
Isi Kandungan
ToggleAda yang suka popia gulung serunding. Kalau raya biasanya tak cukup sebalang, mesti kena beli lebih. Sekali makan memang susah nak berhenti. Harga pun boleh tahan mahal. Jadi apa kata membuatnya sendiri. Lagi puas makan. Mudah saja caranya cuma semasa nak menggulung ni, perlu teliti. Jika nak mencuba boleh ikut resepi Hasifah Che Mat ada berkongsikan cara mudah dan cepat untuk menggulungnya.
Popia Gulung
Bahan-bahan:
1 peket popia 40pcs (jenama KG/ Spring Roll – tak cepat kering dan mudah dikendalikan)
250gm sambal ikan / serunding ikan
Air biasa – untuk melekatkan popia
Cara membuat:
- Popia dipotong empat, kemudian potong segitiga.
- Susun dari atas ke bawah.
- Letakkan sambal ikan secukupnya. Temukan hujung segitiga atas ke tengah. Gulung dan lekatkan hujung popia dengan air.
Tip untuk gulungan kemas, tekan sedikit gulungan popia sambil gulung. Lepas letak air, tekan sikit untuk pastikan ia melekat kuat.
Sebaiknya jemur selama lebih kurang 30 minit dulu popia yang telah digulung untuk popia yang lebih rangup.
4.Goreng dengan api sederhana perlahan dan perlu dibalik-balikkan.
5.Toskan, sejukkan seketika dan simpan dalam bekas kedap udara.
Kredit: Hasifah Che Mat
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Adunan Lempeng Gebu & Sedap, Gerenti Seisi Keluarga Suka
Resipi Adunan Lempeng Gebu & Sedap, Gerenti Seisi Keluarga Suka
Resipi Adunan Lempeng Gebu & Sedap, Gerenti Seisi Keluarga Suka
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menu Kudapan ‘Gulung-gulung’… Inti Sayur Harus Segar Baru Sedap.

Apa benda yang bergulung tu ? Haah ni ada resipi yang intinya digulung dengan ‘crepe’ tepung. Dalam resipi ni ada yang menggunakan kulit popiah dan tortilla.
Janji ada daging dan sayur-sayuran memang ‘meletop’ rasanya. Snek sihat sedap dimakan petang dan pagi. Cubalah nanti ya.
1.MALAYSIAN ROLL WITH SHRIMP BASIL
BAHAN-BAHAN :
Bahan inti :
- ¼ cawan daun selasih (basil) segar | dibilas dan keringkan, dicincang
- 6 ekor udang saiz sederhana | masak celur dan potong dua
- ½ cawan parutan lobak merah
- ½ cawan sengkuang yang diparut
- 20gm badam panggang | ditumbuk kasar
- 3 helai daun salad merah, buangkan urat daun jadikan 6 bahagian
- Kulit popiah secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Didihkan air dan celur kesemua sayur-sayuran. Toskan dan bilas selama 30 minit.
2. Rasa inti dan perisakan dengan gula dan garam dan gula, campurkan badam.Gaul sebati.
3. Masukkan inti ke dalam mangkuk dan ketepikan.
4. Tebarkan sekeping kulit popiah di atas papan canai. Letakkan salad di atas kulit popia dan letakkan inti di atas salad, lipatkan di kedua belah hujung popia dan gulungkan.
Saiz hidangan : 5-6 orang
Waktu memasak :30 minit
Cara memasak : Digaul tanpa masak
Jenis masakan : Kudapan
Keistimewaan : Sedap dihidangkan bersama mentega kacang
Info Chef : Kacang badam dicampur bersama sayur-sayuran menambahkan vitamin dan khasiat. Badam kaya dengan vitamin E,lemak sihat , serat, protein dan magnesium yang diperlukan oleh tubuh sihat.
2. CHICKEN VEGETABLE WRAP
BAHAN-BAHAN :
- 1 sudu makan minyak sayuran
- 1 biji bawang besar | dicincang halus
- 1 ulas bawang putih | dicincang halus
- 3 cawan ayam rebus tanpa kulit dan telah disiat-siat
- 3 cawan salad ‘iceberg lettuce’ | dicincang
- ¾ cawan tomato yang didadu
- 11/2 cawan keju cedar yang diparut
- 1 cawan pistachio panggang
- 1 cawan kacang pis hijau | toskan selepas dikeluarkan dari tin
- 6 keping tortillas (diperbuat dari tepung)
CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak di dalam kuali dengan api yang sederhana.
2. Masukkan bawang dan masak hingga lembut, kira kira 3 minit.
3. Masukkan bawang putih dan masak, kacau selama seminit
4. Masukkan ayam, kacau dan masukkan garam. Biarkan masak 1 hingga 2 minit.
5. Kemudian letakkan tortilla ditengah dua kertas/tisu gulung yang dilembabkan (paper towels) dan masukkan di dalam ketuhar mikro selama 10 saat untuk melembutkan tortilla
6. Sudukan dengan salad di atas setiap satu kepingan tortilla, kemudian letakkan ayam, sayurr, keju cedar, kacang pis dan pistachio.
7. Gulung dan kerat dua. Sajian siap dihidang.
Saiz hidangan : 5-6 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Kudapan sandwich ala burrito
Keistimewaan : Inti yang lebih lemak dengan kacang pis dan pistachio
Info Chef; Kandungan kacang pis dan pistachio dipercayai dapat meningkatkan kadar imunisasi badan dan mengurangkan risiko penyakit darah tinggi. Sajian rendah lemak yang menyihatkan.
3. CHICKEN BURRITO
BAHAN-BAHAN :
- 1 sudu makan minyak masak
- 1 biji bawang holland /dicincang halus
- 1 ulas bawang putih/ dicincang halus
- 100 gm dada ayam/ dipotong kecil
- Garam secukup rasa
- 6 keping tortilla jagung /dibeli siap dari pasaraya
- 3 cawan salad /dipotong kecil
- 1 1/2 keju cheddar parutan keju
- 1/4 sudu teh garam
Bahan sos burrito:
- 3 sudu makan mayonis
- 1 sudu teh serbuk paprika
- 2 sudu makan sos lada hitam
* Dicampur sekali
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam kuali, api sederhana
2. Masukkan bawang besar dan masak hingga lembut, kira-kira 3 minit.
3. Masukkan bawang putih dan masak, kacau 1 minit
4. Masukkan ayam dan 1/4 sudu teh garam. Masak hingga empuk, ketepikan.
5. Panaskan kepingan tortilla jagung mengikut arahan di bungkusan.
6. Letakkan salad di atas setiap tortila, letakkan ayam yang dimasak tadi, dengan parutan keju chedar dan sos burrito. Gulung tortila dan potong dua.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Mexico
Keistimewaan : Sajian sihat salad dan ayam bersos keju dan burrito
INFO CHEF: Sajian ini sunguh mengenyangkan, sandwic versi Mexico. Sedap dihidang dengan ‘hash brown’
4. HO CHI MINH SPRING ROLL
BAHAN-BAHAN :
- 170 gm soo hoon (dicelur)
- 6 ekor udang saiz sederhana (dicelur)
- 12 keping kulit popia (dicelur)
BAHAN INTI :
- 1/2 kubis china (dihiris halus)
- 200 gm lobak merah (dihiris halus)
- 200 gm timun (dihiris halus)
- 200 gm saderi (dihiris halus)
- 200 gm salad Cina (chinese lettuce) (dihiris halus)
- 50 gm parsli Cina (dihiris halus)
- 50 gm selasih Thai (sehelai-helai)
- 50 gm daun ketumbar (dihiris halus)
- 50 gm taugeh
BAHAN SOS :
- 1/2 sudu teh sos ikan
- 1/4 sudu teh gula
- 1 ulas bawang putih
- 2 biji cili padi
- Air panas secukupnya (1-2 sudu makan)
CARA MEMASAK :
1. Celur soo hoon dalam air mendidih dan terus tos. Kemudian celurkan udang dalam air mendidih sehingga masak. Kulit popia direndam air biasa hingga lembut.
