Heboh di media sosial berikut kes restoran Nasi Ayam Claypot viral yang didakwa menggunakan bahan tidak halal dalam menu yang diniagakan.
Hal ini terbongkar setelah video ‘food review’ Nasi Ayam periuk tanah yang dijual peniaga tersebut di sebuah restoran menjadi tular. Difahamkan, peniaga itu mendakwa makanan yang kebiasaannya dimakan oleh bangsa Cina itu dijadikan versi halal supaya pelanggan beragama Islam turut dapat menikmatinya.
Bagaimanapun, hal itu disangkal netizen dengan mendakwa peniaga itu sebelum ini ada menggunakan ‘rice wine’ untuk memasak sebelum menukarnya kepada minyak bijan sebaik sahaja restorannya tular.
Maka tersebarlah video-video lama dari restoran tersebut yang mana ada kelihatan botol ‘rice wine’.
Bukan baru hal ini terjadi. Dalam rakaman video peniaga tersebut ada menyatakan beliau sudah 28 tahun beroperasi! MasyaAllah, bayangkan berapa ramai pelanggan yang telah menikmati sajian Nasi Ayam dari restoran ini.
Pasti ada yang berpendapat serta berfikiran macam-macam. Bahkan pasti ada yang kata “aku tak kisah sebab tak makan nasi ni” atau “nasib baik tak sempat terjah restoran viral ni”.
Harus ingat, rakyat Malaysia ni pantang dengan benda viral. Pasti akan dituju.
Selepas ini, sebelum mencuba tempat makan atau makanan baru yang tidak diketahui status halalnya, harus fikir panjang terlebih dahulu.
Isu ini telah menarik perhatian seorang pengguna laman sosial bergelar Chef untuk berkongsi pengalaman beliau sepanjang bergelar tukang masak profesional yang telah merantau ke serata negara dan menyediakan pelbagai jenis makanan.
Moga perkongsian ini membuka minda dan hati kita dalam pemilihan sumber makanan yang dinikmati.
Di sebalik makanan tersimpan seribu kelicik kan. Berwaspada lah saudara semua apa yang hendak kita makan.
Hi Salam semua, sebenarnya saya tak tahu macam mana saya nak mulakan cerita ini. Isinya ada tapi permulaannya sangat sukar untuk saya buka mukadimahnya.
IKLAN
Seandainya semua orang tahu apa yang telah kami (semua chef) ketahui nescaya kamu semua akan sangat takut untuk makan sebarangan. Kesangsian kami terhadap makanan sangatlah tinggi. Kerana kami kebanyakannya tahu akan kelicikkan itu.
Saya telah melalui pelbagai fasa dalam mengharungi dunia masakan ini. Pendek kata saya telah memasak macam macam hidangan. Baik yang halal mahupun yang haram. Bukan hanya sekadar babi, tetapi ia lebih dari itu. Termasuklah anjing yang harus dibakar kulitnya untuk mendapatkan isinya. Ular sawa & katak itu adalah hidangan biasa.
Segala galanya telah saya lalui demi secebis ilmu. Apatah lagi masakan yang menggunakan Wine, Samsu, Sake ,Vodka dan tequila ia adalah permainan untuk meningkatkan aroma dan rasa ketagihan. Lemak lemak protin haiwan juga digunakan sebagai base (ibu) pada masakan.
White stock dan roux yang dihasilkan menjadi Veloute. Lalu ia digunakan dalam semua masakan untuk rasa yang sangat umami. Veloute yang paling sedap adalah terhasil dari tulang sumsum seekor babi. Darah dan lemak juga sering digunakan di dalam menghasilkan stock. Ia dimasak hingga sebati dengan ramuan yang mana bila kita hirup rasa feelnya tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Maka jadilah kita seperti Raja Bersiong yang hidup dalam ketagihan.
Jadi ingin saya berpesan disini, berhati hatilah kalian semua jika ingin menikmati hidangan di luar. Terutama NASI AYAM, MEE KARI, SUP & segala makanan jenis berkuah. Cari lah yang halal bukan yang shubhat.
Jangan mudah percaya dengan papan tanda “NO PORK , NO LARD” kerana di sebalik perkataan itu tersembunyi tipu daya yang dasyat. Hanya kami yang mengetahui.
Mohon maaf ampun seribu ampun jika penulisan ini menyinggung sesetengah pihak. Bukan juga untuk saya membuka pekung di dada. Tetapi sekadar berkongsi pengalaman. Ini lah realiti yang harus kami tempoh sebagai seorang Chef demi secebis ilmu.
Mohon maaf sekali lagi pada semua. Salam ukhwah dan kasih sayang. Semoga Allah mengampuni dosa saya yang lalu dan kalian semua.
Pada semua Chef muslim, memasak lah dengan penuh beretika dan tanggung jawab. Kita semua akan di pertanggungan jawab kan atas segala galanya. Hanya kepada Allah kita berserah. Wallahhualam
IKLAN
Nota kaki: Di bawah ini adalah gambar gambar lama, bukan gambar terkini. Ada banyak lagi foto-foto yang tidak manis untuk saya upload di sini.
Udang antara menu seafood yang disukai ramai, ia bukan hanya sedap tetapi udang juga lauk yang tak perlu ambil masa untuk memasaknya. Tak percaya, ada cuba menu Udang Goreng Pedas Daun Ketumbar yang RASA kongsikan ini.
.
UDANG GORENG PEDAS DAUN KETUMBAR BAHAN-BAHAN:
250gm udang saiz XL | buang kulit
1/2 cawan tepung goreng ayam
1 sudu teh pati ayam
6 ulas bawang putih | cincang
2 biji cili merah | cincang
1 sudu makan chili flakes
1/2 cawan daun ketumbar | hiris halus
Sedikit daun bawang | hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK LANGKAH DEMI LANGKAH:
.
LANGKAH 1: Panaskan minyak goreng udang hingga bertukar warna kemerahan. Angkat dan toskan.
.
LANGKAH 2: Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
.
LANGKAH 3: Masukkan cili merah dan Chilis Flakes, kacau rata.
.
LANGKAH 4 tambah garam, gula dan perasa ayam, kacau lagi.
.
LANGKAH 5: Kecilkan api, masukkan udang yang telah digoreng bersama daun ketumbar dan daun bawang. Tutup api dan kacau rata.
Sajian bercita rasa Thailand sememangnya tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia. Kedudukan negara yang berjiran dan tinggal dalam rumpun yang sama menjadikan sajian negara Gajah Putih itu amat digemari ramai.
Sajian Tomyam Poktek antara salah satu hidangan Thai yang popular. Aroma rempah ratus yang dimasak, ditambah pula dengan kombinasi rasa pedas, masam dan berlemak menjadikan ia hidangan yang sangat sedap.
Bila bab manisan pula, tentunya sajian Pulut Mangga menjadi pilihan. Gabungan pulut yang lembut, hirisan mangga segar yang manis dan dinikmati bersama kuah santan lemak masin, menjadikan ia satu gabungan hidangan yang sempurna!
Jadi untuk Cabaran Saji-an Misteri minggu ketiga ini, giliran Zara Zya pula untuk menyahut cabaran memasak dua hidangan istimewa menggunakan produk terbaru dari SAJI iaitu Santan Kelapa SAJI. Seronok melihat aksi selebriti cantik manis ni di dapur. Handal masak rupanya. Pasti anda pun teruja nak cuba.
TOMYAM POKTEK
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk udang
1 mangkuk sotong – dibersihkan
1/2 mangkuk isi ikan kembung
2 biji tomato – belah 4
3 batang serai – diketuk
2 inci lengkuas – hiris
3 biji cili padi merah – diketuk
Cendawan enoki
2 senduk Santan Kelapa SAJI
Garam Gunung SAJI
Gula Kasar SAJI
3 helai daun limau purut
3 biji limau nipis
1 biji bawang besar
5 akar ketumbar
Daun ketumbar
1 kiub pati ikan bilis
1 liter air
4-5 sudu makan sos nampla (sos ikan)
CARA PENYEDIAAN: 1. Didihkan air dalam periuk. Letak akar ketumbar, serai, lengkuas, cili padi, daun limau purut, kiub pati ikan bilis dan sos nampla. 2. Kemudian masukkan udang, sotong dan isi ikan satu persatu. 3. Masukkan bawang besar dan tomato. Biar mendidih sekali lagi. 4. Masukkan cendawan. 5. Perasakan dengan Garam Gunung SAJI dan Gula Kasar SAJI. Kacau. 6. Masukkan Santan Kelapa SAJI. 7. Perah jus limau nipis. 8. Akhir sekali masukkan daun ketumbar. Kacau dan angkat.
PULUT MANGGA
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk pulut yang telah dimasak
3 biji mangga
2 sudu makan bijan – disangai tanpa minyak untuk taburan
BAHAN KUAH SANTAN:
2 cawan Santan Kelapa SAJI
1 cawan Krimer Sejat Cair SAJI
1 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air
2 helai daun pandan – carik & simpul
Garam Gunung SAJI secukupnya (biar kuah agak masin)
CARA PENYEDIAAN: 1. Panaskan Santan Kelapa SAJI dalam periuk dan masak guna api sederhana. 2. Masukkan Garam Gunung SAJI dan daun pandan. 3. Tambahkan Krimer Sejat Cair SAJI. Kacau. 4. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air. Tuang dalam santan tadi. Sebatikan. 5. Bila kuah agak pekat, padamkan api dan hidangkan bersama pulut, buah mangga dan taburan bijan.
Pemenang Minggu Kedua
Tahniah kepada para pemenang Saji-an Misteri minggu kedua. Berikut merupakan mereka yang terpilih berdasarkan pilihan juri.
Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi pada cabaran minggu hadapan. Mana tahu ada rezeki anda. Jangan berputus asa okay!
Masak, Kongsi & Menang!
Nak menang wang tunai RM500 serta barangan SAJI? Mudah sahaja caranya. Anda hanya perlu tonton aksi empat personaliti ini memasak pada setiap minggu di mana mereka akan mencipta #sajianmisteri menggunakan bahan yang ada di dalam kotak misteri SAJI terutamanya produk terbaru dari SAJI iaitu Santan Kelapa SAJI.
Santan Kelapa SAJI diperbuat daripada perahan kelapa segar yang terbaik. Aroma dan teksturnya yang lemak berkrim menjadikan ia pilihan yang sempurna untuk setiap hidangan di atas meja. Santan Kelapa SAJI juga bebas kolesterol dan tanpa bahan pengawet. Aksi empat personaliti ini dimulakan oleh Ashhryyyyy pada 3 November 2020, Datin Ismatia pada 10 November 2020, Zara Zya pada 17 November 2020 dan diakhiri oleh Sharifah Shahirah pada 24 November 2020. Kalau anda nak sertai, ini cara-caranya:
Buat video memasak yang kreatif berdurasi 1 – 2 minit mengikut tema masakan mingguan yang dimasak oleh selebriti pilihan. Cipta resipi baru atau tambah bahan-bahan rahsia anda sendiri dan mestilah menggunakan produk SAJI.
Muat naik video masakan di laman Instagram anda, menggunakan hashtag #sajianmisteriRASA. Pastikan akaun anda di public kan.
Ramadan bakal meninggalkan kita dan Syawal menjelma tiba. Biarpun rantaian wabak Covid-19 masih belum berakhir, Aidilfitri tetap diraikan bersama keluarga tersayang mengikut peraturan kerajaan dalam tempoh PKPB Ini. Pastinya mood raya semakin terasa apatah lagi pada waktu ini pelbagai persiapan dilakukan dan sekaligus menaikkan keterujaan untuk berhari raya.
Bila sebut tentang Hari Raya, soal makan memang jadi keutamaan. Inilah masanya untuk menikmati pelbagai juadah istimewa yang selalunya tidak dijual pada hari biasa dan sekiranya ada pun feel berbeza ketika menjamahnya.
Seakan tidak lengkap tanpa rendang di atas meja. Aroma hasil daripada campuran bahan-bahan seperti lengkuas, daun limau purut, daun kunyit serta serai sudah cukup memberi aura bahawa Aidilfitri sudah tiba.
Di ketika membuat persediaan hari raya inilah kita memerlukan peralatan dapur yang praktikal untuk membantu mempercepatkan kerja di dapur. Memang tepat masanya bila Philips, mengeluarkan produk hebat All-In-One Cooker dan Airfryer XXL untuk keperluan pengguna. Jimat masa dan tenaga dalam membuat persediaan raya nanti. Sebut saja apa menu yang diinginkan, kedua peralatan ini mampu memenuhi permintaan.
Semuanya di hujung jari . Tekan-tekan dah siap satu menu. Kita boleh setkan untuk memasak macam-macam masakan secara automatik sahaja. Bukan hanya satu menu boleh siap dalam sehari malah lebih dari satu. Memang tidak memenatkan langsung. Pelbagai hidangan raya boleh buat antaranya lontong, sup tulang, rendang malahan kek juga boleh disediakan. Memang pelbagai guna dan juga pelbagai fungsi. Jadi selepas ini tidak ada alasan untuk tidak pandai memasak dengan adanya All-In-One Cooker .
Rendang daging yang dimasak menggunakan All-In-One Cooker lebih mudah disediakan dengan fungsi pressure cooker hanya mengambil masa 30 minit. Daging jadi lembut dan teksturnya sungguh enak. Kalau yang pertama kali buat kek pun pasti menjadi. Jadi nak masak kek guna All-In-One Cooker kita pilih icon bake untuk tempoh 55 minit sahaja akan siap masak.
Tak perlu risau untuk alih-alihkan kek tersebut kerana All-In-One Cooker akan masak dengan sekata dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas itu boleh buka untuk melihat hasilnya memang cukup mengagumkan. Tekstur kek cukup lembut dan masak dengan sekata. Tidak ada bahagian hangus atau bahagian yang tidak masak. Memang best, mudah dan cepat rupanya masak kek guna All-In-One Cooker ini.
Selain All-In-One Cooker, Airfryer XXL sangat-sangat berguna dan ia pembantu terbaik kita. Resipi dan masakan pun kita boleh pelbagaikan. Ayam Panggang Rose menggunakan Airfryer XXL. Masak Ayam Panggang Rose sekejap hanya dalam masa 12 minit. Tidak perlu memenatkan diri menunggu lama untuk menyiapkan hidangan. Memang berbaloi memilikinya. Boleh buat untuk menu raya nanti.
Begitu juga bila memasak ikan dan ayam memang mudah. Tidak perlu menggunakan minyak dan tidak perlu terbalikkan ikan atau ayam kerana Airfryer XXL berfungsi menggoreng bahagian atas dan bawah. Ia juga mempunyai timer untuk set masa yang diperlukan. Ini menjadikan makanan dimasak rata dan sempurna. Bagus untuk menyediakan makanan sihat dan kurang minyak. Kalau suka makan piza, hanya masak 5 minit dengan suhu 190 darjah, dah siap untuk dihidang.
KOL kongsi resipi Ramadan Dan Hari Raya
Istimewa sempena Ramadan dan Hari Raya, Philips membawakan tiga KOL, dapoq_pdot, arianna.kitchen dan ashhryyyyy berkongsi video masakan istimewa dan praktikal untuk dicuba. Memang mengundang rasa dan terliur dibuatnya. Buat yang ketandusan idea nak memasak hidangan apa untuk Hari Raya nanti boleh cuba menu berikut. Mudah buat dan gerenti sedap.
Sungguh menyelerakan. Boleh hidang menu istimewa ini buat sekeluarga di Hari Raya nanti. Nak lebih jelas, boleh follow @majalahrasa di facebook, instagram dan youtube Majalah Rasa untuk lihat secara dekat menu yang disiapkan oleh mereka.