Menu ini pasti jadi rebutan semua terutamanya anak-anak.Kita buat sendiri ayam bakar ala Kenny Rogers dan Nasi planta. Boleh gunakan seekor ayam atau cari bahagian whole leg untuk buat ayam bakar ni. Bila buat menu ni kena ada sayur baru lengkap rasa.Confirm bertambah makan nanti dengan menu begini.
Ayam Bakar Ala Kenny Rogers
Bahan-bahan:
1 ekor ayam seekor/ 4 bahagian whole leg
1 biji bawang Holland
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
Lada hitam
Sos lada hitam
Sos tiram
Kiub ayam
(bahan-bahan di atas semua blend sekali)
1 biji kentang-nanti rebus bersama ayam
Sayur-sayur untuk dibakar bersama ayam
Brokoli
Lobak merah
Kentang
Bawang Holland
Cendawan Shitake
Cara memasak:
1.Masak bahan-bahan yang dikisar tadi.
2.Masukkan kiub ayam.
Ads
3. Masukkan ayam ke dalam campuran kuah tadi.
4. Masukkan potongan ubi kentang di dalam kuah tadi.
5. Masak seketika.
6. Alihkan ayam dan masukkan kisaran ubi kentang.
7. Masak hingga pekat seperti dalam gambar.
8.Letakkan ayam dalam tray dan masukkan sayur. Ayam dah masak cuma masak hingga garing di bahagian luar.
Ads
9.Letak sedikit butter atas ayam. Bakar pada suhu 200 darjah selsius selama 60 minit. 15 minit pertama api atas bawah, selebihnya api atas sahaja.
8. Dah siap ayam bakar ala kenny rogers.
Nasi Planta
Bahan-bahan:
Beras
Planta
Halia- dihiris
Bawang besar-dihiris
Cara memasak:
1. Cairkan planta. Tumis bawang besar dan halia hingga layu.
2. Masukkan beras, sedikit garam dan gula. Bagi rasa seimbang.
3. Sukat air macam masak nasi dalam periuk biasa.
4. Siap untuk dihidang.
Nasi Goreng Cinamemang sudah tidak asing lagi dikalangan masyarakat kita kerana rasanya yang enak dan menjadi kegemaran ramai terutamanya anak-anak dek kerana rasanya yang tidak pedas. Menu ini andai dinikmati di restoran masakan cina, memang terasa sedapnya kan? Ini kerana penggunaan bahan-bahan seperti udang dan juga minyak bijan memberikan rasa yang lebih enak serta aroma yang memukau. Jom cuba masak menu ni untuk keluarga. Saudari Har Ryea ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
RESIPI NASI GORENG CINA YANG SANGAT SEDAP & MUDAH MASAK
Demam Rumah Terbuka masih meriah, apa kata kali ini anda sediakan lauk yang berasaskan sambal sebagai pencicah juadah seperti nasi impit, ketupat, lemang dan nasi sebagai hidangan tetamu. Empat resipi sambal ini mungkin berbaloi anda cuba kerana ia senang dan tidak banyak bahan tapi rasa menang sedap.
SAMBAL DAGING MERAH
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | rebus
4 sudu makanpes cili kering
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan air asam jawa
1 biji bawang besar hiris
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Hiris daging kecil-kecil, ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan pes cili kering, terus kacau hingga pecah minyak.
Tambahkan air asam jawa, sos cili, sos tomato dan hirisan daging.
Gaul rata hingga sekata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Jika terlalu kering tambahkan sedikit air.
Kecilkan api dan biarkan sambal terus mereneh dan timbul minyak.
Tutup api, Sambal Daging sedia dihidangkan.
SAMBAL DENDENG
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | rebus
4 sudu makan pes cili kering
2 biji bawang besar | potong dadu
5 sudu makan kicap manis
3 sudu makan kicap pekat
Garam dan gula jika perlu
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
2 batang serai | hiris
BAHAN REMPAH PENUMIS
1 batang serai
1 kuntum bunga lawang
4 ulas buah pelaga
CARA MEMASAK:
Daging yang telah direbus empuk dihiris kecil, kemudian tumbuk.
Gaulkan daging bersama kicap manis, kicap pekat dan bahan kisar. Perapkan daging 30 minit.
Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar.
Setelah wangi masukkan pes cili kering tadi, kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan pula perapan daging bersama air asam jawa.
Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api terus kacau hingga timbul minyak.
Tutup api sambal dendeng sedia dihidangkan .
SAMBAL SERAI ISI AYAM
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | hiris kecil
1 biji bawang besar | hiris
1 biji limau nipis | jus sahaja
Garam dan gula secukup rsa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm halia muda
3 batang serai | hiris
3 helai daun limau purut | carik-carikkan
3 biji cili hijau
10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Gaulkan isi ayam dengan garam dan serbuk kunyit, goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit. Tumis bahan kisar.
Setelah naik bau, tambahkan dengan hirisan bawang besar.
Kemudian masukkan isi ayam. Kacau rata.
Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, terus kacau seketika.
Setelah cukup rasa. Tutup api dan sambal sedia dihidangkan dengan nasi impit atau ketupat.
SAMBAL DAGING BERKACANG
BAHAN-BAHAN:
250gm daging | hiris nipis dan kecil
150gm kacang tanah | goreng sangai & kisar kasar
1 sudu makan air asam jawa
4 sudu makan pes cili kering
250ml air
200ml santan
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
2 batang serai
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 ulas buah pelaga
CARA MEMASAK:
Bancuh kacang yang telah dikisar dengan air. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar bersama rempah penumis.
Setelah wangi masukkan pes cili, terus kacau hingga pecah minyak.
Masukkan pula daging, terus kacau hingga daging layu.
Tambahkan ke dalamnya bancuhan kacang tanah tadi.
Selepas beberapa minit masukkan pula santan.
Setelah mereneh perasakan dengan garam dan gula secukup rasaaa.
Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
Tutup api, Sambal Daging Berkacang sedia dihidangkan bersama nasi impit atau ketupat nasi.