2. Kemudian sediakan dan susun bahan inti di dalam dulang.
3. Susun dan tebarkan kulit popia letakkan 2 ekor udang sedikit soo hoon, daun selasih, taugeh, lobak merah, saderi, daun ketumbar dan salad cina dalam setiap popia.. Biarkan sedikit ruang kosong di
kedua hujung kulit popiah untuk membalut.
4. Gulung atau balut ikut kreativiti anda.
5. Di dalam mangkuk kecil campurkan sos ikan, air panas, bawang putih, gula dan cili padi. Jika suka anda boleh masukkan kacang tumbuk.
6. Hidangkan popia Ho Chi Minh dengan sos .
INFO CHEF :
Sajian ini adalah sajian salad yang menyihatkan padat dengan sayur-sayuran segar.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu Memasak : 3 jam
Cara Memasak : Celur
Jenis masakan : Vietnam
Keistimewaan : Kudapan sesuai untuk mereka yang mementingkan menu sihat.
Gabungan Kebaboom Murtabak Ayam Dan Daging Ber’Cheese’ Memang Padu!

Sedapnya murtabak! Selalu kalau teringin pergi cari kat pasar malam jer atau pun kat restoran mamak. Jarang nak jumpa murtabak kalau bukan di bulan puasa ni.
Untuk peminat Murtabak! peminat Cheese? Hanya ada di Meru, Klang, gabungan kebaboom Murtabak Ayam Cheese atau Murtabak Daging Cheese ni pasti menambat hati korang. Cheese Mozarella selambak memang padu. Murtabak dia pulak tebal padat dengan isi. Bila sekali ngap, memang nak ngap tak berhenti. Ketagih beb! Harga sangat berbaloi. Murtabak cheese PADU RM6 jer. Murtabak ayam/daging biasa RM3 jer.
Kat sini juga ada produk frozen. Korang kena try Roti Bom Nutella dia. Perghh!!
Jom ramai-ramai serbu gerai murtabak ni.
D’tebar Murtabak
Lokasi: Lot 1935, Jalan Nenas, Meru, Klang
Operasi gerai: 3pm – 7pm (tutup setiap Rabu)
Operasi frozen: Open order setiap hari
Pertanyaan/Hubungi: 014-9743080
Kongsi dari sumber:Fendy Noordin Fendy N
Boleh jugak korang cuba resipi Murtabak Mini Popia ni sedap tau!
Murtabak Mini. (Kulit Popia)
Bahan-bahan:
Inti
- 500 gram isi ayam / daging di cincang
- 5 biji kentang di potong dadu
- 3 sudu makan rempah kari
- 1 ulas bawang putih di hiris
- 1 biji bawang besar dihiris
- 2 biji bawang besar di potong dadu
- Hirisan daun sup
- Sedikit garam
- Sedikit gula
- Sedikit minyak masak utk menumis.
Cara memasak inti.
1. Panaskan kuali. Tuang sedikit minyak masak. Masukkan bawang yang dihiris.
2. Maaukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam dan masukkan kentang. Masukkan air separas bahan2 yang dimasak. Jgn lebih nanti inti lembik.
4. Masak sehingga air hampir kering. Masukkan sedikit garam dan gula. (Jika nak letak ajinomoto jika suka pun boleh). Saya tak letak pun ajinomoto.
5. Masak hingga betul2 kering. Sejukkan dan sedia utk langkah menyediakan murtabak mini.
Seterusnya langkah menyediakan murtabak mini….
1. Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan bahan2 inti ayam dan kentang yang dimasak tadi.
2. Masukkan daun sup dan bawang. Kacau hingga sebati.
3. Buka kulit popia, letak atas dulang. Ambil 3 sudu makan intin yang di campurkan dgn telur dan bawang tadi tu. Letak di tengah2 kulit popia intinya. Lipat atas, bawah, kiri dan kanan. Terbalikkan bila di lipat dan masukkan dlm kuali.
4. Untuk membakar panaskan kuali, letakkan sedikit minyak. Letakkan popia. Kalau suka letak minyak banyak ok je…. saya tak suka minyak banyak. Jadi….ikut selera masing2 ya.
