Pertandingan Memasak Sekolah-Sekolah Menengah MAGGI®️ kembali lagi buat ulang tahun ke 25. Bertemakan ANDA & MAGGI®️ Sajikan Kelainan untuk Inspirasi Harian. Cabaran program tahun ini akan diadakan secara maya seiring dengan norma baharu kehidupan.
Program yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia bermatlamat untuk memupuk minat memasak di kalangan pelajar sekolah di samping meningkatkan kesedaran tentang pentingnya makanan yang berkhasiat dan diet yang seimbang.
Seramai lima pemenang dipilih bagi pertandingan ini. Kelima mereka sangat kreatif dalam mencipta makanan. Tahniah diucapkan buat semua pemenang.
Rafidah Fitri Hamidzol
15 tahun, SMK Syed Alwi, Perlis (Pemenang Hadiah Utama)
Ads
Rafidah suka mencipta resipi baharu dan meneroka bahan-bahan unik di dalam masakannya. Kemahiran memasak saya bertambah baik berkat bimbingan ibu saya. Resipi Nasi Ulam dan Sate Lilit Ikan Tilapia ini hasil inspirasi masakan nenek saya dan bahan-bahan yang digunakan kebanyakannya diperoleh dari tanaman yang saya usahakan di sekitar rumah. Saya berharap resipi yang kreatif ini dapat memperkenalkan kembali masakan tradisional yang senang disediakan serta membawa khasiat terutamanya kepada golongan muda di Malaysia.
Muhammad Faaris Salihin Mohd Firdaus
13 tahun, Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
Selepas ketiadaan ibu, sayalah yang bertanggungjawab untuk menyediakan masakan untuk ayah dan adik-adik di rumah. Hasrat saya adalah untuk mengukir lebih banyak senyuman dengan air tangan saya sendiri. Kemahiran memasak Faaris dipelajari sendiri dan dia suka mencipta resipinya sendiri. Resipi Udang Sos Padang ini diinspirasikan oleh masakan Padang yang lazat dan mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi untuk pemakanan keluarga yang seimbang.Antara bahan yang digunakan ialah Lada Benggala, Tomato serta udang. Sos Tiram MAGGI®️ dan MAGGI®️ CukupRasa adalah dua produk wajib yang digunakan di dalam hidangan ini. Cita-cita saya ialah menjadi seorang jurutera IT dan ingin membangunkan aplikasi yang memfokuskan kepada resipi sihat dan seimbang yang mampu memberi inspirasi kepada gaya hidup lebih sihat dalam kalangan generasi muda.
Nursyafiqah Mohd Azmi
14 tahun, SMK Intan Perdana, Negeri Sembilan
Nursyafiqah berkongsi bahawa ibunya adalah suri teladan (role model) yang memberi inspirasi dalam masakannya. Malah, ibunyalah yang mencetuskan idea untuk resipi telur gulung Korea (Korean Egg Roll) yang kemudiannya menjadi hidangan kemenangannya dalam Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI®️ 2021. Di dalamnya mengandungi ayam, nasi, sayur-sayuran, keju dan telur yang diperisakan dengan MAGGI®️ CukupRasa. Gabungan bahan-bahan ini menghasilkan sebuah hidangan seimbang yang lengkap, dibungkus dalam gulungan yang ringkas dan mudah dimakan.
Sejak kecil lagi, saya memang minat memasak terutamanya menyediakan pencuci mulut atau roti. Saya harap saya akan dapat mencapai cita-cita saya untuk membuka sebuah bakeri. Sepanjang tempoh pertandingan ini, saya menghadapi pelbagai cabaran dan hampir berputus asa. Namun begitu, sokongan dan semangat dari keluarga saya telah memberi dorongan kepada saya untuk terus berusaha dan mencapai kejayaan!
Ads
Yap Mei Wei
13 tahun, SMJK Katholik, Selangor
Yap Mei Wei pada mulanya sangat bimbang untuk belajar memasak. Ketakutannya bermula selepas beberapa kali mengalami kemalangan ketika memasak di rumah seperti kecederaan akibat minyak panas dan air panas. Sejak itu, dia telah berhenti memasak selama beberapa tahun.
