Sama seperti membuat tako pandan dan jagung sebab tak ada sengkuang cina kebetulan ada keladi, buatlah Tako keladi. Sediakan dulu acuan guna daun pandan atau cawan dadih.
Tako keladi Lapisan bawah. 1 cawan tepung jagung 1/2 cawan keladi potong dadu kecil-kecil dikukus /rebus 4 cawan santan air + 1 cawan santan cair. Kalau tak nak guna santan boleh guna air saja. Sedikit garam Pes keladi Pewarna ungu 1 1/4 cawan gula. (tak nak manis, kurangkan)
Cara membuat:
1.Adun semua bahan kecuali keladi. Tapis. Kacau atas api.Likat dan mletup-letup, angkat letak dalam acuan yang siap dah letak keladi.
Ads
Lapisan atas 1/2 cawan tepung jagung 4 cawan santan. Saya guna 1 kotak santan kecil kara + air. Jadikan 4 cawan. Sedikit garam
Cara membuat: 1.Adun semua dan tapis. Kacau atas api perlahan-lahan.Sentiasa kacau sampai likat dan meletup-letup. Angkat. Tuang atas adunan ungu tadi. Sedap makan sejuk-sejuk.
Asyik makan kuih muih yang manis je kan? Apa kata kita tukar kepada kuih muih yang pedas pula untuk dijadikan hidangan minum petang. Untuk sarapan pun boleh juga dimakan. Ini antara koleksi resipi yang boleh anda cuba. Gerenti tidak menghampakan.
Masak bubur adalah menu yang paling mudah lagi-lagi kalau Bubur Ayam Ala Mcd ni dibuat dengan cara dan resipi yang tepat confirm berselera. Resipi asal telah dikongsikan oleh Aniz Cheeszif HQ di facebook ni memang gerenti menjadi walaupun baru pertama kali cuba masak bubur ayam ala Mcd. Kadang tekak teringin makan menu yang simple seperti bubur ayam kan? Nak masak pun mudah dan tak guna banyak masa nak dihidangkan. Jom kita cuba menu Bubur Ayam Ala McD ni.
Lagi jimat masa kalau korang masak Bubur Ayam Ala McD ni menggunakan Primada Sweetheart Pink 4L Pressure Cooker campak-campak je dalam periuk ni tiba-tiba dah siap! Dapatkan pressure cooker warna pink yang cantik ni dengan harga istimewa guna code RASGSP5DISINI!
Mula-mula kita rebus ayam. Lagi bagus kalau guna ayam bahagian dada / breast.
Potong sederhana besar dah ok sebab nanti kita akan carikkan isinya.
2. MASAK BUBUR NASI
Serentak dengan tu masak bubur nasi dekat sebelah. Disebabkan semalam punya nasi tak habis lagi, saya guna nasi lebihan semalam je. Taknak membazir kan.
Kalau tak ada nasi lebih ni, bolehlah masak beras macam biasa dalam rice cooker. Cuma lebihkan air sikit.
Masukkan sekali hirisan halia ke dalam rebusan nasi / beras tadi.
3. ASING & CARIKKAN ISI AYAM
Bila ayam dah empuk/ masak, keluarkan ayam. Biar sejuk sekejap.
Air rebusan ayam tu boleh masukkan ke dalam bubur nasi tadi.
Agak-agak ayam dah sejuk dan dah boleh di pegang dengan tangan, carikkan isi ayam tu.
Nak carikkan dengan garfu pun boleh juga.
4. MASUKKAN CARROT
Bila bubur dah cantik elok kembang dah lembik, masukkan pula hirisan carrot dan ayam rebus yang dah dicarik tadi.
Sambil tu kena kacau selalu ya. Takut nanti nasi berkerak / hangit tak sedap nanti rasanya.
5. PERASAKAN
Seterusnya perasakan dengan garam dan lada sulah / lada putih.
Kalau suka, boleh letak 1/2 kiub pati ayam. Tapi kalau nak buat untuk bayi yang dah boleh makan, tak perlu letak. Biarkan kosong saja tanpa garam juga.
Kemudian saya tambah crispy garlic / bawang putih goreng kat dalam tu sekali. Lagi harum bau dia. Kalau tak ada boleh buat kejap. Hiris halus bawang putih dan goreng sampai garing.
Kemudian tunggu menggelegak.
Reaepi bubur ayam mcd
6. SIAP UNTUK DIHIDANG
Bila bubur dah menggelegak nanti tutupkan api. Masa nak makan nanti bolehlah taburkan daun sup / daun bawang, bawang goreng, dan lada sulah ikut suka. Kalau budak-budak mungkin lagi suka yang jenis kosong, terpulanglah ikut tekak masing-masing.
Akhir sekali, kalau ada minyak bijan di rumah, renjiskan sikit minyak bijan untuk menaikkan lagi aroma dan rasanya.
Tapai Pulut antara juadah istimewa orang Melayu yang boleh ditemui di mana-mana sama ada pada majlis jamuan atau dijual di restoran sebagai hidangan sampingan.Rasa tapai pulut yang manis selain lembut adalah ciri-ciri tapai yang berkualiti tinggi dan menepati rasa diinginkan. Apa kata kita cuba buat sendiri Tapai Pulut? Boleh cuba ikut resipi yang dikongsikan oleh Lind Razak
RESIPI TAPAI PULUT MANIS
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras pulut – beli online 1 biji ragi (Seeloknya jemur terlebih dahulu. Hancurkan ragi, letak dalam plastik dan ketuk guna batu lesung, nanti nak guna baru ayak guna penapis teh) – beli online Bekas dadih/daun getah/daun pisang
CARA MEMBUAT:
1. Basuh beras pulut bersih-bersih dan rendam minimum selama 2 jam.
2. Kemudian toskan air, kukus beras pulut selama 25 minit.
3. Siramkan pulut yang telah dikukus dengan 3 cawan air, sambil kaup balik. (boleh sahaja tidak alihkan pulut ke dalam bekas, siramkan air terus dari pengukus).
4. Kukus semula pulut tadi dalam 10 minit sehingga naik wap.
5. Tutup api dan alihkan pulut yang telah masak ke dalam dulang besar untuk disejukkan. (Ratakan pulut tadi, supaya cepat sejuk)
6. Biarkan pulut betul-betul sejuk.
7. Bila pulut sudah sejuk, ayakkan ragi ke atas pulut, balik-balikkan pulut tadi, ayak ragi ke atas pulut sekali lagi. (agak-agak ragi rata pada pulut).
8. Sudukan pulut tadi ke dalam bekas dadih/daun getah.
9. Susunkan ke dalam bekas sesuai.
10. Simpan di tempat yang gelap selama 2 hari. Selepas 2 hari, baru tengok tapai itu ye.
11. Masukkan dalam peti sejuk, sebab tapai ini sedap makan sejuk sejuk. Tapai manis dan berair.
Thai Omelette viral yang rangup di luar dan gebu di dalam. Ikuti resipi lengkap bersama Sos Prik Nam Pla asli Thailand untuk rasa yang lebih sedap dan padu.