Di zaman semua bahan naik harga dan mahal ni, ada baiknya kita berjimat cermat dalam apa-apa urusan seharian. Begitu juga dengan masakan. Jika anda seorang yang gemarkan lauk pauk ringkas, koleksi resipi di bawah ini boleh dicuba. Walaupun hanya menggunakan ikan sardin, keli, telur dan sayur-sayur kampung, anda masih boleh hasilkan lauk pauk yang hebat dan enak. Jom cuba!
1. SAMBAL KERING IKAN SARDIN
BAHAN-BAHAN
500gm ikan sardin segar – bersihkan dan potong dua
15 tangkai cili kering – kisar
5 ulas bawang merah – kisar
4 ulas bawang putih – kisar
1 batang serai – kisar
1 biji bawang besar hiris
Sedikit air asam Jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan bersama sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing dan ketepikan.
Keluarkan sedikit minyak, tumis pula bahan kisar.
Masukkan gula, garam dan hirisan bawang besar.
Bila sambal menjadi garing dan kehitaman, masukkan ikan.
Tutup api dan gaul rata dan sekata rasa.
Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Selain ikan sardin boleh juga guna ikan lain yang saiznya kecil.
2. IKAN KELI BERLADO
Ads
BAHAN-BAHAN:
500gm ikan keli – lumur dengan garam dan kunyit
30gm cili api merah
200gm cili merah
100gm bawang besar
2cm belacan
2 keping asam gelugur
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan keli yang telah dilumur dengan garam dan kunyit hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Kisar kasar cili api, cili merah, bawang besar dan belacan. Ketepikan.
Untuk membuat sambal; menggunakan minyak yang sama tadi, tumis bahan kisar bersama asam keping hingga garing dan terbit bau.
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tumis sehingga bahan tumisan masak sepenuhnya.
Tuangkan sambal ke atas ikan yang telah digoreng.
Sedia dinikmati.
INFO CHEF: Boleh tambah kuantiti cili padi jika mahu lebih pedas.
3. KURMA TELUR
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur- rebus & kupas kulit
150gm rempah kurma – bancuh dengan air
1 labu bawang besar – belah 6
1 biji cili merah – belah dua
1 biji kentang – belah 4
500ml santan
3 ulas bawang merah – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis dan bawang yang telah dikisar tadi. Biarkan ia garing seketika.
Masukkan pes rempah kurma bersama kentang, kacau sebati.
Masukkan santan dan biarkan ia mereneh hingga kentang empuk.
Kemudian masukkan hirisan cili merah, bawang yang telah dibelah, kacau dan biar mendidih seketika.
Masukkan telur, kacau seketika dan tutup api.
Angkat dan sedia dihidangkan.
4. KARI TELUR
BAHAN-BAHAN:
Ads
5 biji telur – rebus
150gm rempah kari – bancuh dengan air
5 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
2 biji terung bulat – belah empat
1 tangkai daun kari
375gm santan
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bawang putih dan bawang merah kisar bersama daun kari. Biar hingga naik bau.
Masukkan pes rempah kari dan kacau hingga sekata.
Masukkan terung dan masak hingga terung layu.
Kemudian masukkan santan dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Masukkan telur dan biarkan mendidih.
Tutup api dan sedia dinikmati.
5. PUCUK UBI GORENG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
500 gm pucuk ubi kayu rebus
150 gm ikan bilis – kisar kasar
7 ulas bawang merah – kisar kasar
4 ulas bawang putih – kisar kasar
10-15 tangkai cili padi – kisar kasar
Garam dan gula secukupnya
150ml minyak masak
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan pucuk ubi, gaul rata di atas api sederhana.
Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api dan terus kacau sehingga pucuk ubi agak kering.
Setelah cukup rasa angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Untuk lebih rasa bilis boleh tambah lebih ikan bilis.
6. PERIA TUMIS IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
4-5 biji peria katak – hiris nipis.
150gm ikan bilis – kopek
150ml santan pekat
4 ulas bawang merah – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
10 tangkai cili padi – kisar
1 sm kunyit hidup – kisar
Sedikit air asam Jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Ramas peria bersama garam kasar dan sedikit cuka makan. Cuci dan tos.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan peria, kacau rata.
Akhir sekali masukkan santan pekat, garam gula dan air asam secukupnya.
Kecilkan api kacau rata sehingga timbul minyak.
Angkat dan hidang.
INFO CHEF: Tujuan peria diramas dengan garam dan cuka adalah untuk mengurangkan rasa pahit.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ikan adalah sumber protein yang baik untuk badan. Contohnya jika anda peminat ikan siakap, sedap juga kalau digoreng mahupun dikukus. Makan di kedai boleh tahan juga harganya. Boleh jer masak sendiri dengan cara anda. Dikongsikan resipi yang boleh menjilat jari anda.