Apabila pandemik COVID-19 melanda Malaysia tahun lepas, ketika penutupan dan sekatan (lockdown) Mei Wei mula meneroka resipi-resipi baharu di Internet dan itu memberinya dorongan untuk memasak semula,
Saya memilih Nasi Goreng Rainbow kerana saya ingin menghidangkan kepada keluarga saya masakan yang boleh memberi kita harapan, terutamanya dalam menghadapi pandemik ini. Kepada saya, pelangi melambangkan harapan, kegembiraan dan kejayaan! Masakan saya mengandungi pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna-warni untuk pemakanan yang seimbang. Saya menggunakan MAGGI®️ CukupRasa dalam hidangan kerana ia meningkatkan rasa hidangan.
Ads
Jaymee Ong Miin Li
15 tahun, SMJK Heng Ee, Pulau Pinang
Masakan ibu menjadi inspirasi utama dan pencetus minat saya dalam bidang masakan. Melalui pertandingan ini, saya banyak mempelajari tentang pemakanan sihat yang boleh saya amalkan di dalam masakan saya.
Resipi Sarang Burung melambangkan sebuah ikatan antara keluarga dan saya percaya melalui pemakanan yang seimbang, kita dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Dalam kebanyakan hidangan saya menggunakan produk MAGGI®️ seperti Kiub Stok Ayam dan Sos Tiram MAGGI®️ kerana ia menyedapkan rasa masakan.
Diharapkan pertandingan seumpama ini dapat memupuk minat memasak di kalangan pelajar sekolah di samping meningkatkan kesedaran tentang pentingnya makanan yang berkhasiat dan diet yang seimbang.
Rugi kalau ada yang tidak suka puding kerana deseert yang sedap dimakan sejuk-sejuk memang menggoda selera sungguh. Sementelah di kala PKP ni memang tiada bazar ramadan. Nak puding pandan inti kelapa muda ni kenalah buat sendiri kan.
Ni min dikongsikan satu resipi puding yang sangat sedap dan wajib korang cuba, Puding Pandan Inti Kelapa Muda, Ya ampun sedapnya.
PUDING PANDAN INTI KELAPA MUDA
BAHAN-BAHAN: Untuk Inti Kelapa Muda
Kelapa muda secukupnya | hiris kasar
1 bungkus jelly segera perasa kelapa
500ml air masak
65ml santan
1 sudu the biji selasih | rendam
Garam dan gula secukupnya.
Bahan Puding Pandan
11/2 bungkus agar-agar
1 sudu makan jelly segera
900ml santan sederhana pekat
6 helai daun pandan | kisar bersama santan
Gula dan garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Campaurkan semua bahan, masak hingga mendidih.
Sejukkan sebentar, baru masukkan hirisan kelapa muda dan biji selasih yang telah direndam.
Gaul rata, kemudian tuang ke acuan dan biarkan sejuk dan keras.
Sementara itu, campurkan semua bahan puding.
Masak hingga mendidih.
Keluarkan puding kelapa muda dari acuab, tuangkan sebahagian puding pandan ke dalam acuan.
Letakkan puding kelapa muda di atasnya , tuang semula baku puding pandan.
Seronoknya bila dapat menikmati aiskrim yang enak dan lemak berkrim bersama keluarga tercinta. Tentunya aiskrim LA CREMERIA keluaran Nestlé Ice Cream menjadi pilihan seisi keluarga sekaligus membangkitkan keceriaan bersama. Kenapa aiskrim LA CREMERIA mesti menjadi pilihan? Bukan sekadar aiskrim biasa, LA CREMERIA memberikan gabungan tekstur yang unik dan rasa enak bila dinikmati. Nyata kelainannya menghadirkan kegembiraan dan keceriaan.
Didatangkan dengan enam perisa yang berbeza, aiskrim LA CREMERIA memberi pengalaman yang cukup bermakna menerusi setiap gigitan. Diperbuat daripada bahan premium serta buah-buahan yang sebenar memberikan satu rasa yang sangat mengasyikkan! Tidak hairanlah jika aiskrim ini menjadi pilihan ramai.
