Aiskrim asam boi memang kegemaran ramai, lebih-lebih lagi bila cuaca panas terik. Ais yang halus, rasa masam-manis dan aroma limau kasturi buatkan sesiapa saja tak cukup sebatang.
Kalau nak lebih puas hati dan jimat, jom buat sendiri di rumah. Resipi ini bukan sahaja sedap, tapi sangat sesuai untuk dijadikan jualan juga.
Resipi ini dikongsi oleh Ummu Asyraf, siap dengan tip untuk hasilkan tekstur ais yang halus dan seimbang rasa. Dalam satu adunan, boleh dapat sekitar 24 batang aiskrim memang berbaloi!
Cara Buat Aiskrim Asam Boi Yang Sedap
Bahan-Bahan
2 cawan gula (boleh kurangkan ikut cita rasa)
2 liter air
3 – 4 sudu besar kordial asam masin (jenama Double Lion dicadangkan)
2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air dari 2 liter tadi)
24–30 biji asam boi
4–5 biji limau kasturi
Ads
Cara Penyediaan
1. Dalam periuk, satukan air, bancuhan tepung jagung, gula dan asam boi. Masak hingga mendidih dan air menjadi jernih.
2. Tambah kordial asam masin. Rasa, dan laraskan jika perlu. Boleh tambah sedikit garam jika suka. Biarkan sejuk.
3. Perah jus dari 4–5 biji limau kasturi ke dalam campuran tadi. Kacau rata.
Ads
4.Tapis air tersebut dan ketepikan asam boi yang digunakan semasa memasak.
5. Masukkan sebiji asam boi ke dalam setiap plastik aiskrim, kemudian tuangkan air bancuhan tadi secukupnya. Ikat kemas.
Ads
6. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan beku semalaman. Sedia untuk dinikmati!
Tip Ekstra
Tepung jagung membantu tekstur ais lebih halus dan tidak berketul bila dimakan.
Limau kasturi memberi rasa segar dan seimbang pada kemanisan gula dan masam kordial.
Untuk yang nak berniaga, boleh bungkus dengan kemas dan labelkan. Kos rendah, untung tinggi!
Teringin nak mengunyah ‘sesuatu’ yang sedap? Resipi Tauhu Berlauk perkongsian saudari Zie Aries ni antara yang boleh dicuba. Nak membuatnya pun sangat senang. Patutlah resipi ini mendapat lebih dari 16 ribu perkongsian di laman sosial. Ia sesuai dijadikan hidangan minum petangatau makan malam. Hidang sewaktu sarapan pun boleh. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI TAUHU BERLAUK SEDAP
BAHAN-BAHAN:
5 paket tofu telur – dipotong
2 keping tauhu lembut jepun – dipotong
5 biji telur
2 biji bawang besar – cincang halus
2-3 biji cili merah – hiris halus
1-2 pokok daun bawang – hiris halus
1 -2 pokok daun sup – hiris halus
Lada sulah secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
1 paket daging kisar
CARA MEMASAK:
Goreng daging kisar dalam kuali tanpa menggunakan minyak. Masak hingga kering. Ketepikan.
Satukan tofu telur, tauhu jepun dan telur hingga halus. Tuang ke dalam bekas besar.
Masukkan daging, hirisan cili, bawang besar, daun sup, daun bawang, lada sulah, serbuk lada hitam, garam dan perasa dengan secukupnya.
Gaul bahan kisar dan bahan-bahan yang lain hingga sebati dan sekata.
Tuang adunan ke dalam acuan lompang atau apa-apa acuan yang sesuai. Tidak perlu oles minyak.
Kukus Tauhu Berlauk selama 20 minit atau sehingga masak. Sejukkan tauhu.
Setelah tauhu sejuk, celupkan Tauhu Berlauk tadi dalam telur yang telah dipukul.
Goreng Tauhu Berlauk hingga garing dan berwarna keemasan.
Bahn Xeo adalah sejenis lempeng rangup berperisa yang diperbuat daripada tepung beras, air, serbuk kunyit yang diletak inti ditengah-tengahnya. Ia adalah antara makanan jalanan yang popular di Vietnam.
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras
3/4 cawan santan
1 1/2 cawan air sejuk
1 sudu makan kicap ikan
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk kari
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN TUMISAN DAGING KISAR:
1 mangkuk kisar
1/2 biji bawang Holland | cincang halus
2 ulas putih | cincang halus
Sedikit hirisan cili Benggala
1 sudu pes cili
1 sudu kecil air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak
BAHAN SALAD:
1 mangkuk kecil tauge
Sedikit daun ketumbar
Sedikit daun bawang
BAHAN SOS:
5 sudu makan air masak
3 sudu makan gula
2 sudu makan cuka
1 ulas bawang putih | cincang
3 biji cili padi merah | cincang
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan kering pancake dalam mangkuk, gaul rata.
Masukkan santan dan kacau hingga sebati.
Seterusnya masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan bancuhan sesuai untuk pancake. Ketepikan.
Sediakan pula tumisan daging. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan merah hingga kekuningan.
Masukkan pes cili dan air asam Jawa. Kacau seketika dan masukkan daging kisar.
Kacau hingga daging berubah warna, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan ketepikan.
Kemudian sediakan pancake pula. Panaskan kuali leper dan oleskan sedikit minyak di atasnya.
Tuangkan bancuhan pancake, masak menggunakan api kecil.
Setelah garing, letakkan di atasnya tumisan daging kisar dan salad.
Lipat dua seperti apam balik, angkat dan masukkan dalam pinggan hidang
Untuk sos, campurkan semua bahan, gaul rata dan hidangkan bersama pancake yang telah siap tadi.
INFO CHEF: Mempunyai rasa yang enak, ranggup dan terasa kesegaran salad yang dicicah dengan sos masam manisnya.
Aneka kacang goreng tidak kira apa cara olahan, ia antara kudapan wajib ada atas meja setiap kali menjelang perayaan. Selain sedap dan rangup kudapan ini paling senang disediakan dan ramai menyukai dan tidak ada istilah jemu mengunyaknya. Apa kata dari membeli korang cuba buat sendiri, lebih jimat dan boleh buat lebih. Baru puashati.
KACANG TANAH GORENG TEPUNG RANGUP BAHAN-BAHAN:
1 kg kacang tanah
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
1 labu bawang putih
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Kisar bawang putih bersama sedikit garam.
Pukul telur putih hingga kembang, kemudian masukkan bawang putih.
Kacau dan masukkan kacang tanah, gaul rata.
Masukkan tepung gandum, gaul hingga tepung melekat pada kacang sepenuhnyaa.
Panaskan minyak, kemudian masukkan adunan kacang, biarkan seketika jangan kaacau.
Apabila nampak sedikit garing, kacau supaya adunan kacang tadi terpisah.
Atas api sederhana sentiasa kacau hingga adunan kacang berwarna keperangan.
Angkat dan toskan minyaknya. Setelah sejuk baru hidangkan atau masukkan dalam bekas kedap udara.
KACANG TELUR BAHAN-BAHAN:
600 gm kacang tanah | kupas kulit ari sangai.
150 gm gula halus
2 biji telur
4 sudu makan margarin | cairkan
500 gm tepung gandum
1 sudu teh garam
6 ulas bawang putih | kisar
Minyak masak | untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Campurkan telur, margarin, gula halus, bawang putih, dan garam, kacau rata.
Kemudian tuangkanlah dua sudu makan adonan telur ke dalam kacang, aduk hingga rata,
Seterusnya masukkan kacang ke dalam bekas berisi tepung gandum.
Golek-golekkan dalam tepung sehingga kacang tanah bersalut tepung sepenuhnya.
Ulang kaedah salutan sehingga dua atau tiga kali untuk medapatkan ketebalan saluran yang cantik dan rangup.
Panaskan minyak banyak atas api sederhana hingga kacang bertukar warna kecoklatan
Angkat dan toskan minyaknya.
Setelah sejuk boleh hidanghkan atau simpan dalam bekas kedap udara.
.
KACANG BAWANG PUTIH RANGUP BAHAN-BAHAN:
1 kg kacang tanah tanpa kulit
2 sudu teh pes bawang putih
6 ulas bawang putih | hiris nipis
2 sudu the garam
1 liter santan
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Reneh santan hingga mendidih, jangan sampai pecah santan. Kemudian matikkan api.
2. Campurkan kacang dengan santan, bawang putih dan garam dalam bekas besar. Gaul rata.
3. Rendam kacang selama lebih kurang dua jam. Kemudian tapis dan toskan kacang,
4. Goreng kacang dalam minyak panas sehingga masak dan kering.
5. Angkat dan toskan.
6. Seterusnya goreng bawang putih yang sudah dikisar hingga wangi, kemudian campurkan dengan kacang yang telah digoreng tadi. Gaul rataa.
7. Setelah sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.
.
KACANG TELUR PEDAS MANIS BAHAN-BAHAN:
500gm kacang tanah, cuci sampai bersih dan tos hingga kering
4 biji telur, kacau rata
8 ulas bawang putih | kisar halus
100gm gula pasir
2 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh garam halus
400gm tepung gandum | ayak
100gm tepung sagu | ayak
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Telur, serbuk cili, gula pasair, bawang putih dan garam, digaul rata.
2. Kemudian masukkan kacang tanah, gaul rata, kemudian toskan.
3. Seterusnya masukkan dalam campuran tepung gandum dan sagu.
4. Ratakan, kemudian ulang langkah yang dua atau tiga kali sehingga mendapat ketebalan yang diinginkan.
5. Panaskan minyak atas api sederhana hingga kacang masak dan berwarna kecoklatan.
6. Angkat dan tos, setelah sejuk, sedia dihidangkan atau simpan dalm bekas kedap udara.
Jimat dan mudah! Pelajari cara membuat sabun pencuci pinggan limau kasturi buatan sendiri yang berkesan menanggalkan minyak dan tahan berbulan-bulan. Panduan lengkap langkah demi langkah.