Biarpun sarat mengandung, ia sesekali tidak menghalang Fazerina Ibrahim menyertai Pertandingan jagoh Rasa BABA’S.Minat memasak salah satu sebab Fazerina Ibrahim memasuki pertandingan ini.

 

Suami Suka Beri Komen Dalam Masakan, Jadi Penguat Semangat Fazerina Sertai Pertandingan

 

“Saya masak sebab keluarga dan suami suka komen masakan saya. Dia memang pandai merasa. Dia pencetus inspirasi buat saya. Komen apa yang kurang dan lebih. Dari situ minat masak berkembang bukan setakat memasak di rumah malah teruja untuk memasuki pertandingan.

Sebelum ini pernah masuk pertandingan anjuran BABA’S juga namun tidak terpilih. Kali ini saya rasa sangat teruja dapat terpilih ke peringkat yang paling tinggi iaitu Top12. Saya sangat bersyukur dan Alhamdulillah”.

 

Suami Suka Beri Komen Dalam Masakan, Jadi Penguat Semangat Fazerina Sertai Pertandingan

Akui Fazerina, debaran semasa sesi penjurian memang tidak dinafikan. Namun setiap soalan yang diajukan dijawabnya dengan penuh tenang dan yakin.

Sepanjang memasuki pertandingan ini memang banyak cerita suka duka. Ketika itu hatinya berbelah bahagi nak menghantar penyertaan atau tidak. Ini kerana dirinya bekerja dan sedang sarat mengandung. Bisik pada hati tak apalah kali ini mahu mencuba nasib. Kalau ada rezeki, adalah.Seminggu sebelum itu,Fazerina perlu masuk wad namun sempat pergi ke peringkat penjurian untuk Sentral.

 

Suami Suka Beri Komen Dalam Masakan, Jadi Penguat Semangat Fazerina Sertai Pertandingan

Macam mana memilih resipi? Sebenarnya itu adalah resipi yang selalu dimasak di rumah. Fazerina dan keluarga memang suka makan masakan mamak yang berasaskan kari. Senang cerita suka makan Nasi Kandar. Nak makan nasi kandar hari hari pun mahal juga. Jadi lebih baik buat secara homemade.Anak-anak dan suami pun suka.

Resipi diolah dan cuba di rumah dengan menggunakan rempah ratus daripada BABA’S. Dia juga ada melihat resipi daripada Majalah RASA dan facebook RASA tentang resipi ini. Dari situ dia cuba dan ubah suai sikit untuk disesuaikan dengan tekak Melayu.

Kalau ikutkan petua masakan, Fazerina memang suka mengikut petua-petua lama. Sering mengamalkan petua masakan yang dikongsi oleh emak dan makciknya. Daripada situ tengoklah kesesuaian petua dan jenis masakan di dapur.

IKLAN

Contoh seperti Ayam Vanggey ni ditambahkan rasa kemelayuan, dengan penggunaan serai lebih sikit. Kemudian letak gula merah, sebenarnya ada juga resipi vanggey ni letak kicap. 

Selain itu kulit halia tidak perlu dibuang,ia membangkitkan aroma, petua ini masih digunakan bukan dalam resipi ini sahaja malah resipi lain pun dia banyak guna petua ini.

Suami Suka Beri Komen Dalam Masakan, Jadi Penguat Semangat Fazerina Sertai Pertandingan

Suami Suka Beri Komen Dalam Masakan, Jadi Penguat Semangat Fazerina Sertai Pertandingan

Harapan dan impiannya agar terpilih ke peringkat final nanti.

Suami Suka Beri Komen Dalam Masakan, Jadi Penguat Semangat Fazerina Sertai Pertandingan

“Insya Allah kalau menang, saya nak kembangkan satu perniagaan dalam bidang masakan atau dalam bidang makanan.Minat saya nak buat pes makanan Cuma belum ada peluang dan ruang lagi atau mungkin nak share resipi banyak-banyak sebab saya suka, Cuma kekangan masa membataskan saya membuatnya”

 

AYAM VANGGEY

IKLAN

Suami Suka Beri Komen Dalam Masakan, Jadi Penguat Semangat Fazerina Sertai Pertandingan

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam – gaul dengan garam serta Serbuk Kunyit BABA’S
  • 4 sudu makan Serbuk Kari Ayam /Daging BABA’S
  • 1 sudu makan Serbuk Cili BABA’S
  • 1 cawan air
  • 6 sudu makan gula merah
  • Garam/ gula/ perasa secukup rasa
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak untuk mengoreng / menumis

BAHAN KISAR

  • 2 biji bawang besar
  • 6-7 ulas bawang putih
  • Segenggam cili api
  • 1 batang serai
  • 2 inci halia – tak perlu buang kulit
  • 1 sudu makan Serbuk Cili BABA’S
  • 1 sudu makan Serbuk Jintan Manis BABA’S
  • 1 sudu makan Serbuk Jintan Putih BABA’S

BAHAN TUMIS

  • 1 keping kulit kayu manis
  • 5-6 kuntum bunga lawang
  • 2 biji bawang besar
  • 1 batang serai – diketuk
  • 3 tangkai daun kari
  • 2-3 biji tomato
  • Rempah 5 sekawan

CARA MEMASAK

  1. Bersihkan ayam dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit secukupnya.
  2. Panaskan minyak masak dan goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Satukan bahan-bahan kisar dan ‘blend’ hingga halus.
  4. Tumis rempah 5 sekawan seketika.
  5. Kemudian masukkan bahan-bahan tumisan yang lain dan masak hingga naik bau serta keperangan.
  6. Masukkan bahan-bahan kisar.
  7. Tumis lagi hingga rempah masak dan pecah minyak.
  8. Tambahkan air. Sebatikan. Pastikan rempah tidak hangus.
  9. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
  10. Masukkan gula merah dan garam secukup rasa. Gaul lagi supaya rasanya sekata.
  11. Bila ayam sudah kelihatan pecah minyak, masukkan daun kari bagi menyedapkan lagi rasa hidangan.
  12. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

 

KUAH KARI KAW TARUK ATAS

BAHAN-BAHAN:

  • 2 paket kecil Serbuk Kari Daging BABA’S
  • 2 paket kecil Serbuk Kari Ikan BABA’S
  • 1 sudu besar Serbuk Cili BABA’S
  • 1 sudu besar Serbuk Ketumbar BABA’S
  • 1 sudu kecil Serbuk Jintan Putih/ Manis BABA’S
  • 1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam BABA’S
  • 1 sudu kecil Serbuk Kunyit BABA’S
  • Semua rempah & serbuk-serbuk dicampur dan gaul dengan air 1/2 cawan, kacau sebati.

BAHAN KISAR

IKLAN
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 ketul kiub pati ayam
  • Gula
  • Garam
  • Air asam jawa
  • Air secukup nya
  • Minyak 3/4 cawan

BAHAN TUMIS

  • 3 tangkai daun kari
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil halba campur

CARA MEMASAK

  1. Panaskan minyak dalam periuk, bila dah panas tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar tadi. Bila dah harum, masukkan rempah-rempah dan serbuk cili serta kunyit yang dah dibancuh tadi.
  3. Kemudian kacau hingga naik minyak, bila nampak rempah dah warna merah dan ada minyak diatasnya maka segera tambahkan air. Biarkan ia mendidih hingga sedikit kering, kemudian tambah lagi air dan biarkan ia mendidih sekali lagi. Proses ni yang akan menyedapkan kuah kari.
  4. Selepas itu masukkan kiub pati ayam, gula, garam, 1/2 sudu besar pes asam jawa atau kalau guna air asam jawa pekat letaklah 1 sudu besar.
  5. Biarkan mendidih berkali-kali sampai kuah pekat dan jadi sedap. Akhir sekali bila hampir selesai boleh letak lagi daun kari. Dah siap kuah mamak dan boleh letak atas nasi atau ayam.Bertambah padu kalu ada  telur masin, bendi, cabai muda dan papadom, sebiji makan dekat kedai mamak kalau kita guna serbuk kari atau rangkaian rempah dari BABA’S.

 

JAGOH RASA BABA’S

Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.

Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.

Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.

JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.

Tempat Pertama: RM10,000

Tempat Kedua: RM5,000

Tempat Ketiga: RM3,000

Tempat Keempat: RM1,000

Saguhati: RM500 x 8 peserta

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI