Bihun, antara mi yang kerap menjadi pilihan untuk sarapan kerana rasanya yang sedap dan mudah disediakan. Tapi kalau tak kena cara membuatnya bihun boleh menjadi lembik atau terus hancur atau kadang-kadang keras selepas digoreng. Kalau korang pernah mengalami ini jangan risau, ada cara bagaimana nak menyediakan bihun goreng yang lembut, sedap dan cantik bila dihidangkan kepada ahli keluarga atau tetamu.
Pilih Bihun Berkualiti
Jenis bihun dan kualiti bihun adalah perkara pertama anda perlu pastikan. Sebaiknya korang beli bihun yang diakui berkualiti dan dalam keadaan masih elok digunakan. Misalnya bihun dalam keadaan kemasan yang tidak koyak atau pecah. Warna bihun lebih jernih, tidak kusam dan pastikan mempunyai Tarikh luput yang lama lagi.
Usah Rendam Bihun Terlalu Lama
Ads
Kalau kebiasaannya korang rendam bihun dengan air panas supaya cepat lembut, ia adalah salah. Tetapi kalau terlalu lama menrendamnya, bihun akan hancur dan tidak boleh digunakan lagi. Sebaiknya jika ingin merendam bihun gunakan air suam atau air biasa, tetapi ia memerlu masa lebih lama tetapi hasil bihun yang digoreng lebih lembut dan kenyal.
Guna Api Sederhana
Ads
Pastikan korang guna api sederhna, walaupun sedikit mengambil masa, tapi hasil bihun yang digoreng tidak mudah hancur, mudah sebati dengan bahan tumisan serta sangat sedap bila dimakan.
Jangan Kerap Kacau Semasa Menggoreng
Apabila bihun sudah sebati dengan bahan tumisan, jangan terlalu kerap dikacau untuk mengelakkana ia mudah hancur atau patah. Jika perlu boleh tambah sedikit air untuk memastikan bihun bercampur sebati dengan bahan tumisan.
Ads
Diharapkan dengan info ini, ia dapat membantu korang memasak bihun tanpa gagal dan hasailnya lebih sedap dan hidangan lebih menarik.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cuti-cuti macam ni buat mi pun sedap juga, kan? Jom cuba 3 resipi mi yang RASA kongsikan ni. Senang je nak masak mi. Lagipun tak perlu nak memasak lauk dah. Sediakan mi saja, raikan hari cuti di rumah sendiri.
Bahan-bahan:
1 kg mi kuning
500 gram ayam (potong kecil)
1 kg kerang (rebus dan ambil isi)
300 gram udang (rebus dan buang kulit)
2 cawan air rebusan udang
10-15 biji bebola ikan
3 keping kek ikan
4 sudu makan rempah kari ayam (bancuh menjadi pes pekat)
2 keping asam gelugor
1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah | rebus dan lecek halus
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair (boleh digantikan dengan santan kotak)
Bahan untuk rempah tumis:
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih
5 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
Bahan untuk kisar halus:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai (hiris nipis)
10 tangkai cili kering (rebus dan toskan air)
2 sudu makan udang kering (rendam sehingga lembut)
Bahan untuk hiasan:
4 biji telur rebus (potong dua)
2 tangkai sawi (potong dan rebus)
Bawang goreng
Limau kasturi (potong dua)
Tauge
Daun bawang
Cili merah
Tauhu kering goreng
Cara memasak:
1. Panaskan air sehingga mendidih dan celur mi kuning seketika. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes
rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
3. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak. Kemudian masukkan air rebusan udang dan santan cair. Masak
kuah sehingga mendidih.
4. Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (atau keledek) lecek. Kacau kuah
semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Hidangkankan mi bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.
Bahan-bahan:
Minyak masak untuk menumis
200 gram bihun (direndam sehingga lembut)
2 genggam tauge (dibuang ekornya)
100 gram kucai (dipotong 3 cm)
1 sudu makan sos tomato
3 sudu makan cili kisar
150 gram udang saiz kecil (kupas kulitnya)
Bahan kisar:
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 genggam udang kering (cuci dan rendam)
Secubit belacan (dibakar)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kuah:
1/2 bahagian perencah untuk menggoreng mi siam
3/4 sudu makan taucu (lecek sehingga hancur)
3/4 sudu teh pes asam jawa
1 batang serai (dititik)
2 keping hirisan lengkuas (dititik)
1 liter air rebusan kulit udang
2 sudu makan kacang tanah tumbuk
1/4 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu
Bahan sampingan:
Telur rebus (dibelah dua)
Tauhu goreng (dihiris)
Hirisan daun bawang
Timun (dihiris memanjang)
Limau kasturi (dibelah dua)
Sambal tumis (jika suka)
Cara memasak mi siam:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis kisar halus sehingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
3. Kemudian keluarkan 1/2 bahagian untuk digunakan sebagai perencah dalam kuah. Tambah sos tomato dalam kuali mengandungi baki perencah tadi. Masukkan udang dan kacau rata.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan masukkan bihun.
5. Gaul hingga rata, masak hingga bihun lembut. Tambah tauge dan kucai, gaul rata dan matikan api. Ketepikan.
Cara memasak kuah:
1. Masukkan 1/2 bahagian perencah yang diasingkan tadi ke dalam periuk, bersama dengan taucu, serai, lengkuas dan pes asam jawa.
2. Kacau rata dan masak sekejap. Tuang air rebusan kulit udang (jika perlu boleh tambah sedikit air). Kacau dan biar mendidih.
3. Masukkan santan, perasakan dengan garam (anda rasa dulu, kalau perlu baru tambah garam) dan gula secukup rasa, biasanya kuah sedikit manis.
4. Akhir sekali tambah kacang tanah tumbuk. Masak sehingga mendidih.
5. Angkat dan hidangkan.
Bahan-bahan:
1/2 kg mi kuning (dicuci dan tos)
300 gram daging (dihiris nipis dan direbus bersama air dan hirisan halia sehingga lembut)
4 sudu makan cili kering kisar
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap pekat
1sudu makan kicap masin
1 sudu makan sos tiram
1 Kiub ikan bilis
3 cawan air rebusan daging
Garam dan gula secukup rasa
Sawi dan tauge secukupnya
Cara memasak:
1. Tumis bawang putih dan bawang merah di dalam minyak panas. Kemudian masukkan cili kering kisar.
2. Setelah naik bau dan cili masak, masukkan daging dan 3 cawan air rebusan daging dan kiub ikan bilis.
3. Masukkan kicap pekat, kicap masin, sos tiram dan sos tomato. Kemudian masukkan mi dan kacau seketika. Sesuaikan rasa.
4. Masukkan sawi dan kacau rata. Tutup api dan masukkan tauge.
5. Kacau rata dan angkat.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Mi Goreng adalah hidangan yang mudah dan cepat dimasak. Boleh makan masa sarapan, minum petang, makan malam dan bila aje perut terasa lapar.
Ada orang suka guna ayam dan daging, bagi penggemar makanan laut, sotong , udang dicampur dengan bebola ikan atau kek ikan memang gerenti laku keraslah. Resipi yang dikongsikan ini memang citarasa penggemar makanan laut, nak tambah udang atau kerang lagi lah berganda sedapnya.
MI GORENG BASAH
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali, masukkan minyak 2 sudu besar..
2. Dan tumiskan cili kisar ngan bahan2 tumbuk tadi sampai garing sedikit..
3. Masukkan Sos cili, sos tiram,sos ikan,kicap pekat,kicap manis ,kicap mee, dan masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1cawan kecil..
4. Masak dan kacau-kacau sebati… masukkan sayur dan kacau2 lagi.. pastu masuk kan mee kuning dan tomato… kacau2 bagi sebati dan masak.. siap
5. Masak mee goreng basah ni tak pakai garam gula dan aji sbb rasa kicap tu semua dah cukup..
FB Resepi Masakan Melayu Vs Western Food
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Lasagna klasik Itali ialah hidangan pasta berlapis yang kaya dengan sos daging, béchamel dan keju. Ketahui sejarah, keistimewaan dan cara penyediaannya di sini.