Masak singgang antara menu yang sangat sinonim dengan masyarakat nusantara. Cuma nama dan bahan digunakan sedikit berbeza tapi rasa hampir sama. Di Malaysia sendiri ada bermacam versi singgang, apa yang penting ia kena dengan selera anda. Berikut dikongsikan dua jenis singgang, satu singgang ikan dan satu singgang sotong.
IKAN KEMBUNG SINGGANG KUNYIT BAHAN-BAHAN:
2-3 ekor ikan kembung | bersihkan dan tos.
3 biji kacang bendi | buang pangkal dan hujungnya
2 batang serai | titik
5 biji cili padi | hiris
3 tangkai daun kesum
3-4 hirisan lengkuas | titik
4-5 keping hirisan kunyit hidup
3 keping asam gelugor
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa BAHAN KISAR:
3cm kunyit hidup
8 biji cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
Ads
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan kisar dalam periuk bersama air secukupnya.
Renehkan atas api sederhana.
Setelah mereneh, masukkan asam gelugor, hirisan cili, serai dan lengkuas titik.
Seterusnya masukkan pula ikan.
Apabila ikan masak,masukkan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum tutup api, masukkan kacang bendi, seketika kemudian tutup api.
Ikan Kembung Singgang Kunyit sedia dihidangkan.
INFO: Anda boleh pelbagaikan isian ikan, tidak semestinya ikan kembung.
Ads
Ads
SOTONG SINGGANG PUTIH BAHAN-BAHAN:
500gm sotong | buang kulit ari dan dakwatnya
3 batang serai | titik
3 keping asam gelugor
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 biji tomato | belah 4 jika suka
1 biji cili merah | hiris serong besar
1 biji cili hijau | hiris serong besar
10 biji cili padi | titik
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Toskan sotong yang telah dibersihkan.
Masukkan air dalam periuk bersama bahan hirisan dan titik.
Setelah mereneh masukkan asam gelugor dan jus limau nipis.
Seterusnya masukkan sotong, jangan terlalu. Cukup sekadar 4-5 minit sahaja.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tutup api dan Sotong Singgang sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Koleksi resipi lauk berbuka berasaskan ayam khas untuk ibu-ibu semua yang sudah mula pening memikirkan menu. Bila bulan puasa ni, ibu-ibu pastinya asyik berfikir menu yang mudah dan sedap untuk disajikan buat keluarga. Antara lauk yang menjadi pilihan tentulah yang berasaskan ayam. Jika setiap hari masak lauk yang sama, pastinya jemu. Jadi RASA kongsikan aneka resipi lauk pauk berasaskan ayam yang sangat mudah dan sesuai masak setiap hari. Selamat mencuba.
1. AYAM BBQ MADU
BAHAN-BAHAN: • 3 keping dada ayam | potong kecil • 1 sudu teh serbuk bawang putih • 1/2 sudu teh gula • 1/2 sudu teh serbuk paprika • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam • Garam secukup rasa • Minyak masak secukupnya
BAHAN SOS: • 1/2 cawan sos BBQ | sebarang jenama • 3 sudu makan madu • 1 sudu makan sos tomato • 1 sudu makan sos cili • 2 sudu makan mentega • 1 sudu teh serbuk bawang putih
CARA MEMASAK: 1. Basuh bersih ayam dan toskan airnya. Kemudian perapkan bersama serbuk bawang putih, gula, serbuk paprika, serbuk lada hitam dan garam. Biar selama 30 minit. 2. Panaskan minyak dan goreng ayam tadi hingga garing. Guna api sederhana supaya ayam tidak hangus. Angkat dan toskan. 3. Untuk sos, satukan semua bahan dan didihkan dalam kuali menggunakan api kecil. 4. Masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul hingga semua sos sebati. 5. Angkat dan sedia untuk dinikmati. INFO CHEF: Selain goreng, ayam juga boleh dibakar pada suhu 180C selama 35-40 minit sebelum dicelup ke dalam sos dan dibakar kembali selama 5 minit.
2. AYAM HONEY MUSTARD
BAHAN-BAHAN: • 4 keping dada ayam tanpa tulang • 2 sudu makan minyak zaitun • 2 sudu makan mentega • 3 ulas bawang putih | dicincang • 1 sudu makan Dijon mustard • 1 sudu makan Grainy mustard • 3 sudu makan madu • 1/2 cawan heavy cream • 1/2 cawan air rebusan ayam • Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan kuali bersama minyak dan mentega. 2. Goreng ayam hingga keperangan. Jika isi tebal, potong isi ayam supaya sedikit nipis. Angkat dan ketepikan. 3. Kecilkan api dan dengan guna kuali yang sama, tumis bawang putih hingga keperangan. 4. Tambahkan sedikit air rebusan ayam dan mustard. Kacau sebati. 5. Kemudian masukkan heavy cream, lebihan air rebusan ayam dan madu. Perasakan denagn garam serta serbuk lada hitam secukupnya. 6. Bila kuah mendidih, masukkan ayam yag telah dimasak tadi. Biarkan mereneh selama 5-10 minit sebelum diangkan dan dihidangkan. INFO CHEF: Jikan tiada grainy mustad, boleh juga guna sos mustard biasa.
3. AYAM PANGGANG MAYONES
BAHAN-BAHAN: • 1 ekor ayam saiz sederhana • 1 biji bawang Holland | dipotong bulat • 2 labu bawang putih | potong dua • 2-3 tangkai thyme segar
BAHAN PERAPAN: • 1 cawan mayones • 1/4 cawan cuka epal (apple cider vinegar) • 1 sudu makan pes cili • 1 sudu teh sos Worcestershire • 1/2 sudu teh jintan manis | ditumbuk • 1/4 sudu teh emping cili • 1/4 sudu teh serbuk cili cayenne • Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan ayam dan keringkan airnya menggunaka n tisu. Kemudian lumur garam secukupnya pada keseluruhan ayam (luar dan dalam). Perap selama 1 jam dalam peti sejuk. 2. Dalam mangkuk besar, satukan kesemua bahan perapan. Gaul rata. Ketepikan. 3. Ambil ayam tadi dan lumurkan dengan bahan perapan. Perap lagi selama 30 minit. Simpan lebihan bahan perapan dan jagan dibuang. 4. Panaskan ketuhar pada suhu 210C dan sapukan sedikit minyak pada dulang pembakar. 5. Susun bawang putih, hirisan bawang besar dan daun thymedi dasar dulang dan juga di dalam perut ayam.. Letakkan ayam tadi. 6. Bakar selama 50-60 minit atau sehingga ayam masak. Masa mungkin berbeza mengikut saiz ayam dan juga jenis ketuhar. 7. Sapu lebihan sos perapan pada ayam setiap 15 minit sekali. 8. Bila ayam telah masak, biarkan selama 20 minit sebelum dinikmati. INFO CHEF: Lebihan sos perapan boleh didihkan seketika dan dijadikan sos pencicah.
BAHAN SOS: • 1 sudu makan tepung gandum • 2 ulas bawang putih | dicincang • 1/2 sudu makan pesto basil • 1 cawan susu cair • Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan ayam dan perapkan dengan garam serta pesto basil selama 10 minit. 2. Panaskan kuali non-stick dengan sedikit minyak dan masak ayam tadi hingga keperangan. Angkat. 3. Untuk sos, satukan tepung, bawang putih, pesto, susu cair, garam dan serbuk lada hitam di dalam mangkuk. Kacau hingga sebati dan tidak berketul. 4. Dengan menggunakan kuali gorengan ayam tadi, masukkan tomato. Tambah sedikit minyak jika perlu. 5. Bila tomato sudah mula lembut, masukkan bancuhan sos tadi. Biar hingga mendidih. 6. Masukkan kembali ayam yang telah digoreng tadi dan teruskan memasak selama 3-4 minit hingga sebati dengan kuha. 7. Angkat dan sedia untuk dinikmati. INFO CHEF: Hidangan ini sesuai dimasak menggunakan kuali non-stick supaya sosnya tidak cepat hangus dan tidak melekat.
5. AYAM SOS BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN: • 12 ketul kepak ayam • 10 ulas bawang putih | dipotong 2 • 1/2 cawan air rebusan ayam • 2 sudu makan minyak masak • 1/3 cawan sos pasta perisa Cheese & Herbs • Secubit serbuk paprika • Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Perapkan kepak ayam bersam agaram serta serbuk lada hitam. 2. Panaskan kuali non-stick dan masukkan 1 sudu makan minyak. Goreng kepak ayam hingga masak dan keperangan. Angkat. 3. Dengan menggunakan kuali yang sama, masukkan lebihan minyak dan tumis bawang putih hingga keperangan. 4. Masukkan kembali ayam yang dimasak tadi dan gaul rata. 5. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan sos pasta Cheese & Herbs. Gaul sebati. 6. Kecilkan api dan biarkan kuah mereneh. 7. Tambahkan garam, lada hitam dan paprika. Gaul sekali lagi dan biar hingga kuah sedikit pekat. 8. Angkat dan hidangkan.
BAHAN SOS: • 1 sudu makan mentega • 2 ulas bawang putih | ditumbuk halus • 12-15 biji cendawan shiitake segar | dihiris halus • 1 tin sos pasta carbonara • Sedikit air • 1/4 sudu teh emping cili • Garam secukup rasa | jika perlu
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan ayam dan toskan airnya. 2. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Masak ayam tadi (masukkan bahagian kulit dahulu) sehingga keperangan. Angkat. 3. Letak ayam di atas dulang pembakar dan masak di dalam ketuhar pada suhu 180C selama 25-30 minit hingga masak sepenuhnya. Masa mungkin berbeza mengikut jenis ketuhar masing-masing. 4. Untuk menyediakan sos, cairkan mentega dan tumis bawang putih bersama hirisan cendawan hingga keperangan. 5. Masukkan sos carbonara dan sedikit air. Kacau hingga sos sebati dan tidak berketul. 6. Tambahkan emping cili dan garam jika perlu. Biarkan sos sehingga sedikit pekat. 7. Hidangkan bersama ayam yang telah siap dipanggang tadi.
7. DRUMMET AYAM SOS PERANG
BAHAN-BAHAN: • 400gm drummet ayam • 2 sudu makan mentega • 6 ulas bawang putih | ditumbuk halus • Sedikit air • 12 biji tomato ceri | dibelah 2 • 3 sudu makan sos perang Demi-Glace • 1/2 cawan sup cendawan segera
CARA MEMASAK: 1. Panaskan mentega dan goreng drummet ayam hingga masak dan sedikit keperangan. Ketepikan. 2. Dengan menggunakan kuali yang sama, tumis bawang putih hingga keperangan. 3. Masukkan sedikit air dan sos perang. Kacau rata sehingga tidak berketul. 4. Bila dah sebati, masukkan sup cendawan segera. Kacau lagi hingga sos memekat. 5. Panaskan kuali dan masukkan sedikit mentega. Kemudian tumis tomato ceri hingga sedikit lembut. 6. Masukkan kembali drummet ayam dan sos perang tadi secukupnya. Gaul rata hingga bersalut sepenuhnya. 7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
8. AYAM PERI-PERI
BAHAN-BAHAN: • 500gm kepak ayam | dibersihkan • 1/2 cawan sos peri-peri • 4 ulas bawang putih | ditumbuk halus • 1 hiris halia | ditumbuk halus • Sedikit garam dan serbuk lada hitam
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan ayam dan toskan airnya hingga kering. 2. Dalam mangkuk besar, satukan sos peri-peri, bawang putih, halia, garam serta serbuk lada hitam secukupnya. Gaul rata. 3. Masukkan kepak ayam tadi. Lumur hingga rata dan perap selama 2 jam. 4. Panaskan ketuhar pada suhu 220C selama 10 minit. 5. Susun ayam diatas dulang pembakar yang telah dialas dengan kerajang timah (aluminium foil) dan bakar selama 10-15 minit. 6. Sapu lebihan sos perapan pada ayam dan balikkan supaya ia masak secara menyeluruh. Bakar lagi selama 10-15 minit. 7. Setelah ayam keperangan dan garing, angkat dan hidangkan.
9. AYAM SOS PLUM
BAHAN-BAHAN: • 10 ketul paha ayam • 1 hiris halia • Sedikit garam • 2 ulas bawang putih | ditumbuk halus • 1 sudu makan sos Worcestershire • 2 sudu makan kicap • 1 sudu teh minyak bijan • 1 cawan sos plum • 1/4 cawan air rebusan ayam • 1 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Didihkan 2 liter air bersama halia dan sedikit garam. Rebus paha ayam hingga separuh masak. Angkat dan toskan. 2. Dalam kuali lain, panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga wangi. 3. Kemudian masukkan bahan-bahan lain (kecuali ayam). Kacau sebati dan biarkan mendidih. 4. Setelah sos hampir pekat, padamkan api dan masukkan ke dalam mengkuk berisi ayam yang direbus tadi. 5. Perap ayam seketika supaya rasa sos menyerap pada isinya. 6. Panaskan kuali non-stick dan susun paha ayam tadi didalamnya. 7. Masak seketika ayam sehingga sedikit keperangan. Sapu sos beberapa kali jika perlu. 8. Angkat dan boleh dinikmati. INFO CHEF: Selain dimasak dalam kuali, ayam juga boleh dipanggang di dalam ketuhar pada suhu 180C selama 10-15 minit.
10. AYAM TERIYAKI
BAHAN-BAHAN: • 2 keping dada ayam | potong dadu • 100gm brokoli | potong kecil • 1/3 biji lada benggala merah | hiris • 1/3 biji lada benggala hijau | hiris • 1/2 biji bawang Holland • Sedikit air • Sedikit bijan panggang • 2 sudu makan air bancuhan tepung jagung | jika perlu • 4 sudu makan sos teriyaki • 1 sudu makan minyak bijan • Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga keperangan. Kemudian masukkan hirisan lada benggala. Masak hingga layu. Angkat. 2. Dengan menggunakan kuali yang sama, goreng hirisan ayam hingga masak dan keperangan. Tambah sedikit minyak jika perlu. Angkat. 3. Masukkan brokoli. Goreng kilas hingga lembut. Angkat. 4. Seterusnya masukkan sos teriyaki dan air ke dalam kuali. Kacau sebati dan biarkan mendidih. 5. Tambahkan kesemua bahan-bahan yang digoreng tadi. Gaul rata. 6. Tuang minyak bijan dan bancuhan tepung jagung jika perlu. Adun sebati dan angkat. 7. Sedia untuk dinikmati. INFO CHEF: Hidangan yang tidak pedas. Jika sukakan rasa hidangan yang pedas, tambahkan hirisan cili padi.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kalau korang penggemar sambal ayam penyet ni, pasti nak lebih sambalnya. Barulah padu rasa. Sebenarnya kan lebih puas kalau buat sendiri sambal ni.Tak susah mana pun, yang penting ada kerajinan. Boleh follow resipi yang dikongsi ini.
SAMBAL AYAM PENYET
BAHAN BAHAN:
30 biji Cili Padi Merah ( digoreng )
12 biji Cili Merah ( dipotong potong dan digoreng )
4 biji Tomato ( dipotong 4 dan digoreng )
5 biji Bawang Merah ( digoreng )
5 ulas Bawang Putih ( digoreng )
1 inci Belacan ( dibakar )
Air Asam Jawa
CARA MEMASAK:
1.Tumbuk semua bahan bahan & Masukkan semua bahan ke dalam kuali dan digoreng sehingga naik minyak.
2.Masukkan air asam jawa bersama garam dan gula secukup rasa.
*sambal ni boleh tahan 3/4 hari tanpa simpan dalam peti & kalau dekat chiller 3-4 weeks pun okey , tapi pastikan masa menumis tu masakkan cilinya betul betul.
Kek yang di buat selalu tak menjadi? Tak semua orang ada bakat semulajadi buat kek mesti menjadi dengan cantiknya. Kadang-kadang Chef berpengalaman pun boleh buat silap.. inikan kita golongan baru nak up buat kek. Kalau buat kek mesti stress sebab asyik tak jadi. Nak tahu tak punca kek tak menjadi? Ketahui punca-punca kek tak menjadi seperti bantat, keras, elok2 naik lepas tu turun, tengah kek tak masak, keras dan sebagainya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Memasukkan bawang putih ke dalam periuk nasi ketika memasak sama ada diketuk, dihiris, atau dimasukkan sebiji-sebiji bukan sekadar petua kosong. Amalan ini sebenarnya mempunyai banyak kelebihan dari segi kesihatan, aroma, dan ketahanan nasi.