
AYAM KICAP CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong kecil dan bersihkan
1 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan pes asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
12 biji cili padi | boleh tambah cili kalau nak lagi pedas
3 cm halia
2 batang serai
CARA MEMASAK:
- Ayam digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam separuh masak, angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak goreng dan tinggal sedikit untuk menumis.
- Masukkan bahan kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
- Masukkan pula sos tiram, pes asam Jawa, kicap pekat dan kicap manis.
- Setelah pecah minyak masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau rata.
- Apabila sekata, perasakan dengan, garam dan gula secukup rasa.
- Angkat dan hidangkan.
Lagi resipi berkaitan boleh cuba:
https://www.rasa.my/gulai-ayam-cincang-tanpa-santan-yang-sangat-sedap-menu-jimat-pkp/
https://www.rasa.my/rahsia-kurma-ayam-terlajar-sedap-boleh-cuba-ni/
https://www.rasa.my/rahsia-buat-ayam-panggang-lada-hitam-paling-mudah-sedap/
https://www.rasa.my/resipi-ayam-masak-bawang-pulau-pinang-menu-popular-restoran-nasi-kandar/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI