Menu air asam kerisik jarang sangat didengari atau dilihat di majlis kenduri kendara masa kini. Malah ada yang tidak tahu bagaimana rupa masakannya. Bagi penduduk kampung mungkin masakan ini masih lagi disediakan.

Kali ini Rasa berkongsi resipi dari Pak Long Samsuri cara penyediaan orang lama, untuk menyediakan air asam kerisik atau (Cacapan bak kata orang banjar) kenduri kendara yang sedap!

Bukan mudah nak dapat ilmu dari orang lama kalau kita sendiri tak mahu belajar, Jika tidak pasti generasi akan datang tak akan dapat merasa lagi masakan kenduri orang melayu zaman dahulu.

Kata orang kalau makan nasi kenduri takde air asam kerisik memang tak ngam la menu kenduri. air asam ni sebagai pelengkap menu kenduri orang kampung. sememangnya bila kenduri air asam kerisik ni jadi pemikat selera.

Resipi Air Asam Kerisik Super Mables

Resipi Air Asam Kerisik Cara Penyediaan Orang Lama , Untuk Kenduri Kendara Super Sedap!

Resipi Air Asam Kerisik Cara Penyediaan Orang Lama , Untuk Kenduri Kendara Super Sedap!

Resipi Air Asam Kerisik Cara Penyediaan Orang Lama , Untuk Kenduri Kendara Super Sedap!

IKLAN

Resipi Air Asam Kerisik Cara Penyediaan Orang Lama , Untuk Kenduri Kendara Super Sedap!

Resipi Air Asam Kerisik Cara Penyediaan Orang Lama , Untuk Kenduri Kendara Super Sedap!

Bahan-Bahan:

IKLAN
  • Bawang besar 5kg( potong nipis dan tercerai satu2, basuh dengan garam ramas supaya hilang getah bawang, tapis dan tos)
  • Cili merah 2kg (potong nipis)
  • Kerisik 2kg ( bergantung pada kesukaan)
  • Cili padi setengah kilo (potong halus)
  • Tomato 3kg (potong nipis)
  • Belacan bakar 400 gram ambil pati airnya hampas buang.
  • Asam jawa jenis yg kurang biji dlm 300gram amik airnya dan hampas dan biji buang.
  • Sos tomato 1 botol.
  • Sos cili sebotol setengah
  • Kicap cair
  • Susu cair 2 tin
  • Tomato pure 1 tin
  • Garam sesedap rasa.
  • Gula ikut suka korang nk manis sikit atau kurang.
  • Pak aji nomoto sikit sebagai penyedap perisa.
  • Penambahan- kalau ada perut lembu yg dah direbus potong halus lg best masukan sekali.

 

Cara-Cara:

Gaulkan kesemua bahan sampai meresap kesemua bahan. Siap!

IKLAN

 

Kongsi Resipi: Mohd Hairulnizam Hj Johan

 

https://www.facebook.com/NizamJ46/videos/10213158891141121/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI