Korang ada stok daging proses sejuk beku? Bebola daging, salami, peperoni ,sedap dan mudah dibuat sajian lebih-lebih lagi hidangan barat.

Yang penting halal dan bersih. Bila dah guna daging ni dah boleh ‘skip’ proses mengerat dan merebus daging. Owh ya, daging sejuk beku pun ada dalam bentuk makanan laut macam jejari ketam dan bebola sotong .

Ni min kongsikan 6 aneka resipi daripada ramuan ini, inspirasi dari Hotel Sri Petaling. Sri Petaling , Kuala Lumpur.

1. GRILLED SQUID BALL AND VEGETABLE SKEWERS WITH SWEET CORN KENNEL

6 Aneka Daging Proses Sejuk Beku, Sedap Dan Mudah DiMasak

BAHAN-BAHAN :

  • 200gm bebola sotong
  • 20ml kicap cair
  • 20gm bawang holland
  • 40gm cili benggala hijau | dipotong dadu
  • 40gm cili benggala merah | dipotong dadu
  • 40gm nenas | dipotong dadu
  • 60ml sos tomato
  • 60ml sos cili
  • 10gm serbuk lada hitam
  • 100ml minyak jagung
  • 120gm sirap jagung manis (sweet corn kennel)
  • 40gm mentega

 CARA MEMASAK :

  1. Gaulkan bebola sotong dengan kicap cair. Cucuk ke dalam lidi bersama cili benggala merah dan hijau.
  2. Seterusnya panggang atau bakar hingga masak.
  3. Untuk sos panaskan minyak dan tumis bawang holland dan masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam dan sedikit air.
  4. Tumiskan mentega dengan sweet corn kennel
  5. Hidangkan bebola sotong dengan sos beserta sweet corn kennel tadi.

Saiz hidangan : 2 orang

Waktu memasak : 15 minit

Cara memasak : Panggang/bakar

Jenis masakan : Bebola sotong

Keistimewaan : Sesuai untuk majlis BBQ

Anggaran kos : RM10

Info Chef : Jangan panggang terlalu lama untuk kekalkan rasa dan tekstur lembut.

2. GRILLED CORNED BEEF LAYERED WITH SLICED CHEESE

6 Aneka Daging Proses Sejuk Beku, Sedap Dan Mudah DiMasak

BAHAN-BAHAN :

  • 320gm corned beef
  • 10gm keju cheddar
  • 40gm keju mozarella
  • 60gm tomato pronto
  • 20gm bawang holland | dicincang halus
  • 10gm bawang putih | dicincang halus
  • 80ml susu segar
  • 60gm french stick (sejenis roti perancis seperti baguette tetapi lebih pendek)
  • 4gm parsli Inggeris
  • Garam secukup rasa

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang holland dan masukkan corned beef. Tumiskan seketika.
  2. Cairkan mentega, apabila sudah cair masukkan tepung gandum. Kacau sebati sehingga keperangan.
  3. Untuk penyediaan sos putih, masukkan susu, lada hitam, garam dan keju mozarella.
  4. Kacau hingga pekat *biarkan sos cair sedikti supaya tidak kering apabila dibakar.
  5. Tuangkan corned beef tadi dalam bekas acuan dan letakkan sos putih dengan keju cheddar berselang seli dan atas sekali letakkan keju mozarella.
  6. Bakar selama 15minit pada suhu 150 darjah celcius
  7. Bakar sapuan bawang putih dan mentega pada french stick.
  8. Hidangkan corned beef dengan french stick (roti peracis baguette) jika suka,

Saiz hidangan : 2 orang

Waktu memasak : 15-20 minit

Cara memasak : gril/panggang

Jenis masakan : Sajian utama barat

Keistimewaan : Keenakan daging berjus bersama limpahan keju.

Anggaran kos : RM28

IKLAN

Info Chef : Corned beef adalah daging cincang yang diperam dengan larutan masin bergaram. Tiada penggunaan jagung.

 3. SPANISH RED PEPPER SOUP WITH MINCED CRAB BALL

6 Aneka Daging Proses Sejuk Beku, Sedap Dan Mudah DiMasak

BAHAN-BAHAN :

  • 20gm baby bayam
  • 20gm cili benggala merah | didadu besar
  • 40gm bawang holland | dicincang halus
  • 40ml minyak zaitun
  • 60gm jejari ketam | dikisar kasar
  • 10ml jus lemon
  • 60gm mentega
  • 30gm tepung gandum

 CARA MEMASAK :

  1. Cili benggala merah disapu minyak zaitun dan dibakar dalam oven hingga layu.
  2. Tumis bawang holland, bayam, cili benggala merah dengan mentega.
  3. Apabila naik bau, masukkan tepung gandum dan air dan tunggu hingga mendidih. Selepas itu kisar bahan-bahan ini.
  4. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk dan panaskan semula sup tadi,masukkan jus lemon.
  5. Akhir sekali sebelum keluarkan sup taburkan bebola ketam (dikisar) di atas sup tadi.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Saiz hidangan : 2 orang

Waktu memasak : 16 minit

Cara memasak : tumis dan reneh

Jenis masakan : Sup

Keistimewaan : Sup berkhasiat dengan kelazatan isi ketam

Anggaran kos : RM8

Info Chef : Sup dimasak api perlahan untuk mengekalkan khasiat dan keenakan rasanya.

