Emping jagung atau popular disebut Cornflakes,bukan sahaja sedap dibuat biskut. Tapi boleh dijadikan ramuan masakan bergoreng. Ayam Goreng Crispy Corflakes ni memang berderap rangupnya.
Resipi dari perkongsian FB Khadijah Jaafar,pengasas Meester Muruku ni menggunakan bahan tepung yang digaul sendiri (bukan tepung segera). Ayam selepas dicelup dengan tepung, telur, lapisan akhir golekkan dalam cornflakes yang dihancurkan. Mana tak krap krup memakannya.
1. Masukkan buttermilk. Kalau tak de buttermilk. Campurkan susu segar & cuka. Kacau. Tujuan masukkan buttermilk supaya ayam lembab. 2. Untuk perapan ayam. Campurkan buttermilk, ayam dan bahan perapan. Biarkan di dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam. 3. Campurkan bahan tepung dalam mangkuk. 4. Celup ayam ke dalam tepung. 5. Dalam mangkuk lain pecahkan & pukul telur. 6. Celup ayam ke dalam telur. 7. Golekkan ayam di dalam cornflakes. 8. Ulang sehingga ayam habis. 9. Panaskan minyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan ayam. Supaya ayam lebih rangup. Goreng sehingga masak.
Ayam goreng kunyit ni kira kesukaan anak anak termasuklah bapak dia sekali senang cepat tapi tetap sedap! Mudah saja membuatnya. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Haja Saleh.
Bahan bahan untuk ayam
600 gm dada ayam (dipotong dadu)
15 gm tepung jagung
10 gm tepung beras
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
Satu kiub ayam
Sedikit air
Sedikit garam. Tak perlu banyak. (sebab dah ada kiub ayam tu )
Perap dada ayam sekejap sebelum goreng dengan minyak yang secukupnya. (Biar sampai ayam tenggelam dalam minyak Sepenuhnya)
Cara memasak:
Goreng ayam sampai masak.Masukkan carrot, bawang dan kacang panjang. Angkat dan toskan.
Bahan untuk sambal
5 biji cili merah
6-10 biji cili padi merah (Dalam ni haja guna cili padi hijau)
Sedikit belacan
Sedikit gula
Sebelah tomato potong dadu boleh tumbuk sekali.
Dah kisar agak halus bahan di atas,boleh masak sekejap atas api. Ambil sedikit minyak goreng ayam tadi. masak sekejap Dalam 5-8 minit. Siap untuk dimakan. Boleh makan dengan nasi panas-panas renjis kicap . Walahhhh sedap terangkat lagi-lagi kalau sambal tu pedas BERAPI.
Jom buat sendiri mi secara homemade. Cuma guna empat bahan sahaja. Memang sedap dan lebih sihat. Kadang mi di pasaran tinggi kandungan asidnya. Jadi, buat sendiri dan kita lebih tahu apa kandungan mi yang kita makan, kan?
Melalui facebook group RASA Share Resipi, Norain Naim berkongsi cara membuat mi kuning secara homemade. Jom cuba!
MI KUNING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
300 gram tepung gandum
1 biji telur ayam
Sedikit garam
Air suam
CARA BUAT
1. Satukan tepung, telur ayam dan garam. Tuang air suam sedikit demi sedikit. Kuantiti air itu bergantung pada keadaan tepung. Agak-agak doh tidak lekit di tangan. Jangan lembik sangat.
2. Uli doh dan canaikan senipis mungkin. Taburkan sedikit tepung ketika mencanai supaya tepung tak melekat.
3. Selepas doh dicanai nipis, lipatkan doh. Doh dilipat supaya mudah untuk dipotong. Ikut ketebalan yang anda suka. Jika anda ada mesin membuat mi, gunakan mesin.
4. Rebus mi selama 5 minit atau sampai mi lembut.
5. Toskan mi dalam air sejuk atau air yang diletakkan ais supaya mi tidak terlebih kembang. Letakkan minyak masak sedikit supaya mi cantik berderai.
6. Sedia untuk dimasak mi sup, mi goreng atau mi yang anda gemari.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Walaupun kuih ini tidak menggunakan banyak bahan, hanya keledek, tepung dan gula. Teapi bila kita cuba buat sendiri , sering mengecewakan terutamanya bab menyira gula Melaka. Rahsianya, untuk kuih yang lembut, gaulkan dengan tepung setelah sejuk. Jika dimasukkan semasa keledek masih panas, ia akan menyebabkan adunan cenderung lembik dan anda mungkin akan menambah tepung. Hal ini menyebabkan kuih akan keras kerana berlebihan tepung.
Untuk menyira, pastikan air gula yang dimasak, apabila berbuih, kecilkan api, terus kacau hingga betul-betul pekat likat baru masukkan kuih keria dan gaul rata dengan cepat dan segera tutup api supaya gula yang garing tidak cair semula dan segera diangkat dan diletakkan dalam bekas kering.
KUIH KERIA GULA MELAKA BAHAN-BAHAN: 2kg keledek putih | buang kulit dan rebus 1 1/2 cawan tepung gandum + 1sudu teh baking powder |ayak bersama 1 sudu teh garam halus Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng BAHAN SIRA GULA MELAKA: 1 ketul gula Melaka Sedikit gula batu 1 sudu makan gula pasir 5 sudu makan air
CARA MEMBUAT:
Rebus keledek dengan garam dan air secukupnya hingga empuk.
Tutup api, angkat dan toskannya.
Lecek hingga hancur semasa masih panas-panas.
Setelah sejuk gaulkan dengan tepung dan uli sebati.
Bentukkan menjadi gegelang kecil (ikut saiz yang anda suka).
Panaskan minyak, dan goreng kuih keria atas api sederhana hingga kekuningan.
Angkat dan toskan. Goreng hingga habis.
Setelah sejuk sedikit, sedia buat sira gula melaka.
Hancurkan gula melaka dan gula batu, kemudian campurkan dengan gula pasir dan air.
Masak hingga mendidih, kecilkan api dan biarkan berbuih hingga pekat.
Masukkan kuih keria tadi, kacau rata supaya gula melaka melekat pada keseluruhan kuih.
Tutup api dan angkat kuih menggunakan chopstick atau lidi . Jarak-jarakkan kuih supa tidak melekat apabila sejuk.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.