Menjadi rutin bagi ibu-ibu terutamanya yang berkerjaya untuk mencari seleksi resipi yang mudah dan cepat masak. Paling penting ia sedap serta digemari suami serta anak-anak.
Masakan terutamanya yang bersantan, semuanya enak-enak. Kari, Gulai, Masak Lemak Cili Padi, aneka bubur dan manisan antara sajian popular yang digemari dan menduduki carta teratas dalam senarai menu kegemaran rakyat Malaysia.
Namun ada yang mengeluh kalau nak memasak lauk pauk begini, terpaksa ke pasar basah untuk beli santan perah segar. Jika ramai pelanggan, kenalah ambil giliran dan menunggu. . Harga santan perah sekarang pun boleh tahan mahal juga. Malah cepat basi jika tidak kena cara penyimpanannya.
Tahukah anda memasak masakan bersantan menggunakan SAJI Santan adalah lebih mudah, sedap dan menjimatkan masa? Malah SAJI Santan juga mempunyai keunikan aroma wangi santan dan rasa segar seperti baru diperah.
Seleksi SAJI Santan juga lebih terjamin dari segi kebersihan berbanding santan yang diperah secara manual. Ia dihasilkan menerusi proses Ultra High Temperature (UHT) sekaligus menjadikan SAJI Santan lebih selamat digunakan dalam masakan harian.
SAJI Santansesuai digunakan dalam semua jenis masakanseperti lauk pauk, manisan, kuih muih, minuman, dan bermacam-macam lagi.
Terdapat tiga pilihanSAJI Santan yang menjadi pilihan para surirumah di Malaysia iaitu:
SAJI Santan Kelapa
SAJI Krim Kelapa
SAJI Santan Kelapa “Light”
Tidak perlu berasa ragu untuk menggunakan SAJI Santan setiap hari dalam masakan anda kerana ketiga-tiga varian ini dijamin:
Segar seperti baru diperah
Makanan bebas kolesterol
Tanpa Bahan Pengawet
SAJI Santan Kelapa diperbuat daripada santan baru diperah dari kelapa yang dipilih khas untuk memberikan rasa yang terbaik. Tekstur santannya halus serta beraroma menjadikan masakan anda jadi lebih sempurna. Boleh didapati dalam saiz 200ml, 1 liter, dan pek jimat (200mlx6).
SAJI Krim Kelapa, memberikan rasa paling berlemak antara semua varian. Teksturnya lebih pekat, lebih berkrim . Ia juga mempunyai rasa dan aroma santan yang lebih kuat. Sangat sedap digunakan dalam pelbagai jenis masakan dan boleh didapati dalam saiz 200ml.
Bagi anda yang sukakan santan yang kurang lemak, pilihlah SAJI Santan Kelapa “Light”ini. Bersaiz 200ml, kandungan lemaknya hanya 12% sahaja. Wow! Memang lebih sihat. Tapi walaupun lemaknya lebih rendah, rasa, aroma, serta kesegarannya tetap terbaik.
Masak apa pun menjadi dengan SAJI Santan ni. Patutlah santan ni menjadi pilihan Instafamous tersohor, KhairulAming. Anda pun kalau nak masak sedap-sedap macam beliau, jangan lupa guna SAJI Santan dalam masakan.
Istimewa buat anda, RASA ingin berkongsi seleksi resipi mudah, sedap, dan cepat masak yang boleh dihasilkan menggunakan seleksi produk SAJI Santan. Cubalah. Pasti anda dan keluarga sukakannya.
Ads
1.KARI AYAM TELUR REBUS
BAHAN-BAHAN:
600gm ayam – potong sederhana
2-3 biji telur rebus – kupas
200ml SAJI Santan Kelapa
2 sudu makan rempah kari daging
1/2 sudu makan serbuk cili
1 tangkai daun kari
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan rempah penumis bersama daun kari hingga wangi. 2, Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air bersama serbuk cili. 3. Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan air asam, kemudian diikuti ayam. Kacau lagi, kemudian biarkan seketika hingga isi ayam kecut. 4. Tambahkan SAJI Santan Kelapa. Biarkan mereneh guna api sederhana sehingga ayam empuk. Tambah air jika perlu. 5. Masukkan telur rebus dan perasakan dengan garam serta gula secukup rasa. 6. Tutup api dan kari ayam sedia dihidangkan.
2. UDANG KARI MERAH THAI BERSAMA NANAS
BAHAN-BAHAN:
500gm udang saiz XL
4 keping nanas
200ml SAJI Santan Kelapa “Light”
2 sudu makan pes kari merah thai – boleh didapati di pasaraya
3 helai daun limau purut – carik
2 hiris lengkuas
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 biji cili merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan pes kari merah Thai, kacau rata lebih kurang dua minit.
3. Masukkan udang, hirisan lengkuas dan daun limau purut.
4. Kacau rata, kemudian masukkan SAJI Santan Kelapa “Light” dan hirisan nanas.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Apabila udang masak, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
3. GULAI NANGKA IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
2 ketul ikan masin kurau/talang – dipotong dan direndam
1 mangkuk nangka muda – direbus empuk
200ml SAJI Santan Kelapa “Light”
100mlSAJI Krim Kelapa
1 biji tomato – belah empat
Sebatang serai – dititik
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
4 biji cili merah
1 biji cili padi
4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan kisar, SAJI Santan Kelapa “Light”, ikan masin, serai dan nangka. Masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak.
2. Masukkan SAJI Krim Kelapa dan tomato. Kacau rata. Rasa sebelum menambah garam dengan secukupnya.
3. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
4. PULUT SEKAYA
Ads
BAHAN LAPISAN PULUT:
2 cawan pulut – rendam semalaman
1/2 sudu makan garam
1 1/2 sudu teh gula
1/2 cawan SAJI Krim Kelapa
1 ½ cawan air
BAHAN LAPISAN ATAS:
5 biji telur
1/2 tin susu pekat
1/2 tin susu cair
2 ketul gula melaka @ gula merah /dicairkan
CARA MASAK LAPISAN PULUT:
1. Toskan beras pulut dan satukan dengan garam, gula, SAJI Krim Kelapadan air. Kacau sebati dan kukus hingga masak.
2. Setelah pulut masak, masukkan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastic tahan panas. Tekan-tekan sehingga mampat dan padat.
CARA MASAK LAPISAN ATAS:
1. Masukkan semua bahan dalam bekas dan kacau hingga sebati.
2. Kemudian tapis dan tuangkan di atas lapisan pulut tadi.
3. Kukus sekali lagi selama 45 minit hingga sejam.
4. Setelah sejuk, bolehlah dipotong untuk dihidang.
5. BUBUR LABU CHACHA
BAHAN-BAHAN: • 100gm chacha • 100gm labu – dipotong • 100gm gula pasir atau secukup rasa • 50gm gula merah/melaka • 200mlSAJI Krim Kelapa • 600gm air • 1 helai daun pandan • 2 sudu makan sagu mata ikan – basuh dan toskan air • 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK: 1. Rebus chacha bersama air sehingga agak kembang, kemudian masukkan labu. Masaklah sehingga empuk. 2. Setelah empuk masukkan sagu, gula, gula merah, garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan SAJI Krim Kelapa. 3. Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Ads
6. PENGAT KELEDEK UNGU
BAHAN-BAHAN:
400gm keledek ungu – potong dadu lebih kurang 2cm x 2cm
100gm gula pasir atau secukup rasa
50gm gula merah/melaka
200ml SAJI Krim Kelapa
600gm air
1 helai daun pandan – simpul
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK: 1. Dalam periuk bersesuaian, rebus keledek sehingga empuk.
2.kemudian masukkan gula, gula merah/melaka, garam dan daun pandan. 3. Kacau sebentar kemudian masukkan SAJI Krim Kelapa.
4. Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.
Nak tahu lebih banyak lagi informasi mengenai SAJI Krim Kelapa & SAJI Santan Kelapa? Layari https://fgvdelima.com/ dan boleh dapatkan produk-produk ini menerusi pembelian atas talian dihttps://shopee.com.my/kedaifgv
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Memang sedap kalau dapat menikmati sepinggan Cucur Bilis panas-panas. Cicah pula dengan sos, memang berselera. Nak tahu petua menghasilkan cucur atau jemput-jemput yang rangup diluar dan lembut di dalam? Ikut cara ni, adunan pun jadi sempurna. Tidak terlalu lembik dan tidak keras. Barulah cucur bila digoreng, elok bentuknya. Jom lihat cara-caranya.
RESIPI CUCUR BILIS YANG GARING & LEMBUT
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air panas menggelegak
1/4 cawan air biasa
1 biji bawang besar – didadu
1 biji cili merah – dihiris halus
2 sudu teh perencah MAGGI® Cukup Rasa
1 genggam ikan bilis yang telah dicuci
CARA MEMASAK:
1. Masukkan tepung, bawang besar, cili besar, perencah MAGGI® Cukup Rasa dan ikan bilis ke dalam mangkuk.
2. Kacau sekata bahan-bahan tadi.
3. Kemudian masukkan pula air panas. Kacau laju supaya semua bahan sebati dan bergaul rata.
4. Tambah lagi air sejuk dan adun sekata. Tekstur adunan akan jadi sempurna. Tidak lembik sangat dan tidak terlalu keras.
