Korang yang berpantang bersalin, atau lepas pembedahan mahupun sedang berdiet memang sesuai sangat mengamalkan menu bakar-bakar ni. Ia bebas minyak dan sangat sedap kalau dipadankan dengan sambal pencicah. Lagi pun menu ini sangat mudah disediakan. Kepada korang yang ingin mencuba, berikut RASA kongsikan tiga menu bakar yang sihat untuk korang semua cuba.

Variasi Menu Berpantang Yang Sedap, Berkhasiat & Senang Masak.
.

AYAM PANGGANG HALIA
BAHAN-BAHAN:

  • 1/3 ekor ayam |bahagian paha
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • 3 inci halia
  • Garam secukupnya
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Daun pisang secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk.
2. Kemudian gaulkan bahan tumbuk, serbuk kunyit dan garam sekata.
3. Lumur rata pada ayam dan perapkan sebentar. Ketepikan.
4. Alaskan daun pisang di dalam dulang pembakar.
5. Bakar menggunakan pan atau ketuhar sehingga ayam masak sepenuhnya.
6. Sedia dinikmati.

IKLAN


Variasi Menu Berpantang Yang Sedap, Berkhasiat & Senang Masak.
.

IKAN TALAPIA MERAH PANGGANG DAUN KUNYIT
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 ekor ikan tilapia merah |bersihkan
  • ½ serbuk kunyit
  • 3 helai daun kunyit
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Kelar ikan dan lumur dengan kunyit dan garam dengan sekata.
2. Kmudian balut ikan dengan daun kunyit.
3. Sediakan kuali pembakar dan ikan dibakar sehingga masak.
3. Angkat dan sedia dihidangkan.


Variasi Menu Berpantang Yang Sedap, Berkhasiat & Senang Masak.
.

IKLAN

IKAN HARUAN BAKAR SOS LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping ikan haruan |bersihkan
  • 1 inci halia
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Daun pisang untuk membalut

BAHAN UNTUK SOS LADA HITAM:

  • 1 sudu lada hitam |ditumbuk halus
  • 1/3 cawan air
  • ½ sudu tepung jagung

CARA MEMASAK:
1. Halia, bawang putih dan bawang merah ditumbuk.
2. Gaulkan ikan haruan dengan bahan tumbuk berserta garam dan serbuk kunyit.
3. Balut dengan daun pisang dan bakar sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
4. Untuk membuat sos lada hitam: Satu sudu lada hitam ditumbuk halus dan dicampurkan dengan 1/3 cawan air dan ½ sudu tepung jagung.
5. Kacau di dalam kuali selama 10 minit hingga memekat. Angkat dan sedia dihidangkan bersama ikan haruan bakar.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI