
Dekat rumah ada tanam Bayam Brazil? Biasanya sayur ni dibuat ulam je kan. Apa kata hari ni cuba masak Bayam Brazil Goreng Belacan perkongsian saudari Robakyah Che Ros ni pula. Katanya, lebih sedap dari Kangkung Goreng. Malah tak kecut macam kangkung. Cubalah. Masak sayur tanam sendiri ni boleh jimat belanja dapur.
.
CARA MASAK BAYAM BRAZIL GORENG BELACAN
.
BAHAN-BAHAN:
- Bayam Brazil – bersihkan
- 6 biji cili besar + cili padi – jika suka pedas, lebihkan cili padi.
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit udang kering atau ikan bilis
- Sedikit belacan – letak lebih jika mahu rasa lebih sedap
- Sedikit jus perahan lemon atau jus asam jawa
- Gula, garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk cili merah, cili padi, bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
2. Tumis bahan tumbuk tadi hingga wangi dan masak. Kemudian masukkan ikan bilis atau udang kering.
3. Masukkan belacan, perasa, garam, gula dan sedikit sahaja perahan lemon atau air asam jawa. Gaul sebati.
4. Akhir sekali, masukkan sayur bayam. Gaul hingga rata dan rencah bersalut pada sayur.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Robakyah Che Ros
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Roti Paratha Sosej Cheese. Sedap, Buat Guna Roti Canai Segera

Cara mudah menyediakan Roti Paratha Sosej Cheese yang sangat sedap untuk kudapan anak-anak. Jika anda ada roti canai sejuk beku, bolehlah buat snek macam ni. Sangat ringkas namun hasilkan seakan produk yang dibeli di kedai-kedai bakeri. Tidak perlu uli tepung atau guna puff pastri. Cukup sekadar roti canai segera ini sahaja. Satu keping pun boleh dapat banyak biji. Mudah dan rasa pun enak. Hidangan ini juga sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Boleh buat untuk sarapan, minum petang atau sebagai snek ringan yang dimakan ketika menonton televisyen. Rasa pasti lebih enak kerana dibuat dari air tangan ibu. Jom lah kita buat. Saudari Izz Aishah ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MEMBUAT ROTI PARATHA SOSEJ CHEESE
BAHAN-BAHAN:
Roti paratha – beli online disini
Sosej – beli online disini
Kepingan keju – beli online disini
Kuning telur (untuk disapu pada roti paratha)
CARA MEMASAK:
1. Ambil sekeping Roti Paratha dan potong kepada 8 bahagian seperti potongan pizza.
2. Letakkan kepingan kecil keju dan juga hirisan sosej mengikut saiz yang berpadanan.
3. Gulung kepingan paratha dengan kemas.
4. Seterusnya sapu bancuhan kuning telur di permukaan pastri.
5. Bakar Roti Paratha Sosej Cheese menggunakan Air Fryer pada suhu 190c selama 7-10 minit hingga pastri kuning keemasan. Jika tiada AF, boleh sahaja menggunakan ketuhar atau pemanggang ajaib.
8. Roti Paratha Sosej Cheese sedia untuk dihidangkan.
INFO: Roti paratha sejukbeku ini cepat lembut, jadi keluarkan sekeping terlebih dahulu. Buat hingga siap kemudian barulah dikeluarkan kepingan roti paratha kedua dan seterusnya.
Kredit resipi & foto: Izz Aishah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Nasi Dagang Lembut Gebu Bersama Gulai Ikan Tongkol Sedap
Buat Sambal Kicap Sedap Cara Orang Johor. Simpan 2-3 Bulan Tetap Elok
Makan Satu Dah Kenyang. Resipi Mi Gulung Sedap Untuk Makan Malam
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Seleksi Resipi Nasi Himpit Terengganu, Mudah & Sedap!

Menu nasi himpit atau nasi kapit, popular di Terengganu. Sesuai dimakan bila-bila masa saja, namun kebiasaannya nasi himpit dijadikan menu sarapan.
Kali ini, kita kongsikan 4 resipi nasi himpit oleh Muliadi Ramli yang sering menjadi pilihan. Anda suka yang mana?