4.VEGETABLES PRAWN RISOTTO

6 Aneka Daging Proses Sejuk Beku, Sedap Dan Mudah DiMasak

BAHAN-BAHAN :

  • 60gm udang sayuran diproses | dinyahbeku
  • 200gm beras risotto
  • 10gm saderi | dicincang halus
  • 20gm kacang pis
  • 20gm bawang holland | dicincang halus
  • 10ml minyak zaitun
  • 2gm parsli Inggeris
  • 20gm asparagus | dipotong
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK :

IKLAN
  1. Panaskan kuali dan tumiskan bawang holland sehingga naik bau
  2. Kemudian masukkan saderi, udang sayuran, asparagus, kacang pis dan beras risotto berserta sedikit air.
  3. Tutup dengan kertas aluminium, dan masukkan dalam oven. Bakar selama 45 minit pada suhu 180 darjah celcius.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

Saiz hidangan : 2 orang

Waktu memasak : 20 minit

Cara memasak : tumis dan bakar

Jenis masakan : Sajian utama barat

Keistimewaan : Beras risotto berkrim dan udang sayuran mencipta keunikan resipinya

Anggaran kos : RM20

Info Chef : Beras risotto berasal dari Itali. Bijirin nya pendek dan lebar dan biasanya terdapat keju dalam ramuan beras ini. Rissoto tidak boleh dibasuh atau tos kerana boleh menghilangkan kanji yang menjadikan teksturnya berkrim.

5. HUNGARIAN BEEF BALL STEW WITH SAUTE TAGLIATELLE

6 Aneka Daging Proses Sejuk Beku, Sedap Dan Mudah DiMasak

BAHAN-BAHAN:

  • 180gm bebola daging
  • 40gm bawang holland | dicincang halus
  • 20gm bawang putih | dicincang halus
  • 10gm paprika
  • 4gm lada hitam
  • 20gm pes tomato
  • 20gm saderi
  • 20ml minyak jagung
  • 320gm pasta tagliatelle
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak jagung dan tumiskan bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan bebola daging, saderi, paprika, pes tomato, lada hitam, tepung gandum dan juga sedikit air.
  3. Rebus pasta tagliatelle sehingga masak , toskan
  4. Letakkan pasta di atas pinggan dan tuangkan sos di atasnya
  5. Sedia untuk dihidangkan

Saiz hidangan : 2 orang

Waktu memasak : 20 minit

Cara memasak :Tumis dan reneh

Jenis masakan : Stew

IKLAN

Keistimewaan : Stew bebola daging dan pasta tagliatelle yang cukup mengenyangkan

Anggaran kos : RM12

Info Chef : Pasta tagliatelle diperbuat dari tepung dan telur (pasta telur), berbentuk lebar dan panjang seakan pasta fettucine

6. BEEF FRANKFURTER COOKED IN TOMATO PRONTO WITH CIABATTA BREAD

6 Aneka Daging Proses Sejuk Beku, Sedap Dan Mudah DiMasak

BAHAN-BAHAN:

  • 240gm sosej daging lembu
  • 20gm bawang holland | dihiris bulat
  • 20gm cili benggala merah | dipotong dadu
  • 20gm tomato pronto * sejenis sos tomato pekat Itali
  • 6 biji roti ciabatta
  • 10ml minyak zaitun
  • 6gm zaitun hitam
  • 20gm tomato | dicincang halus
  • 10gm campuran salad
  • 2gm lada hitam
  • 40gm mentega

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan kuali dengan minyak zaitun dan panggang sosej sehingga masak
  2. Roti ciabatta dipotong dua, disapu mentega dan dibakar
  3. Letakkan salad, sosej, cili benggala merah, dan tomato, dan tomato pronto
  4. Akhir sekali letakkan bawang holland dan buah zaitun hitam di atasnya.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Saiz hidangan : 2 orang

Waktu memasak : 15 minit

Cara memasak :Gril

Jenis masakan : Kudapan petang

Keistimewaan : Sandwic sosej dengan khasiat sayuran yang seimbang

Anggaran kos : RM16

Info Chef : Roti ciabatta adalah roti putih Itali yang diantara ramuannya dari tepung gandum dan minyak zaitun.

6 Aneka Daging Proses Sejuk Beku, Sedap Dan Mudah DiMasak

RESIPI : Chef Mohd Azizi Hamzah , Hizwan Ab. Aziz, Nurul Sazuana Shahidan dan Nor Fatin Alia Rohaizan.

TERIMA KASIH : HOTEL SRI PETALING KUALA LUMPUR, 30, Jalan Radin Anum, Sri Petaling, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI