Dah beli daging tapi masih mencari idea nak masak apa. Dah tak payah susah-susah ikut aje 4 idea resipi yang gerenti enak ni.
Penulis buku masakan Azian Hasan ada resipi sedap yang mudah dimasak. Sedap dibawa berbuka nih.
1.DAGING STROGANOFF
BAHAN-BAHANNYA :
1 biji bawang holland | dipotong dadu
1 ulas bawang putih | dicincang halus
3 cendawan butang | dihiris nipis
3 sudu makan cuka epal (cider)
3 sudu makan mentega
500 gm daging batang pinang | dipotong memanjang
1 cawan krim
1 cawan susu segar
1 sudu teh pasli kering
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA :
Panaskan dan cairkan mentega dan masukkan bawang holland dan bawang putih.
Masak sehingga wangi. Angkat dan ketepikan.
Masukkan cendawan butang dan masak selama 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
Masukkan daging dan masak sehingga daging keperangan.
Masukkan epal cider dan sedikit air dan biarkan ianya mendidih.
Masukkan serbuk lada hitam, pasli, garam,susu segar dan krim
Renehkan sebentar sehingga kuahnya pekat.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 25 hingga 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Ads
Jenis masakan : Sajian Tradisional Russia
Keistimewaan : Daging berjus dengan rasa lemak berkrim
INFO CHEF : Gunakan daging segar yang mempunyai sedikit lemak untuk rasa lebih enak. Sajian tradisional Russia ini sudah wujud sejak abad ke 19 dan amat popular di seluruh dunia.
2. STEW DAGING
BAHAN-BAHAN :
500gm daging batang pinang | dipotong saiz 3 sm
1 biji bawang holland | dipotong dadu
100gm mentega
3 sudu makan tepung gandum
2 biji lobak merah | dipotong membulat tebal
2 batang saderi | dipotong pendek
3 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh thyme
1 sudu teh rosemary
3 helai daun bay
Garam secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK :
Panaskan kuali dan cairkan mentega
Masukkan bawang holland dan masak setakat ianya layu.
Masukkan tepung dan kacau sehingga warnanya menjadi keperangan.
Tuangkan air sedikit demi sedikit
Ulang langkah ini selama 3 kali dan akhir sekali tuangkan air mengikut kesesuaian.
Masukkan kesemua bahan-bahan lain dan reneh sehingga daging lembut.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sajian barat
Keistimewaan : Sajian stew bertambah lazat, bila dihangatkan dari lauk semalaman.
INFO CHEF : Enak dimakan bersama roti. Anda juga boleh menambahkan kentang, cendawan dan kacang pis hijau ikut rasa yang anda gemari.
3. NASI KARI DAGING
BAHAN-BAHAN :
1/2kg daging | dipotong besar dan direbus sehingga lembut, simpan airnya)
3 cawan beras biasa
4 cawan air rebusan daging
2 labu bawang merah besar | dihiris halus
2 ulas bawang putih | dihiris halus
1.5 sm halia | dihiris halus
2 sm kulit kayu manis
1-2 kuntum bunga lawang
3 sudu makan mentega
3 sudu makan minyak masak
3 sudu besar rempah kari daging | campurkan sedikit air,jadikan pes
1 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan tomato puri
2 biji tomato | dipotong dadu
1 ikat daun ketumbar | secekak, dihiris halus
Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA :
Ads
Panaskan minyak dan mentega
Tumis, bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi
Masukkan rempah kari daging dan serbuk cili yang sudah dibancuh dengan air dan dijadikan pes. Masak sehingga rempah garing
Masukkan daging, air daging, tomato puri, garam dan masak sehingga mendidih
Masukkan beras, tomato dan daun ketumbar.
Apabila masak gaulkan sekata.
Saiz hidangan : 6 orang
Waktu memasak : 35 minit
Cara memasak : Tumis dan didih
Jenis masakan : Sajian Nasi
Keistimewaan : Hidangan nasi berdaging dengan diperkayakan rempah ratus
INFO : Nasi kari daging ini adalah sajian fusion India dan Melayu . Diinspirasikan dari masakan India tapi menepati citarasa dan selera Melayu
4. DAGING SELASIH
BAHAN-BAHAN :
Ads
250gm daging cincang
4 biji cili merah | dihiris halus
4 biji cili padi| ditumbuk
5 ulas bawang putih | ditumbuk
2 sudu makan kicap cair
2 sudu makan sos ikan
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan minyak masak
2 genggam daun selasih
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Tumbuk cili merah, cili padi dan bawang putih.
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
Masak sehingga cili garing.
Masukkan daging cincang dan masak sehingga daging empuk dan masak,
Masukkan sos ikan, kicap cair dan sos tiram. Kacau sebati.
Perasakan dengan garam.
Masukkan daun selasih dan gaul kan kesemuanya.
Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan kacau goreng
Jenis masakan : Sajian Nasi, masakan pengaruh Thai
Keistimewaan : Keunikan rasa yang sedap dibangkitkan oleh daun selasih
INFO CHEF : Daun selasih atau dikenali dengan daun kemangi , sering digunakan sebagai penyedap makanan dalam sajian atau lauk bagi membangkitkan aroma hidangan yang disediakan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Nasi Butter atau Nasi Mentega memang sedap. Rasa lemak-lemak masin dan wangi menjadikan kita begitu berselera. Anak-anak pun suka. Biasanya Nasi Butter ni dihidangkan bersama Kurma Telur, Ayam Masak Merah dan Jelatah. Kadangkala, tak perlu lauk pun dah boleh buat si kecil makan dengan banyak. Bagi anda yang nak cuba, resipi perkongsian saudari Ismi Yatie Ummu Haziq ni antara yang mudah.
