Kuih Telaga Emas merupakan sejenis kuih tradisional yang dihasilkan menggunakan tepung pulut yang diisi inti seakan kastard. Kuih ini memang sangat sedap dan mempunyai rasa lemak-lemak manis. Nak cuba buat untuk minum petang? Resipi perkongsian saudari Zura Zul ni antara yang terbaik dan mudah untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESIPI KUIH TELAGA EMAS

BAHAN KULIT HIJAU:

  • 250gm tepung pulut
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 ¼ cawan air
  • Sedikit perisa pandan
  • Sedikit pewarna hijau
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua tepung, garam dan perasa pandan.

2. Tuang air sedikit demi sedikit ( jangan sampai habis). Uli sehingga jadi doh yang tidak lekat di tangan.

IKLAN

3. Letak sedikit pewarna hijau. Uli hingga sebati dan sekata warnanya.

4. Cubit doh dan bulat-bulatkan. Anggaran berat doh ialah 24gm setiap satu.

Resipi Kuih Telaga Emas Guna Sukatan Cawan. Sedap & Mudah.

5. Tekan dan ratakan doh ke dalam acuan lompang saiz kecil yang telah disapu minyak masak. Lakukan hingga habis dan ketepikan.

Resipi Kuih Telaga Emas Guna Sukatan Cawan. Sedap & Mudah.

IKLAN

BAHAN INTI KASTARD

  • 1 cawan santan kotak
  • 1 cawan air suam
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 1 penutup botol esen vanilla
  • Sedikit pewarna kuning telur
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:

1. Satukan santan dan air suam. Campurkan esen vanilla dan gula. Kacau hingga larut.

2. Masukkan telur dan kacau sebati. Kemudian masukkan juga tepung kastard, garam dan pewarna kuning telur. Kacau hingga sebati dan tidak berketul.

IKLAN

3. Tapis adunan dan tuang ke dalam acuan lompang yang telah diratakan dengan doh tadi.

4. Panaskan periuk kukusan hingga air betul-betul mendidih. Susun acuan kuih dan kukus menggunakan api sederhana selama 10-12 minit atau sehingga masak.

5. Angkat, sejukkan dan sedia utuk dinikmati.

Resipi Kuih Telaga Emas Guna Sukatan Cawan. Sedap & Mudah.

 

Kredit resipi & foto: Zura Zul

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI