Banyakkan sayur-sayuran dalam sajian, ajak anak-anak makan sayur jugak. Pemakanan sihat ni ditinggal jangan. Apa kata masa buka cuba makan sayur cara lauk tradisional pulak.
Nak masuk lauk sayur ni modal pun sedikit aje, dan yang pasti tak menggemukkan. Resipi ni mudah aje, tapi masih ada yang belum pernah buat, terutama anak remaja.
LABU MASAK LEMAK PUTIH UDANG KERING
BAHAN-BAHAN :
½ biji labu /buangkan kulit dan potong lebar
500 ml santan cair
100 ml santan pekat
1 helai daun kunyit /dicarik dan simpul
Garam secukup rasa
Bahan ditumbuk :
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 gm udang kering
CARA MEMASAK : 1. Masukkan labu, bahan-bahan yang ditumbuk dan santan cair ke dalam periuk. 2. Masak dengan api yang sederhana. 3 .Apabila mula mendidih, masukkan daun kunyit dan santan pekat. Perasakan dengan garam. 4. Renehkan lagi hingga labu empuk 5. Kacau sekali sekala supaya santan tidak pecah minyak. 6. Padamkan api dapur dan sedia untuk dihidangkan.
Ads
Saiz hidangan : 8 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Didih dan reneh Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan : Kuah labu dan udang memberi rasa lemak manis
INFO CHEF : Jika mahu pedas sedikit, boleh masukkan 4- 5 biji cili padi ditumbuk pecah, dan dimasukkan sama dengan bahan yang ditumbuk lain.
TEMPOYAK PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN :
5-6 ikat pucuk ubi/ (direbus dengan air mendidih dan letakkan sedikit garam dan minyak masak)
500 gm tempoyak /lagi banyak lagi sedap
500 gm udang hidup yang kecil pun boleh
500 ml santan pekat
5 helai daun kunyit/dihiris halus
8 batang serai /dihiris halus
20 ulas bawang merah /dikisar
5 sm kunyit hidup/dikisar
25 biji cili padi /ikut kepedasan disukai/dikisar
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Pucuk ubi yang direbus dan ditoskan dan perahkan airnya kemudian dipotong halus. 2. Masukkan kesemua bahan pucuk ubi, daun kunyit, serai, udang, bahan-bahan kisar, tempoyak dan santan di dalam kuali yang sudah dinyalakan api. 3. Balik-balikkan dan masak hingga sebati dan memekat dengan api yang sederhana. 4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau untuk mengelakkan santan pecah. 5. Masak hingga sedikit pekat dan bolehlah dipadamkan api.
Saiz hidangan : 10 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Rebus dan reneh Jenis masakan : Lauk sampingan Keistimewaan : Pucuk ubi dan tempoyak memang terbaik rasanya
INFO CHEF :Sajian kalori rendah yang mudah dan ringkas disediakan
RENDANG PUCUK UBI MAK LONG
BAHAN-BAHAN :
2 ikat pucuk ubi | pilih yang muda , basuh dan toskan
2 kilo santan
Segenggam ikan bilis
Segenggam cili api
3 inci kunyit
5 ulas bawang merah |dihiris nipis
5 batang serai | dititik
Garam
Asam keping
CARA MEMASAK: 1. Kisar cili api, kunyit hidup dan ikan bilis. 2. Panaskan kuali. Masukkan santan, serai, asam keping dan bahan yang dah dikisar. Masak sehingga naik minyak. 3. Masukkan pucuk ubi, terus masak , masukkan garam. Teruskan masak. 4. Bila agak kering santannya, kecil kan api.Teruskan memasak dan selalu dikacau sehingga kering. 5. Angkat dan sedia dihidangkan
Ads
INFO :Terpulang kepada anda, sekiranya suka makan yang garing boleh masak sehingga garing.
Saiz hidangan: 10 orang. Waktu memasak 40 minit. Cara Memasak : Reneh Keistimewaan: Enak dan berlemak
4. MASAK LODEH
BAHAN A – KISAR
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci lengkuas
10 biji cili api hijau
2 biji cili merah
3 sudu besar udang kering
BAHAN B
Ads
250 gm udang basah
BAHAN C
2 keping tauhu basah
2 paket tempe |potong gaul garam dan goreng
1 paket tauhu kering |rendam hingga kembang
½ biji sengkuang |dipotong
15 batang kacang panjang |dipotong
1 batang lobak merah |dipotong
300gm kubis |dipotong
1 kilo santan
Garam
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali. Masak bahan A yang sudah dikisar. 2. Tumis hingga agak garing, masukkan udang hidup yang sudah dibersihkan. Masak sekejap 3. Kemudian masukkan santan. Kemudian masukkan tauhu kering yang sudah kembang, masak seketika. 4. Masukkan sayur sayur sudah di potong. Bila sudah mendidih, masukkan tauhu dan tempe yang sudah digoreng. 5. Masak sehingga mendidih, tutup api dan boleh dihidang dengan lontong dan sambal sotong.
Saiz hidangan: 8 orang. Waktu memasak 40 minit. Cara Memasak : Tumis dan reneh Keistimewaan: Enak dan berlemak
Langgan Rasa
JOM TENGOK VIDEO MENARIK INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sedapnya Kuetiau Sup ala Kopitiam ni. Nak masak pun sangat mudah. Kalau nak tahu, selain dinikmati bersama kuetiau, anda juga boleh menggantikan dengan bihun, suhun atau mi. Memang sedap dan layan habis! Resipi yang dikongsi oleh saudari Cik Puan Zee ini sesuai dijadikan sajian keluarga pada bila-bila masa. Pasti kena dengan selera. Jadi selamat mencuba!
