Kalau korang tak tahu nak minum petang apa yang ringkas tapi sedap, boleh try buat 3 resipi ni. Jejari Bilis tu memang layan betul kurp krap, krup krap makan. Tak sedar habis sebalang besar. Agar-agar kiwi dan kuih tako tu pulak sedap dimakan sambil minum kopi O atau teh O.
Nak buat pun tak susah. Lagi seronok kalau buat bersama keluarga. Masak sama-sama.
JEJARI BILIS
Bahan-Bahan
200 gram tepung gandum
100 gram ikan bilis (dikisar halus)
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
50 ml minyak masak
Garam secukup rasa
20 ml air
Minyak masak untuk menggoreng
Ads
Cara Memasak
1. Satukan tepung gandum, ikan bilis, jintan manis, jintan putih, minyak masak, garam dan air.
2. Adun sehingga menjadi doh. Kemudian, canai sehingga menjadi nipis.
3. Potong menjadi jejari halus. Ulang proses sehingga doh habis.
4. Panaskan minyak masak dan goreng jejari hingga rangup. Angkat dan toskan.
5. Sedia dinikmati.
AGAR AGAR KIWI
Bahan-Bahan
600 ml air
10 gram serbuk agar-agar jernih
5 sudu makan gula pasir
Beberapa hirisan buah kiwi
Ads
Cara Membuat
1. Didihkan air bersama serbuk agar-agar dan juga gula sehingga sebati.
2. Tuangkan ke dalam gelas berisi buah kiwi.
3. Biarkan mengeras dan sedia dinikmati.
TARO TAKO
Bahan A
60 gram gula kastor
200 ml air
25 gram tepung beras
½ sudu makan tepung ubi
60 ml air daun pandan
Garam secukup rasa
100 gram keladi
Daun pandan secukupnya untuk takir/kelongsong
Ads
Bahan B
10 gram tepung beras
10 gram tepung Hoen Kwe
¼ sudu teh garam
150 ml santan
50 ml susu segar
Cara membuat
1. Untuk Bahan A, larutkan gula kastor dan air sehingga mendidih. Tapiskan.
2. Kemudian masukkan tepung beras, tepung ubi, air daun pandan dan garam.
3. Kacau rata dan didihkan sehingga pekat barulah dimasukkan keladi. Kacau lagi sehingga sebati.
4. Seterusnya tuangkan adunan tadi ke dalam takir sebanyak ¾ tinggi sahaja. Ketepikan.
5. Untuk Bahan B pula, didihkan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat. Tuangkan ke atas bahan A tadi.
6. Sejukkan. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Biskut raya dah habis, malas nak menguli lagi. Jangan risau cuba resipi viral 3 bahan ni bukan sahaja mudah tapi sedap gerenti anak-anak suka sebab rasa coklat koko krunch tu menarik perhatian! Jom cuba.
RESIPI KOKO KRUNCH BAR
BAHAN-BAHAN:
300g Koko Krunch
(sy guna yg kecik2 beli kt kedai bekery je.Takde koko krunch ni pun tak pe boleh je pakai koko krunch yg biase ade kt kedai tu..then kalau nak tukar cereal lain mcm crispy rice/honey star ke pon boleh..😁
250g butter
300g Mashmellow (yg kaler putih)
CARA MEMASAK:
Masak ats dapur ye api kena kecik.
Sediakan kuali masukkan 250g butter cairkan.
Setelah cair masukkan 300g mashmellow gaul2 sampai bahan2 semua tu tadi cair seperti susu pekat.
Kemudian masukkan 300g Koko krunch dan gaul sampai bahan2 td rata keseluruhnye.
Tutup api masukkan ke dalam loyang dan padat2 kan guna sudu.
Sedapnya PotatoSmiles ni. Jika dibandingkan dengan nuget sejukbeku, lebih baik anda sediakan Potato Smiles untuk anak-anak sempena musim cuti sekolah ni. Ia hanya menggunakan bahan-bahan mudah dan ternyata memang sedap. Bolehlah anak-anak makan tanpa was-was. Mak pun rasa senang hati. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ayza Nur.
RESIPI POTATO SMILES HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang
4 sudu makan tepung gandum
4 sudu makan tepung jagung
4 sudu makan serbuk roti
1 kiub pati ayam
Garam
CARA MEMASAK: 1. Rebus kentang bersama kiub pati ayam hingga empuk. 2. Kemudian lenyek kentang hingga sebati. Campurkan tepung gandum,tepung jagung & serbuk roti. 3. Perasakan dengan garamdan uli hingga menjadi doh. Jika adunan lembik, tambah sedikit tepung jagung.
4. Canai adunan(jangan terlalu tebal) & tekap menjadi bentuk bulat. 5. Lubangkan mata guna straw dan buatkan mulut guna hujung sudu.
6. Goreng dalam minyak yang sederhana panas. Sedap dimakan panas-panas & dicicah dengan sos serta mayones.
Chezzy wedges ni adalah kentang yang dipotong bersegi dan kemudian digoreng. Dimakan dengan sos keju yang menjadikan rasanya lebih sedap. Chezzy Wedges sedap dimakan ketika kentang gorengnya masih panas-panas.
Jom kita lihat resipinya.
CHEEZY WEDGES
BAHAN KENTANG
5 biji kentang
1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur ayam
1 sudu besar herba campuran (optional)
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kari
Garam secukup rasa
2 cawan air
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Basuh kentang dan kupaskan kulitnya. Kemudian sebiji kentang dipotong kepada enam bahagian. Ketepikan .
2. Di dalam bekas, masukkan tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, telur ayam, herba campuran, serbuk cili, serbuk kari, garam dan dua cawan air. Gaul rata.
3. Adunan memang cair. Kalau suka pekat, boleh kurangkan kuantiti air.
4. Panaskan minyak masak.
5. Celupkan kentang tadi ke dalam adunan dan goreng sehingga garing. Angkat dan toskan.
6. Ulang langkah 5 sehingga kentang habis digoreng.
SOS CHEEZY
BAHAN-BAHAN
2 sudu besar mentega
1 1/2 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar serbuk cili
Pewarna kuning telur
Garam secukupnya
5 keping keju
CARA MEMBUAT
1. Panaskan periuk dan cairkan mentega.
2. Masukkan tepung gandum. Kacau sebati.
3. Masukkan pula susu segar. Kacau lagi.
4. Kemudian masukkan serbuk lada hitam, serbuk lada putih, serbuk cili, pewarna kuning telur dan garam. Kacau sebati.
5. Masukkan pula keju sekeping demi sekeping sambil dikacau sehingga keju mencair.
6. Masak sehingga adunan pekat. Jika adunan terlalu pekat, tambahkan sedikit susu. Siap
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!