Siakap Stim Thai (Pla Neung Manao)
Bahan-bahan: Ikan siakap, kerapu atau ape saje yg suke. Izu prefer siakap.- siang dan cuci bersih 10 biji cili padi cincang 3 biji cili besar cincang 10 biji bawang putih cincang 4 tangkai daun ketumbar cincang, 2 tangkai hiasan 2 batang serai ketuk 3 biji limau nipis ambil jus nye-2 biji stengah amek jus, setengah biji utk hiasan 4 sudu sos ikan -BELI ONLINE DI SINI 1/2 kiub stok ayam -BELI ONLINE DI SINI 1 sudu besar gula 1 sudu kecil garam
Cara memasak: 1.Kukus ikan 5 minit 2.Campurkan semua bahan dan gaul sebati kecuali limau & daun ketumbar untuk hiasan dalam bekas berasingan 3.Lepas kukus ikan 5 minit, buang air ikan tu, tuang bahan campur tadi atas ikan kukus lagi 5 minit/ sampai ikan betul-betul masak
Menu telur sambal cili kering ni memang ‘berhantu’, suapan pertama dah fikir kena tambah nasi. Renjis pula kicap manih, perah asam lima, tabur daun bawang sikit memang tak pandang lauk lain.Tak percaya cubalah nanti. Pastikan masak lebih nasi jika buat menu ini.
Telur Sambal Cili Kering
Bahan-bahan:
2 biji telur
Cili kering
5 ulas bawang putih
Segengam ikan bilis
Sos tiram
Gula & garam secukupnya
Daun bawang & bawang goreng
Sedikit asam limau
Cara memasak:
1.Cili kering dikerat belah dua. Kemudian goreng hingga garing.
2.Tumis ikan bilis dengan bawang putih.Goreng sampai garing.
3.Biar sejuk sekejap baru tumbuk dalam lesung.
4.Jangan tumbuk terlalu lumat.
5.Letak 1-2 sudu besar sos tiram.
6.Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk dan masukkan gula dan garam.
7.Pecahkan telur. Nak kacau sekaligus pun takpe.
8.Bila putih dah masuk, tarik ke tepi sikit.Hati-hati jangan sampai pecah kuning telur.
9.Asingkan dulu yang putih.Bila kuning tu dah sampai piawaian yang ditetapkan baru angkat letak atas yang putih.
10.Dah siap.
11.Tabur daun bawang dan bawang goreng. Wajib perah asam limau untuk lebih sedap.
Lain daerah lain cita rasa, itulah yang dapat digambarkan untuk masakan tradisional negeri Pahang, menu ikan sungai atau air tawar seperti Patin, Talapia dan Lampam cukup ‘gu’ dengan tempoyak mahupun asam rom yang hanya ada di Pahang sahaja. Terutamanya daerah Kuala Lipis, Jerantut dan Temerloh. Sementara di Pekan, Bandar Diraja Pahang, Daging Opor dan Daging Pechok lebih popular, enaknya memang lain dari yang lain. Jika anda ingin mencuba, berikut disertakan 10 masakan tradisional negeri Pahang.
OPOR DAGING PAHANG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging
3 sudu makan kerisik
2 sudu makan rempah opor
2 sudu makan pes cili kering
1/2 cawan air asam Jawa
4 cawan santan
3 batang serai | titik
100g kerisik
6 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
12 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
2m belacan
BAHAN REMPAH PENUMIS:
4sm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Tumis bahan rempah penumis hingga naik bau.
Seterusnya, masukkan bahan kisar dan pes cili kering. Tumis sehingga wangi.
Masukkan daging bersama sedikit air dan masak hingga mendidih.
Setelah air kering, masukkan santan dan rempah opor yang dibancuh dengan sedikit air.
Biarkan mendidih dan masak sehingga daging empuk dan kering sedikit.
Masukkan air asam jawa, serai dan kerisik.
Gaul mesra, Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan reneh sebati di atas api kecil.
Apabila kuah pekat dan terbit minyak.
Tutup api dan opor sedia dihidangkan.
PAIS TEMPOYAK IKAN TALAPIA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Talapia | lebih kurang 300gm
5 sudu makan tempoyak
Daun & aluminium foil secukupnya
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah3
3cm kunyit hidup
10 biji cili padi
BAHAN HIRISAN:
2 helai daun kunyit
6 tangkai daun kesum | ambil daun sahaja
1 papan petai | buang kulit
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan Talapia kemudian toskan.
Campurkan bahan kisar bersama tempoyak dan bahan hirisan. Gaul rata.
Perasakan dengan garam dan jika terlalu masam tambahkan sedikit gula.
Masukkan bahan campuran dalam perut ikan dan salut badannya dengan bahan campuran tempoyak tadi.
Balut dengan daun pisang dan kemaskan balutan dengan aluminium foil.
Bakar dalam ketuhar atau pemanggang ajaib.
DAGING PECHOK PAHANG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang
Sedikit garam
Sedikit halia kisar
Sedikit bawang merah kisar
Sedikit bawang putih kisar
BAHAN SOS:
1 cawan santan pekat
4 sudu makan kerisik
1 biji bawang besar | dadu kecil
1 sudu makan lada hitam | kisar kasar
1 biji cili merah | hiris halus
CARA MEMASAK:
Potong daging kepada beberapa bahagian.
Gaulkan daging dengan garam serta semua bahan kisar.
Panaskan ketuhar dan bakar daging hingga masak.
Setelah masak hiris nipis dan ketepikan.
Untuk menyediakan bahan sos, campurkan semua bahan sos dan gaul rata.
Panaskan atas api kecil dan sentiasa kacau.
Perasakan dengan sedikit garam dan gula jika perlu.
Setelah mendidih tutup api dan tuang sos di atas hirisan daging.