Sana sini nampak orang jual durian. Bau durian merata-rata. Nampak sangat musim durian dah datang kembali. Nah, RASA kongsikan resipi daripada pengguna facebook yang menggunakan nama Jue Abdullah. Pada meminat raja buah ini, mesti korang akan suka makan kek durian.
KEK DUYAN GOMOX
BAHAN A
400 gram telor
100 gram air
5 gram esen vanila
5 gram isi durian
Sedikit pewarna kuning
CARA BUAT BAHAN A
1. Campur semuanya dalam satu mangkuk
BAHAN B
280 gram tepung gandum
10 gram baking powder
10 gram tepung jagung
10 gram susu tepung
220 gram gula haus
5 gram garam halus
Ads
CARA MEMBUAT
1. Ayakkan semua dalam satu mangkuk.
BAHAN C
100 gram minyak jagung atau minyak masak
CARA PENYEDIAAN
1. Putar Bahan A pada kelajuan rendah selama 1 minit.
2. Masukkan Bahan B dan putar lagi pada kelajuan rendah selama 15 saat. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 5 minit sehingga adunan gebu.
3. Pada kelajuan rendah, masukkan pula minyak jagung atau minyak masak. Kemudian putar lagi pada kelajuan tinggi selama 5 saat.
4. Tuangkan semua adunan dalam loyang empat segi panjang beralaskan kertas minyak.
Ads
BAHAN KRIM
Isi durian seberapa banyak yang disukai
1 sudu perasa durian
1 sudu pewarna
250 gram marjerin
250 gram mentega
200 gram gula aising
1/2 air sejuk
CARA MEMBUAT KRIM
1. Putar semua bahan di atas.
CARA PENYEDIAAN
1. Masukkan dalam oven bersuhu 180 darjah api atas bawah selama 20 hingga 25 minit.
2. Selepas kek sejuk, baru boleh proses menggulung ikut kemahiran masing-masing.
Ads
Kek ini tahan sehingga 2 minggu bergantung pada cara anda simpan.
Biskut makmur cara Ummi ni mudah saja sukat guna cawan dan guna minyak sapi. Memang menjadi dan terasa sedap gebu mencair dalam mulut.
Bahan-bahan: 3 cawan tepung gandum- BELI ONLINE DI SINI 1 cawan gula Susu tepung every day ( untuk salut kuih makmur) 2 cawan kacang tanah- goreng tanpa minyak kemudian sejukkan dan kisar Minyak sapi cap gheeblend tin kecil
Cara membuat:
1.Gaul semua bahan kecuali susu tepung hingga menjadi doh dan buat bentuk bulat-bulat macam dalam gambar
2.Bakar ikut oven masing-masing, dah siap bakar tunggu sekejap biar sejuk.
Pelbagai jenis biskut raya ada dijual di pasaran namun 10 jenis biskut yang dikongsi ni memang antara yang paling popular. Pendek kata, kalau tak ada memang tak sah. Bagi anda yang tercari-cari idea untuk kuih raya tahun ni, ini seleksi 10 resipi biskut raya mudah & paling popular yang wajib ada tahun ni. Anda boleh dicuba.
1. BISKUT SARANG SEMUT
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1.Pukul metega dan gula hingga kembang dan gula hancur. 2.Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul sekejap kemudian matikan mixer. 3.Masukkan pewarna kuning, susu tepung dan tepung kastard. Kacau rata. 4.Masukkan tepung jagung dan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit sambil uli hingga jadi doh yang cantik dan tidak melekat di tangan. 5.Doh boleh terus diparut atau balut dengan plastik dan simpan dalam peti ais selama 20 minit sebelum diparut. 6.Masukkan parutan doh tadi ke dalam cawan kertas dan hias dengan coklat urai berwarna. 7.Panaskan ketuhar dan bakar biskut selama 20 minit pada suhu 160C.
CARA MEMASAK: 1. Pukul mentega, gula & air sejuk hingga sebati kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati @ nampak warna kuning keputihan. 2. Masukkan tepung jagung, nestum yang dah diramas sikit dan tepung rose. Tepung rose dimasukkan sedikit demi sedikit hingga doh yang boleh diuli dan tidak melekat di tangan. 3. Terap doh guna acuan kesukaan, sapu telur diatasnya dan tabur nestum. 4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160C selama 20-25 minit atau bergantung pada oven masing-masing.
NOTA: Panaskan oven dulu degan suhu 170 selama 20 minit kemudian semasa membakar turunkan suhu pada 160C.
CARA MEMASAK: 1. Inti: Masak nanas sampai air meresap. Masukkan gula pasir, garam, cengkih dan kayu manis. Masak lagi sambil dikacau hingga kering.Tambahkan keju parut dan jus lemon.Gaul rata. Dinginkan.Bentuk bulat-bulat kecil. 2. Kulit: Pukul mentega, marjerin, gula aising selama 30 saat. Masukkan kuning telur. Pukul rata. 3. Tambahkan tepung paling halus, tepung jagung dan tepung susu sambil digaul rata.Tambahkan keju parut.Gaul rata. 4. Ambil adunan kulit sebesar hujung ibu jari. Bulatkan, leperkan. Letak inti nanas.Bulatkan kembali. 5. Letakkan di atas loyang yang sudah digris dengan marjerin atau alas dengan baking paper. 6. Bakar tat pada suhu 150’C guna api bawah selama 25 minit sampai setengah masak. 7. Keluarkan tat dari oven. Biarkan suam. Oles dengan kuning telur dan tabur keju parut. 8. Bakar kembali tat pada suhu 150’C selama 20 minit sampai masak.
