
Berita baik buat peminat frozen yoghurt! Jenama tempatan, Yobe Malaysia, terus mengembangkan sayapnya dengan pembukaan cawangan ketujuh di 1 Utama Shopping Centre. Lebih menarik, penggemar pencuci mulut ini juga bakal menikmati Greek frozen yoghurt kegemaran mereka dengan lebih mudah apabila Yobe secara rasmi tersedia di platform penghantaran makanan foodpanda bermula Disember 2026.
Yobe Malaysia Buka Tujuh Cawangan Dalam Tempoh Enam Bulan

Siapa sangka, dalam tempoh hanya enam bulan, Yobe Malaysia berjaya mencapai satu lagi pencapaian membanggakan apabila membuka cawangan ketujuh menerusi jenama Yobe Crafted di 1 Utama Shopping Centre.
Pembukaan rasmi yang berlangsung pada 20 November 2026 ini sekali gus membuktikan perkembangan positif jenama tempatan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan penggemar pencuci mulut.
Yobe, yang membawa maksud Yoghurt Beku, merupakan jenama Greek frozen yoghurt tempatan yang menawarkan pilihan pencuci mulut premium dengan harga berpatutan.
Berpegang pada konsep Pure Happiness in Every Swirl, Yobe mahu menjadikan frozen yoghurt bukan sekadar hidangan istimewa sekali-sekala, sebaliknya sesuatu yang boleh dinikmati dalam rutin harian.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yobe Malaysia, Leon Tang, pihaknya percaya bahawa Greek frozen yoghurt berkualiti premium seharusnya boleh dinikmati oleh lebih ramai rakyat Malaysia.
Sama ada pelanggan berkunjung sendiri ke cawangan Yobe atau membuat pesanan melalui foodpanda, jenama ini mahu memastikan setiap pengalaman menawarkan kualiti, kemudahan dan nilai yang berbaloi.
Beliau turut menyifatkan pembukaan tujuh cawangan dalam tempoh enam bulan sebagai pencapaian bermakna buat seluruh pasukan Yobe.
Tak Perlu Keluar Rumah, Yobe Bakal Ada Di foodpanda!

Bukan sekadar memperluas rangkaian cawangan, Yobe Malaysia turut mengumumkan kerjasama strategik bersama platform penghantaran makanan popular, foodpanda.
Bermula 1 Disember 2026, pelanggan boleh menikmati pilihan Greek frozen yoghurt Yobe terus dari rumah, pejabat atau lokasi pilihan mereka menerusi aplikasi foodpanda.
Menariknya, Yobe bakal memperkenalkan menu penghantaran yang disusun khas bagi memberikan lebih kemudahan kepada pelanggan, selain menawarkan nilai yang berbaloi untuk setiap pembelian.
Kerjasama ini juga membuka peluang kepada jenama tempatan seperti Yobe untuk mendekati lebih ramai pengguna tanpa bergantung sepenuhnya kepada kehadiran cawangan fizikal.
Menurut Pengarah Komersial foodpanda Malaysia, Jenny Tay, setiap jenama tempatan mempunyai kisah tersendiri yang dibina melalui usaha gigih dan komitmen berterusan.
Justeru, foodpanda berbangga dapat menyokong perkembangan Yobe dengan membantu memperluas capaian produk mereka kepada pelanggan di luar rangkaian kedai sedia ada.
Kerjasama ini diharapkan dapat menjadikan pencuci mulut berkualiti lebih mudah diakses oleh pengguna, khususnya mereka yang mahukan pilihan manisan tanpa perlu keluar rumah.
Lebih Banyak Promosi Dan Tawaran Menarik
Selain menawarkan kemudahan penghantaran, Yobe Malaysia turut merancang pelbagai promosi melalui foodpanda bagi memberikan lebih penjimatan kepada pelanggan.
Inisiatif ini melengkapi usaha sedia ada seperti Yobe Hour, yang diwujudkan bagi membolehkan lebih ramai pelanggan menikmati frozen yoghurt berkualiti pada harga berbaloi.
Pendekatan ini selari dengan aspirasi jenama untuk menjadikan Greek frozen yoghurt premium sebagai pilihan pencuci mulut harian yang lebih mudah dinikmati.
Dalam masa yang sama, Yobe terus mengekalkan fokus terhadap kualiti produk dan pengalaman pelanggan.
Jenama ini turut memaklumkan bahawa bahan-bahan yang digunakan dalam produknya mempunyai pensijilan halal, manakala proses mendapatkan pensijilan halal bagi setiap cawangan sedang diusahakan bersama pasukan pematuhan halal dan pihak berkuasa berkaitan.
Sasar 32 Cawangan Menjelang Akhir 2027

Perancangan Yobe Malaysia tidak terhenti setakat pembukaan tujuh cawangan.
Jenama ini turut menetapkan sasaran untuk memiliki sebanyak 32 cawangan Yobe Crafted di seluruh Semenanjung Malaysia menjelang penghujung tahun 2027.
Perancangan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Yobe untuk memperkenalkan pengalaman menikmati Greek frozen yoghurt kepada lebih banyak komuniti.
Selain Yobe Crafted, jenama ini turut mengembangkan rangkaiannya menerusi konsep Yobe Mini Vending dan Yobe Crafted Flagship.
Bagi cawangan flagship, pelanggan berpeluang menikmati pilihan menu penuh, inovasi produk baharu serta menu tersembunyi eksklusif yang diperkenalkan oleh jenama berkenaan.
Dengan perkembangan ini, Yobe berharap dapat terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama pencuci mulut tempatan yang menawarkan gabungan kualiti, kemudahan dan harga berpatutan.
Anda mungkin berminat dengan
Jom Singgah Ke Yobe Crafted 1 Utama!
Buat penggemar frozen yoghurt yang ingin mencuba sendiri pilihan pencuci mulut daripada Yobe, cawangan terbaharunya kini boleh dikunjungi di SK3, 2F Promenade, 1 Utama Shopping Centre.
Bagi yang lebih gemar menikmati pencuci mulut di rumah, nantikan kemunculan Yobe Malaysia di aplikasi foodpanda mulai 1 Disember 2026.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk, promosi serta perkembangan terbaharu, layari laman web rasmi yobe.com.my atau ikuti Instagram @yobemalaysia.
Dengan pembukaan cawangan baharu dan kerjasama penghantaran ini, nampaknya semakin mudah untuk rakyat Malaysia menikmati Greek frozen yoghurt kegemaran mereka pada bila-bila masa!
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kek Marjerin Kampung Sedap & Gebu, Resipi Mudah Pasti Menjadi
10 Resipi Hari Kanak-Kanak Paling Comel, Sedap & Pasti Buat Si Kecil Teruja!
https://www.rasa.my/roti-kering-homemade/

sekarang!
