Biasa makan cencaluk, letak cili padi dan perah asam limau. Nak lagi power kita buat cencaluk goreng ikut resipi ni Sesuai sangat nak simpan stok untuk bulan puasa nanti.Makan ni memang payah nak berhenti, pembuka selera. Kepedasannya juga ikut cita rasa masing-masing.Boleh dijadikan pes nasi goreng atau sayur juga, memang sedap. Rugi kalau tak cuba. Menurut Norislinah Mahfarresipi ini adalah dari sahabat mak dari Filipina.
CENCALUK GORENG
Bahan-bahan: Cili padi (cili bergantung pada kepedasan yang kita suka)-dihiris Lada hidup merah/hijau -dihiris 1 labu bawang putih-dihiris 3-4 biji bawang besar-dihiris 3 sudu besar cuka makan 2 botol cencaluk 2-3 sudu besar gula
Cara membuat:
1.Tumis kesemua bahan yang dihiris hingga layu.
Ads
2.Dah layu masukkan cencaluk yang ditapis airnya.Masukkan cuka makan.Kacau selalu supaya tak hanggit, api sederhana.
3.Cencaluk yang siap ditapis buang airnya.
Ads
4.Hampir kering masukkan 2-3 sudu makan gula sesuaikan rasa.Kacau hingga kering.Tak perlu letak garam sebab dah masin semulajadi.
5.Siap. Dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara.Boleh tahan sebulan dekat luar.
Kata orang makan kalau tak pedas memang tak berselera. Sebab tulah pelbagai menu kampung mesti pedas dan sambal antara menu wajib ada di meja hidangan.
Sebagai perkongsian bersama, jom kita cuba empat resipi berasaskan sambal yang sekali makan, memang boleh menghabiskan dua pinggan nasi!
SAMBAL TUMIS PETAI BILIS CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
200 gm ikan bilis | kopek 3 papan petai muda| kikis kulit ari & potong dengan kulit-kulit 1 biji bawang besar | hiris 1 sudu makan air asam Jawa Garam dan gula secukup rasa Minyak secukupnya (untuk menggoreng & menumis)
1. Panaskan minyak secukupnya, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan. 2. Keluarkan minyak dan tinggal sedikit untuk menumis. Tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan hirisan bawang dan petai.
3. Kacau rata hingga petai berubaah warna, masukkan air asam Jawa. Setelah kulit petai bertukar warna, masukkan ikan bilis, kacau rata. 4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kecilkan api dan terus kacau hingga pecah minyak. Tutup api dan sambal sedia dihidangkan.
SAMBAL BILIS JERING
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan | kopek 6 biji jering tua | hiris nipis 1 biji bawang besar | hiris 6 ulas bawang merah | kisar kasar 2 ulas bawang putih | kisar 1 sudu makan air asam Jawa 5 sudu makan pes cili kering Garam dan gula secukup rasa Minyak masak (untuk menggoreng & menumis)
1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak, angkat dan toskan. 2. Seterusnya goreng jering juga separuh masak, angkat dan tos. Keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis. 3. Tumis bahan kisar bersama bawang besar hingga layu. Masukkan pula pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
4. Masukkan air asam Jawa, kacau seketika masukkan pula ikan bilis dan jering goreng tadi. 5. Kecilkan api, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Setelah garing dan cukup rasa, tutup api. Sambal sedia dihidangkan.
IKAN MASIN SEPAT SAMBAL CILI
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan masin | potong atau tiga setiap ekor ikan 3 sudu makan pes cili kering 1 sudu makan air asam Jawa 1 biji bawang besar | hiris 5 ulas bawang merah | kisar 2 ulas bawang putih | kisar 3 biji cili merah | kisar Garam & gula secukup rasa Minyak masak (untuk menggoreng & menumis)
1. Cuci ikan masin kemudian toskan. Panaskan minyak, kemudian goreng ikan masin (guna api sederhana) hingga garing, kemudian angkat dan tos. 2. Keluarkan minyak tinggal sedikit. Tumiskan bawang besar bersama bahan kisar hingga wangi. 3. Masukkan pula pes cili kering bersama air asam Jawa. Terus kacau hingga pecah minyak, perasakan dengan gula dan sedikit garam. 4. Setelah cukup rasa, masukkan ikan masin dan kecilkan api. Kacau rata dan tutup api. Ikan masin sambal sedia dihidangkan.
IKAN TALAPIA SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan talapia | siang, cuci bersih & tos ½ biji bawang besar | hiris 1 sudu makan air asam jawa Garam & gula secukup rasa Minyak masak (secukupnya untuk menggoreng & menumis)
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 15 biji cili padi 1 batang serai
1. Gaulkan ikan yang telah dicuci bersih tadi dengan garam dan serbuk kunyit. 2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. 3. Tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan hirisan bawang besar. 4. Kacau rata dan masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Setelah cukup rasa dan timbul minyak, masukkan ikan goreng. 5. Tutup api dan gaul rata, kemudian ikan sedia dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Walupun baunya kurang menyenangkan namun ulam bernama Petai mempunyai tarikan tersendiri hingga ia menjadi menu berasaskannya menjadi hidangan membuka selera, penyedap makan. Hari ini RASA ingin kongsikan dua resipi berasaskan petai, yang gerenti sedap, sekali makan pasti tambah lagi. Tak percaya cubalah…
SAMBAL HIJAU PETAI BILIS
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Daging Goreng Cili Padi yang pedas, beraroma dan mudah disediakan. Ikuti resipi lengkap bersama petua untuk menghasilkan daging yang lembut serta sambal yang padu dan menyelerakan.