5. Bakar sehingga masak. Balik2kan ia… bila dah siap bolehlah dihidangkan. Ulangi langkah membuat sehingga siap. Dah masak…. makan… memang sedap. 😂
😂
😂
Selamat mencuba ya…👩🏻🍳
👨🍳
😻
Kredit Resepi: Roshima Ibrahim Shima
CUBA JUGA RESIPI INI PASTI SEDAP!
Cara Mudah Buat Roti Canai Secara Homemade. Sangat Lembut & Sedap Malah Kosnya Hanya RM5!
Air fried Hot & Spicy Chicken Chickpeas Popiah. Makan Sambil Menangis Sebab Sedap Sangat
Resipi Bakpia Inti Kacang & Coklat, Cemilan Istimewa Jogja

Bagi yang pernah merasai Bakpia, pasti teringat-ingat akan keenakannya. Bakpia adalah salah satu cemilan atau snek ringan terkenal di negara seberang dan biasanya dijadikan sebagai buah tangan bila bercuti ke Jogjakarta. Nak cuba buat sendiri? Ikuti resipi perkongsian saudari Jalilah Jamaludin yang dirujuk dari resipi Tau Sa Piah dari blog Encik Mat Gebu tiffinbiru.com. Intinya juga boleh dipelbagaikan ikut selera seperti inti kacang merah atau apa-apa sahaja yang digemari. Selamat mencuba!
CARA MEMBUAT BAKPIA INTI KACANG MERAH & COKLAT
.
BAHAN PASTRI
DOH A:
- 120gm tepung gandum – beli online disini
- 60gm shortening (lemak sayur) – beli online disini
DOH B:
- 120gm tepung gandum
- 30gm gula aising – beli online disini
- 30gm shortening (lemak sayur)
- 50 – 60ml air
BAHAN INTI KACANG:
- 3/4 cawan kacang hijau tanpa kulit – rendam 3 – 4 jam – beli online disini
- 3 sudu makan minyak masak
- 2 ulas bawang merah kecil – cincang halus – beli online disini
- 1/2 cawan gula halus
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu teh parutan kulit oren
BAHAN INTI COKLAT:
- 100gm tepung gandum – sangai 5 minit
- 30gm serbuk koko – beli online disini
- 25gm susu tepung – beli online disini
- 1 sudu makan air
- 125gm gula aising (ni ikut manis masing-masing ye)
- 50gm mentega – beli online disini
CARA MEMASAK:
- Untuk doh, bancuh doh A dan B secara berasingan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada mangkuk adunan. Rehatkan doh selama 30 minit.
- Kemudian bahagikan doh A dan B kepada 15 bahagian yang sama besar.
- Ambil satu doh B, leperkan dan letakkan sebiji doh A. Balut doh tadi dan canai memanjang.
- Gulung dari bawah ke atas. Kemudian canai gulungan tadi (pastikan gulungan tadi berada dalam keadaan lurus menghadap kita).
- Kemudian gulung lagi sekali, seperti mula-mula tadi. Buat untuk semua doh dan ketepikan. Tutup dengan plastik cling buat sementara.
- Untuk inti kacang, kisar kacang hijau tadi hingga halus. Gaulkan dengan garam, gula dan parutan kulit oren.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng cincangan bawang hingga wangi dan kuning keemasan. Angkat dan ketepikan.
- Masukkan kacang kisar tadi dan masak hingga kering.
- Angkat dan masukkan bawang cincang goreng tadi, gaul rata.
- Sejukkan dan buatkan 15 biji bebola yang sama saiz. (Inti boleh buat awal dan simpan dalam peti sejuk).
- Untuk inti coklat, campurkan semua bahan sehingga menjadi seperti pes. Bulatkan menjadi bentuk bebola yang sama saiz. Anggaran berat dalam 15gm.
- Untuk membuat Bakpia, ambil satu biji doh tadi, canai doh lebih kurang berdiameter 10 cm.
- Letak sebiji inti, balut dengan kemas dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga habis.
- Bakar dalam oketuhar pada suhu 180C selama 20 minit.
- Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang.
Kredit resipi & foto: Jalilah Jamaludin
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official