5. Panaskan minyak dengan menggunakan api sederhana perlahan. Jemputkan adunan ke dalam minyak.
6. Goreng seketika. Bila adunan cucur sudah sedikit keras, sentiasa balik-balikkan agar masak sekata.
7. Bila cucur sudah nampak garing, angkat dan toskan minyaknya.
8. Hidangkan untuk keluarga. Enak dimakan bersama sos.
PETUA: Kalau nak membuat cucur yang rangup di luar dan lembut di dalam, bancuhan pertama kena guna air panas menggelegak. Selebihnya barulah guna air sejuk biasa. Adunan pula tak lembik dan tak keras sangat baru menjadi cucur yang bulat dan tidak leper apabila digoreng. Selain itu, ikan bilis juga boleh diganti dengan isi udang.
Bila sebut Malaysia, ramai pelancong luar menganggap antara negara yang kaya dengan kepelbagaian makanan yang asli dan menyelerakan. Malah Malaysia juga disebut ‘syurga’ makanan.
Sebut sahajalah apa-apa jenis makanan yang dipaparkan dalam media sosial hari ini, pastinya mendapat sambutan.
Namun begitu, sayang seribu kali sayang apabila makanan Malaysia gagal menempatkan diri dalam senarai 10 Hidangan Mee Paling Popular Pilihan TasteAtlas di Asia Tenggara, yang dikeluarkan pada 24 Disember 2022.
Sebaliknya, Laksa Indonesia dan Char Kway Teow Singapura tersenarai dalam kedudukan 10 menu mee paling popular di Asia Tenggara.
Manakala Pho Vietnam mendahului di kedudukan pertama dan Pad Thai Thailand di tempat kedua.
Meskipun begitu, kita sepatutnya berbangga kerana Malaysia masih tersenarai dalam senarai 50 Hidangan Paling Popular TasteAtlas di Asia Tenggara.
Buat pengetahuan pembaca RASA, laman sesawang TasteAtlas memaparkan panduan kembara dan pengalaman yang mengumpulkan makanan tradisi, resipi asli, ulasan pengkritik makanan dan juga artikel penyelidikan tentang bahan serta hidangan popular dari seluruh dunia.
Jom kita lihat senarai ‘top 10’ hidangan mee di Asia Tenggara dan di manakah kedudukan Malaysia tercinta kita:
Biarpun sarat mengandung, ia sesekali tidak menghalang Fazerina Ibrahim menyertai Pertandingan jagoh Rasa BABA’S.Minat memasak salah satu sebab Fazerina Ibrahim memasuki pertandingan ini.
“Saya masak sebab keluarga dan suami suka komen masakan saya. Dia memang pandai merasa. Dia pencetus inspirasi buat saya. Komen apa yang kurang dan lebih. Dari situ minat masak berkembang bukan setakat memasak di rumah malah teruja untuk memasuki pertandingan.
Sebelum ini pernah masuk pertandingan anjuran BABA’S juga namun tidak terpilih. Kali ini saya rasa sangat teruja dapat terpilih ke peringkat yang paling tinggi iaitu Top12. Saya sangat bersyukur dan Alhamdulillah”.
Akui Fazerina, debaran semasa sesi penjurian memang tidak dinafikan. Namun setiap soalan yang diajukan dijawabnya dengan penuh tenang dan yakin.
Sepanjang memasuki pertandingan ini memang banyak cerita suka duka. Ketika itu hatinya berbelah bahagi nak menghantar penyertaan atau tidak. Ini kerana dirinya bekerja dan sedang sarat mengandung. Bisik pada hati tak apalah kali ini mahu mencuba nasib. Kalau ada rezeki, adalah.Seminggu sebelum itu,Fazerina perlu masuk wad namun sempat pergi ke peringkat penjurian untuk Sentral.
Macam mana memilih resipi? Sebenarnya itu adalah resipi yang selalu dimasak di rumah. Fazerina dan keluarga memang suka makan masakan mamak yang berasaskan kari. Senang cerita suka makan Nasi Kandar. Nak makan nasi kandar hari hari pun mahal juga. Jadi lebih baik buat secara homemade.Anak-anak dan suami pun suka.
Resipi diolah dan cuba di rumah dengan menggunakan rempah ratus daripada BABA’S. Dia juga ada melihat resipi daripada Majalah RASA dan facebook RASA tentang resipi ini. Dari situ dia cuba dan ubah suai sikit untuk disesuaikan dengan tekak Melayu.
Kalau ikutkan petua masakan, Fazerina memang suka mengikut petua-petua lama. Sering mengamalkan petua masakan yang dikongsi oleh emak dan makciknya. Daripada situ tengoklah kesesuaian petua dan jenis masakan di dapur.
Contoh seperti Ayam Vanggey ni ditambahkan rasa kemelayuan, dengan penggunaan serai lebih sikit. Kemudian letak gula merah, sebenarnya ada juga resipi vanggey ni letak kicap.
Selain itu kulit halia tidak perlu dibuang,ia membangkitkan aroma, petua ini masih digunakan bukan dalam resipi ini sahaja malah resipi lain pun dia banyak guna petua ini.
Harapan dan impiannya agar terpilih ke peringkat final nanti.
“Insya Allah kalau menang, saya nak kembangkan satu perniagaan dalam bidang masakan atau dalam bidang makanan.Minat saya nak buat pes makanan Cuma belum ada peluang dan ruang lagi atau mungkin nak share resipi banyak-banyak sebab saya suka, Cuma kekangan masa membataskan saya membuatnya”
AYAM VANGGEY
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – gaul dengan garam serta Serbuk Kunyit BABA’S
4 sudu makan Serbuk Kari Ayam /Daging BABA’S
1 sudu makan Serbuk Cili BABA’S
1 cawan air
6 sudu makan gula merah
Garam/ gula/ perasa secukup rasa
3 tangkai daun kari
Minyak untuk mengoreng / menumis
BAHAN KISAR
2 biji bawang besar
6-7 ulas bawang putih
Segenggam cili api
1 batang serai
2 inci halia – tak perlu buang kulit
1 sudu makan Serbuk Cili BABA’S
1 sudu makan Serbuk Jintan Manis BABA’S
1 sudu makan Serbuk Jintan Putih BABA’S
BAHAN TUMIS
1 keping kulit kayu manis
5-6 kuntum bunga lawang
2 biji bawang besar
1 batang serai – diketuk
3 tangkai daun kari
2-3 biji tomato
Rempah 5 sekawan
CARA MEMASAK
Bersihkan ayam dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit secukupnya.
Panaskan minyak masak dan goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Satukan bahan-bahan kisar dan ‘blend’ hingga halus.
Tumis rempah 5 sekawan seketika.
Kemudian masukkan bahan-bahan tumisan yang lain dan masak hingga naik bau serta keperangan.
Masukkan bahan-bahan kisar.
Tumis lagi hingga rempah masak dan pecah minyak.
Tambahkan air. Sebatikan. Pastikan rempah tidak hangus.
Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
Masukkan gula merah dan garam secukup rasa. Gaul lagi supaya rasanya sekata.
Bila ayam sudah kelihatan pecah minyak, masukkan daun kari bagi menyedapkan lagi rasa hidangan.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
KUAH KARI KAW TARUK ATAS
BAHAN-BAHAN:
2 paket kecil Serbuk Kari Daging BABA’S
2 paket kecil Serbuk Kari Ikan BABA’S
1 sudu besar Serbuk Cili BABA’S
1 sudu besar Serbuk Ketumbar BABA’S
1 sudu kecil Serbuk Jintan Putih/ Manis BABA’S
1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam BABA’S
1 sudu kecil Serbuk Kunyit BABA’S
Semua rempah & serbuk-serbuk dicampur dan gaul dengan air 1/2 cawan, kacau sebati.
BAHAN KISAR
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 ketul kiub pati ayam
Gula
Garam
Air asam jawa
Air secukup nya
Minyak 3/4 cawan
BAHAN TUMIS
3 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu kecil halba campur
CARA MEMASAK
Panaskan minyak dalam periuk, bila dah panas tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau.
Kemudian masukkan bahan-bahan kisar tadi. Bila dah harum, masukkan rempah-rempah dan serbuk cili serta kunyit yang dah dibancuh tadi.
Kemudian kacau hingga naik minyak, bila nampak rempah dah warna merah dan ada minyak diatasnya maka segera tambahkan air. Biarkan ia mendidih hingga sedikit kering, kemudian tambah lagi air dan biarkan ia mendidih sekali lagi. Proses ni yang akan menyedapkan kuah kari.
Selepas itu masukkan kiub pati ayam, gula, garam, 1/2 sudu besar pes asam jawa atau kalau guna air asam jawa pekat letaklah 1 sudu besar.
Biarkan mendidih berkali-kali sampai kuah pekat dan jadi sedap. Akhir sekali bila hampir selesai boleh letak lagi daun kari. Dah siap kuah mamak dan boleh letak atas nasi atau ayam.Bertambah padu kalu ada telur masin, bendi, cabai muda dan papadom, sebiji makan dekat kedai mamak kalau kita guna serbuk kari atau rangkaian rempah dari BABA’S.
JAGOH RASA BABA’S
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.
Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.
Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.
JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.