CARA MEMASAK: 1. Cairkan buttercup dengan gula perang dalam kuali.Bila dah cair, tutup api. 2. Masukkan madu. Kacau hingga rata. 3. Masukkan cornflakes. Gaul hingga rata dan bersalut. Jika nak tambah buah-buahan kering atau hirisan badam pun boelh. Pastikan badam dibakar terlebih dahulu. 4. Sudukan campuran cornflakes tadi ke dalam cawan kertas. 5. Hias ikut kreativiti dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 10 minit. 6. Sedia untuk dinikmati.
CARA MEMASAK: 1. Cairkan coklat dan mentega dalam kuali. 2. Kemudian tuang coklat tadi ke dalam bekas berisi cornflakes. Gaul rata. 3. Masukkan cornflakes ke dalam cawan kertas dan hias ikut citarasa. 4. Tunggu coklat keras baru dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan inti kacang. Gaul rata dan pastikan doh boleh dikepal. Kemudian cubit inti dan gentel kecil. 2. Untuk membuat doh biskut, campur tepung dan minyak sapi. Uli hingga doh tidak melekat di tangan. 3. Setelah doh sebati, cubit sedikit dan balut inti kacang yang digentel tadi. Boleh bentukkan seperti biskut Almond London. 4. Letak biskut dalam cawan kertas dan bakar pada suhu 170C selama 35 minit. 5. Bila dah siap bakar, ayak gula ising diatasnya. 6. Simpan dalam bekas kedap udara.
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan diatas dan kacau menggunakan senduk. 2. Kemudian masukkan tepung kastard. Kacau lagi hingga rata. 3. Seterusnya masukkan tepung jagung. Uli hingga sebati. Adunan mestilah agak lembut. Jika keras, tambah mentega secukupnya. 4. Terap adunan dan biarkan 20 minit sebelum dibakar pada suhu 180C selama 20-25 minit atau sehingga masak, Guna api atas dan bawah.
CARA MEMASAK: 1. Satukan tepung, gula dan kacang kisar. Kacau sebati. 2. Tuangkan minyak jagung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga jadi doh yang boleh dikepal. Tak perlu habiskan minyak jika doh telah cantik. 3. Bulatkan doh, tekan sedikit dan letak kacang tanah di atasnya. Sapu kuning telur dan bakar hingga masak antara suhu 150’C – 180’C, masa antara 20 – 25 minit mengikut oven masing-masing. 4. Jika nak buat banyak, gandakan adunan.
1. Satukan mentega, gula aising, minyak sapi dan esen vanilla. Sebatikan. 2. Kemudian masukkan telur dan pewarna kuning. Kacau rata. 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh. 4. Kemudian terap doh dengan acuan yang disukai. Biarkan doh selama 1 jam baru sapu kuning telur. 5. Bakar pada suhu 160-170C selama 20-25 minit. Masa mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing.
CARA MEMASAK: 1. Satukan buttercup, gula aising, kuning telur & esen vanila dlm bekas. Kacau sebati guna senduk kayu. 2. Masukkan serbuk badam, tepung jagung & tepung beras. Gaul rata. 3. Masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit. Jika doh dah ok, tak perlu habiskan. Jika doh masih lembik, tambah tepung gandum hingga dapat tekstur yang boleh dibentuk. 4. Ambil doh dan letakkan sebiji badam. Bentukkan bujur. Ulang hingga doh habis. 5. Bakar selama 20-25 minit menggunakan api atas bawah pada suhu 180C. 6. Setelah masak, sejukkan biskut terlebih dahulu. 7. Cairkan coklat masakan menggunakan teknik double-boiler. Semasa cairkan coklat, tambah cocoa butter. Kacau sebati. 8. Celup biskut yang telah sejuk tadi ke dalam coklat. Masukkan ke dalam cawan kertas dan tabur badam cincang. 9. Simpan biskut dalam peti sejuk selama 5-10 minit. 10. Bila coklat dah keras, keluarkan dari peti sejuk dan simpan dalam bekas.
NOTA: 1 adunan ini akan dapat dalam 168 biji biskut.
Hidangan aneka kek pelbagai rasa dan rupa pastinya mengujakan tetamu yang datang beraya. Mana tidaknya, semua yang dihidang kelihatan sedap dan memikat selera. Selain lauk daging, pastikan hidangan tidak dilupa di pagi Aidiladha nanti. Lebih istimewa, resipi-resipi kek ini adalah perkongsian blogger tersohor; Malina Lina Pg.
Resipi yang dikongsi memang mudah, ringkas dan tentunya menyerikan lagi hari raya anda. Selamat mencuba!
Ayam Kepak Pedas Manis yang rangup di luar dan berjus di dalam dengan sos pedas manis yang pekat. Ikuti resipi lengkap, tip memasak, variasi dan cara mendapatkan hasil yang sempurna setiap kali.