RESIPI KUETIAU SUP ALA KOPITIAM YANG SEDAP & MUDAH MASAK
BAHAN-BAHAN:
2 labu bawang putih – dicincang 1 cawan minyak masak 3 ketul dada ayam 2 kiub pati ayam – beli online disini 2-3 keping kek ikan 1 mangkuk bebola ikan Minyak bijan – beli online disini Air untuk merebus secukupnya Garam secukup rasa Kuetiau – cuci sekejap dengan air panas Sawi pak choy – dicelur Cili padi – dipotong Kicap manis/masin secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Untuk menyediakan minyak bawang putih, panaskan minyak masak guna api kecil dan goreng bawang putih cincang hingga keperangan. Ketepikan.
2. Bilas kuetiau menggunakan air panas untuk membuang minyak yang melekat pada mi. 2. Untuk membuat kuah sup, masukkan air dan kepingan ayam ke dalam periuk yang bersesuaian. Renehkan sehingga ayam masak. Angkat ayam sahaja dan ketepikan. 3. Masukkan hirisan kek ikan, bebola ikan dan kiub pati ayam ke dalam periuk tadi. 4. Titiskan minyak bijan dengan secukupnya dan perasakan kuah dengan memasukkan garam dengan secukup rasa. 5. Masak kuah dan biarkan sehingga mendidih. Siap. 6. Carik isi ayam yang direbus tadi halus-halus. 4. Untuk melengkapkan rasa, campurkan cili padi potong bersama kicap. Sebatikan. Hidangkan Kuetiau Sup bersama sambal kicap, isi ayam carik dan minyak bawang putih.
Terasa nak makan pisang goreng dengan tepung rangup yang sedap? Ini cara bancuh tepung salutan pisang goreng yang mudah dan dijamin menjadi. Tepung salut rangup ditambah pula dengan pisang yang manis. Hmm…memang terbaik! Nak cuba? Guna tepung beras dan beberapa bahan mudah je. Boleh cuba resipi perkongsian saudari Wani Suhaimi ni. Memang terbaik! Cubalah. Anda pasti berpuas hati dengan rasanya. Baru pertama kali cuba pun pasti menjadi elok sempurna.
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan dalam bekas. Campur dan adun sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. 2. Celup pisang. Bila melekat elok itu tandanya adunan sudah sempurna. 3. Panaskan minyak masak dan goreng pisang hingga habis.
4. Angkat, toskan minyak dan Pisang Tepung Goreng Tepung rangup sedia untuk dinikmati.
Hampir seminggu disua dengan makanan tradisional, memang sedap tapi bila setiap hari muak jugakan? Kebanyakan restoran dan cafe masih tutup cuti raya. Cara terbaik, masak sendirilah kita. Jommm western,
MEATBALL BLACK PAPER
BAHAN-BAHAN:
BEBOLA DAGING:
500 gram isi daging | kisar
4 sudu makan | mentega
2 biji bawang besar | cincang halus
5 ulas bawang putih | cincang halus
5 sudu makan serbuk roti
2 sudu makan lada hitam
2 sudu makan serbuk lada putih
1/2 sudu makan serbuk mixed herbs
Garam dan gula secukup rasa
1 biji telur
Sedikit Italian Herbs
3 sudu makan susu cair
Sedikit minyak masak | untuk menggoreng
BAHAN SOS PERANG:
500 ml air
5 sudu makan serbuk sos perang segera
1 sudu makan serbuk lada hitam kasar
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 ulas bawang merah | cincang halus
1 sudu mentega
Sedikit kentang goreng | sampingan
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
Masukkan ke dalam pengisar daging, bawang goreng, serbuk roto, lada hitam dan putih, mixed herbs, telur, Italian herbs dan susu.
Kisar sehingga sebati.
Keluarkan dalam mangkuk, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Bentukkan adunan daging menjadi seperti bebola (saiz ikut cita rasa).
Setelah siap, goreng menggunakan minyak yang sedikit. Angkat dan toskan.
Sediakan sos perang pula, panaskan mentega dalam kuali.
Tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi. Masukkan bacuhan sos perang dengan air.
Kacau hingga kuah menjadi pekat, kemudian, masukkan serbuk lada hitam.
Apabila kuah pekat, tuangkan atas daging bebola daging.
Hidangkan bersama kentang goreng.
SPAGETI MEATBALL MOZA
BAHAN-BAHAN:
1 paket spageti | rebus hingga masak
6 ulas bawang merah | cincang
2 ulas bawang putih | cincang
2 biji tomato | potong dadu
500gm daging kisar
1/2 batang lobak merah | potong dada halus
4 biji cendawan butang | potong dadu
250gm puri tomato
250gm sos tomato
½ cawan susu segar
1 cawan air
Sedikit Italian Herbs
1 kium stok daging lembu
100gm mozarella
10 biji meatball
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk. Goreng meat ball hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan, tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
Masukkan daging kisar, terus kacau hingga daging bertukar warna keperangan.
Seterusnya masukkan hirisan lobak merah, cendawan butang dan tomato.
Setelah sayur layu masukkan sos dan puri tomati, air dan susu, Kacau hingga sekata.
Apabila mendidih masukkan Italian Herbs dan stok daging lembu.
Tambahkan sedikit garam jika tidak masin.
Biarkan kuah mereneh atas api perlahan hingga kuah pekat.
Masukkan spageti dalam pinggan hidang, tuangkan kuah balognes di atasnya.
Akhir sekali taburkan keju mozarella di atasnya dan tambah meat ball. Kemudian masukkan dalam ketuhar gelombang selama dua minit untuk mencairkan keju.
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...