Masakan air tangan ibu semestinya yang terbaik. Walaupun ada kalanya menu ringkas sahaja, namun setiap suapan memberi nikmat tak terkata. Ada ketika, teringin nak menjamu selera di restoran namun bila memikirkan keadaan semasa, SOP dan juga keselamatan keluarga, ada baiknya masak sendiri sahaja di rumah. Mudah sahaja masak sajian persis restoran jika tahu caranya. Paling penting semuanya segar, sedap dan penuh dengan nutrisi.
Seleksi Perencah Masakan Rumah Seri-Aji® adalah ramuan masakan terbaik, dilengkapi bahan-bahan asli dan perasa yang anda perlukan untuk menghasilkan masakan yang sedap, mudah serta cepat untuk keluarga terutamanya bila tiba waktu makan malam. Ini biasanya waktu makan begini, ramai yang suka beli di kedai atau makan di restoran. Tapi kini, anda boleh masak sendiri sajian makan malam ala restoran terkenal hanya di rumah sendiri. Lebih jimat dan memuaskan hati.
Terdapat pelbagai pilihan perencah masakan rumah yang boleh dipilih mengikut cita rasa masing-masing. Seri-Aji® Perencah Tom Yam, Seri-Aji® Perencah Rempah Gorengan Serbaguna, Seri-Aji® Perencah Masak Lada Hitam, Seri-Aji® Perencah Masak Merah, Seri-Aji® Tepung Goreng Perisa Asli, Seri-Aji® Tepung Goreng Perisa Pedas dan Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Kampung tentunya membantu melazatkan masakan anda tanpa perlu menambah bahan-bahan perasa yang lain. Semua rasa yang diperlukan sudah lengkap dalam satu paket. Sangat mudah digunakan dan kosnya juga jauh lebih murah.
Istimewa buat semua, Seri-Aji® berkongsi tujuh resipi makan malam terbaik ala restoran yang boleh anda cuba masak untuk seminggu. Tidak perlu fikir untuk bawa keluarga makan diluar lagi lebih-lebih lagi di musim pandemik ini. Cubalah resipi-resipi hebat ini dan pastinya akan berpuas hati.
1. TOM YUM SUP
Cadangan hidangan: 2 orang
BAHAN-BAHAN:
150gm ayam dan makanan laut – sotong dan udang
20gm bunga kubis
15gm lobak merah
15gm sayur saderi
½ biji bawang kuning – dihiris
2 batang serai – ditumbuk
2 helai daun limau purut
½ biji tomato – dipotong
½ biji jus limau
500ml (2 cawan) air
2 sudu besar (18g) Perencah Tom Yam Seri-Aji®
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dan tukar api ke sederhana, masukkan 2 sudu besar Perencah Tom Yam Seri-Aji®.
2. Masukkan semua bahan kecuali tomato dan didihkan. Kacau sekali-sekala hingga ayam dan makanan laut masak.
3. Masukkan tomato, biarkan ianya didih sekejap lagi. Seterusnya, masukkan jus limau dan kacau sehingga sekata. Hidangkan ketika panas.
2. IKAN GORENG Seri-Aji®
Cadangan hidangan: 6 orang
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan kembung – dibersih dan dikelar
1 paket Seri-Aji® Perencah Rempah Gorengan 26g
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Ads
1. Salutkan ikan dengan 1 paket Seri-Aji® Perencah Rempah Gorengan 26g.
2. Panaskan minyak masak dan gorengkan ikan.
3. Apabila ikan telah masak dan keemasan, angkat dan sedia untuk dihidang
Tip: Resipi ini juga sesuai untuk menggoreng ayam
3. DAGING LADA HITAM
Cadangan hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
2 sudu besar minyak masak
500gm daging lembu – direbus dan dihiris nipis
1 paket Seri-Aji® Perencah Masak Lada Hitam
½ cawan air rebusan daging
½ biji lada benggala hijau – dipotong
½ biji lada benggala merah – dipotong
½ biji bawang kuning – dihiris tebal
1 batang daun bawang – dipotong dadu
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak, goreng daging sehingga sedikit garing.
2. Campur Seri-Aji® Perencah Masak Lada Hitam dengan air rebusan daging didalam mangkuk. Kemudian tuangkan kedalam kuali, didihkan.
3. Masukkan lada benggala dan bawang kuning, gaul sebati.
4. Taburkan daun bawang dan sedia untuk dihidang.
4. AYAM MASAK MERAH
Cadangan hidangan: 4 orang
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam – dipotong
1/2 sudu besar Seri-Aji® Perencah Rempah Gorengan
Minyak masak secukupnya
1 paket Seri-Aji® Perencah Masak Merah
1/2 cawan atau 100ml air
1/3 cawan kacang pis
2 biji tomato (dipotong kepada 8)
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ayam bersama Seri-Aji® Perencah Rempah Gorengan.
2. Gorengkan sehingga garing dan ketepikan.
3. Gaul Seri-Aji® Perencah Masak Merah bersama air sehingga sebati.
4. Panaskan 6 sudu minyak gorengan, tumis bawang besar sehingga layu.
5. Masukkan bancuhan Seri-Aji® Perencah Masak Merah, didihkan sehingga pekat.
6. Masukkan ayam goreng, kacang pis dan tomato. Kacau sebati dan masak selama 5 minit.
7. Sedia untuk dihidang.
5.UDANG GORENG DAUN KARI
Cadangan hidangan: 4-5 orang
BAHAN -BAHAN:
400-500gm (12 – 15 ekor) udang saiz sederhana
12 keping daun kari
100gm kelapa parut
Minyak masak secukupnya
BAHAN – BAHAN A:
1 biji telur – dipukul
3 sudu besar susu UHT
1 sudu kecil jus limau
90gm Seri-Aji® Tepung Goreng Perisa Asli
CARA MEMASAK:
1. Campurkan bahan-bahan A dengan Seri-Aji® Tepung Goreng Perisa Asli dalam mangkuk.
2. Masukkan kelapa parut dan daun kari. Gaul rata.
3. Masukkan udang dan gaul rata.
4. Gorengkan campuran udang dengan api sederhana sehingga warna kuning keemasan.
5. Hidangkan semasa panas.
Ads
6. AYAM GORENG ALA MAMAK
Cadangan hidangan: 4-6 orang
BAHAN-BAHAN:
6 ketul potongan ayam
2 tangkai daun kari
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN A:
90gm Seri-Aji® Tepung GorengBerempah Pedas
½ sudu kecil serbuk kunyit
½ cawan air
CARA MEMASAK:
1. Satukan ke semua bahan-bahan (A), gaul sebati.
2. Ratakan bancuhan ke atas ayam.
3. Masukkan daun kari dan gaul rata.
4. Panaskan minyak masak, gorengkan ayam dengan api sederhana sehingga masak.
Tips: Tanda ayam sudah masak adalah apabila buih yang terhasil berkurangan.
7. NASI GORENG KAMPUNG ASLI
Cadangan hidangan: 4-5 hidangan
BAHAN-BAHAN:
6 sudu besar minyak masak
30gm ikan bilis
200gm isi ayam – dipotong kecil
100gm sayur kangkung – dipotong 3cm
2 biji telur
550gm (4 cawan) nasi putih
1 paket Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Kampung 26g
CARA MEMASAK:
Ads
1. Panaskan minyak masak.
2. Gorengkan ikan bilis sehingga keemasan. Diketepikan.
3. Dengan minyak yang sama, gorengkan ayam, sayur kangkung dan telur.
4. Tambahkan nasi dan taburkan 1 paket Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Kampung 26g.
5. Taburkan ikan bilis.
6. Gorengkan hingga sekata. Hidangkan ketika panas.
Anda Handal Di Dapur? Ayuh Sahut Cabaran Dengan Menyertai Peraduan Seri Aji® Jaguh Memasak!
Jom sertai Peraduan 𝐒𝐞𝐫𝐢-𝐀𝐣𝐢® 𝐉𝐚𝐠𝐮𝐡 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚𝐤 dan rebut peluang memenangi Thermomix 6 dan pelbagai hadiah menarik yang lain!
Caranya mudah sahaja. Hanya ikut 3 langkah mudah ini:
Pilih kategori yang anda ingin bertanding dan rakam video kreatif ‘boomerang’ yang mengandungi mana-mana produk Seri-Aji®.
Muat naik video ‘boomerang’ di laman sosial (facebook/Instagram) anda dan tetapkan pada tetapan umum (public).
Tuliskan kapsyen mengenai kenangan indah anda ketika memasak menggunakan produk Seri-Aji® dan letakkan ‘hashtag’ #SeriAjiJaguhMemasak #SeriAji & tag @HiAjinomoto.
HADIAH INI BAKAL MENJADI MILIK ANDA!
HADIAH UTAMA:Thermomix 6 Kitchen Gadget (layak jika anda menyertai kesemua tiga kategori)
Biarpun sarat mengandung, ia sesekali tidak menghalang Fazerina Ibrahim menyertai Pertandingan jagoh Rasa BABA’S.Minat memasak salah satu sebab Fazerina Ibrahim memasuki pertandingan ini.
“Saya masak sebab keluarga dan suami suka komen masakan saya. Dia memang pandai merasa. Dia pencetus inspirasi buat saya. Komen apa yang kurang dan lebih. Dari situ minat masak berkembang bukan setakat memasak di rumah malah teruja untuk memasuki pertandingan.
Sebelum ini pernah masuk pertandingan anjuran BABA’S juga namun tidak terpilih. Kali ini saya rasa sangat teruja dapat terpilih ke peringkat yang paling tinggi iaitu Top12. Saya sangat bersyukur dan Alhamdulillah”.
Akui Fazerina, debaran semasa sesi penjurian memang tidak dinafikan. Namun setiap soalan yang diajukan dijawabnya dengan penuh tenang dan yakin.
Sepanjang memasuki pertandingan ini memang banyak cerita suka duka. Ketika itu hatinya berbelah bahagi nak menghantar penyertaan atau tidak. Ini kerana dirinya bekerja dan sedang sarat mengandung. Bisik pada hati tak apalah kali ini mahu mencuba nasib. Kalau ada rezeki, adalah.Seminggu sebelum itu,Fazerina perlu masuk wad namun sempat pergi ke peringkat penjurian untuk Sentral.
Macam mana memilih resipi? Sebenarnya itu adalah resipi yang selalu dimasak di rumah. Fazerina dan keluarga memang suka makan masakan mamak yang berasaskan kari. Senang cerita suka makan Nasi Kandar. Nak makan nasi kandar hari hari pun mahal juga. Jadi lebih baik buat secara homemade.Anak-anak dan suami pun suka.
Resipi diolah dan cuba di rumah dengan menggunakan rempah ratus daripada BABA’S. Dia juga ada melihat resipi daripada Majalah RASA dan facebook RASA tentang resipi ini. Dari situ dia cuba dan ubah suai sikit untuk disesuaikan dengan tekak Melayu.
Kalau ikutkan petua masakan, Fazerina memang suka mengikut petua-petua lama. Sering mengamalkan petua masakan yang dikongsi oleh emak dan makciknya. Daripada situ tengoklah kesesuaian petua dan jenis masakan di dapur.
Contoh seperti Ayam Vanggey ni ditambahkan rasa kemelayuan, dengan penggunaan serai lebih sikit. Kemudian letak gula merah, sebenarnya ada juga resipi vanggey ni letak kicap.
Selain itu kulit halia tidak perlu dibuang,ia membangkitkan aroma, petua ini masih digunakan bukan dalam resipi ini sahaja malah resipi lain pun dia banyak guna petua ini.
Harapan dan impiannya agar terpilih ke peringkat final nanti.
“Insya Allah kalau menang, saya nak kembangkan satu perniagaan dalam bidang masakan atau dalam bidang makanan.Minat saya nak buat pes makanan Cuma belum ada peluang dan ruang lagi atau mungkin nak share resipi banyak-banyak sebab saya suka, Cuma kekangan masa membataskan saya membuatnya”
AYAM VANGGEY
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – gaul dengan garam serta Serbuk Kunyit BABA’S
4 sudu makan Serbuk Kari Ayam /Daging BABA’S
1 sudu makan Serbuk Cili BABA’S
1 cawan air
6 sudu makan gula merah
Garam/ gula/ perasa secukup rasa
3 tangkai daun kari
Minyak untuk mengoreng / menumis
BAHAN KISAR
2 biji bawang besar
6-7 ulas bawang putih
Segenggam cili api
1 batang serai
2 inci halia – tak perlu buang kulit
1 sudu makan Serbuk Cili BABA’S
1 sudu makan Serbuk Jintan Manis BABA’S
1 sudu makan Serbuk Jintan Putih BABA’S
BAHAN TUMIS
1 keping kulit kayu manis
5-6 kuntum bunga lawang
2 biji bawang besar
1 batang serai – diketuk
3 tangkai daun kari
2-3 biji tomato
Rempah 5 sekawan
CARA MEMASAK
Bersihkan ayam dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit secukupnya.
Panaskan minyak masak dan goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Satukan bahan-bahan kisar dan ‘blend’ hingga halus.
Tumis rempah 5 sekawan seketika.
Kemudian masukkan bahan-bahan tumisan yang lain dan masak hingga naik bau serta keperangan.
Masukkan bahan-bahan kisar.
Tumis lagi hingga rempah masak dan pecah minyak.
Tambahkan air. Sebatikan. Pastikan rempah tidak hangus.
Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
Masukkan gula merah dan garam secukup rasa. Gaul lagi supaya rasanya sekata.
Bila ayam sudah kelihatan pecah minyak, masukkan daun kari bagi menyedapkan lagi rasa hidangan.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
KUAH KARI KAW TARUK ATAS
BAHAN-BAHAN:
2 paket kecil Serbuk Kari Daging BABA’S
2 paket kecil Serbuk Kari Ikan BABA’S
1 sudu besar Serbuk Cili BABA’S
1 sudu besar Serbuk Ketumbar BABA’S
1 sudu kecil Serbuk Jintan Putih/ Manis BABA’S
1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam BABA’S
1 sudu kecil Serbuk Kunyit BABA’S
Semua rempah & serbuk-serbuk dicampur dan gaul dengan air 1/2 cawan, kacau sebati.
BAHAN KISAR
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 ketul kiub pati ayam
Gula
Garam
Air asam jawa
Air secukup nya
Minyak 3/4 cawan
BAHAN TUMIS
3 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu kecil halba campur
CARA MEMASAK
Panaskan minyak dalam periuk, bila dah panas tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau.
Kemudian masukkan bahan-bahan kisar tadi. Bila dah harum, masukkan rempah-rempah dan serbuk cili serta kunyit yang dah dibancuh tadi.
Kemudian kacau hingga naik minyak, bila nampak rempah dah warna merah dan ada minyak diatasnya maka segera tambahkan air. Biarkan ia mendidih hingga sedikit kering, kemudian tambah lagi air dan biarkan ia mendidih sekali lagi. Proses ni yang akan menyedapkan kuah kari.
Selepas itu masukkan kiub pati ayam, gula, garam, 1/2 sudu besar pes asam jawa atau kalau guna air asam jawa pekat letaklah 1 sudu besar.
Biarkan mendidih berkali-kali sampai kuah pekat dan jadi sedap. Akhir sekali bila hampir selesai boleh letak lagi daun kari. Dah siap kuah mamak dan boleh letak atas nasi atau ayam.Bertambah padu kalu ada telur masin, bendi, cabai muda dan papadom, sebiji makan dekat kedai mamak kalau kita guna serbuk kari atau rangkaian rempah dari BABA’S.
JAGOH RASA BABA’S
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.
Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.
Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.
JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.
Heboh di media sosial berikut kes restoran Nasi Ayam Claypot viral yang didakwa menggunakan bahan tidak halal dalam menu yang diniagakan.
Hal ini terbongkar setelah video ‘food review’ Nasi Ayam periuk tanah yang dijual peniaga tersebut di sebuah restoran menjadi tular. Difahamkan, peniaga itu mendakwa makanan yang kebiasaannya dimakan oleh bangsa Cina itu dijadikan versi halal supaya pelanggan beragama Islam turut dapat menikmatinya.
Bagaimanapun, hal itu disangkal netizen dengan mendakwa peniaga itu sebelum ini ada menggunakan ‘rice wine’ untuk memasak sebelum menukarnya kepada minyak bijan sebaik sahaja restorannya tular.
Maka tersebarlah video-video lama dari restoran tersebut yang mana ada kelihatan botol ‘rice wine’.
Bukan baru hal ini terjadi. Dalam rakaman video peniaga tersebut ada menyatakan beliau sudah 28 tahun beroperasi! MasyaAllah, bayangkan berapa ramai pelanggan yang telah menikmati sajian Nasi Ayam dari restoran ini.
Pasti ada yang berpendapat serta berfikiran macam-macam. Bahkan pasti ada yang kata “aku tak kisah sebab tak makan nasi ni” atau “nasib baik tak sempat terjah restoran viral ni”.
Harus ingat, rakyat Malaysia ni pantang dengan benda viral. Pasti akan dituju.
Selepas ini, sebelum mencuba tempat makan atau makanan baru yang tidak diketahui status halalnya, harus fikir panjang terlebih dahulu.
Isu ini telah menarik perhatian seorang pengguna laman sosial bergelar Chef untuk berkongsi pengalaman beliau sepanjang bergelar tukang masak profesional yang telah merantau ke serata negara dan menyediakan pelbagai jenis makanan.
Moga perkongsian ini membuka minda dan hati kita dalam pemilihan sumber makanan yang dinikmati.
Di sebalik makanan tersimpan seribu kelicik kan. Berwaspada lah saudara semua apa yang hendak kita makan.
Hi Salam semua, sebenarnya saya tak tahu macam mana saya nak mulakan cerita ini. Isinya ada tapi permulaannya sangat sukar untuk saya buka mukadimahnya.
Seandainya semua orang tahu apa yang telah kami (semua chef) ketahui nescaya kamu semua akan sangat takut untuk makan sebarangan. Kesangsian kami terhadap makanan sangatlah tinggi. Kerana kami kebanyakannya tahu akan kelicikkan itu.
Saya telah melalui pelbagai fasa dalam mengharungi dunia masakan ini. Pendek kata saya telah memasak macam macam hidangan. Baik yang halal mahupun yang haram. Bukan hanya sekadar babi, tetapi ia lebih dari itu. Termasuklah anjing yang harus dibakar kulitnya untuk mendapatkan isinya. Ular sawa & katak itu adalah hidangan biasa.
Segala galanya telah saya lalui demi secebis ilmu. Apatah lagi masakan yang menggunakan Wine, Samsu, Sake ,Vodka dan tequila ia adalah permainan untuk meningkatkan aroma dan rasa ketagihan. Lemak lemak protin haiwan juga digunakan sebagai base (ibu) pada masakan.
White stock dan roux yang dihasilkan menjadi Veloute. Lalu ia digunakan dalam semua masakan untuk rasa yang sangat umami. Veloute yang paling sedap adalah terhasil dari tulang sumsum seekor babi. Darah dan lemak juga sering digunakan di dalam menghasilkan stock. Ia dimasak hingga sebati dengan ramuan yang mana bila kita hirup rasa feelnya tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Maka jadilah kita seperti Raja Bersiong yang hidup dalam ketagihan.
Jadi ingin saya berpesan disini, berhati hatilah kalian semua jika ingin menikmati hidangan di luar. Terutama NASI AYAM, MEE KARI, SUP & segala makanan jenis berkuah. Cari lah yang halal bukan yang shubhat.
Jangan mudah percaya dengan papan tanda “NO PORK , NO LARD” kerana di sebalik perkataan itu tersembunyi tipu daya yang dasyat. Hanya kami yang mengetahui.
Mohon maaf ampun seribu ampun jika penulisan ini menyinggung sesetengah pihak. Bukan juga untuk saya membuka pekung di dada. Tetapi sekadar berkongsi pengalaman. Ini lah realiti yang harus kami tempoh sebagai seorang Chef demi secebis ilmu.
Mohon maaf sekali lagi pada semua. Salam ukhwah dan kasih sayang. Semoga Allah mengampuni dosa saya yang lalu dan kalian semua.
Pada semua Chef muslim, memasak lah dengan penuh beretika dan tanggung jawab. Kita semua akan di pertanggungan jawab kan atas segala galanya. Hanya kepada Allah kita berserah. Wallahhualam
Nota kaki: Di bawah ini adalah gambar gambar lama, bukan gambar terkini. Ada banyak lagi foto-foto yang tidak manis untuk saya upload di sini.
Pertandingan Memasak Sekolah-Sekolah Menengah MAGGI®️ kembali lagi buat ulang tahun ke 25. Bertemakan ANDA & MAGGI®️ Sajikan Kelainan untuk Inspirasi Harian. Cabaran program tahun ini akan diadakan secara maya seiring dengan norma baharu kehidupan.
Program yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia bermatlamat untuk memupuk minat memasak di kalangan pelajar sekolah di samping meningkatkan kesedaran tentang pentingnya makanan yang berkhasiat dan diet yang seimbang.
Seramai lima pemenang dipilih bagi pertandingan ini. Kelima mereka sangat kreatif dalam mencipta makanan. Tahniah diucapkan buat semua pemenang.
Rafidah Fitri Hamidzol
15 tahun, SMK Syed Alwi, Perlis (Pemenang Hadiah Utama)
Rafidah suka mencipta resipi baharu dan meneroka bahan-bahan unik di dalam masakannya. Kemahiran memasak saya bertambah baik berkat bimbingan ibu saya. Resipi Nasi Ulam dan Sate Lilit Ikan Tilapia ini hasil inspirasi masakan nenek saya dan bahan-bahan yang digunakan kebanyakannya diperoleh dari tanaman yang saya usahakan di sekitar rumah. Saya berharap resipi yang kreatif ini dapat memperkenalkan kembali masakan tradisional yang senang disediakan serta membawa khasiat terutamanya kepada golongan muda di Malaysia.
Muhammad Faaris Salihin Mohd Firdaus
13 tahun, Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
Selepas ketiadaan ibu, sayalah yang bertanggungjawab untuk menyediakan masakan untuk ayah dan adik-adik di rumah. Hasrat saya adalah untuk mengukir lebih banyak senyuman dengan air tangan saya sendiri. Kemahiran memasak Faaris dipelajari sendiri dan dia suka mencipta resipinya sendiri. Resipi Udang Sos Padang ini diinspirasikan oleh masakan Padang yang lazat dan mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi untuk pemakanan keluarga yang seimbang.Antara bahan yang digunakan ialah Lada Benggala, Tomato serta udang. Sos Tiram MAGGI®️ dan MAGGI®️ CukupRasa adalah dua produk wajib yang digunakan di dalam hidangan ini. Cita-cita saya ialah menjadi seorang jurutera IT dan ingin membangunkan aplikasi yang memfokuskan kepada resipi sihat dan seimbang yang mampu memberi inspirasi kepada gaya hidup lebih sihat dalam kalangan generasi muda.
Nursyafiqah Mohd Azmi
14 tahun, SMK Intan Perdana, Negeri Sembilan
Nursyafiqah berkongsi bahawa ibunya adalah suri teladan (role model) yang memberi inspirasi dalam masakannya. Malah, ibunyalah yang mencetuskan idea untuk resipi telur gulung Korea (Korean Egg Roll) yang kemudiannya menjadi hidangan kemenangannya dalam Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI®️ 2021. Di dalamnya mengandungi ayam, nasi, sayur-sayuran, keju dan telur yang diperisakan dengan MAGGI®️ CukupRasa. Gabungan bahan-bahan ini menghasilkan sebuah hidangan seimbang yang lengkap, dibungkus dalam gulungan yang ringkas dan mudah dimakan.
Sejak kecil lagi, saya memang minat memasak terutamanya menyediakan pencuci mulut atau roti. Saya harap saya akan dapat mencapai cita-cita saya untuk membuka sebuah bakeri. Sepanjang tempoh pertandingan ini, saya menghadapi pelbagai cabaran dan hampir berputus asa. Namun begitu, sokongan dan semangat dari keluarga saya telah memberi dorongan kepada saya untuk terus berusaha dan mencapai kejayaan!
Yap Mei Wei
13 tahun, SMJK Katholik, Selangor
Yap Mei Wei pada mulanya sangat bimbang untuk belajar memasak. Ketakutannya bermula selepas beberapa kali mengalami kemalangan ketika memasak di rumah seperti kecederaan akibat minyak panas dan air panas. Sejak itu, dia telah berhenti memasak selama beberapa tahun.
Apabila pandemik COVID-19 melanda Malaysia tahun lepas, ketika penutupan dan sekatan (lockdown) Mei Wei mula meneroka resipi-resipi baharu di Internet dan itu memberinya dorongan untuk memasak semula,
Saya memilih Nasi Goreng Rainbow kerana saya ingin menghidangkan kepada keluarga saya masakan yang boleh memberi kita harapan, terutamanya dalam menghadapi pandemik ini. Kepada saya, pelangi melambangkan harapan, kegembiraan dan kejayaan! Masakan saya mengandungi pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna-warni untuk pemakanan yang seimbang. Saya menggunakan MAGGI®️ CukupRasa dalam hidangan kerana ia meningkatkan rasa hidangan.
Jaymee Ong Miin Li
15 tahun, SMJK Heng Ee, Pulau Pinang
Masakan ibu menjadi inspirasi utama dan pencetus minat saya dalam bidang masakan. Melalui pertandingan ini, saya banyak mempelajari tentang pemakanan sihat yang boleh saya amalkan di dalam masakan saya.
Resipi Sarang Burung melambangkan sebuah ikatan antara keluarga dan saya percaya melalui pemakanan yang seimbang, kita dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Dalam kebanyakan hidangan saya menggunakan produk MAGGI®️ seperti Kiub Stok Ayam dan Sos Tiram MAGGI®️ kerana ia menyedapkan rasa masakan.
Diharapkan pertandingan seumpama ini dapat memupuk minat memasak di kalangan pelajar sekolah di samping meningkatkan kesedaran tentang pentingnya makanan yang berkhasiat dan diet yang seimbang.
Lauk ayam goreng memang hampir setiap hari ada atas meja. Tapi bagi yang mengamalkan pemakanan sihat atau mahu jimatkan minyak, ramai yang memilih goreng...