Setiap perisa memberi pengalaman yang berbeza. Bagi peminat vanila, aiskrim LA CREMERIA Vanila Kacang Gajus merupakan pilihan yang tepat untuk anda. Ia hadir dengan kacang gajus panggang bersama sos coklat dan cip yang lazat sekaligus memuaskan deria rasa.Ah tak boleh nak cerita sedapnya.
Sejuk diikmati serta lazat dirasai, itulah sensasi gandingan pudina dan coklat di dalam aiskrim LA CREMERIA Pudina Coklat yang ditabur dengan cip coklat yang penuh berkrim, lazat dan memikat. Memang syok! Sekali makan, mesti nak lagi.
Aiskrim LA CREMERIA Yogurt Beri pula memberi kenikmati menerusi kombinasi yogurt serta lima buah beri yang enak iaitu strawberi, blackberry, elderberry, blueberry dan raspberry. Gabungan rasa masam dan manis yang cukup sempurna, lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama keluarga tercinta. Segar terasa tak sedar sekelip mata habis dimakan sekelip mata.
Kalau yang sukakan badam pula, wajib cuba aiskrim LA CREMERIA Badam Pecan. Kacang badam panggang California dan pecan bergabung, memberi rasa kepuasan yang berganda. Memang sedap, kaya dengan kekacang dalam setiap gigitan.
Buat penggemar mentega kacang, cubalah aiskrim LA CREMERIA Mentega Kacang yang memberi rasa yang nyaman. Sekali rasa, tak boleh lupa! Kombinasi kacang panggang, coklat brownies dan sos mentega kacang yang sedap tak terkata. Tau-tau dah habis semua yang di hidang di depan mata.
Lebih coklat, lebih nikmat! Cuba pula aiskrim LA CREMERIA Coklat Kacang Hazel. Aiskrim kesukaan ramai ini mempunyai Campuran coklat dan kacang hazel. Sudah pastilah ini merupakan satu gabungan yang cukup sempurna. Rasa kacang yang cukup memikat hati.
Jadi, mana satu aiskrim pilihan anda? Tidak kira apa pun pilihan, tentunya rasa lebih seronok dan mendamaikan apabila dapat duduk di rumah dan berkongsi kenikmatan aiskrim LA CREMERIA bersama insan tersayang.
Dapatkan seleksi aiskrim LA CREMERIA menerusi kedai rasmi Nestlé Ice Cream di Lazada atau Shopee. Selain itu, aiskrim LA CREMERIA juga boleh didapati di pasar raya berhampiran anda.
Terasa nak makan lauk pauk yang simple sahaja untuk sajian makan tengah hari ni? Menu Asam Pedas Kembung ni boleh dicuba. Istimewa menu ini ialah ianya sangat senang, rasa sedap, kuah tidak terlalu cair dan paling penting tidak berbau hanyir. Memang kena cuba.
ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan – potong 2
2 kuntum bunga kantan
1 ikat daun kesum
1 batang serai – diketuk
4 biji tomato
15 batang bendi
60g MAGGI®️Sambal Tumis
1 mangkuk air asam jawa
MAGGI®️ Cukup Rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
15 biji bawang merah
2 biji cili merah
8 ulas bawang putih
2 inci belacan
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar, MAGGI®️Sambal Tumis dan serai sehingga masak dan garing.
Masukkan air asam jawa.
Seterusnya masukkan air. Jumlahnya ikut berapa banyak kuah yang nak. Paling penting jangan sampai hilang rasa masam.
Seterusnya masukkan daum kesum yang dah dibersihkan.
Diikuti bunga kantan. Masak kuah hingga mendidih.
Kemudian masukkan bendi dan ikan.
Perasakan dengan MAGGI®️ CukupRasa.
Bila ikan dah masak, masukkan tomato dan padamkan api.
Siap dan sedia untuk dinikmati.
PETUA: Seimbangkan rasa masam dan penggunaan daun kesum memberi aroma istimewa pada asam pedas.