NASI KAPIT @ HIMPIT SAMBAL HITAM
BAHAN A:
Nasi himpit adabi 1 pek (ada 30 ketul)
BAHAN B (UNTUK SAMBAL HITAM):
8 ekor ikan Selayang
1 biji kelapa parut
1 keping nissey – beli online di sini
Garam & bahan perasa
BAHAN KISAR HALUS:
5 biji bawang merah – beli online di sini
3 ulas bawang putih – beli online di sini
4 batang serai –beli online di sini
2 sudu besar lada hitam
5 biji cili padi (boleh abaikan jika tak suka pedas)
1 inci halia
* kisar halus semua bahan di atas.
CARA MEMBUAT:
1. Ikan Selayang disiang bersih dan toskan. Kemudian, direbus dengan asam keping dan garam.
2. Asingkan isi ikan dari tulang, kemudian ditumbuk isi ikan (guna lesung batu atau nak kisar pun boleh), ketepikan.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Kelapa parut disangai dengan api kecil dalam kuali hingga menjadi keperang-perangan atau hampir coklat. Pastikan jangan sampai hangus, kalau tak jadi pahit sambal.
4. Kelapa parut mesti selalu kacau dan dibalik-balikkan. Apabila kelapa sudah keperangan, keluarkan dari kuali dan sejukkan.
5. Apabila dah sejuk, boleh dikisar atau tumbuk bagi kelapa jadi halus (nanti keluar minyak), ketepikan.
6. Masukkan nissey dalam kuali (tambah air rebusan ikan untuk cairkan nissey). Kemudian, masukkan bahan kisar halus tadi.
7. Masak bagi mendidih. Masukkan isi ikan yang dah ditumbuk tadi. Masak sampai hampir kering bahan tersebut. Pastikan sentiasa kacau untuk elak hangus.
8. Boleh tambah garam dan perasa. Apabila dah kering, boleh masukkan kelapa yang kita dah kisar tadi.
9. Masak sampai kering. Kalau yang suka lembap-lembap sikit, tak perlu masak sampai kering. Gaul dan kacau untuk elak hangus. Siap.
NASI KAPIT @ HIMPIT KUAH KACANG
BAHAN-BAHAN:
500gm kacang tanah | disangai atau goreng tanpa minyak hingga masak. Asingkan kacang dari selaput kulitnya. Kemudian dikisar tapi jangan terlalu hancur.
Cili kering | dibuang biji & rebus serta dikisar (lebih kurang 4 senduk besar)
1 keping nissey
1 mangkuk air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Serbuk perasa
2 batang serai | diketuk
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar cuka makan
1 kotak kecil santan (200 ml)
BAHAN KISAR HALUS:
2 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 ½ inci lengkuas
2 sudu besar udang kering
1 biji buah keras
4 keping biskut marie
1 batang serai
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak (minyak kena lebih). Masukkan serai, bila naik bau, masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan bahan kisar halus, tumis lagi sampai pecah minyak.
3. Bila kuah sudah cantik warna merah, masukkan kacang tanah yang dikisar tadi. Kacau rata. Masukkan nissey, air asam jawa, cuka makan, kicap, santan.
4. Tambahkan 2 cawan air (jika pekat sangat). Renehkan dengan api kecil hingga kuah nampak pekat dan pecah minyak. Masukkan garam, gula dan bahan perasa. Siap dan tutup api.
NASI KAPIT @ HIMPIT GULAI IKAN AYA
BAHAN-BAHAN:
3kg ikan aya hitam | dikukus hingga masak, masukkan sekali asam keping & garam
6 sudu besar cili giling
4 sudu besar rempah nasi dagang (rempah kampung tak ada cap & saya campur 2 sudu besar rempah cap bunga rose – 2 sudu besar rempah gulai & 1 sudu besar rempah masak)
Rempah 4 sekawan
Minyak masak
6 asam keping
½ keping nissey kerek besar (ikut citarasa suka manis letak lebih)
30 biji cili thai/cili burung
2 biji kelapa
Garam secukup rasa
Perasa
Belacan (optional)
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 ½ inci lengkuas
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan periuk dengan minyak (minyak lebih sikit untuk tumisan). Masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak.
2. Kemudian, masukkan santan. Kacau sampai pecah minyak. Kena selalu kacau supaya santan tak berketul. Mungkin ambil masa (1 jam).
3. Bila santan dah pecah minyak dan cantik (warna merah), baru masukkan air rebusan ikan. Kacau, biar mendidih.
4. Masukkan bahan kisar, kacau. Masukkan rempah nasi dagang, rempah cap ros dan rempah 4 sekawan. Kacau lagi.
5. Masukkan nissey, biar mendidih atas api sederhana selama 1 jam. Kemudian baru masukkan ikan dan cili. Didih dengan api kecil hingga kuah jadi pekat.
6. Masukan garam dan perasa. Reneh dengan api kecil dan bila kuah jadi merah cantik, boleh tutup api. Siap.
NASI KAPIT @ HIMPIT SAMBAL NYOR @ KELAPA
BAHAN A:
4 ekor ikan Selayang | dibersihkan & direbus dengan asam keping & sedikit garam. Ambil isinya dan ditumbuk dengan nissey, garam & gula
¾ kerek besar nissey atau gula melaka
Garam & gula secukup rasa
BAHAN B:
1 biji kelapa parut | disangai hingga agak garing & sedikit perang
BAHAN C: (KISAR HALUS)
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
1 inci halia
4 batang serai
2 sudu besar lada hitam
BAHAN D:
Nasi impit (apa-apa jenama boleh)
CARA MEMBUAT:
1. Mula-mula, masukkan bahan C (kisar halus) dalam kuali. Masak hingga hampir kering.
2. Masukkan bahan A, gaul rata dan biarkan sampai hampir kering. Akhir sekali, masukkan bahan B. Gaul lagi.
3. Kalau suka sambal kelapa yang agak lembap tidak payah masak sampai kering. Siap dan boleh dihidang dengan nasi impit.
Kredit resipi: Muliadi Ramli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Hanya Guna 3 Bahan, Boleh Buat Air Coffee Lemak Berkrim Ala Barista
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Resipi Pulut Inti Bunga Telang Yang Boleh Dicuba

Biasanya, kita tengok atau tahu bunga telang digunakan sebagai pewarna dalam nasi kerabu. Bunga telang berwarna biru dan boleh menjadikan makanan menjadi unik disebabkan warnanya.
Namun kini, jika anda seorang yang kreatif, boleh gunakan bunga telang dalam pelbagai resipi lain.
Menerusi perkongsian resipi daripada Zainoor Aliza Ali, bunga telang digunakan untuk membuat pulut inti. Pulut inti biasanya buat makan pagi atau makan petang.
CARA BUAT PULUT INTI (BUNGA TELANG)
BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras pulut – beli online di sini
3 cawan santan – beli online di sini
2 sudu kecil garam – beli online di sini
1 helai daun pandan
1 mangkuk bunga telang
TONTON 10 Menu Popular Yang Digemari Rakyat Malaysia
TONTON Dapur Rasa Live: Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung
CARA-CARA:
1. Basuh beras dan toskan. Masukkan ke dalam loyang. Kemudian, masukkan santan, garam dan daun pandan.
2. Setelah air kukusan mendidih, kukus pulut selama 40 minit. Setelah pulut masak, benamkan beberapa kuntum bunga telang.
3. Tutup kukusan. Biarkan sekejap. Buka semula tutup kukusan dan kacau pulut perlahan-lahan. Tutup api dapur.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
INTI KELAPA
2 biji kelapa parut putih
3 cawan air
3 cawan gula merah – beli online di sini
½ cawan gula putih – beli online di sini
2 sudu kecil garam
3 helai daun pandan
1 sudu besar tepung gandum – beli online di sini
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA-CARA:
1. Bancuh gula merah bersama air. Tapiskan ke dalam kuali.
2. Masukkan kelapa parut, gula putih, garam dan daun pandan. Masak di atas api yang sederhana. Kacau sekali-sekala.
3. Bila dah mendidih, perlahankan api. Kacau hingga sedikit kering.
4. Taburkan tepung gandum. Kacau lagi hingga kelapa berkilat. Tutup api dapur. Biarkan seketika dan angkat.
Kredit resipi: Zainoor Aliza Ali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Guna Udang Segar. Ini Rahsia Buat Inti Cucur Badak Yang Sedap
Batil Pisang Kuih Tradisi Orang Banjar,Makan Berkali Tak Jemu
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: