Sedapnya Nasi Ayam. Pasti ramai yang tengah tercari-cari resipi yang mudah dan sedap untuk dijadikan hidangan buat keluarga. Resipi Nasi Ayam perkongsian saudari Sur Aida ni antara yang mudah dan sedap. Malah disukai ramai. Jom cuba. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
RESIPI NASI AYAM PALING SEDAP
RESIPI AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
BAHAN SAPU:
Ads
5 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan madu
1 sudu makan minyak bijan
CARA MEMASAK:
Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Lumurkan pada ayam dan perap selama 30 minit atau lebih.
Panaskan air hingga mendidih dan masukkan ayam. Tutup penutup periuk dan rebus selama 5-6 minit.
Angkat ayam dan sapukan dengan sos tiram, kicap manis, madu dan minyak bijan.
Gantungkan ayam sekejap anggaran ½ jam atau lebih supaya ayam menjadi kering. Ia bertujuan menghasilkan ayam yang cantik dan berkilat apabila digoreng.
Panaskan minyak hingga betul-betul panas, Kemudian jirus ayam menggunakan minyak tadi sehingga rata. Bila kulit ayam dah kering, benamkan ayam dalam minyak panas dan goreng hingga masak.
Angkat ayam dan sapukan dengan madu secukupnya supaya kelihatan berkilat. Ketepikan.
RESIPI NASI
BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras
1 biji bawang besar – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1 inci halia – kisar
2 ketul kiub pati ayam
2 sudu teh garam
2 sudu makan marjerin
2 helai daun pandan
¼ sudu teh serbuk kunyit
Air rebusan ayam secukupnya – jumlah air bergantung pada jenis beras yang diguna. Sukatan air 2 kali ganda dari sukatan untuk masak nasi biasa.
CARA MEMASAK:
Ads
Cairkan marjerin dan tumis bahan kisar dan daun pandan hingga wangi.
Kemudian masukkan kiub pati ayam, garam dan serbuk kunyit.
Masukkan juga air rebusan ayam dan beras. Kacau rata dan biar nasi hingga masak.
RESIPI SOS CILI
BAHAN-BAHAN:
1/2 senduk (nasi) cili kering kisar
4 biji cili merah
5 ulas bawang putih
1/2 cawan sos cili
Gula, garam dan cuka secukup rasa
Air secukupnya
Bancuhan tepung jagung secukupnya
CARA MEMASAK:
Ads
Satukan semua bahan kecuali air dan tepung jagung dan masak atas api sederhana. Tambah sedikit air.
Bila cili kelihatan masak, masukkan bancuhan tepung jagung secukupnya untuk memekatkan sedikit kuah.
RESIPI KICAP AYAM
BAHAN-BAHAN:
5 ulas bawang putih – cincang
1/2 cawan sos tiram
1/2 cawan kicap manis
Gula secukup rasa
Sedikit minyak masak
Air secukupnya
Sedikit bancuhan tepung jagung
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih. Masukkan kicap, sos tiram,gula dan tambahkan air. Kacau hingga sedikit mendidih.
Tambahkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan.
Angkat dan hidangkan bersama nasi, ayam, sos cili dan juga sup.
Buat mereka yang mementingkan kesihatan dan inginkan masakan yang berkhasiat, boleh bermula dengan labu kuning.
Labu kuning (pumpkin) agak mudah untuk diperoleh di negara kita. Labu kuning mengandungi zat seperti beta karoten, vitamin A, vitamin C, zink, selenium dan tanaman ini berkhasiat sebagai antioksidan yang baik.
Dengan memakan buah labu secara teratur, akan memperbaiki fungsi dan kerja pankreas akan baik dan insulin dapat melaksanakan tugasnya dengan baik. Selain itu buah tersebut tidak menaikkan zat gula darah dalam tubuh sehingga sangat baik untuk mencegah penyakit diabetes.
Labu kuning memiliki manfaat untuk melindungi sistem pencernaan agar mampu berperanan dengan baik kerana kandungan serat yang tinggi. Serat itu dapat membantu menjauhkan kita daripada sembelit, buasir dan masalah pencernaan lainnya. Serat juga sangat disarankan di dalam diet sihat, diet untuk mengontrol kolesterol, diet penurunan berat badan dan diet untuk diabetes.
Labu juga sangat baik untuk kesihatan buah pinggang dan mampu mencegah penuaan awal kerana mengandung antioksidan dan mengubati bisul.
Labu kaya akan vitamin A, C dan E dan mineral, yang berfungsi untuk membantu meningkatkan kekebalan tubuh dan anti radikal bebas.
ANTARA JENIS LABU:
LABU AIR
Teksturnya keras, warna kulit kehijauan, dan isi buah berwarna putih. Ia boleh dijadikan manisan kering atau dimasak menjadi lauk. Labu jenis ini mengandung getah yang lebih banyak dibandingkan labu lain. Oleh kerana itu, kupaslah labu di bawah air mengalir. Labu air mengandung kalsium, zat besi, dan vitamin C. Selain itu labu air kaya dengan serat, mineral, dan kalsium.