CARA MASAK NASI BUTTER YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
6 pot (cawan sukatan) beras – boleh juga guna basmathi
125gm mentega (salted @ unsalted mana-mana boleh)
1 ½ cawan susu segar – boleh ganti dengan susu sejat/cair
Air secukupnya – ikut sukatan biasa masak nasi @ ikut jenis beras yang guna
Sedikit garam
Daun ketumbar – jika suka
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar (biasa)
4-5 ulas bawang putih
2-3cm halia
1 batang serai – ketuk
1-2 helai daun pandan
CARA MEMASAK: 1. Panaskan kuali dan cairkan mentega.
2. Masukkan bahan-bahan kisar dan serai yang diketuk. Boleh juga tambahkan daun pandan. Tumis hingga naik bau.
3. Tambahkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan. Goreng selama 1-2 minit. Lagi sedap jika guna beras basmathi. ( empunya resipi guna beras biasa sahaja)
4. Masukkan susu segar. Jika tiada, boleh digantikan dengan susu sejat @ susu cair. Gaul sebati dan padamkan api.
5. Alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi elektrik atau periuk tekanan. Tambahkan air (ikut sukatan air untuk masak nasi) dan garam secukupnya. Set ‘’setting’’ seperti masak nasi biasa. Jika suka, boleh letak daun ketumbar untuk aroma yang lebih wangi.
6. Nasi Butter yang telah siap dimasak. Baunya memang wangi. Sedia untuk dinikmati.
Di kalangan warga selatan atau Johor, sup tulang merah ni memang cukup popular. Dihirup begitu sahaja atau makan dengan nasi dan roti, perrghh past ilicin pingan. Menurut empunya resipi Lailawati Ahmad sup ni main campak aje, InsyaAllah menjadi. Senang la kot membuatnya.
Kata empunya resepi sup tulang merah atau Bonesteak main campak taruk je ok. Nak tahu jadi ke tidak kenalah cuba kan..
SUP TULANG MERAH
BAHAN-BAHAN : • 6 kg tulang kaki kambing
Bahan-bahan rempah:
• 2 cawan sos cili
• 1 1/2 cawan sos tomato
• 1 cawan tomato puri
• 4 cawan lada kering blend (nak lebih pun ikut suka)
• Bawang merah 1 cawan setengah (bersihkan)
• Bawang besar 2 hingga 3 biji (bersihkan)
• Bawang besar dan bawang merah bersihkan | kisar
• Halia besar ibu jari kaki, | belah dua ketuk dengan pisau besar untuk pecahkan dia
• Garam secukup rasa
• Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Basuh bersih tulang-tulang lepas tu masukkan dalam periuk yang sesuai.
2. Masukkan bahan-bahan rempah dalam periuk yang ada tulang tadi, masa ni boleh letak garam dan gula sedikit.
3. Bila dah nak dekat masak tulang-tulang tu baru perasakan lagi sama ada cukup atau tak masin manis pedasnya.
4. Letak sedikit air sampai tutup semua tulang-tulang tadi.
5. Masak dengan api sederhana besar selama 1 setengah jam hingga ke 2 jam sampai daging yang ada dekat tulang-tulang tu lembut.
6. Setiap 10-15 minit kacau-kacau sup tu, bila daging yang ada dekat tulang-tulang tu dah agak lembut bermakna sup tulang kita dah ready.
7. Kalau masih belum lembut boleh tambah air sikit dan masaklah sampai nak pekat mana kuah tu, boleh tutup api dan sedia untuk dimakan, jangan lupa tabur hirisan sayur kobis ye.
. Resepi: Lailawati Ahmad FB : Petua & Resepi CitarasaKu
Pernah cuba menu Claypot Chicken Rice @Nasi Ayam Claypot? Katanya sangat sedap tapi agak susah nak cari restoran atau kedai yang halal kerana menu ini biasanya dijual oleh peniaga bukan muslim.
Bagi yang teringin nak makan hidangan ini, resipi dari saudari Rozmaliza Omar ni antara yang mudah. Bahan-bahannya sangat ringkas dan mudah serta mengenyangkan.
Menurut empunya resipi jika suka rasa pedas, boleh dimakan bersama sos thai. Wow… Pasti ‘best’ ni. Jom cuba. Anda dan keluarga pasti suka.
CARA MASAK CLAYPOT CHICKEN RICE @ NASI AYAM CLAYPOT YANG SANGAT MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN NASI: 1 tin susu beras 2 tin susu air 1 kiub pati ayam – beli online disini
1. AYAM KICAP:Tumis bahan tumbuk bersama cili kering hingga wangi. Masuk ayam, biarkan sekejap.
2. Masukkan air, kicap, sos dan cendawan. Biarkan ayam dan cendawan lembut. Perasakan garam dan sedikit gula. Kacau rata. Tutup api.
3. NASI: Masukkan beras, air dan kiub ayam ke dalam claypot / periuk tanah. Masak hingga nasi separuh masak.
4. Bila nasi sudah separuh masak, letak ayam dan cendawan kicap tadi atas nasi dengan rata.
4. Tudung semula periuk nasi dan masak sehingga nasi betul-betul masak. 5. Masa nak hidang, letak 2 biji telur mata – goreng separuh masak (empunya resipi tidak letak). 6. Tabur hirisan daun bawang dan renjis minyak bijan atas nasi ayam.