Ayam antara menu mudah diolah dan tidak perlu dimasak lama dan boleh dipelbagaikan menu yang boleh dimakan bersama nasi impit, ketupat, lemang mahu pun aneka nasi bertumis seperti Nasi Briani atau Nasi Minyak. Untuk anda, berikut disertakan tiga lauk ayam sesuai dijadikan lauk raya untuk anda nikmati bersama ahli keluarga.

3 Lauk Ayam Raya Yang Sedap & Jimat, Boleh Cuba Ni.

AYAM BRIANI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong sederhana dan bersihkan
2 biji tomato | belah empat
2 biji cili hijau | belah dua tak putus
2 biji cili merah | belah dua tak putus
5 sudu makan rempah beriani
5 sudu makan sos tomato
3 sudu makan puri tomato
3 sudu makan bawang goreng
1 tangkai daun ketumbar | hiris
1/2 cawan kismis
1 cawan susu cair
Air | ikut keperluan
Garam dan gula secukupnya
1 biji bawang besar | hiris
3 sudu makan minyak masak
2 sudu makan minyak sapi
BAHAN KISAR:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
4 biji cili hijau semua bahan dikisar
2 tangkai daun ketumbar | hiris

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Ayam dibersihkan dan digaul bersama kunyit dan garam.
  2. Kemudian goreng setengah masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakana kuali lain,panaskan minyak masak bersama minyak sapi.
  4. Tumis bawang besar dan bahan yang dikisar hingga wangi.
  5. Masukkan rempah Beriani, sedikit air dan kacau sebati.
  6. Masukkan puri tomato, tomato sos, kismis, bawang goreng.
  7. Kacau rata. Masukkan ayam dan susu cair sambil kacau hingga ayam masak.
  8. Perasakan garam dan gula secukupnya.
  9. Akhir sekali masukkan tomato, cili dan daun
  10. Sedia dihidang.

3 Lauk Ayam Raya Yang Sedap & Jimat, Boleh Cuba Ni.

AYAM KURMA
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana dan bersihkan
4 cawan santan
4 sudu makan rempah kurma
2 sudu makan serbuk badam
1 sudu makan serbuk lada sulah
2 biji buah tomato | belah empat
2 biji kentang | belah empat
3 biji cili besar hijau dan merah| hiris serong besar
2 biji bawang besar | belah empat
1 biji lemon | ambil jus sahaja
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
2 sudu makan minyak sapi
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
6 kuntum buah pelaga
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
6 ulas buah keras
3cm halia

IKLAN

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan minyak masak bersama minyak sapi dalam kuali.
  2. Tumiskan rempah penumis, tumis hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan bahan kisar, kacau sehingga berbau harum dan kekuningan.
  4. Setelah itu, masukkan pula rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air, dan kacau sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam, kacau sebati dan biarkan ayam kecut dan masak.
  6. Setelah itu, masukkan kentang serta santan, dan masaklah sehingga kentang empuk.
  7. Kemudian masukkan jus lemon, serbuk lada sulah dan serbuk badam, kacau rata.
  8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa,
  9. Akhir sekali masukkan potongan bawang besar tomato serta cili besar tadi.
  10. Apabila cukup rasa, tutup api dan kurma sedia dihidangkan.

3 Lauk Ayam Raya Yang Sedap & Jimat, Boleh Cuba Ni.

AYAM MASAK KUZI
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong sederhana dan bersihkan
2 biji kentang | belah empat
2 sudu makan rempah kuzi
1/4 cawan buah kismis | goreng sekejap
1/4 cawan hirisan badam | goreng sekejap
5 biji bawang besar | hiris nipis dan goreng garing & kisar
1/2 cawan puri tomato
1/2 tin susu cair
2 cawan air | jika ingin berkuah boleh tambah
3 sudu makan minyak masak
2 sudu makan minyak sapi
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1/2 inci halia
Sedikit safron
BAHAN PERAPAN AYAM:
5 biji bawang merah | kisar
2 biji bawang putih | kisar
2cm halia |kisar
Sedikit Safron
2 sudu makan cuka
Sedikit garam

CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ayam yang telah dibersihkan dengan bahan perapan. Perap selama 30 minit.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam (jangan terlalu garing), angkat dan ketepikan.
3. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak yang dicampurkan dengan minyak sapi.
4. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau, baru masukkan rempah kuzi.
5. Biarkan rempah naik minyak baru masukkan sos tomato di ikuti air dan susu. Kacau sebati,
6. Masukkan ayam yang telah di goreng tadi bersama kentang.
7. Setelah mereneh masukkan pula bawang besar yang telah digoreng dan ditumbuk.
8. Masukkan air tambahan jika perlu, garam serta gula secukupnya.
9. Masak sehingga kuah sedikit pekat. Akhir sekali masukkan kismis dan badam tadi.
10. Tutup api bila sudah secukup rasa. Angkat dan hidangkan bersama nasi atau roti jala.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI