Akhir-akhir puasa, dah sibuk buat persiapan raya, berbuka pun masak yang simple dan ringkas je. Jadi menu Hari Tumis Berempah ini mungkin idea bagus anda jadikan lauk berbuka yang mudah disediakan. Resipi macam biasa RASA kongsikan di sini, selamat mencuba.
HATI MASAK BEREMPAH: BAHAN-BAHAN: 1/2 kg hati lembu | potong nipis dan bersihkn 1 sudu makan rempah kari daging 2 sudu makan cili sos 2 sudu makan sos tiram 2 sudu makan kicap lemak manis secukupnya Garam, gula dan perasa secukup rasa 2 biji cili masak | belah 2 1 biji tomato | belah 6 1 biji bwng besar | potong bulat BAHAN KISAR: 1 biji bwng besar 4 ulas bwng putih 1 inci halia
Ads
CARA MEMBUAT:
Ads
Ads
Masukkan bahan kisar dalam bekas berisi hati yang telah dicuci bersih dan tos.
Tambahkan ke dalamnya rempah kari, sos cili, sos tiran dan kicap {jika kurang hitam boleh tambah kicap). Perap sekejap.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis hati yang diperap tadi.
Masukkan sedikit air, masak hingga agak kering dan hati empuk (kalau belum empuk boleh tambah air lagi).
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa,
Akhir sekali masuk cili merah, hirisan bawang dan tomato.
Kacau sekejap dan tutup api.
Hati Tumis Berempah sedia dihidangkan.
Kredit resipi : by mazliza ahmad.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Churros memang sedap dimakan sebagai kudapan. Lembut, rangup dapat pulak dicecah dengan sos coklat memang padulah. Resipi Churros ni memang istimewalah banyak tip dan teknik yang diikongsi oleh pemilik resipinya.
CHURROS
°°°°°°°°°°°°
.
BAHAN-BAHAN :
1 cawan tepung gandum – beli online DI SINI 1 biji telur B
CARA MEMASAK : 1. Satukan bahan-bahan bertanda * dlm kuali (guna kuali non stick). Buka api dan kacau smpai gula larut, biarkan mentega tu cair….
2. Tutup api, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau dengan. Terus je balik-balikkan tepung tu sampai doh yang lembut terhasil.
.
3. Telur pukul sikit dan tuang dalam doh. Doh masih panas, jadi terus aje uli-uli dengan senduk. Bila doh dah sejuk sikit dan boleh dipegang, ulilah dengan tangan sampai betul-betul sebati dan takde lagi ketulan tepung.
Tip : Doh yang cantik adalah doh yg licin dan agak kenyal. Tak melekat dekat tangan.
4. Masukkan doh dalam piping beg. Guna star nozle dan paipkan atas dulang yang dialas baking paper (tujuan tak bagi melekat aje) Sementara dok paip Churros tu, bolehlah la panaskan kuali minyak.
5. Goreng sehingga keemasan dan diangkat.
6. Sira dgn gula icing dan sedikit serbuk cinnamon. Lebih umph kalau cecah dalam sos coklat.
SOS COKLAT
°°°°°°°°°°°°°°°° BAHAN-BAHAN :
– cairkan secara double boil
Tip nak dapatkan Churros yang best dan menjadi :
1. Ada beberapa resepi Churros yang empunya resipi dah cuba tetapi baginya ini yg terbaik. Rangup di luar, lembut di dalam. Ada resepi saya buat, Churros saya keras macam belimbing besi,sebab tepung yg berlebihan. TEPUNG 1 CAWAN dah cukup ye, kalau lebih, confirm boleh baling dinding.
2. Masa nak masukkan & tepung, kebanyakan resepi suruh perlahankan api, Tapi saya TUTUP API masa tu. Ikut petua, jangan uli tepung dengann air yang menggelegak, ini untuk mendapatkan churros yang berkulit rangup dn kerangupan tu tahan lebih lama…
3. Kalau agak agak doh panas lagi tak boleh uli dengan tangan, boleh je tunggu kejap, no hal Ambil masa anda untuk uli doh untuk uli doh bagi licin ye, tak perlu tergesa-gesa sebab kuih ni takde istilah bantat ke ape…
4. Seeloknya guna piping beg yang tebal kalau tak nak 10 kali tukar bag, kalau piping bag nipis mudah pecah.
5. Guna star nozle untuk corak belimbing yg cantik. Kalau nak guna acuan samprit pun boleh. Pada yang tak pentingkan rupa, nak gentel aje pun takde masalah. Saiz Churros saya ni, agak dlm 2 inci setiap satu.
.
6. Pada yg expert pro master boleh je paip terus dalam minyak yang panas. Bagi amatur boleh paip dulu semua dalam dulang, biar saiznya seragam paip dulu semua dalam dulang untuk seragamkan. Selepas itu baru masukkan dan goreng baru campak semua sekali dlm kuali, masak pun seragam je.
.
Kredit: BBOS
INGIN MENCARI KUALI ANTI LEKAT, BOLEH BELI ONLINE DI SINI
Sebut saja kerabu, ada bermacam jenis. Ada yang rasa masam dan pedas, ada juga yang lemak pedas tak kurang juga yang disediakan segar. Apapun cara hidangan kerabu tetap menambat selera. Kalau anda pencinta kerabu, ini ada dua jenis kerabu yang berbeza tetapi rasa tidak menghampakan. Anda semua wajub cuba.
KERABU JANTUNG PISANG KERISIK
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
KERABU CAMPURAN KEKACANG
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!