Bentuk apam yang menarik macam kun aiskrim buat rasa geram nak menikmatinya. pasti anak-anak suka menikmati dengan bentuknya yang comel. Boleh buat untuk hidangan minum petang ini.
Selalu lebihan nasi yang tak habis paling rajin buat nasi goreng tapi kalau malas laju jer masuk ke dalam tong. Bagi mengelakkan pembaziran, elok lebihan nasi itu di buat kuih Apam Nasi. Ramai yang tidak tahu resipi kreatif yang dikongsikan ini. Cuba buat dulu kuih ini, gerenti tak percaya kesedapan apam nasi ni!
RESIPI APAM NASI VIRAL
KISAR:
2 cawan nasi
3 cawan air
1 cawan gula
AYAK:
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 peket yis mauripan 11g
CARA MASAK:
Campurkan semua bahan, perap 1 jam.
Tuang dalam acuan yang disapu minyak.
Kukus sehingga masak.
Hidang dengan kelapa parut dicampur sedikit garam.
Dah nama pun anak nogori, ramuan cili padi memang tak boleh dipisahkan dalam sajian rutin seharian penyanyi dan aktres Siti Nordiana Alias, 35 tahun.
Peluang muncul bersama Chef Wan memang cukup mengujakan kerana sajian yang dipilih untuk episod kali ini mengembalikan memori kelazatan Rendang Ayam Minang dan kuih koci yang kerap dimasak neneknya.
Penyanyi yang menjulang kembali namanya setelah memenangi juara Gegar Vaganza musim kedua pada 2015 ini juga adalah anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan. Sama juga seperti anak nogori lain, artis ayu ini sangat menggemari lauk Rendang Ayam Minang.
“Berbeza dengan rendang negeri lain, Rendang Minang ni rasanya pedas. Saya suka kalau lauk tu menggunakan banyak cili padi, tak kisahlah hijau atau merah.Cili padi tu yang memberi rasa sedap tak terhingga pada rendang ayam minang,lagi pedas lagi saya suka. Bukan setakat masa bulan Ramadan sahaja tetapi ini lauk pada hari-hari biasa juga.
Jadi saya memang teruja bila dijemput menjadi tetamu dalam rancangan Rasa Nostalgia Ramadan ni. Best juga tengok Chef Wan merendang. Teringat masakan nenek, lauk ‘favourite’ kami sekeluarga,” cerita Siti Nordiana yang mesra dipanggil Nana ini.
Di samping rendang Minang, satu lagi sajian Minang yang disukai adalah Ayam Goreng Berlado. Bercerita mengenai kuih-muih untuk berbuka pula kuih koci menjadi pilihan utama “Saya memang seronok dapat tengok Chef Wan menunjukkan kepakaran masaknya ‘live’ depan mata. Resipi yang digunakan sama seperti nenek saya buat,” imbau Nana lagi.
Sepanjang bulan Ramadan ini jika ada jemputan puasa di luar atau di hotel, Nana akan menghadirinya. Jika tiada dia lebih selesa berbuka bersama anak lelakinya Muhammad Rayyan Nakhaie, 11 tahun dan ibunya di rumah. Sekali sekala Nana rajin juga ke bazar Ramadan mencari kuih muih yang disukainya seperti Popia Basah yang banyak terjual semasa bulan puasa.
RENDANG AYAM MINANG
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam @ 11/2kg ayam | dipotong 12
11/2 biji kelapa | diramas dengan 1 liter air suam
250gm kerisik
3 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit | dihiris halus
Garam secukup rasa
Bahan dikisar :
10 tangkai cili merah| dibuang biji | dikisar
15 tangkai cili kering | direndam air panas dan ditos, dikisar
10 biji cili padi | dikisar
15 ulas bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
8 biji buah keras | dikisar
8 batang serai | dihiris kasar, dikisar
2sm halia | dikisar
2sm lengkuas | dikisar
3sm kunyit hidup | dikisar
1 biji limau purut | diparut kulitnya, kuantiti sedikit
CARA MEMASAK :
Di dalam kuali masukkan bahan-bahan yang dikisar dan ayam . Biarkan ayam kering airnya dan kacau.
Masukkan santan dan sedikit garam,didihkan selama 45 minit hingga ayam empuk dan kuahnya pekat.
Biarkan santan pecah minyak.
Masukkan kerisk, daun limau purut, parutan kulit limau purut, daun kunyit yang dihiris halus. Perasakan dengan gula dan garam.
Biarkan ia pekat, dan hiaskan dengan daun kunyit yang dihiris.
KUIH KOCI
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
250gm tepung pulut
½ cawan tepung pulut hitam
1 1/2 cawan air
Bahan inti :
1 biji kelapa parut
1 ketul gula Melaka | diracik
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan | disimpul
½ cawan air
Daun pisang secukupnya | dibersihkan dilayur hingga lembut , potong saiz 13sm x 13sm
Minyak masak secukupnya
1 cawan pati santan | dicampur secubit garam
CARA MEMASAK :
Cara buat inti :
Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.
Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.
Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.
Cara buat doh :
Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yangg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
Jika kurang air tambah sedikit lagi.
Cara buat kuih koci :
Ambil sehelai daun pisang, sapu dengan minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.
Tutup inti dengan doh dan letakkan satu camca teh santan pekat.
Kemudian lipat daun pisang. Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak.
JANGAN LUPA TERUSKAN MENONTON “ RASA NOSTALGIA RAMADAN”, SETIAP JAM 5 PETANG DARI ISNIN -KHAMIS DI ASTRO PRIMA 105 DAN PRIMA HD 121
Ada ramai lagi selebriti lain akan bersama Chef Wan di antaranya Kak Engku, Serina Chef Wan, Amelina, Azira De Fam, Sharifah Shahira, Ziana Zain, Erra Fazira, Aaron Aziz, Umie Aida, Bell Ngasri, Zarul Umbrella.
Akok, kuih muih tradisional yang popular Malaysia terutama di pantai timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Lembut kearana Akok adalah kuih yang berasaskan telur dan dibakar menyedapkan lagi rasa.
KUIH AKOK
BAHAN-BAHAN
6 biji telur
1 cawan santan
1 cawan gula merah (gula ni masak dulu bagi cair)
1 sudu tepung gandum
2 sudu tepung beras
CARA MEMASAK:
Pukul telur sampai kembang
Bila sudah kembang masukkan santan dan kacau sehingga sebati.
Selepas itu masukkan gula merah dan kacau sebati.
Bila sudah sebati, masukkan tepung gandum dan tepung beras. Kacau laju-laju supaya jangan bagi berketul-ketul. (kalau berketul boleh tapis untuk dapat bancuhan yang halus)
Panaskan dapur dan letakkan sedikit minyak. Selepas itu tuangkan bancuhan ke dalam acuan. Biarkan sampai masak.
Info: Dengan adunan ini anda boleh dapat dalam 21 ketul jika mengikut acuan seperti di atas.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.