BUTTERNUT SQUASH
Rasa dan warnanya mirip dengan labu kuning, tetapi bentuknya oval dengan tekstur isi buah lebih lembut. Sangat sesuai dijadikan pelbagai hidangan pencuci mulut seperti seperti pudding dan kek. Seperti labu kuning, Butternut Squash juga sangat kaya vitamin A, C, mineral, dan serat.
COURGETTE
Courgette (Cucurbita Pepo) sangat popular di Eropah dan Timur Tengah. pelbagai masakan lazat tercipta daripada labu yang mirip mentimun ini. Labu yang masih muda sangat sesuai digunakan dalam masakan. Labu ini sangat lazat jika diisi dengan daging, campuran salad, ataupun ditumis dengan makanan laut.
LABU MI
Dipanggil labu mi atau labu spageti kerana isinya seperti mi bila dikeluarkan.Bentuknya pula mirip labu kuning. Semakin tua, tekstur isi buahnya akan semakin padat menyerupai mi. Labu ini sangat enak dibuat aneka puding, kuih, atau diolah menjadi sayuran, dipanggang dengan daging ataupun ditumis.
KABUCHA
Labu ini dipercayai berasal dari Jepun. Di pasaran ada dua jenis yang hanya berbeza bentuk. Acorn Squash berbentuk oval dan Kabucha pula berbentuk bulat. Enak dimasak menjadi sup, stew sayuran, atau hidangan penutup.
LABU SIAM (SECHIUM EDULE)
Bentuk labu siam (Sechium Edule) lebih kecil daripada jenis labu lain. Sifatnya pun bergetah dengan permukaan yang berbiku-biku. Labu ini sesuai dijadikan masakan sayur, seperti sambal goreng, sayur bersantan atau dikukus sebagai kudapan.
Selain masak lemak, pelbagai juadah lain boleh disediakan dengan menggunakan labu kuning. Kami kongsikan empat resipi yang boleh anda cuba.
PUMPKIN CAKE WITH BUTTERSCOTCH SAUCE
BAHAN PUMPKIN CAKE:
200gm puri labu 300gm tepung gandum 250gm gula perang ½ sudu teh esen vanila 2 sudu teh serbuk penaik 150gm marjerin 3 biji telur 150gm cip coklat
1. Untuk membuat kek puri labu; Pukul marjerin dan gula perang hingga kembang di dalam mangkuk. 2. Kemudian masukkan telur, serbuk penaik dan esen vanila, pukul hingga sebati. 3. Seterusnya masukkan puri labu ke dalam adunan tadi dan gaul sebati diikuti tepung gandum. Gaul lagi hingga adunan sekata. 4. Masukkan cip coklat dan gaul sebati. Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 7×7 dan jika inginkan sedikit nipis, gunakan loyang 10×10. 5. Kemudian taburkan kepingan badam dan cip coklat di atas adunan. Bakar pada suhu 170˚c selama 35-45 minit. Keluarkan setelah kek cukup masak. Sejukkan dan ketepikan. 6. Untuk membuat sos butterscotch; Cairkan mentega dan masukkan gula perang di dalam kuali leper kecil. 7. Apabila gula perang mula cair, masukkan krim putar dan masak hingga berbuih dan likat. Tutup api dan angkat. 8. Biar sos sejuk dahulu sebelum dipaipkan ke atas kek. Sedia dihidangkan.
INFO CHEF:
Untuk membuat puri labu; Buang biji dan kulit labu, potong kepada ketulan kecil dan rebus sehingga lembut. Angkat dan toskan labu tadi dan kisar hingga menjadi halus.
PAI LABU
BAHAN-BAHAN KULIT PAI:
12gm tepung gandum 55gm mentega 40ml air Secubit garam Air secukupnya
1. Di dalam satu mangkuk, satukan tepung, garam dan mentega dan ramas hingga menjadi seperti serbuk roti. 2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh. Bentukkan kulit pai di dalam acuan pai bersaiz 16 cm. 3. Cucuk dengan garpu di bahagian tengah pai dan bakar pada suhu 180˚C selama 20 minit. Angkat dan ketepikan.
BAHAN INTI:
65gm gula 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis ½ sudu teh garam 100gm puri labu 100gm susu segar 1 biji telur
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan dan gaul hingga sebati. Tuangkan ke dalam kulit pai yang dibakar tadi dan bakar semula pada suhu 180˚C selama 50 minit. Angkat dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF:
Untuk menjimatkan masa, boleh membeli pastri segera yang sedia terjual di pasaran.
BURGER BERGEDEL LABU
BAHAN MEMBUAT ROTI BURGER:
250gm tepung roti/tepung high protein 5gm yis 10gm gula kastor 13gm marjerin ½ sudu teh garam 150gm air
UNTUK HIASAN:
Oat, bijan putih dan bijan hitam secukupnya
BAHAN UNTUK BERGEDEL LABU:
½ kg labu | dibuang kulit & biji, dipotong Sedikit garam Serbuk lada putih Daun bawang potong halus Bawang merah cincang halus 2 biji telur
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat bergedel labu; Potong labu kepada ketulan kecil dan goreng hingga masak dan lembut. 2. Angkat dan lecek labu menggunakan garpu hingga hancur. Perasakan dengan garam dan lada putih. Masukkan daun bawang dan bawang cincang. 3. Bahagikan kepada 15 bahagian. Bulat dan leperkan. Jika lembik, tepukkan sedikit tepung. 4. Celup ke dalam telur dan goreng semula hingga perang keemasan. Angkat, tos dan ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai. 5. Untuk membuat roti burger; Satukan bahan kering kecuali garam. Gaul sebati dan barulah masukkan garam. 6. Masukkan marjerin dan gaul sebati. Kemudian masukkan air dan uli hingga menjadi doh. 7. Bahagikan doh kepada 15 biji dengan anggaran berat satu doh 30gm dan bulatkan. Hiaskan atas roti dengan cara mencelupkan sedikit permukaan roti pada air dan celupkan ke dalam bekas berisi hiasan. 8. Tutup doh dengan plastik atau kain lembap. Biarkan doh kembang kepada dua kali ganda selama lebih kurang 45 minit. 9. Bakar pada suhu 180˚C selama 20 hingga 25 minit sehingga roti perang keemasan. Keluarkan dan biarkan sejuk. 10. Untuk menyediakan burger; belah di bahagian tengah roti. Letakkan bergedel labu di bahagian tengah dan tambahkan sos dan mayones. Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Boleh juga ditambah sayuran seperti daun salad.
MASAK LEMAK LABU KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
½ biji labu | potong 6 tangkai kacang panjang | potong 1 batang serai 400ml santan cair 400ml santan pekat 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih ½ sudu teh serbuk kunyit 5-10 tangkai cili padi Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kisarkan cili padi, bawang besar dan bawang putih hingga hancur. 2. Masukkan santan cair ke dalam peruk dan tuang bahan kisar ke dalam periuk tersebut bersama serai yang dititik.. Gaul sekata. 3. Masukkan kepingan dan masak hingga kuah mendidih. 4. Apabila labu sedikit lembut, masukkan kacang panjang dan santan pekat. Gaul sebati. 5. Tambahkan sedikit serbuk kunyit dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Gaul sebati dan biar ia mereneh. Apabila labu sudah empuk, matikan api dan hidangkan.
INFO CHEF: Boleh lebihkan cili padi jika inginkan rasa lebih pedas.
ROASTED PUMPKIN WITH ITALIAN HERBS
BAHAN-BAHAN:
5 potong labu 1 labu bawang putih | cincang halus 2 sudu makan jus lemon 3-4 sudu besar minyak zaitun Sedikit serbuk Thyme Sedikit serbuk Oregano Sedikit Daun bay kering Lada hitam secukupnya Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Susun labu di dalam loyang dan tuangkan minyak zaitun di atas dan sekeliling labu. 2. Taburkan bawang putih cincang dan taburkan herba-herba Itali iaitu Thyme, Oregano dan daun Bay. Taburkan lada hitam, garam diikuti jus lemon. 3. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 200˚C selama 35 hingga 40 minit hingga labu empuk. Setelah labu masak sepenuhnya, bolehlah keluarkan dan dihidang.
INFO CHEF: Cara memastikan labu sudah empuk, cucuk dengan garpu.
Kongsi Resipi: Terima kasih Mohamad Norazlan Husin dan Megat Isahmudin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Hari minggu, tapi tak ada mood nak ke pasar, lauk dalam peti sejuk pun hanya tinggal sotong. Apa kata anda cuba resipi Sambal Sotong Lengkuas, senang je nak masak. Lagipun sotong tak sampai 15 minit dah masak, makan dengan nasi putih memang terangkat. Sedappp.
SAMBAL SOTONG LENGKUAS
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya buah naga, kalau anda penggemar buah yang kaya khasiat ini, cer cuba pelbagaikan cara pengambilannya dengan mengolah buah eksotik dalam beberapa menu deseert yang sedap. Tak percaya ini RASA kongsikan tiga resipi dessert yang sedap. Kalau korang tak percaya, korang boleh cuba sendiri:-
PUDING BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
KEK BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
JUS BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pretzel Homemade ala Auntie Anne yang lembut, gebu dan mudah dibuat sendiri di rumah. Ikuti resipi lengkap beserta petua untuk menghasilkan pretzel yang sedap dan sempurna setiap kali.