Berita baik untuk mereka yang ingin diet dan menghidap diabetes, ini resipi yang sihat dan sedap sebagai kudapan.  Mungkin agak pelik sebut Muffin Savoury,  muffin tanpa gula ini sebenarnya sedap bila diadun bersama sayur-sayuran, ikan bilis, isi ayam dan hirisan daging. Atau kalau ada lebihan sambal mahupun rendang boleh je jadi  inti kata Chef  Che Sue.

Terima kasih Chef kerana sudi berkongsi resipi sihat ni…

Bestnya Chef Sue Ni Kongsi Muffin Versi Sihat & Sedap.

CHEDDAR CHEESE MUFFIN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung gandum
  • 300gm parutan keju
  • 100gm keju Cheddar
  • 30gm baking powder
  • 10gm baking soda
  • 100ml krim masam
  • 100ml minyak
  • 2 biji telur
  • 5gm garam

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan kering. Gaul sebati.
  2. , kemudian pukul telur seketika.
  3. Masukkan bahan kering, sour cream dan minyak, kemudian gaul lagi.
  4. Tambahkan parutan keju, kemudian masukkan dalam acuan.
  5. Taburkan keju Cheddar di atasnya.
  6. Bakar adunan dengan suhu 150C selama 30 minit dalam ketuhar yang sedia dipanaskan.
  7. Sedia dihidangkan dengan sos.

Bestnya Chef Sue Ni Kongsi Muffin Versi Sihat & Sedap.

SMOKED SALMON MUFFIN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung naik sendiri
  • 80gm mentega |cairkan
  • 1 biji telur
  • 250gm susu segar
  • 125gm smoked salmon

CARA MEMASAK:

  1. Ayak tepung ke dalam mangkuk.
  2. Kemudian campurkan mentega , telur dan susu. Kacau sekata.
  3. Tuangkan ke dalam mangkuk berisi tepung. Kemudian gaulkan hingga sebati.
  4. Masukkan ke dalam acuan kertas dan letakkan smoked salmon di atasnya.
  5. Bakar adunan dengan suhu 170C selama 30 minit di dalam ketuhar yang sedia dipanaskan.
  6. Setelah masak hidangkan panas.

Bestnya Chef Sue Ni Kongsi Muffin Versi Sihat & Sedap.

CHICKEN PEPPRONI MUFFIN

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm tepung gandum
  • 30gm gula
  • 30gm baking powder
  • 5gm garam
  • 20gm bawang  | potong dadu kecil
  • 1 biji telur
  • 125ml minyak masak
  • 125ml susu segar
  • 100gm pepperoni

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan tepung, gula, baking powder, garam dan bawang dalam mangkuk adunan.
  2. Gaul rata kesemua bahan kering ini.
  3. Seterusnya campurkan telur, susu dan minyak. Kacau sekata.
  4. Kemudian tuangkan ke dalam mangkuk berisi bahan kering tadi.
  5. Gaulkan hingga sebati menjadi doh lembut.
  6. Masukkan dalam acuan, kemudian letakkan chicken pepperoni di atasnya.
  7. Bakar adunan dengan suhun150C selama 30 minit dalam ketuhar yang sudah sedia dipanaskan.
  8. Setelah masak, muffin sedia dihidangkan.

Bestnya Chef Sue Ni Kongsi Muffin Versi Sihat & Sedap.

VEGETABLE MUFFIN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung gandum
  • 30gm baking soda
  • 10gm garam
  • 50gm daun bayam | hiris
  • 100gm gula
  • 100gm mentega

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan kering ,tepung, baking sida, garam dan gula. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan mentega dan daun bayam, gaul lagi.
  3. Seterusnya, masukkan telur yang telah dikacau. Gaulkan sebati.
  4. Masukkan dalam acuan kertas.
  5. Bakar dengan suhu 150C selama 30 minit.
  6. Mufin sedia dihidangkan.

Bestnya Chef Sue Ni Kongsi Muffin Versi Sihat & Sedap.

CHICKEN FLOSS MUFFIN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung gandum
  • 30gm baking powder
  • 10gm baking soda
  • 5gm garam
  • 2 biji telur
  • 100ml minyak masak
  • 2 sudu makan mayones
  • 400gm chicken floss

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam dalam mangkuk, gaul rata.
  2. Seterusnya masukkan telur yang telah dikacau, gaul sebati.
  3. Campurkan pula minyak  dalam camburan bahan adunan.
  4. Gaul sebati hingga menjadi doh lembut.
  5. Masukkan dalam acuan kertas.
  6. Bakar muffin dengan suhu 160C selama 30 minit dalam ketuhar yang telah dipanaskan.
  7. Sapukan sedikit mayones di atas permukaan muffin sebelum letakkan serunding ayam di atasnya.
  8. Muffin sedia dihidangkan.

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI