Hidangan berasaskan mi atau pasta memang popular dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Tidak mengira bangsa makanan berasaskan mi mejadi sebahagian makanan rutin. Banyak pilihan mi yang kamu boleh pilih sekiranya tidak mahu menjamah nasi. Citarasawan berkongsi resipi dengan 6 jenis hidangan berasaskan mi dan pasta yang sedap dan boleh dijadikan idea sajian bersama keluarga.

 

1. ASAM LAKSA

 Koleksi Mi Paling Popular Yang Orang Malaysia Suka Sangat, Ini Resipinya!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg laksa basah atau laksa kering | direbus dahulu
  • 1 kg ikan kembung atau sardin
  • 2 liter air
  • 4 keping asam gelugor
  • 2 sudu besar asam jawa tambah 1 cawan air
  • 2 batang serai | di ketuk
  • 5 tangkai daun kesum
  • 2 bunga kantan | belah 2
  • Garam secukup rasa

 

PES – KISAR HALUS:

  • 6 tangkai cili kering | rendam dan kisar halus
  • 1 in lengkuas
  • 1 batang serai | ambil bahagian putih
  • 1/2 inci kunyit
  • 6 ulas bawang merah
  • 1 inci belacan

 

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:

  • 6 tangkai daun pudina
  • 1/2 biji nanas | dihiris
  • 2 biji cili merah |dihiris
  • 1 biji timun | dihiris
  • 1 labu bawang besar | hiris halus
  • 1 bunga kantan | hiris halus
  • 4-5 biji limau kasturi | belah 2
  • 2@3 sudu besar petis udang

 

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air dan rebus ikan sehingga masak.Asingkan ikan dan siat-siatkan isinya.
  2. Tulang ikan di kisar bersama air rebusan tadi hingga hancur, kemudian tapis ke dalam periuk.
  3. Masukkan pes kisar halus, daun kesum, jus asam jawa, asam keping, serai dan bunga kantan. Masak hingga mendidih selama 30 minit.  Tambah air jika kuah pekat.
  4. Masukkan isi ikan dan biar mereneh selama 15 minit lagi.
  5. Perasakan dengan garam secukupnya.
  6. Hidang bersama bahan-bahan sampingannya dan petis udang.
  7. Telur rebus jika suka

 

 

2. LAKSA LEMAK SIAM / THAI LAKSA

Koleksi Mi Paling Popular Yang Orang Malaysia Suka Sangat, Ini Resipinya!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg laksa halus atau 1 paket laksa kering | rebus dan toskan
  • 5 ekor ikan sardin / kembung /selar | rebus, asingkan isi dan kisar halus
  • 5 cawan santan cair
  • 3 cawan santan pekat
  • 5 helai daun limau purut | di carik-carik
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis

 

BAHAN KISAR:

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering | buang biji, rendam dulu
  • 5 tangkai cili padi | buang biji
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai | ambil bahagian putihnya
  • 3 biji buah keras


BAHAN ULAM – HIRIS:

  • Kacang panjang
  • Timun
  • Kobis / Daun Salad
  • Daun Selasih
  • Limau Kasturi
  • Bunga Kantan
  • Telur Rebus jika suka

 

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Rebus ikan dengan sedikit air dan asam gelugor.  Asingkan isinya.  Simpan air rebusan dan asam gelugor.
  2. Kemudian kisar isi ikan dengan air rebusan dan 1/2 dari santan cair hingga halus.  Ketepikan
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
  4. Masukkan baki santan cair dan isi ikan kisar dan masak hingga mendidih.
  5. Masukkan daun limau purut, asam gelugor biar mendidih seketika.
  6. Kemudian tambahkan santan pekat, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Rasa masin, manis, lemak dan pedas.
  8. Reneh selama 30 minit, tutup api dan kacau sehingga wap hilang.
  9. Masukkan laksa ke dalam mangkuk dan hidang bersama kuah dan ulam.

 

 

3. SEAFOOD SPAGETTHI

Koleksi Mi Paling Popular Yang Orang Malaysia Suka Sangat, Ini Resipinya!

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 paket spagetthi
  • 1 cawan udang
  • sedikit garam dan serbuk lada hitam
  • Minyak zaitun
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 4 hiris halia | hiris halus
  • 2 tangkai cili hijau | buang biji potong dadu
  • 1 1/2 cawan kepah
  • 1 1/2 cawan tomato ceri | belah 2
  • 4 batang crabstik | potong pendek
  • 1 cawan stock ayam atau | 1 cawan air dan 1 sudu makan stok pekat ayam
  • 1 biji limau nipis
  • Daun ketumbar


CARA MEMASAK:

  1. Gaul udang bersama sedikit garam, serbuk lada hitam dan sedikit minyak zaitun.
  2. Perap sebentar kemudian goreng dengan sedikit minyak hingga udang kemerahan.
  3. Angkat dan ketepikan dulu,
  4. Rebus spagetthi dengan sedikit minyak hingga lembut.
  5. Angkat dan toskan, gaul dengan sedikit minyak zaitun.  Ketepikan.
  6. Panaskan sedikit minyak zaitun, tumis bawang putih, halia dan cili hijau sebentar.
  7. Tambahkan tomato, stock ayam, garam, serbuk lada putih, lada hitam dan kepah.
  8. Tutup kuali dengan penutup dan masak sebentar.
  9. Masukkan crabstick, jus limau nipis dan parutan kulit limau.  Gaul rata.
  10. Akhir sekali masukkan spagetthi dan gaul rata.
  11. Hidang di dalam pinggan dengan taburan daun ketumbar.

 

 

4. GRILL KWAY TEOW DAGING

Koleksi Mi Paling Popular Yang Orang Malaysia Suka Sangat, Ini Resipinya!  

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus kway teow | cuci dan toskan
  • 1 cawan taugeh
  • 3 tangkai daun kuchai | potong 1 inci
  • 1 biji telur
  • 100gm daging lembu
  • 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil kicap cair
  • 1 sudu besar minyak masak

 

Bahan Perasa

  • 3 ulas bawang putih | di cincang
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 1/2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap seasoning

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Daging di hiris nipis, gaul bersama tepung jagung hingga rata.
  2. Masukkan lada putih, kicap cair dan minyak, gaul hingga sebati.  Perap sebentar.
  3. Panaskan kuali, masukkan  minyak dan tumis bawang putih hingga perang.
  4. Masukkan daging perap dan masak hingga daging berubah warna.
  5. Masukkan kway teow, masak dengan api besar hingga kway teow menjadi mengerutu dan terbakar.
  6. Kemudian masukkan semua bahan-bahan perasa dan gaul rata.
  7. Kosongkan tengah kuali, pecahkan telur dan tutup dengan kway teow.
  8. Biarkan sebentar sehingga telur masak.
  9. Kemudian gaulkan telur bersama kway teow hingga rata.
  10. Letak taugeh dan daun kuchai, kacau sebentar dan angkat.
  11. Hidang bersama jeruk cili hijau.

 

5. MEE KARI PENANG

Koleksi Mi Paling Popular Yang Orang Malaysia Suka Sangat, Ini Resipinya!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 paket mee kuning
  • 1 cawan taugeh
  • 2 keping paha ayam | potong sedang
  • 10 ekor udang
  • 3 tangkai kacang panjang | potong pendek
  • 8 biji tauhu pok
  • 1 liter air
  • 1 cawan santan pekat

 

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air di dalam periuk, celur kacang panjang sebentar.
  2. Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk.  Toskan
  3. Kemudian celur tauhu pok sebentar untuk membuang minyaknya.
  4. Angkat dan siram air sejuk.  Tekan atau ramas hingga airnya kering.
  5. Potong 2 dan ketepikan.
  6. Didihkan 1 liter air, masukkan ayam dan masak sebentar.
  7. Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk.  Toskan.
  8. Dalam air rebusan yang sama, masukkan udang, celur sebentar.
  9. Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk.  Toskan.
  10. Simpan air rebusan tadi untuk membuat kuah kari.

 

BAHAN PES KARI:

  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 4 ulas bawang putih
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu besar garam
  • 2 sudu besar gula batu kecil
  • 1/3 cawan serbuk kari daging
  • 2 sudu besar serbuk pati ayam
  • 1/2 cawan minyak untuk menumis

PENYEDIAAN PES KARI:

  1. Kisar halia, lengkuas, serai, bawang dan buah keras hingga halus.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan rempah kari dan tumis dengan api perlahan hingga pecah minyak.
  4. Setelah siap, angkat dan  ketepikan 2 sudu besar untuk tumisan ayam.
  5. Bakinya akan di masukkan ke dalam kuah.

BAHAN AYAM TUMIS:

  • 2 sudu besar pes kari yang di ketepikan
  • Potongan ayam yang di celur
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam
  • sedikit minyak untuk menumis

PENYEDIAAN AYAM TUMIS:

IKLAN
  1. Panaskan minyak, masukkan pes kari, masak dengan api kecil.
  2. Masukkan ayam dan kacang panjang.  Gaul rata.
  3. Tambah serbuk pati ayam dan kacau rata.
  4. Angkat dan ketepikan.

BAHAN SAMBAL CILI :

  • 6 ulas bawang merah
  • 3 sudu besar udang kering, rendam dan tos
  • 1 sudu kecil belacan
  • 1/2 cawan cili kering kisar
  • 2 batang serai, ketuk
  • 1 sudu kecil gula batu

PENYEDIAAN SAMBAL CILI:

  1. Kisar bawang, udang kering dan belacan hingga halus.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis serai hingga naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi.
  4. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
  5. Akhir sekali, tambahkan sedikit gula batu dan masak hingga gula hancur.

PENYEDIAAN KUAH KARI:

  1. Masukkan pes kari ke dalam air rebusan tadi.
  2. Bila mendidih, masukkan gula batu, garam dan serbuk pati ayam secukupnya.
  3. Akhir sekali masukkan santan.
  4. Setelah mendidih, masukkan tauhu pok.
  5. Untuk hidangan, masukkan mee dan taugeh yang di celur ke dalam mangkuk.
  6. Tambahkan kuah dan hidang bersama ayam tumis, udang dan sambal cili.

 

 

6. MEE KUAH ROJAK

Koleksi Mi Paling Popular Yang Orang Malaysia Suka Sangat, Ini Resipinya!

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji keledek oren
  • 3 keping kecil gula Thai atau gula melaka
  • 2 sudu kecil garam
  • 8 tangkai cili kering | rendam dan kisar
  • 1 mangkuk air asam jawa


CARA MEMASAK:

  1. Keledek di rebus hingga empuk, buang kulit dan kisar dengan 1 1/2 cawan air hingga halus.
  2. Cili kisar, air asam jawa dan gula melaka di masak hingga mendidih.
  3. Bila gula larut, masukkan keledek kisar, jika pekat tambahkan sedikit air, masukkan garam dan reneh hingga kuah hampir pekat.  Kuah tidak terlalu cair atau pekat dan rasanya pedas manis.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg mee kuning | cuci dan celur sebentar, toskan
  • 2 keping tauhu | goreng, potong dadu
  • 4 biji telur rebus | di belah 4
  • 2 biji ubi kentang rebus | potong dadu
  • Taugeh | celur sebentar
  • Timun | hiris halus
  • Daun salad | hiris halus
  • Cucur Udang | potong kecil**


CUCUR UDANG KERAS**

  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan isi udang cincang
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 ikat daun kucai atau daun bawang | potong
  • 3/4 cawan air

 

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan kesemua bahan, masukkan air sedikit-sedikit dan gaul rata dan adunan tidak terlalu lembik.
  2. Goreng hingga keperangan.  Potong kecil dan hidang bersama mee dan bahan-bahan lain.

 

 

 RESIPI DAN FOTO: TERIMA KASIH KAK WAN @ Resipicitarasawan.blogspot.com

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI