Anda sibuk, namun hujung minggu sudah berjanji dengan rakan-rakan mengadakan potluck untuk sambil berkelah di pantai. Jangan susah hati, cuba idea menu cemilan yang disediakan oleh Chef Muhamad Azmil Alias. Beliau menyediakan 10 resipi cemilan mudah disediakan berkhasiat dan paling penting sedap dimakan. Jom cuba…

 

SUSHI BITE

BAHAN-BAHAN:
Nasi Sushi:

  • 1½  cawan beras sushi
  • 2 cawan air
  • 1/3 cawan cuka nasi
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu teh garam

Inti:

  • 2 keping seaweed |dihiris halus
  • 1 bij cili merah |dihiris halus
  • 3 biji cendawan kering shitake |direndam dan dicincang halus
  • 1/2  batang merah |dicincang halus
  • 4  batang isi ketam filament dihiris halus

CARA MEMASAK:

  1. Basuh beras sehingga bersih dan toskan
  2. Masukkan beras ke dalam periuk dan masukkan air, gula dan garam secukup rasa.
  3. Apabila nasi masak, gaulkan nasi dengan cuka sehingga sebati.
  4. Campurkan bahan-bahan inti yang telah dihiris halus ke dalam nasi tadi. Gaulkan sehingga sebati.
  5. Kepalkan nasi tadi mengikut citarasa anda.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

 

INFO CHEF:

Bahan-bahan ini boleh ditukar ikut citarasa anda.

 

CONEY DOG

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji roti sosej | belah tengah
  • 100gm daging cincang
  • 4 batang sosej ayam
  • 1 biji bawang holland | dicincang halus
  • 2 ulas bawang merah|dicincang halus
  • 1ulas bawang putih |dicincang halus
  • 4sudu makan sos balognes
  • 1 sudu teh serbuk kari daging
  • 1 helai daun bay
  • Sedikit oregano
  • Garam dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Rebus sosej ayam sehingga lembut dan toskan.
  2. Tumis bawang merah dan putih sehingga kekuningan.
  3. Kemudian masukkan serbuk kari dan tumis hingga pecah minyak
  4. Diikuti sos bolognes, daun bay dan oregani. Kacau rata.
  5. Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
  6. Belah roti dan letakkan sosej di tengah.
  7. Tuangkan sos coney di atasnya dan taburkan bawang besar cincang.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

 

INFO CHEF:

Untuk lebih variasi, boleh tambahkan cendawan shitake  yang telah dicincang.

 

POPIA INTI DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 1biji bawang besar| dicincang halus
  • 2ulas bawang putih| dicincang halus
  • 200gm daging kisar
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 100 gm kacang panjang | hiris halus
  • 1/2 batang lobak merah | hiris halus
  • 1 bungkus kulit popia
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
  2. Masukkan daging kisar. Gaul rata.
  3. Masukkan kacang panjang dan lobak merah. Gaul lagi dan tambahkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
  4. Apabila inti sejuk, boleh mulakan untuk menggulung popia.
  5. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan
  6. Popia sedia dihidangkan bersama sos cili atau mayonis.

 

INFO CHEF:

Selain intik daging boleh juga gunakan inti sayur.

…..

 

IKLAN

SANDWICH AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm isi dada ayam
  • 5 sudu makan tepung ayam goreng
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 4keping roti biasa atau whole meal
  • Sedikit hirisan timun, bawang holland dan salad
  • Mayonis secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Keringkan isi ayam yang dah dibersihkan dengan tisu dapur atau toskan.
  2. Masukkan serbuk lada hitam ke dalam tepung ayam goreng. Gaul rata.
  3. Celupkan ayam dalam telur dan tepung ayam goreng.
  4. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam seperti biasa sehingga masak.
  5. Angkat dan ketepikan.
  6. Sementara tunggu ayam sejuk  sediakan roti, hiris tomato, bawang, salad dan timun.
  7. Hiris isi ayam tadi bentuk kiub dan gaulkan dengan mayonis.
  8. Kemudian susunan sandwich megikut citarasa.

INFO CHEF:

Ayam boleh juga dikukus atau bakar, ianya lebih sihat.

 

KENTANG BAKAR BERISI DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji ubi kentang |saiz besar
  • 200gm daging kisar
  • 1 ulas bawang merah | dicincang
  • 1 ulas bawang putih |dicincang
  • 100gm keju mozarela | diparut
  • 2 sudu kecil mayones
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • Garam secukup rasa
  • Daun bawang | dihiris halus

 

CARA MEMASAK:

  1. Rebus ubi kentang sehingga separuh empuk
  2. Kemudian ubi kentang dibelah dua dan keluar sedikit isi di bahagian tengah.
  3. Gaulkan isi kentang yang dikeluarkan tadi dengan mayonis dan ketepikan.
  4. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawah putih, serbuk lada hitam dan serbuk ketumbar sehingga naik bau.
  5. Masukkan daging kisar dan tumis sehingga daging masak. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Masukkan isi ubi kentang yang telah digaul dengan mayonis tadi ke dalam kentang yang telah di korek.
  7. Lapiskan tumisan daging di atas lapisan campuran isi kentang dan mayones..
  8. Taburkan keju mozarela dan daun bawang.
  9. Bakar selama 12 minit pada suhu 200c.
  10. Sedia untuk dihidangkan.

INFO CHEF:

Ayam boleh juga dikukus atau bakar, ianya lebih sihat.

 

 

IKLAN

ROTI GULUNG SOSEJ PENDEK

BAHAN-BAHAN:

  • 12 biji sosej koktel
  • 6 keping roti putih
  • 200gm serbuk roti
  • 1 biji telur ayam
  • Secubit garam

 

CARA MEMASAK:

  1. Roti putih dibuang bahagian tepi kemudian digelek sehingga nipis dan dipotong dua.
  2. Gulungkan sosej koktel dengan roti yang telah digelek tadi. Sapukan telur di bahagian hujung untuk melekatkan roti tersebut.
  3. Celupkan gulungan tadi ke dalam telur kemudian ke dalam serbuk roti.
  4. Goreng sehingga kuning keemasan.
  5. Sedia untuk dihidangkan bersama sos cili atau mayones.

 

INFO CHEF:

Selain serbuk roti, anda boleh gaulkan dengan nestum yang telah dikisar kasar.

 

 

TELUR BUNGKUS DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm daging cincang
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 50gm daun sup |diiris halus
  • 100gm serbuk roti
  • Garam dan serbuk perasa
  • 2biji telur ayam |Direbus dan buang kulit

 

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan di atas kecuali telur rebus. Gaul sebati.
  2. Balut telur rebus dengan campuran daging kisar tadi dengan kemas.
  3. Goreng dengan api perlahan sehingga masak.
  4. Potong dua dan sedia untuk dihidang.

 

INFO CHEF:

IKLAN

Untuk saiz yang lebih kecil boleh gunakan telur puyuh

 

 

…..

 

 

INTI WRAPPED & SEAWEED

BAHAN-BAHAN:  

  •  6 keping seaweed
  • 1/2 lobak obak merah | dihiris halus
  • 1/2 timun  | dihiris halus
  • 50gm daun ketumbar | dihiris halus
  • 1 biji telur ayam | direbus
  • 1 sudu makan mayones

CARA MEMASAK  :

  1. Lecekkan telur rebus dan gaulkan bersama mayonis.
  2. Sediakan seaweed dan susun sayur-sayur yang telah dihiris. Kemudian letakkan telur yang telah digaul tadi.
  3. Gulung perlahan-lahan sehingga selesai.
  4. Potong dua dan sedia untuk dihidangkan.

 

INFO CHEF:

Untuk saiz yang lebih kecil boleh gunakan telur puyuh

 

 

…..

 

POPIA VIETNAM

BAHAN-BAHAN:

  • 6 keping Rice Paper Wrapper
  • 6 ekor udang | direbus dan buang kulit
  • 1/2  batang lobak merah |dihiris halus
  • 1/2 batang timun | dihiris halus
  • 50gm daun ketumbar

Bahan Sos:

  • 4 sudu makan cuka
  • 4 sudu makan sos ikan
  • 1 cawan air
  • 1 sudu kanan gula
  • 1 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu the bijan
  • 3 biji cili padi | hiris halus

 

CARA MEMASAK:

  1. Mulakan dengan melembutkan rice paper wrapper. Celupkan rice paper dalam semangkuk air suam perlahan-lahan, kerana rice paper ini mudah koyak.
  2. Kemudian, letakkan rice paper yang telah lembut tadi, di atas pinggan. Susun lobak merah, timun dan daun ketumbar. Kemudian susun udang di atas susunan sayuran tadi.
  3. Dengan berhati-hati, lipat rice paper seperti melipat popia.
  4. Lipat bahagian tepi dahulu, dan gulung rice paper sehingga selesai.
  5. Siap sedia untuk dihidang. Sajikan bersama sosnya.
  6. Untuk membuat sos:  Masukkan semua bahan dalam periuk.
  7. Masak seketika sehingga gula larut.

 

 

 

RESIPI OLEH CHEF MUHAMAD AZMIL ALIAS

FOTO: MOHD NASARUDDIN TALKAH